26 March 2017

Segala Nikmat Adalah Rezeki

Assalamualaikum...

Pernah ke anda rasa hidup serba kekurangan? Ada saja perkara yang anda rasa tak cukup. Anda rasa hidup anda tidak sebaik orang lain. Anda sering merungut dan mengeluh. Dulu dulu duluuuu sewaktu zaman hingusan saya antara manusia yang rasa hidup ni serba kekurangan, ada saja yang tidak sempurna di mata saya. 

Apabila dah meningkat dewasa, setelah melalui pelbagai pahit manis pengalaman dalam kehidupan dan berlakunya proses kematangan, baru saya sedar selama ni saya antara manusia yang paling bertuah. Hidup sentiasa dilimpahi rezeki, maksud saya segala nikmat yang kita dapat adalah rezeki. Apa sahaja yang memberi manfaat kepada kita juga adalah rezeki. Nikmat yang paling seronok masa zaman kanak-kanak ialah bebas bermain dengan teman sepermainan tanpa rasa takut.

Ibu bapa dan keluarga adalah rezeki kerana tanpa mereka siapalah kita.

Dijodohkan dengan pasangan yang baik dan sempurna di mata kita adalah rezeki kerana itu dapat menyejukkan hati.

Pendidikan yang kita dapat bermula dari tadika sehingga berjaya menjejakkan kaki ke universiti adalah rezeki, melaluinya kita berjaya mendapat pekerjaan dan gaji yang menarik.

Ilmu perniagaan yang dimiliki adalah rezeki sebab bukan semua orang mampu dan mempunyai semangat juang dalam berniaga.

Kemahiran menjahit, mereka pakaian, memasak, membuat kek, bertukang, membaiki peralatan mesin, dan sebagainya adalah rezeki kerana bukan semua orang memilikinya, dan dengan kemahiran tersebut pelbagai manfaat yang akan diperolehi.

Kereta yang kita miliki adalah rezeki kerana telah memudahkan kita untuk bergerak pergi ke tempat kerja, keluar berniaga, pergi ke majlis-majlis ilmu, dan sebagainya.

Tubuh badan yang sihat adalah rezeki sebab apabila sihat kita mampu untuk melakukan pelbagai jenis pekerjaan.

Apa sahaja ilmu bermanfaat yang kita miliki adalah rezeki kerana melalui ilmu tersebut kita dapat membantu orang lain ke arah kehidupan yang lebih baik.

Dilahirkan sebagai Islam adalah rezeki, begitu juga dengan Al Quran yang menjadi pegangan hidup kita adalah rezeki kerana kalau betul-betul menghayatinya terlalu besar ganjaran yang akan kita perolehi. Insya Allah sama-sama kita perbaiki diri. Saya juga masih dalam proses menghayati maksud setiap ayat suci ini, berbanding dulu hanya sekadar baca tanpa memahami maksud di sebaliknya.  

Udara, makanan, tempat tinggal juga adalah rezeki kerana tanpa udara dan makanan kita akan mati, dan tanpa tempat tinggal tidak tau apa yang akan jadi pada kita.

Banyak lagi sebenarnya rezeki yang ada dalam hidup dan di sekeliling kita. Hanya orang yang berfikir sahaja akan nampak hakikat rezeki tersebut.

Jom sama-sama berfikir dan buka mata, lihat sekeliling dan nikmatilah hidup ini dengan gembira.

Rezeki Kita Bukan Semuanya Milik Kita

Assalamualaikum...

Bagi yang bekerja, setiap hujung bulan dapat gaji. Bagi yang berniaga atau bekerja sendiri ada pendapatan yang diperoleh. Walau berapa pun jumlah gaji atau pendapatan yang ada pada kita, bukan semuanya milik kita. Maksudnya dalam rezeki kita akan ada bahagian orang lain. 

Sambil berjalan bersama keluarga atau kawan-kawan, tiba-tiba ternampak gerai menjual jus buah dan makanan ringan, rasa terliur dan kita beli. Maka itu adalah rezeki si penjual buah dan makanan ringan tersebut. 

Setiap bulan kita bagi mak ayah kita duit, jadi dalam sebahagian pendapatan yang diperolehi itu adalah rezeki untuk mak ayah kita.

Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, tiba-tiba kereta rosak dan mati di tepi jalan sehingga terpaksa panggil mekanik. Setelah siap dibaiki dan kita membayar sejumlah wang, jadi pada hari tu gaji atau pendapatan yang kita perolehi telah menjadi rezeki mekanik tersebut. Semuanya berlaku tanpa disangka dan dirancang. 

Ada kawan yang berniaga tudung di pejabat dan kita membelinya kerana kasihan, jadi dalam rezeki kita terdapatnya rezeki kawan itu.

Pernah tak suatu hari ada kutipan derma yang dilakukan di pejabat anda? Tetapi anda tidak menderma kerana anda fikir "takpe la orang lain dah ramai menderma, dah banyak tu, entah-entah duit derma lagi banyak dari duit aku". Tidak lama kemudian anda terpaksa juga mengeluarkan sejumlah wang kerana ada masalah yang berlaku. Jadi dalam tengah berkira, mengalir juga duit anda untuk jadi rezeki orang lain.

Dalam hidup ini jangan terlalu berkira, nanti rezeki susah nak masuk. Apa yang kita perolehi hasil dari usaha kita bukan semua rezeki kita. Milik kita bukan semua rezeki kita. Oleh sebab itu kita digalakkan untuk bersedekah. Janji Allah s.w.t itu pasti, siapa yang suka bersedekah tidak akan jatuh miskin. 

Orang yang kedekut seringkali rasa tidak cukup dengan apa yang mereka ada. Kedekut macam mana sekalipun pasti duit itu akan habis juga.  

25 March 2017

Jangan Bertangguh....Opssss Sentap!!!

Assalamualaikum...

Dok belek belek facebook, tiba-tiba lalu gambar ni lepas tu rasa tersentap hehehe :D


Alhamdulillah apabila baca ayat-ayat macam ni akan mengingatkan aku untuk sentiasa berada di jalan yang betul. Biasa la ye sebagai manusia yang jauh dari kesempurnaan, kadangkala kita lalai dan tersasar dari tujuan atau matlamat sebenar kehidupan. 

Apabila baca Al-Quran pun sama, adalah lebih baik kita baca sekali terjemahannya sebab terlalu banyak peringatan yang terkandung di dalamnya. Semoga kita terus diberi petunjuk untuk melihat segala peringatan dengan mata hati....dan semoga kejayaan sentiasa bersama kita. Amin :)

BAGAIMANA NAK BUAT 1 JUTA SEBULAN

Assalamualaikum....

Saya nak share tips BAGAIMANA NAK BUAT 1 JUTA SEBULAN yang saya ambil dari facebook Ernayanee Nur Julaimi...haaaa nak tau siapa beliau, sila klik link kat nama tu :)

Letak kat blog senang untuk rujukan pada masa akan datang, anytime boleh baca kan. Kalau share kat facebook ni hari ni, esok, lusa boleh lagi baca....minggu depan dan seterusnya tak jumpa dah jauh nak kena scroll hehe sebab saya aktif update status kan. Lagipun tips bisnes, motivasi, kewangan dan seumpama dengannya ni saya suka baca berulang-ulang...tak pernah jemu!

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Projek sejuta sebulan ni bukan projek 1 malam, so its take time & courage.. yang penting tiada perkataan BERPUTUS ASA...Segalanya perlu di bina.

1) TARGET

VISI target ni mesti clear.. 1 MILLION, walaupun dalam akaun ader RM 30 sahaja. Saya letakkan TARGET SAYA DIMANA2.. dompet, atas meja & juga masa log in account bank & juga contengan duit RM1 jadi 1 million. Bila letak target ni minda kita jangan sekali menidakkan target ini bakal terjadi... SHARING TARGET NI dengan orang tang terdekat.. yang tak kan gelakkan kita..hehe... STAFF/ TEAM.. biarkan mereka tahu OUR VISI kita walaupun mereka hanya pekerja bawahan bukan marketing... Biar mereka FEEL & SECURE.. ini bukan company biasa-biasa walaupun kecil.. Dari saya ader seorang staff dulu.. saya dah gtahu awl-awl.. nak jadi millionaire.

KECILKAN TARGET

Yang belum pernah dapat ratusan ringgit , target ratus ringgit, TARGET RIBU RINGGIT, Kemudian target PULUH RIBU, RATUS RIBU... dan paling lama kita nak achieved dari 6 figure ker 7 figure.. ( so walaupun kita ada MAIN target tapi kita fokus mana yang belum dapat dulu & dapatkan. 4FIGURE, 5FIGURE, 6 FIGURE then 7 FIGURE...

2) PRODUK / SERVICE

Produk atau service apa sahaja boleh jadi million.. FOKUS PADA 1 PRODUK / SERVICE . Perlu pastikan kaji produk/service yang ada.. kenapa keluarkan produk ni? paling penting berkualiti atau tidak..? ada yang keluarkan produk yang kurang kesannya. Ini menentukan BESAR ATAU TIDAK REPEAT CUSTOMER kita kemudian nanti.. Sebab kita taknak CECAH MILLION DALAM SEBULAN shaja.. Jual produk kene jatuh cinta pada produk tu..

Berapa bilangan produk/service perlu terjual untuk cecah 1 juta. ? Katakan 1 barang RM100 , maka perlu jual 10 000 produk sebulan. How?

3) TEAM / CAWANGAN / AGENT

Jarang saya nampak company yang boleh buat 1 million takder TEAM. Membina TEAM adalah perkara yang paling penting. SIAPA TEAM KITA? SIAPA yang bersama sama dengan kita.. KITA KENE TAHU LAVERAGE...
OTHER PEOPLE MONEY, 
OTHER PEOPLE TIME, 
OTHER PEOPLE ENERGY...

Jika kita ader 1 cawangan boleh buat 100k.. kita hanya perlu buka 10 cawangan utk cecah 1 juta. Jika seorang average boleh jual 100produk sebulan, kita hanya perlukan 100 orang agent.. makin kecil kan jumlah nya.. ?

"Ohh.. saya tak suka & reti nak handle AGENT.. saya lebih suker jual RETAIL.?"
Boleh2.. gunakan sistem STAFF MARKETING & ia melibatkan lebih KOS UNTUK MARKETING.. contoh FB ADS.. ( ramai jer cecah 1 million dengan FB ADS ) - ini kene learn betul-betul berguru dengan sifu & kalo boleh hantar ALL staff marketing pergi belajar...
Yang penting ia mesti melibatkan TEAM. So bina TEAM anda.

Saya pernah melihat seorang teman saya.. hanya dapat SALES 1 juta hanya dalam beberapa bulan... Kenapa .. sebab penat.. PRODUK BAGUS.. MARKETING BAGUS.. tapi kerja 3 ORANG takder staff.. bertungkus lumus dari pagi ke petang.... sistem tiada. dan akhirnya.. sales merundum. Kenapa perlu lokek berkongsi REZEKI... dan melabur pada sistem yang bagus.

4) SISTEM / SOP

Kekuatan sistem.. ini juga dinamakan LAVERAGE TOOLS.. apakah sistem yang anda gunakan ? Bagaimana anda menerima order ? Bagaimana SOP pengurusan?
Cara order guna whatsapp / email.? Adakah ia sistem yang bagus? TOOLS yang kita gunakan adalah untuk mengurangkan KESILAPAN & KURANGKAN MASA.. how effective our sistem.? SOP perlu disediakan.. semakin kita kejar 1 juta.. masa kita perlu digunakan untuk LEBIH BERFIKIR! daripada melakukan tugas RUTIN.. Nak tak kalo kita tido sistem gerakkan kejer kita jam 2pagi? THINK... segalanya mesti AUTO.. bukan manual lagi..

5) SERVICE / CULTURE

Ini yang menentukan orang datang balik & tolong VIRALKAN produk/ service kita pada orang lain.. Saya suker pergi kat tempat-tempat yang layanan nya SUPER DUPER AWESOME.. memang berkali-kali pergi.. ia MELIBATKAN REPEAT CUSTOMER..

6) SELESAIKAN MASALAH SECEPATNYA ( iniciative )

Semakin kita membesar.. kita akan lebih jumper lebih banyak masalah.. so jangan tangguh masalah... masalah akan bantu kita membesar dengan lebih cepat... Tanpa masalah kita akan stagnent... MASALAH ADALAH PELUANG.. so jangan merungut jika ada masalah... Banyak kali saya selesaikan masalah.. & RM masuk dengan lebih mudah...

7) TIRU & BUAT INOVASI.
Copy & paste boleh.. nampak orang lain boleh buat mcm ni.. kita boleh buat tapi kene tahu sesuai atau tidak dengan kita.. ?. Ada perkara yang kita perlu buat TIRUVASI.. hehe.. contohnya.. sistem DROPSHIP.. ORANG TU BERJAYA BUAT.. tapi produk kita adalah makanan.. bagaimana nak DROPSHIPKAN?.. gunakan KONSEP dropshsip.. tapi tukar sistem menjadi sistem berbeza.. THINK. - kerja kita adalah berfikir.. why & how.

8) UPGRADE DAN BESARKAN KAPASITI

Jangan rasa selesa, upgrade dan terus upgrade.. Ader orang mengadu / complain / marah.. Jangan marah mereka, berterima kasih pda mereka.. Tanpa aper2 feedback kita tak tahu kelemahan & takkan tahu aper yang perlu diperbaiki.. Dengan feedback kita tahu aper masalah kita.. So upgrade.. Bila kita upgrade customer & team akan sayang...

So jangan fikir kalo orang complain ia adalah masalah yang takder kesudahan hehehe.. Nak juta jangan main dengan emosi.. Sila tenangkan diri...
Besarkan lagi kapasiti kita utk terima lebih dan lebih..

9) KAWAN DENGAN JUTAWAN ( MENTOR )

Saper pernah duduk sajer dengan jutawan? sembang-sembang.. & kenali mereka.. masayaalah luar biasa.. saya usaha lebih lepas duduk dengan 1 orang jutawan.. respect.. MULTIMILIONAIRE... hehe.. DALAM kehidupan kita ni.. siapa yang bersama dengan kita... akan effect kita siapa... dalam quran ader sebut kan.. saya belajar banyak & kaji tentang JUTAWAN yang saya pilih... Bagaimana dier boleh berjaya.. dier boleh & saya mesti boleh.. dier bagi getaran luar biasa dalam hidup saya...
DALAMAN.

10) HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN MANUSIA & ALLAH.

Kalo hati tu ada dengki,tak suker orang itu , tak suker orang ini , cemburu & ia melibatkan banyak penyakit hati.. maka susah sangt nak dapat aper yang kita nak.. apatah lagi 1 MILLION... Ia melibatkan hubungan dengan manusia.. KEREDHAAN.. KALO hubungan kita baik.. dengan MANUSIA.. maka bila kita berdoa pada ALLAH.. nescaya ALLAH lagi mudah makbulkan.

Alhamdulilah 3benda paling penting tentang DOA & HAJAT untuk tahun ni ALLAH MAKBULKAN... nanti saya sharedkan benda ni kat anda semua..

11) SEDEKAH.. INVESTMENT PALING UNTUNG.

Amalkan...sebb 10 kita beri.. 100 kita dapat. KALO 1 juta..? hehehe.. nak kene bagi baper? hahaha.
Rm1 pun susah kita beri.. Kenapa orang tak nampak kesan pada sedekah?

Sebb kalo kita berikan RM1. ALLAH pulangkan 10.. RM10. senang ke kita nampak..? yang kita nampak adalah orang beli brang kita. dapat lah untung. kita tak nampak ALLAH buka kan hati orang tu beli dengan kita. So cuber berikan dalam jumlah lebih besar.. u will be amazed..
Sekarnag takder duit?.. sedekahkan dengan bantuan.. sekali kita bantu. 10 kali allah bantu kita tanpa kita sedar... dan Allah akan datangkan orang baik-baik yang akan bantu kita.

TAKKAN BERGERAK 1 ZARAH.. TANPA IZINNYA.. SEGALANYA MILIKNYA.. KITA HANYA MEMINJAM.. PINJAMAN INI ADALAH AMANAH.

1 JUTA HANYA ANGKA.. pada akaun kita.. ! ALLAH MAHA KAYA.. Dier tahu kita nak & dier akan bagi.. tapi tentulah dier lihat usaha, doa, siapa kita untuk diamanahkan untuk dapat kekayaan ini. INYSALAH SEGALANYA BOLEH jika kita yakin. kita tak yakin pada diri sendiri. bermaksud kita tak yakin kepada apa yang ALLAH BOLEH BERI...

TOGETHER WE ARE ONE 


WE ARE RICH & SUCSSESFUL

Pada-Mu Ku Bersujud - Afgan

Assalamualaikum....

Dulu ketika pertama kali mendengar lagu Pada-Mu Ku Bersujud nyanyian Afgan, hati terus jatuh cinta sampai dok ulang-ulang banyak kali. Ya Allah rasa tenang, sejuk, dan insaf....rasa terusik hati ni. Hari ni masa dok buat kerja kat pejabat pun sama, dok ulang-ulang dengar tu yang tergerak nak update kat blog...nak ajak anda semua dengar sekali bagi mereka yang belum pernah dengar. Rasanya dah ramai yang dengar sebab lagu ni dah lama kan...tapi takpe la tetap nak kongsi juga :)


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu


Dalam sunyi aku bersujud

Tips Elak Skandal di Pejabat

Assalamualaikum...

Okey saya nak share satu artikel menarik yang saya baca dari majalah Mingguan Wanita. Isu skandal di pejabat ni bukan setakat dalam drama kat tv je tau....kat luar pun biasa berlaku hal-hal macam ni. Jom baca!

Saban hari bertemu, bertentang mata, berbicara, dan bergurau senda tanpa disedari berputik rasa cinta. Biarpun sedar akan status diri sebagai isteri atau suami orang namun panahan asmara kadangkala menyebabkan iman di dada menipis hingga akhirnya terjebak dalam kecurangan dengan rakan sekerja.

Skandal di pejabat ini memang selalu didengar malah ada rumah tangga yang berantakan dan suami isteri berpisah kerananya. Persahabatan dengan rakan sekerja memang tidak boleh dielak namun bagi yang telah berumah tangga perhubungan ini harus tidak melampaui batas agar tiada hati yang terguris.

Tapi ada juga yang memang menjaga batasan pergaulan namun diri tetap jadi tumpuan dan dikaitkan dengan skandal. Justeru bagi mengelakkan diri terlibat dalam masalah hubungan seperti ini ada baiknya suami atau isteri di luar sana yang bekerja di pejabat mengambil langkah berikut:

1. Bersikap Tegas

Bersikap tegas lebih-lebih lagi kepada diri sendiri, sebabnya di sinilah segala-galanya bermula. Cinta memang boleh datang bila-bila masa dan pada siapa sahaja tapi diri sendirilah yang harus teguh pendirian dan menolaknya. Mungkin tidak mengapa bagi yang masih bujang, namun buat yang berumah tangga bibit-bibit cinta daripada rakan sekerja sangat tidak wajar dilayan. Tetaplah pada pendirian katakan 'tidak' pada cinta yang datang meskipun ia daripada majikan anda sendiri.


2. Jangan Beri Respons

Ibarat kata bertepuk sebelah tangan takkan menjadi. Sekiranya ada rakan sekerja berlawanan jenis berusaha mendekati atau memikat hati anda, jangan beri respons. Begitu juga dari aspek komunikasi, elakkan berbicara hanya anda berdua. Jika boleh jangan buka ruang untuk berbual apatah lagi berkaitan dengan hal cinta. Jangan juga melayan panggilan telefon, SMS, 'chatting' di internet, dan sebagainya. Perkara kecil sebegini boleh membuka ruang kepada hubungan sulit. 


3. Hati-hati Luahkan Perasaan

Seringkali skandal satu pejabat ini berlaku kerana seseorang itu silap tempat untuk meluahkan perasaan. Tertekan dengan masalah rumah tangga, ada yang menjadikan rakan sekerja lelaki sebagai tempat untuk meluahkan rasa hatinya.

Melihat rakan berdepan masalah, selalunya mereka sedia mendengarnya. Di sinilah sebenarnya situasi berbahaya. Masalah demi masalah yang diluahkan akhirnya akan menimbulkan rasa simpati dan dekat. Tidak mustahil ia kemudian akan diikuti dengan keintiman yang tidak dapat dipisahkan. Oleh itu elakkan dari meluahkan masalah pada orang yang salah.


4. Jangan Layan Panggilan

Biarpun anda berusaha mengelak dari terjebak dengan skandal tapi ada juga yang tetap diganggu oleh rakan sekerja yang ingin mendekati. Tidak cukup dengan cubaan di pejabat, dia akan menghubungi pula selepas habis waktu bekerja. 

Ini cara untuk menghindari rakan sebegini. Jika anda kerap menerima panggilan daripadanya, maka anda boleh menghubunginya kembali. Tapi jangan menghubungi telefon bimbitnya, sebaliknya hubungi telefon rumah atau pasangannya. Jika perlu hubunginya ketika dia berada bersama pasangannya. Perkara sebegini pasti tidak menyenangkan dirinya dan sedikit sebanyak memberi pengajaran kepadanya. 


5. Lebih Berdikari

Sikap anda sendiri mungkin menjadi penyebab anda terlibat dengan hubungan sulit dengan rakan sekerja di pejabat. Apa tidaknya anda selalu meminta rakan lelaki contohnya mengambil dan menghantar anda pulang dari kerja, anda juga suka mengajaknya menemani anda keluar makan tengahari, malah anda rasa janggal jika tidak bersama dengannya. Oleh itu mulai hari ini eloklah anda belajar berdikari. Usahakan melakukan apa juga perkara tanpa bantuan teman terutama yang berlainan jenis. 


6. Tunjukkan Kekuatan Cinta

Melihat kehidupan anda suami isteri selalu berjauhan tidak mustahil ada yang cuba-cuba mendekati diri anda. Jika ini yang sedang berlaku maka anda harus menunjukkan betapa kuatnya cinta anda pada pasangan. Jangan pula anda berasa goyah bila ada yang menawarkan cinta.


7. Ingat Dosa

Mengenangkan kelebihan diri rakan sepejabat yang cuba meraih cinta anda, terdetik perasaan untuk menduakan pasangan anda. Tapi sebelum anda melakukannya ingatkanlah tentang dosa anda mengkhianati kasih sayang pasangan. Kenangkan apa pula yang anda rasai jika pasangan anda melakukan perkara tersebut.


8. Bertukar Kerja

Jika tidak ingin diganggu oleh kehadiran cinta yang tidak dikehendaki di pejabat, maka anda boleh menimbang keputusan untuk bertukar pekerjaan. Walaupun rasa sayang dengan karier yang anda bina di situ, namun fikirkan pula tentang kebaikan pada rumah tangga anda.


Sumber gambar: Google

Tips Agar Anak Mudah Terima Ibu Baru

Assalamualaikum...

Tiada yang ganjil jika ibu menjaga anak-anak selepas terjadinya perceraian. Bukan mustahil juga jika anak-anak diletakkan di bawah jagaan bapa kerana ada juga anak-anak yang memilih bapa daripada tinggal bersama ibu.

Jika anak di bawah jagaan bapa, tentu ramai yang berharap agar bapa berkahwin semula supaya ada yang boleh membantu menjaga anak-anak. Tapi bagaimana dengan tuan punya badan? Adakah anda sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga?

Untuk jatuh cinta kembali, ia bukan mudah. Biasanya rasa cinta kepada pasangan yang terlalu dalam membuatkan lelaki sukar mengungkapkan kata-kata cinta. Namun jika anda sudah menemui seseorang yang anda rasakan sesuai dengan diri, ada lagi halangan yang perlu anda tempuhi iaitu mendapatkan persetujuan dari anak-anak.

Sesetengah anak-anak khususnya yang sudah dewasa sukar menerima kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka kerana beranggapan ada orang lain yang mahu merampas bapa mereka atau mereka enggan berkongsi kasih dengan wanita lain. Ikuti cara bagaimana harus memberitahu anak jika anda sudah menemui cinta baru dan berhasrat mahu mengahwini wanita itu.


Aturkan pertemuan secara spontan

Anda sedang melalui fasa-fasa kebahagiaan setelah menemui cinta baru. Anda berhasrat mahu mengahwininya secepat mungkin agar rasa bahagia itu terungkap melalui sebuah ikatan yang sah. Namun anda harus berhadapan dengan anak yang anda sendiri tidak pasti apa penerimaannya terhadap bakal ibu tiri mereka.

Apa kata aturkan satu pertemuan secara spontan. Ia bukan sahaja baik tetapi anda boleh bergurau dengan anak dengan mengatakan bahawa wanita di hadapannya adalah bakal ibu baru mereka. Anda juga mungkin boleh membawa gambar bakal ibu mereka dan tunjukkan kepada mereka. Nyatakan juga kebaikan-kebaikan wanita idaman anda ini. Yakinkan kepada anak-anak bahawa dia mampu menjaga mereka sebagaimana anda menjaga mereka selama ini.

Bersedia berkongsi perasaan anak

Dalam mendirikan rumah tangga, bukan sahaja perasaan pasangan yang perlu dijaga tetapi juga perasaan anak-anak kerana sudah tentu anda akan duduk serumah nanti. Jika anak memprotes, nyatakan mengapa anda harus berkahwin lagi, nyatakan juga bahawa itu bukan bermakna anda tidak lagi menyayangi mereka.

Mengungkapkan kata-kata sayang dan cinta kepada anak menunjukkan anda bukan mementingkan diri sendiri sebaliknya anda bapa yang baik. Jika anda berusaha meyakinkan mereka, tidak mustahil untuk anak bersetuju dengan pilihan anda.

Beri peluang untuk saling mengenali

Kanak-kanak biasanya sangat jujur dan mereka jarang menipu khususnya yang masih kecil. Kalau begitu, aturkan satu pertemuan khusus untuk anak-anak dan pasangan. Beri masa untuk anak-anak dan bakal ibu mereka mengenali satu sama lain, biarkan mereka bergurau senda sekaligus memulakan sebuah perhubungan. Jangan sesekali anda memaksa anak-anak menerima dengan segera. Lagi anda mendesak, ia akan hanya menyimpul dendam di hati anak-anak.

Siapkan mental dan fizikal anak

Jika anda merancang sesuatu dan takut ia gagal, mintalah bantuan daripada rakan-rakan yang sudah biasa dengan anak anda. Sekurang-kurangnya ia dapat menyelamatkan situasi jika anak tidak dapat menerima wanita yang anda hendak nikahi.

Biarkan rakan anda bercerita dahulu dan memperkenalkan kepada anak siapa bakal ibu mereka. Ceritakan bagaimana anda menyayangi dan betapa seronoknya mempunyai ayah dan ibu dalam sebuah rumah. Insya Allah, jika kena dengan caranya, anak-anak akan menerima pasangan anda.

Kekalkan tradisi keluarga

Sesetengah orang khususnya orang baru cuba mengubah tradisi yang sudah terbiasa dilakukan dalam keluarga. Nasihatkan kepada bakal isteri bahawa dia harus mengikut tradisi keluarga yang sudah diamalkan. Bertolak ansurlah dalam perkara ini meskipun kadangkala kita tidak menyukainya. Jika anda mampu mengikutinya, anda akan diterima sebagai sebahagian keluarga.

Minta izin anak

Sekalipun mereka hanya anak-anak kecil tetapi mereka mempunyai hati dan perasaan. Berkahwin lagi sebenarnya memberi impak kepada emosi anak dan seharusnya anda tidak mementingkan diri sahaja sekalipun anda seorang bapa kepada mereka. Jika anda berjaya menawan hati anak, bermakna hasrat anda untuk berkahwin lagi akan direstui.

Sumber: Majalah Mingguan Wanita


Sumber gambar: Google

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails