09 February 2017

My Life Is Not To Please Everyone

Assalamualaikum...

Haaa nampak tajuk dalam english uolssss...Oh My English! hahaha sekali sekala :D

Ada yang tanya aku macam mana aku boleh positif je setiap masa??? Nak kata 24 jam aku sentiasa positif tu tak la, suci sangat tu hahaha. Ada la sekali sekala perasaan negatif tu datang tapi cepat-cepat hapuskan, tutup dengan fikiran yang positif. Bahaya aura negatif jangan bagi singgah lama lama dalam diri tu.

Menjawab persoalan macam mana boleh kelihatan positif je selalu. Ok macam ni senang je, aku nikmati sungguh sungguh kehidupan ini dengan penuh syukur dan gembira. Itu perkara asas supaya aura positif tu sentiasa wujud dalam diri kita. Nikmati dengan bersungguh sungguh tu macam dunia ni kita yang punya dan macam esok dah nak kena cabut nyawa. Sehari tak menikmati dengan penuh kesyukuran rasa rugi sangat.

Lagi???? Hidup ni mesti ada prinsip supaya kita ada 'sesuatu' untuk berpegang. Antara prinsip aku ialah 'my life is not to please everyone'. Aku buat apa yang aku suka bukannya yang orang lain suka. Aku hidup dengan cara aku dan aku bahagia. Ye jadilah seperti Nik Azidah, tak nak letak nama Rashid sebab dia dah glamour haha.

Ye lah kalau kita asyik buat sesuatu sebab orang lain, sebab nak penuhi kehendak orang lain, sebab nak puaskan hati orang lain...memang jiwa kita akan sakit. Jadi macam mana nak bahagia, nak positif?

Senang cerita gini la aku tak suka kusutkan kepala dengan perkara perkara yang tak perlu. Fokus kepada perkara penting lain yang nak kena fikir nak kena buat. 

Itu cara aku la. Lain orang lain caranya. Ye dokkkk!

2 comments:

  1. betul jgk tuh..kalau nak puaskan hati semua orang matilanak! tak tercapai akal mu gituh! Fokus pada diri kita jer lagi senang. yang penting kita happy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kan. Mati hidup balik pun tak puas puas haha.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails