28 February 2017

Jangan Sentap Selagi Orang Tak Sebut Nama Kita

Assalamualaikum...

Tengah dok scroll facebook ni tiba-tiba ternampak ada orang share kata-kata ni. Aku terus sengeh sendirian sebab lucu tapi betul la kan hehe.




Apabila kita nak bermain di 'padang' media sosial ini, kena bersikap terbuka la. Kadangkala tu orang tak bercakap pasal kita pun, dia update tentang isu semasa atau update apa yang berlaku di sekeliling. Sudah kebetulan apa yang dikata tu sebijik kena kat batang hidung kita. Nak buat macam mana kan haha.

Kesimpulannya, kalau kita asyik nak sentap dengan orang, dok setakat tu je la hidup kita sampai ke sudah tak maju. Hidup dipenuhi dengan pergaduhan dan sakit hati dengan orang tu orang ni. Orang macam ni sebenarnya dia gaduh dengan jiwa dia sendiri sebab tu hidup tak tenang asyik stress je. Orang yang dia sakit hati tu elok je gembira, tenang dan sibuk mengejar kejayaan hidup.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails