05 November 2016

Daging Goreng Berempah

Assalamualaikum...

Lamanya aku tak update blog kan. Last update 18 Julai tapi masih Julai 2016 la bukan tahun lepas. Sebenarnya aku dah berhenti kerja pada 30 September 2016. Alhamdulillah salah satu wish list aku tercapai. Impian itu dah lama sebenarnya cuma aku perlukan masa untuk membuat persediaan. Okay la kita cerita dalam posting lain kisah berhenti kerja tu ye.

Semalam aku ada masak Daging Goreng Berempah. Alhamdulillah menjadi dan sedap juga la, tiba-tiba puji masakan sendiri haha lantak la. Sebab dia sedap jadi aku nak kongsikan resepi tu kat sini.

Jom tengok apakah bahan-bahan untuk masak Daging Goreng Berempah. Cara-cara masak tengok gambar ye.


Bahan A
- 400 gram daging
- 1 labu bawang besar Holland (dipotong gelang)
- 2 biji tomato (dipotong 4)
- 3 tangkai daun kari
- Sedikit minyak masak
- Garam secukup rasa
.
Bahan B (dikisar)
- 1 1/2 inci halia
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh lada hitam



Ini adalah bahan-bahan untuk dikisar. Sepatutnya kena letak jintan manis bagi lagi sedap. Rupanya jintan tinggal plastik je. Isinya sudah habis. Terasa bongok daku di situ, dah guna sampai habis kenapa tidak dibuang plastiknya haha. 

Takpe tak letak jintan manis pun, tak berdosa. Tukang masaknya dah cukup manis. Bawang merah tu letak lebih sikit sebab halus-halus bawangnya. Kalau bawang korang sihat sejahtera, letak 5 biji cukup.



Ini adalah bahan-bahan A. Kalau nak lagi meriah boleh tambah cili merah ke cili hijau ke capsicum ke. Takpe tak salah sebab kita yang masak dia. Tomato tu aku letak sebiji je sebab tinggal lagi sebiji nak masak untuk esok. Malas nak pergi beli lain. 

Daun kari tu dari pokok sendiri, jadi nak masak petik aje kat balkoni. Bawang besar tu suka hati la nak potong biasa ke nak potong gelang.



Dah namanya masak daging. Jadi dagingnya jangan lupa. Hiris, basuh bersih, dan toskan.



Letak sedikit minyak dalam kuali. Sikit je tau minyak mahal sekarang ni. Masukkan daun kari. Kuali basah-basah tu sebab terpercik minyak. Last minute ambik daun kari dan cuci, jadi airnya belum kering. Malas nak fikir campak aje la lepas tu lari haha.



Masukkan bahan yang dikisar. Kacau sehingga pecah minyak.



Lepas tu masukkan daging. Kacau sehingga sebati. Air daging akan keluar nanti dan biarkan sampai daging empuk. Kalau air kurang boleh tambah air. Kalau nak cepat boleh rebus awal-awal daging ni. Tapi aku lebih suka daging empuk bersama rempah, supaya rasanya meresap sampai ke dalam.



Lepas daging dah empuk, boleh masukkan bawang besar, tomato, dan garam. Kacau sekejap sehingga bawang besar sedikit layu. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 


SELAMAT MENCUBA :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails