17 July 2016

Lama Sangat Tak Update

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan. Mak aiiiii ini la jarak paling lama aku tak update blog. Last update 31 Januari 2016. Hari ni dah 17 Jun 2016. Nasib baik kat belakangnya masih 2016 hehe.

Aku tak pergi mana pun, ada je kat dunia maya ni. Cuma aku lebih aktif di laman sosial facebook. Setiap hari dan entah berapa kali sehari aku dok update status kat sana. Dannnn secara tidak sengaja terlupa nak update blog. Cehhhh nampak tu alasan tidak sengaja.

Berkepuk kepuk dah habuk kat blog ni. Bukan tidak ingat pada blog tapi facebook lebih memerlukan aku (macam penting sangat). Eh tak la! Ok macam ni aku banyak berada di facebook sebab ada beberapa urusan yang memerlukan aku untuk lebih aktif dan fokus di sana. 

Sekarang aku dah mampu uruskan masa dengan baik. Nak kata perfect sangat tu tak la tapi ada improvement. Hari tu aku agak sibuk kadangkala jadi kelam kabut. Kejutan budaya mungkin. Secara perlahan-lahan aku cuba adapt dan susun balik jadual, sesuai dengan tugasan aku di pejabat dan juga selaku usahawan dan peniaga online. 

Walaupun dah lama aku bekerja dan pada masa yang sama buat bisnes online...dah 5, 6 tahun. Tetapi tahun 2016 adalah tahun yang agak mencabar untuk aku. Berbulan juga la aku ambik masa untuk pastikan segalanya berada dalam keadaan yang baik dan tersusun. Mantapkan ilmu bisnes dan kewangan. Alhamdulillah segalanya berjalan mengikut perancangan. Apabila kita serius dalam bisnes dan dalam masa yang sama terikat dengan tugasan di pejabat, ia sangat sangat sangat mencabar. 

Ok ada masa nanti aku kembali lepak sini ye. Insya Allah pejabat aku akan berpindah ke rumah sendiri dua bulan lagi. Tidak lagi terikat dengan rutin harian di pejabat sana, tidak perlu lagi mengharungi jem pagi dan petang. Dengan kata lain aku akan menguruskan AI Inspire Resources secara sepenuh masa. Alhamdulillah syukur kerana inilah impian aku dari dulu, untuk bekerja dari rumah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails