14 January 2016

REVIEW MAKAN: Homemade Cream Puff Sedap Giler

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak buat review makan makan walaupun selalu makan, bukannya apa tak sempat nak ambik gambar tiba-tiba je hilang sekelip mata masuk mulut haha. Jadi kali ni aku ambik gambar cepat cepat sebelum licin, tu pun dah hilang tiga ketul masuk mulut.

Okay serius aku cakap ini first time aku jumpa cream puff yang sedap macam ni tau...nikmat wei nikmat!



Cream puff ni special bagi aku sebab bahagian luar pun dah sedap, bahagian dalamnya apa lagi kan...berganda-ganda la sedapnya sebab krimnya lain dari yang lain, lepas tu ada nanas seketul dalam krim tu. Kalau korang tak suka nanas boleh je request tak nak, tapi aku suka.

Actually cream puff special ni aku order dari kawan ofis aku, kak Ameeza. Aku ni boleh katakan pelanggan tetap kak Meeza sebab setiap makanannya dibuat dengan penuh kasih sayang, sedap, dan yang paling best tak kedekut bahan...ok lagi satu rasa rasanya yang segar sebab time kita nak baru buat.

Aku selalu skodeng instagram kak Meeza ni haha, cuci mata tengok segala homemade food yang beliau buat. Korang tunggu apa lagi, pergi la jenguk instagram homebakerz

Okay kalau dah order sekali confirm korang nak order berkali-kali tau. Nanti kalau ada lagi aku review ye, dah macam macam beli sebelum ni cuma tu la tak sempat nak ambik gambar...ye la aku kan tak reti sabar kalau makanan kat depan mata haha :P

Hummm aku order ni minggu lepas 8hb tapi sampai sekarang dok teringat. Nampak gayanya nak kena order lagi ni. Jom skodeng instagram homebakerz!



10 comments:

  1. Replies
    1. Aah memang sedap sangat hehe...

      Delete
  2. Nampak sedap. Yun Sing ni xsuka sgt cream puff tp nampaknya kena try gak yg ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap sebab lain dari yg lain...confirm tak menyesal hehe..

      Delete
  3. Alamak..my febret ni..pantang tgk mesti terliur.. Tp sy x pandai nk buat ni mcm remeh je.ada cara paling mudah Dan senang x nk buat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun beli hehe...tak pandai jugak ;)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails