31 January 2016

Dapat Contact Lens Percuma Sebab Jujur

Assalamualaikum...

Maaf ini entry throwback lagi ye. Akibat kesibukan tahun lepas, banyak post tertunda tak dapat disiapkan. Maklum la semester lepas aku kan ratu kelas, dengan handle event lagi, dengan bisnes lagi....adoiiiii macam nak pitam haha tapi Alhamdulillah rezeki. Semester ni pun kelas banyak juga tapi tak sebanyak semester lepas dan aku pun dah boleh manage masa dengan baik. Banyak belajar dari pengalaman katakan :D

Bagi sesiapa yang rabun macam aku ni, lepas tu tak suka sangat pakai spek, pilihan lain untuk melihat dengan jelas ialah dengan memakai kanta lekap atau orang kampung aku panggil contact lens. Nak buat lasik belum mampu lagi.

Aku suka beli contact lens secara online di www.mrlens.com.my

Kadangkala ada juga beli contact lens di kedai-kedai optometri. Tapi kalau secara online aku adalah pelanggan setia www.mrlens.com.my sebabnya servisnya yang pantas. Tempat lain no komen sebab tak pernah cuba kan dan aku kalau dah suka kat situ maka kat situ je la susah nak beralih arah haha...nampak tak betapa setianya. Padahal malas nak tengok tempat lain.

Ok berbalik pada tajuk di atas, ceritanya gini...aku ada order sekotak contact lens dan dalamnya macam biasa la ada tiga pasang untuk tiga bulan. Macam yang aku kata servisnya memang pantas, order hari ni esoknya sampai kat ofis. 

Tak lama lepas tu receptionist kat ofis panggil aku katanya parcel aku ada lagi. Aku plak tanya dia betul ke nama aku sebab aku takde order apa-apa secara online....last contact lens tu la yang aku dah dapat. Aku ambil tengok eh betul la aku punya, sampai ofis buka dan tingggg sekotak contact lens yang sama seperti yang aku order yang dah dapat awal-awal tu. Maknanya aku ada enam pasang contact lens wei haha. Pelik juga kan ingatkan aku ada terbayar dua kali ke....tapi bila cek statement kad kredit aku ada satu bayaran je.




Tak lama lepas tu aku call pihak www.mrlens.com.my bagitau apa yang berlaku dan bagi nombor invois sekali. Ok katanya nanti diaorang cek....sebelum letak telefon tu banyak kali juga la dia say thanks for sebab being honest. Tak lama lepas tu aku dapat email ni.......

MrLens
to me

Order Number: 41239
Hi Nik Azidah,
Thank you for being honest. Yes. We have checked. You have only paid once. We would reward you with that free box for your honestly.
Cheers,
Jason


Alhamdulillah rezeki aku dapat contact lens free sekotak bersamaan dengan tiga pasang. Jimat bekalan aku untuk tiga bulan. 

Jom usha www.mrlens.com.my, pelbagai jenis dan jenama contact lens ada kat situ. Pilihannya banyak sangat berbanding dengan kedai optometri. Bukan setakat contact lens, spek pun diaorang ada jual juga cuma aku tak boleh beli walaupun berkenan. Bab spek aku kena pergi kedai sebabnya susah sangat nak memilih. Aku kan bertudung so kena cari spek yang bingkainya tak terlalu lebar nanti jadi kembang tudung hehe. Aku selalu stress time nak beli spek baru sebabnya susah sangat nak jumpa yang berkenan di hati, sampai terkeluar keluar rambut ni haaaa sebab dok mencuba spek...sebab tu aku akan pakai spek sampai la buruk baru tukar. Satu penjimatan di situ hehe.

Ok jangan lupa ye gi jenguk www.mrlens.com.my

29 January 2016

Singgah Bermalam di Kuantan dan Review Hotel

Assalamualaikum...

Okey kita sambung post sebelum ni ye tentang Singgah Sebentar di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.

Lepas dah puas melepak ambik angin kat Pantai Batu Burok tu kami gerak ke Kuantan, Pahang. Lupa plak jam berapa bertolak haha maklum la entry throw back kan....tapi petang la jam lima lebih kot. Sebelum tu ada la juga bincang nak bermalam di Kuantan ke nak terus balik KL sebabnya tengahari esok tu suami kerja.

Macam penat macam malas plak nak terus balik KL kan, jadi decide  nak bermalam kat Kuantan je la. Masa dalam perjalanan tu la aku dok survey hotel cek kat website agoda senang nak terjah kan...tengok harga dan availability. Malas nak book online sebab aku tak suka buat online transaction guna handphone kecuali kalau terpaksa. Kadangkala bila lalu kawasan-kawasan tertentu line jadi slow....jadi itu makin menambahkan kemalasan aku untuk buat urusan online.

Dok survey survey tu aku decide untuk pilih Sri Manja Boutique Hotel....ok la harga RM100++ sikit je. Lebih berapa tu tak ingat hehe. Ambik yang murah dah la kan setakat nak singgah bermalam tidur letak kepala sekejap je. Sebelum decide tu aku ada baca la komen-komen dari mereka yang pernah bermalam kat hotel tu. Kebanyakan mereka berpuas hati dengan kebersihan hotel dan juga parking space....dua benda tu penting bagi aku. 

Sri Manja Boutique Hotel terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Masuk je Kuantan aku terus on gps dan cari direction untuk ke Sri Manja Boutique Hotel. Senang sangat nak sampai ke Sri Manja Boutique Hotel ni tau. Ini adalah view hadapan Sri Manja Boutique Hotel, simple tapi cantik...ok la dengan harganya dan menepati citarasa aku, tenang dan tak serabut.




Jangan risau pasal ruang parking memang banyak...dari hujung sini ke hujung sana. Kami sampai sana malam tu dalam jam lapan lebih, dapat parking betul-betul kat depan hotel tu.



Macam ni la biliknya yang kami tidur malam tu. Ini salah satunya la, ada macam-macam pilihan lagi iaitu deluxe room, superior twin, superior queen, japanese room, dan family deluxe. Tapi masa kami sampai tu takde la bunga tu hehe, lain-lain semua sama je. Ok so check in dalam jam lapan lebih, ye malam dah, penat tak sabar nak baring. Layanan pekerja di kaunter reception pun bagus, mesra pelanggan...aku puas hati.



Dah masuk bilik tu apa lagi terus baring di tilam yang empuk tu haha penat oiiiii. Kebersihan bilik aku sangat berpuas hati sebab langsung takde kotoran terutama kat sarung bantal, cadar, selimut walaupun secoet...putih bersih. Bau bilik juga menyenangkan. Senang cerita semua bersih la termasuk bilik air...bersih! Tekanan air pun bagus....kuat! Tidur lena betul malam tu sampai ke pagi sebabnya rasa sejuk nyaman je kan...maklum la tidur dalam aircond atas tilam empuk plak tu haha. Kalau ada duit lebih boleh la jadikan bilik tidur kat rumah macam bilik hotel...insya Allah ada rezeki nanti. Okey berangan dulu hehe :D

Pagi esok bangun mandi kemas kemas barang dan bersiap untuk pergi breakfast. Kiranya turun tak naik dah la, lepas breakfast tu kami terus check out dalam jam lapan lebih dan bertolak balik KL. Turun tu pergi ke kereta dulu simpan barang sebab park depan hotel je kan tak perlu jalan jauh, lepas tu baru breakfast. Penginapan tu dah included breakfast jadi rugi la kalau tak makan kan. 

Aku suka sangat dengan nasi goreng kerabu kat hotel tu, banyak kali kot aku tambah hahaha sedap oiiiiii! Makanan lain aku tak ingat sebab aku ambik sekali je. Banyak kali tambah tu takde la sampai sepuluh kali haha...perut aku tak mampu nak tampung banyak tu. Dah kenyang tu terus bertolak balik KL dengan senang hati. Nasib baik Kuantan - KL dalam dua jam setengah je....sempat la sampai sebelum tengahari sebab suami kerja kan. Aku yang drive sampai KL sebab nak bagi suami rehat, aku takpe sampai rumah boleh sambung guling guling lagi kan sebab masih bercuti.




Check-in 23/12/2015, check-out 24/12/2015.

Secara keseluruhannya kami sangat berpuas hati. Recommended!

26 January 2016

Singgah Sebentar di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu

Assalamualaikum...

Sesi mengupdate entri basi.....basi tidak semestinya busuk haha. Baru teringat nak review pasal hotel yang kami singgah tidur kat Kuantan hujung bulan Disember tahun lepas.

21 Disember 2015 tu kami balik kampung aku kat Kelantan, lebih tepat lagi Pasir Mas. Jadi cuti cuti lepak lepak tenangkan fikiran kat kampung macam biasa la....dan dipendekkan cerita 23 Disember 2015 tu kami dah kena bertolak balik KL sebabnya suami kerja esoknya. Ishhhhh tak puas tau kejap sangat baliknya.

Tengahari tu kami bertolak dari kampung...memang dah plan nak lalu ikut Terengganu saje jalan-jalan tengok negeri orang. Sampai Kuala Terengganu petang tu kami singgah di Pantai Batu Burok. Singgah kejap je lepak ambik angin pantai sebab dah lama sangat tak tengok pantai. Tenang sangat tengok alam luas terbentang dan sebenarnya aku suka sangat dengar bunyi ombak. Suka dengar je tau tapi penakut sebab tu aku tak suka mandi pantai, setakat main kat gigi air tu boleh la haha. Hari tu kat gigi air pun tak pergi sebab ombak kuat.....takut!!!

Pantai Batu Burok ni popular kot dan kedudukannya tak jauh pun dari bandar Kuala Terengganu, jadi tak susah pun nak cari. Kami sampai sana guna waze haha ye la jimat masa kan. 

Layu kuyu je mata aku sepanjang dok lepak kat tepi pantai tu, ye la berangin kan rasa nak tidur je. Kalau korang suka berkuda boleh la cuba sebabnya ada perkhidmatan menunggang kuda disediakan di situ. Layang-layang pun ada jual juga, kanak-kanak ramai dok main tu. Pendek kata macam-macam la ada. Nak main boleh, nak makan pun boleh sebabnya banyak gerai makanan dan minuman ada kat situ.

Dannnn sepanjang dok lepak tengok alam ciptaan Allah, asyik sangat kan sampai aku terlupa nak ambik gambar...ye langsung takde. Maka aku pun goole gambar Pantai Batu Burok tu hehe.

Kredit gambar dari www.visit-terengganu.net

Ok niat asal nak review hotel yang kami singgah bermalam kat Kuantan tu sebenarnya, dah tu tercerita plak pasal Pantai Batu Burok...teruskan je la sampai habis. Cerita kat Kuantan bersambung di next post ye. Nak cerita semua kat sini panjang la plak. 







SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

Assalamualaikum...

Dah lama tak join mana-mana segmen dan giveaway....alasan biasa iaitu tak sempat haha. Hari ni aku merajinkan diri untuk join segmen yang dibuat oleh Cik Ayu kita ni.




Jom korang join sama-sama meriahkan majlis, bukan kena bayar pun kan hehe. Jangan lupa klik banner kat atas tu tau.

24 January 2016

Perancangan Hari Ini Esok Dengan TO DO LISTS

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sejak masuk tahun 2016 aku banyak bergantung dengan buku planner untuk merancang segala kerja dan aktiviti harian.




Sebelum ni aku tak kisah sangat pasal kepentingan planner ni...asal boleh je kalau sempat buat, tak sempat nak buat macam mana. Kadangkala lupa pun ada haha.

Jadi tahun ni segala apa yang aku buat setiap hari dah ada sedikit perubahan. Malam sebelum tidur aku akan tulis apa kerja atau aktiviti yang perlu dibuat keesokannya. Contohnya first sampai ofis kerja apa yang perlu dibuat terlebih dahulu. Balik kerja plak apa nak dibuat.

Sejak aku buat gini kan, takde lagi kerja yang aku terlupa dan tertinggal haha....segalanya teratur dan tersusun. Aku lebih nampak yang mana keutamaan dan sebaliknya. 

Semakin lama semakin sibuk, kerja semakin banyak. Jadi inilah kawan yang bersama aku setiap masa sebabnya selalu dalam beg dan dibawa ke mana je aku pergi hehe.

Akibat Tangguh Kerja Diri Yang Susah

Assalamualaikum...

Walaupun tak suka tangguh kerja, tapi kadangkala aku ni leka juga haha...dok kejap lagi kejap lagi haaa kerja tak siap. Padan muka!

Sebagai balasannya aku pulun giler giler untuk siapkan walaupun terpaksa korbankan waktu tidur. Anggap saje sebagai hukuman untuk diri sendiri. 

Perkara ketara yang aku kadangkala tangguh ialah bab-bab update blog. Kata nak update selalu kan tapi kadangkala terbiar sepi hahaha. Nasib baik bab-bab kerja kat ofis aku on time, Alhamdulillah setakat ni aku sangat jaga semua tu...itu kan amanah dan tanggungjawab. Kita cari rezeki dengan cara tu jadi kena jaga halal, haram, amanah dan kepercayaan orang lain pada kita.

Kerja-kerja sampingan je belum cukup disiplin lagi....disiplin yang sangat sangat sangat berdisiplin. Semoga diberikan kekuatan untuk tidak bersenang lenang selepas balik kerja. Seperti yang ramai orang tahu selain kerja utama, aku juga ada buat bisnes. Selepas balik kerja aku akan mengadap laptop buat apa-apa yang patut berkaitan bisnes sama ada update blog, promosi produk-produk bisnes, dan lain-lain. Setiap tudung yang aku jual juga semuanya aku jahit sendiri selepas balik kerja dan juga time cuti hujung minggu.

Haaaa part ni la selalu fail. Contohnya selepas balik kerja aku mula menjahit dan target nak siapkan lima helai tudung...sepatutnya mula menjahit jam sembilan malam tapi sebab dok tangguh jadinya mula lambat sikit...lepas tu tak boleh nak capai target. Lepas tu kena bangun jam empat pagi sebab nak kena siapkan juga, itu pun kalau terbangun la haha. Kadangkala aku pulun juga siapkan tapi tu la kena tidur lambat sedangkan esok nak kerja.

Ataupun ada juga bila target tujuh hari siap semuanya, tapi jadi sembilan hari akibat suka bertangguh kerja. Nasib baik bisnes kecil-kecilan je kan, tapi kecil pun macam mana nak jadi besar kalau aku ada sikap macam ni huhu.

Kadangkala rasa bersalah dan malu kat diri sendiri. Nak berjaya, nak ubah nasib diri dan hidup bebas kewangan, tapi belum cukup gigih dan kental dalam melakukan kerja sampingan. Aku tak sempurna tapi aku cuba untuk ubah mana yang patut. Insya Allah semoga dipermudahkan.

16 January 2016

Jangan Pandang Rendah Kat Orang

Assalamualaikum...

Terasa nak membebel sikit hehe :P

Okay la kita straight to the point ye, aku menulis ni dari pandangan jelas yang aku selalu nampak kat mana-mana je. 

Ada sesetengah orang ingat kita bodoh, sedangkan dia tak tahu kita ni siapa, dan dia tak tahu pun apa yang kita tahu. Apa yang dia tahu yang kita ni memang tak tahu menahu. 

Ibaratnya "eh kau diam la, kau jangan buat la kau tak tau apa-apa" atau pun "eh boleh ke ni, dia tau ke buat kerja-kerja ni semua".

Ibaratnya lagi dia seorang pegawai tadbir tapi pungpang pungpang bercerita pasal pengetahuan dia dalam bidang forensik (mungkin yang dilihat dari cerita csi kat astro) kepada pensyarah lulusan sains forensik dan mengajar subjek sains forensik.

Ibaratnya lagi lagi, dia seorang pegawai pemasaran tapi mengajar seorang pensyarah cemerlang yang mempunyai pengalaman mengajar bertahun-tahun tentang teknik mengajar yang betul.

Ibaratnya lagi lagi lagi, seorang isteri bekerja dan sekali sekala masak untuk keluarga mengajar chef hotel lima bintang tentang hal-hal masakan "eh chef apa kata chef buat macam ni, letak ini sikit baru la sedap, kalau macam ni tak sedap chef".

Ibaratnya lagi lagi lagi lagi, seorang jururawat ditugaskan untuk mengambil darah pesakit tiba-tiba ada keluarga pesakit cakap "ehhhh saya tak nak awak yang buat, awak nurse je saya risau takut awak salah cucuk, saya nak doktor yang buat".

Lagi? Kalau seseorang tu masuk ke butik pakaian, kasut atau beg berjenama, tiba-tiba pembantu jualan bercakap sesama mereka "ni masuk belek belek je ni, kau tengok la dia pakai macam tu macam tak berduit je mampu ke nak beli".

Lagi lagi? Ali diberikan tugas berkaitan bidang pengajiannya dan telah berpengalaman selama sepuluh tahun. Tiba-tiba ada orang lain datang bagitau kat boss "eh boleh ke Ali ni buat kerja ni, baik bagi kat Abu dia lagi banyak pengalaman". 

Dan banyakkkkk lagi la...tak larat nak senaraikan haha.

Perkara macam ni pernah terjadi kat diri sendiri dan juga kawan-kawan...mungkin korang juga pernah alami perkara yang sama.

Aku kalau berhadapan dengan perkara macam ni mesti aku senyum, aku perhati je dan kadangkala tergelak sebab rasa lucu hehehe. Bak kata Azwan Ali "why bother? why bother? why bother?". Tak perlu nak sentap ke, nak kecik hati ke...tak perlu ye sebab itu boleh memberi kesan kepada diri kita juga. Kalau perlu aku akan bersuara, kalau tak perlu aku diam buat tak tau je dan move on...sebabnya banyak lagi benda lain yang nak kena buat, nak kena fikir, nak kena siapkan. Baik aku buat kerja aku lagi ada faedah.

Okey apapun chill and be positive ye :)

14 January 2016

REVIEW MAKAN: Homemade Cream Puff Sedap Giler

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak buat review makan makan walaupun selalu makan, bukannya apa tak sempat nak ambik gambar tiba-tiba je hilang sekelip mata masuk mulut haha. Jadi kali ni aku ambik gambar cepat cepat sebelum licin, tu pun dah hilang tiga ketul masuk mulut.

Okay serius aku cakap ini first time aku jumpa cream puff yang sedap macam ni tau...nikmat wei nikmat!



Cream puff ni special bagi aku sebab bahagian luar pun dah sedap, bahagian dalamnya apa lagi kan...berganda-ganda la sedapnya sebab krimnya lain dari yang lain, lepas tu ada nanas seketul dalam krim tu. Kalau korang tak suka nanas boleh je request tak nak, tapi aku suka.

Actually cream puff special ni aku order dari kawan ofis aku, kak Ameeza. Aku ni boleh katakan pelanggan tetap kak Meeza sebab setiap makanannya dibuat dengan penuh kasih sayang, sedap, dan yang paling best tak kedekut bahan...ok lagi satu rasa rasanya yang segar sebab time kita nak baru buat.

Aku selalu skodeng instagram kak Meeza ni haha, cuci mata tengok segala homemade food yang beliau buat. Korang tunggu apa lagi, pergi la jenguk instagram homebakerz

Okay kalau dah order sekali confirm korang nak order berkali-kali tau. Nanti kalau ada lagi aku review ye, dah macam macam beli sebelum ni cuma tu la tak sempat nak ambik gambar...ye la aku kan tak reti sabar kalau makanan kat depan mata haha :P

Hummm aku order ni minggu lepas 8hb tapi sampai sekarang dok teringat. Nampak gayanya nak kena order lagi ni. Jom skodeng instagram homebakerz!



06 January 2016

Berjimat Cermat Amalan Mulia

Assalamualaikum...

Haaaaa tajuk post tak boleh blah...berjimat cermat amalan mulia gitu hehe...

Sejak masuk tahun 2016 ni alhamdulillah masih berjaya menahan diri dari habiskan duit gaji sesuka hati. Tahun ni adalah tahun menabung dan menyimpan...aku cuba setakat mana yang mampu untuk potong segala perbelanjaan yang tak perlu dan tak penting. Zaman berkenan ambik bayar....berkenan ambik bayar tanpa fikir sudah berakhir ye...kita mulakan hidup baru...

Ngeri oiiiiii bila ingat balik cara aku berbelanja sebelum ni. Ngeri la bagi orang yang bergaji biasa biasa macam aku ni....bagi yang bergaji besar mungkin itu biasa takde apa pun. Kalau dikumpul extra teaching allowance yang aku dapat dah settle loan kereta tau...siap ada balance lagi...dah bebas hutang tau tapi itu kalau la hahaha. Nak menyesal pun dah takde guna kan....apapun hidup mesti diteruskan. Lepas ni aku cuba untuk bayar segala komitmen, bagi mak ayah, adik adik, sedekah, belanja harian diri dengan duit gaji basic je....aku cuba sebaik yang boleh tanpa usik duit elaun so boleh la menyimpan kan...

Bulan ni sebelum berbelanja aku dah masukkan siap siap sedikit simpanan dalam akaun ASB takut terguna...biasa la manusia kan mudah lupa hehe. Sebelum ni belanja dulu baru simpan....memang la lepas belanja itu ini ada balance lagi duit gaji tapi tak elok kalau berterusan dijadikan amalan macam tu..

Sebenarnya aku ada beberapa perancangan untuk tahun 2016 ni. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan...aku doakan uols pun sama...insya Allah :)


Sumber: Google

05 January 2016

Masih Bernafas? Bergembiralah....Yessss The Secret of Happiness

Assalamualaikum...

Bangun pagi...alhamdulillah syukur ya Allah kerana masih memberikan aku udara untuk bernafas, masih memberikan peluang untuk aku meneruskan hidup ini...

Aku rasa happy sangat dengan hidup ni...
Hanya aku yang tau, aku yang rasa...
Walaupun tak kaya, tak kerja hebat...
Tapi aku dikelilingi oleh orang yang baik-baik...

Dapat suami baik...
Keluarga sendiri dan ipar baik...
Keluarga mentua ipar duai baik...
Saudara mara baik...
Kawan-kawan sekeliling baik...

Jadi untuk apa aku pertikaikan perkara lain yang aku masih belum dapat...
Allah dah bagi rezeki yang cukup banyak untuk aku selama ni...
Apa yang aku impikan kebanyakannya aku dapat...
Jadi atas dasar apa untuk aku tidak bersyukur dengan hidup ni?

Yessss this is the secret of happiness. Kalau gagal....bangkitlah! Kalau impian masih belum tercapai...usaha, doa, dan tawakal insya Allah dapat! Kalau tak dapat juga...jangan putus asa, mungkin Allah akan gantikan dengan perkara lain! Bersangka baik dengan Allah kita akan dapat macam-macam ganjaran, kadangkala yang kita tak sangka dan tak pernah terfikir pun akan dapat...

Hidup ini penuh dengan ujian jadi bersabarlah dan kekal positif...ok! :)


Sumber: Google

04 January 2016

Back to School!!!

Assalamualaikum...

Setelah dua minggu bercuti jadi hari ni kita back to school hehe...back to school la sangat kan!

Jadual semester ni agak padat sikit...dan hari isnin ada kelas pagi uolsss. Nasib baik la aku dah lama takde monday blues syndrome ni...kadangkala tu datang juga bila dah penat sangat tapi cepat cepat hapuskan...

Seminggu aku tak keluar rumah tau dan hari ni pagi pagi lagi dah harung jem huhu biasa la nama lagi Kuala Lumpur kan...




Dah lama tak selfie dalam kereta, so hari ni lepas geram. Aku tak reti nak selfie gaya macam-macam, kalau tak dari depan dari tepi itu je la mampu...dah macam gambar passport pun ada haha...

Hari ni tema hitam putih dari atas sampai bawah. Okey nak promote sikit...shawl yang aku pakai tu keluaran MissNick Exclusive......shawl ni tailor made tau bukan kilang made, panjang dua meter jadi labuh menutup dada dan yang lagi best tak perlu iron hehehe aku suka! Seriously aku tak pernah iron pun shawl ni walaupun diambil dari timbunan kain dalam bakul...dan selalu pakai okey shawl favorite ni...

Okey uolsss kalau nak dapatkan update tentang shawl yang cantik cantik sila la like fanpage MissNick Exclusive ye :)

03 January 2016

Ubahsuai dan Hias Rumah

Assalamualaikum...

Korang jangan terkejut tau kalau time korang masuk tu blog aku tengah bersepah ke...kejap gitu kejap gini heheeee. Okey sebenarnya aku tengah dok mengubahsuai rumah tempat aku membebel a.k.a blog diarymissnick.blogspot.com...

Sebabnya dah masuk tahun baru kan...mesti la nak ada pembaharuan sikit kan...dan lagi satu sebabnya dah lama sangat blog aku dok rupa tu...bosan kot tengok. Nasib baik tak bosan dengan rupa sendiri hahaha!!!

Aku dok buat perubahan sikit sikit...nak buat sekaligus takde idea plak ditambah dengan masa yang amat mencemburui...tak boleh nak mengadap laptop lama sangat.

Okey nak sambung kerja...bye :)

02 January 2016

Bahagia Atau Derita Adalah Pilihan Kita

Assalamualaikum...

Kadangkala ada kawan facebook pm kat inbox dan ada juga yang komen di status....mereka tanya aku macam mana aku boleh positif je selalu. Okey la antara salah satu prinsip aku ialah 'my life is not to please everyone'. Aku buat apa yang aku suka, bukan yang orang lain suka...aku hidup dengan cara aku dan aku bahagia...

Orang tak pernah nampak aku mengeluh, bukannya sebab aku takde masalah. Ada tu siap cakap lagi "untung la kerja best tak pernah stress"..."untung la orang berduit tak payah fikir pasal kesusahan hidup"...dan pelbagai jenis untung lagi hahaaa...

Aku kan kontrol macho mana boleh mengeluh merungut kat depan orang hahaha...takde la! Ya Allah kerja apa yang tak stress...kadangkala aku pun ada stress juga dengan kerja...stress tahap nak pecah kepala. Tapi apa-apa hal kena bertenang, takde masalah yang tak dapat diselesaikan. Kalau kau resah gelisah dok serabut...agak-agak selesai tak masalah???? Kita manusia kan? Jadi kalau rasa diri tu manusia, kawal stress tu...jangan biarkan stress kawal kita, kalau tak habis la....

Berduit??? Orang tak pernah nampak aku mengeluh pasal kenaikan harga barang, jadi orang ingat aku berduit. Bukannya aku langsung tak mengeluh tak merungut...ada ada ye ada tapi sekali lalu je dan aku stop! Aku merungut macam mana sekalipun benda tu di luar kawalan aku, lebih baik aku fokus kat diri sendiri, fokus kepada perkara yang aku boleh kawal. Aku tak nak benda benda macam tu ganggu minda aku...i want to live my life happily haaa nampak speaking plak tengah tengah malam ni. Jadi bila aku happy aku boleh buat extra income dengan baik. 

Aku tak kaya tapi Dia sentiasa cukupkan....Alhamdulillah. Kena ingat masa susah atau senang, jangan lupa memberi...10 sen juga dikira sedekah....tak mampu sedekah duit, boleh sedekah ilmu, tak mampu juga boleh sedekah senyuman dan pertolongan. Orang yang memberi tidak pernah rugi. Selain tu amalkan juga amalan-amalan lain dalam menjemput rezeki. Percaya sepenuh hati....Allah sentiasa jaga kita...

Kesimpulannya dan senang ceritanya aku tak suka kusutkan kepala dengan benda benda yang tak perlu....sebabnya banyak lagi benda penting lain yang aku nak fikir dan nak buat. 

Ok sekian :)


01 January 2016

1 Januari 2016

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah masuk 1 Januari 2016...rasa macam tak puas lagi berada pada tahun 2015 heheh boleh gitu ye. Nasib baik cakap tahun lepas...kalau aku cakap rasa tak puas lagi berada pada tahun 80-an macam mana? 

Puas ke tak puas tahun tetap bergerak ke depan okey!

Kalau ditanya apa azam aku tahun ni....sebenarnya takde azam baru pun cuma nak teruskan apa yang aku dah buat sebelum ni je, nak buat lagi baik, baik, baik, dan terbaik...

Okey ada tambahan sikit ye....nak buat balik azam tahun lepas yang tak jadi iaitu nak berjimat cermat dan turunkan berat badan hahaha. Aku ni shopping tahap biasa-biasa je, takdenya nak beli baju, tudung, kasut, handbag sekali sebulan. Aku beli bila perlu je atau dah rasa berkenan giler giler tahap balik rumah dok teringat, tu pun baju dengan tudung je la, tu pun bukan selalu....kasut dengan handbag tu sampai buruk aku guna. 

Tapi bab-bab makan hummm macam raja...banyak dok habiskan duit kat makanan je lebih lagi time hari bekerja...kadangkala sampai RM50 sehari aku makan hehe. Aku akan makan apa je yang aku rasa nak makan (ye semestinya makanan dan ia halal)...dan korang nampak tak kaitannya dengan kenaikan berat badan. Bukan naik sikit sikit tau tapi banyak lebih 10 kilogram...kalau sikit aku pun tak kisah. Aku rasa tak selesa sangat sekarang ni sebabnya boleh katakan semua kain baju kurung aku jadi ketat hahaha...risau plak takut terkoyak kat bahagian zip tu....dan lagiiii aku rasa sedikit mengah hehe...

Alhamdulillah minggu ni aku berjaya untuk tidak makan malam apatah lagi tengah malam...mungkin sebab nak turunkan berat kot serius aku rasa tak lapar langsung. Sebelum ni kadangkala jam 1 pagi aku melantak nasi...hehe satu keajaiban...takpe la kita tengok sejauh mana ia bertahan :D :D :D

Tajuk entry 1 Januari 2016 tapi panjang plak ceritanya...niat asal nak update ucapan je menyimpang ke lain plak...

Okey la semoga tahun ini membawa lebih kebahagiaan dan kejayaan dalam kehidupan peribadi, kerjaya, dan bisnes....aku doakan korang pun sama, insya Allah :)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails