30 October 2015

Jangan Tanya Sebab Tak Perlu Tanya Pun!

Assalamualaikum....

Aku nak share satu status menarik yang diambil dari facebook Asma Suardi....aku copy paste letak sini sebagai peringatan bersama. Kalau simpan kat fb susah nak cari dah lepas tu. Aku suka baca status-status fb beliau yang sangat realistik berkaitan dengan kehidupan manusia.

Tak perlu tanya tentang orang lain dan jangan bangga dengan apa yang kita ada kerana itu hanyalah pinjaman dari Allah SWT kepada kita. Kita sendiri pun tak tau bila pinjaman itu akan ditarik balik. Sama juga seperti orang yang ditanya tu, dia sendiri pun takde jawapan terhadap apa yang anda ada dan dia takde.


Bila kita dah kahwin,
Tak perlu nak tanya yang masih bujang, bila nak kahwin. Siapa yang tahu jodoh kita bersama pasangan tak panjang. Kita pula yang akan ditanya bila nak kahwin lagi (Nauzubillah).

Bila kita dah ada anak,
Tak perlu tanya yang belum ada anak, bila nak dapat anak. Siapa tahu, umur anak kita tak panjang. Kita pula yang akan ditanya bila nak dapat anak lagi. (Nauzubillah)

Duduk diam-diam dan tak perlu tanya apa-apa.
Siapa yang tahu, siang malam dia memohon pada Allah dan berusaha sehabis baik agar memiliki pasangan hidup dan zuriat keturunan.

Bumi nie bulat je.
Roda kehidupan sentiasa berputar.
Ada turun dan naik.

Tak sentiasa bahagia,
Tak sentiasa derita.
Moga Allah jaga :)

4 comments:

  1. Jaga hati sesama manusia, insyaAllah Allah akan menjaga hati kita.
    Doakan yg terbaik untuk kita dan orang lain (=

    ReplyDelete
  2. Baca petikan status, rasa seronok pula. Ayatnya sangat bermakna. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn tu yang terus copy paste letak kat blog sebab berulang kali dok baca....sangat deep:)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails