31 October 2015

Rileks Ok! Tak Semestinya Hari Ni Nak, Hari Ni Dapat

Assalamualaikum...

Apa khabar korang....selamat berhujung minggu. Sekejap lagi kena bersiap-siap ke Sime Darby Convention Center, ada majlis konvokesyen kolej untuk students PACE. Bulan April hari tu majlis konvokesyen untuk students yang full time, so hari ni untuk students part time. Aku pun tak faham kenapa mesti dibuat berasingan hehe.

Alhamdulillah sudah empat tahun bergelar pendidik....rasa macam baru je. Tak pernah terfikir pun untuk jadi pendidik tapi perancangan Allah SWT adalah yang terbaik. Tak perlu nak ulang kisahnya macam mana boleh jadi pendidik ni kan....aku dah pernah cerita kat dalam blog ni sebelum ni, jadi malas nak taip benda sama hahaha.

Apa yang aku nampak kat sini ialah Allah dah atur dah buat elok elok perjalanan hidup kita ke mana dan bila kita akan dapat. Kau stress macam nak mati sebab apa yang kau nak tapi belum dapat pun takde guna. Baik rileks dan cool fokus pada kerja, fokus pada apa yang ada depan mata, usaha betul-betul. Tak semestinya kita usaha hari ni esok kita dapat, mungkin tahun depan, mungkin lima tahun lagi....tapi kalau hari ni kau usaha, lepas tu tak dapat dalam tempoh yang kau nak, lepas tu putus asa macam mana Allah nak bagi. Allah menilai pada usaha kita, mungkin kita nak satu je tapi akhirnya dapat sampai tiga empat.

Kadangkala orang hairan tengok aku selalu gelak gelak sengeh sengeh, happy dan positif je kan. Haaaa jawapannya ada kat atas tu. Aku berkahwin masa umur aku 29 tahun, time tu dah ramai kawan-kawan rapat yang dah kahwin dan beranak pinak. Aku rileks! Selepas dah dua tahun lebih kahwin masih takde anak lagi. Aku rileks! Setitik pun air mata aku tak pernah keluar, buat apa aku nak menangis sedangkan orang lain lagi besar ujiannya, ada yang 10 tahun tunggu belum dapat. Apalah sangat aku yang baru dua tahun lebih ni.  

Aku tak pernah persoalkan kenapa aku nak anak tapi tak dapat, kenapa orang lain senang je dapat. Nikmat yang Allah bagi kat aku selama ni dah terlalu banyak, yessss terlalu banyak. Siapa kita nak persoalkan ketentuan Yang Maha Pencipta, kita ni hamba je tau. Aku sangat berpegang kepada sifat-sifat Allah, Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Pemberi

Aku percaya sampai masanya Allah akan bagi anak kat aku....mungkin kembar hehehe...mana tau kan.

Jadi rileks ok, rileks! Kalau asyik dok fikir negatif, nak bersedih, nak stress, nak bad mood memang tak ke mana, rezeki nak dekat pun takut tau hehe. Ok nak bersiap dah kang lambat plak, bye!

30 October 2015

Jangan Tanya Sebab Tak Perlu Tanya Pun!

Assalamualaikum....

Aku nak share satu status menarik yang diambil dari facebook Asma Suardi....aku copy paste letak sini sebagai peringatan bersama. Kalau simpan kat fb susah nak cari dah lepas tu. Aku suka baca status-status fb beliau yang sangat realistik berkaitan dengan kehidupan manusia.

Tak perlu tanya tentang orang lain dan jangan bangga dengan apa yang kita ada kerana itu hanyalah pinjaman dari Allah SWT kepada kita. Kita sendiri pun tak tau bila pinjaman itu akan ditarik balik. Sama juga seperti orang yang ditanya tu, dia sendiri pun takde jawapan terhadap apa yang anda ada dan dia takde.


Bila kita dah kahwin,
Tak perlu nak tanya yang masih bujang, bila nak kahwin. Siapa yang tahu jodoh kita bersama pasangan tak panjang. Kita pula yang akan ditanya bila nak kahwin lagi (Nauzubillah).

Bila kita dah ada anak,
Tak perlu tanya yang belum ada anak, bila nak dapat anak. Siapa tahu, umur anak kita tak panjang. Kita pula yang akan ditanya bila nak dapat anak lagi. (Nauzubillah)

Duduk diam-diam dan tak perlu tanya apa-apa.
Siapa yang tahu, siang malam dia memohon pada Allah dan berusaha sehabis baik agar memiliki pasangan hidup dan zuriat keturunan.

Bumi nie bulat je.
Roda kehidupan sentiasa berputar.
Ada turun dan naik.

Tak sentiasa bahagia,
Tak sentiasa derita.
Moga Allah jaga :)

05 October 2015

Helloooo Oktober!!!

Assalamualaikum....

Hai welcome Oktober :)

Dah masuk 5 Oktober baru nak welcome welcome ye haha lantak!!!

Sekali sekala menjenguk sini rindu la plak kat blog yanggggggg nak sebut sendu pun malu...tapi itu hakikatnya la. Busy uolssss dengan kelas yang agak padat...dengan kena handle event lagi, aku yang jadi kepala harus la busy kan...dengan nak mengadap bisnes lagi. Jadi blog agak terabai sikit hehe....ampunnnnnn.

Alhamdulillah rezeki dalam bisnes agak baik itu yang jadi agak sedikit terkejar-kejar sampai tak sempat nak jenguk blog. Balik kerja mengadap bisnes, balik kerja mengadap bisnes....itu je la rutin harian aku. Bukan senang nak senang ye dan bukan susah nak susah. Nak hidup senang di kemudian hari, kena la hadap segala keperitan pada hari ini.

Dan jangan lupa apa sahaja yang kita buat minta dengan Pencipta kita....minta minta minta siang malam, doa dipermudahkan segala urusan kita. Allah Maha Mendengar...insya Allah lambat atau cepat Dia akan kabulkan permintaan kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails