04 September 2015

Ajal Datang Tanpa Mengira Usia

Assalamualaikum...

Tengahari tadi dikejutkan dengan berita kematian saudara aku di ICU Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang. Ya Allah rasa sedih giler kot sebab aku tak sempat nak melawat arwah semasa hayatnya walaupun dah tak sedarkan diri, walaupun dia dah tak boleh berbual dengan aku....arwah meninggal disebabkan jangkitan kuman yang dah merebak ke otak.

Ya Allah aku rasa ralat sangat sebab aku rancang nak pergi hari ni selepas habis waktu kerja...hari Jumaat aku takde kelas malam, kiranya aku habiskan kelas awal dari biasa la so takde la sampai lewat sangat ke hospital kan. Aku dah niat nak bacakan surah Yasin kat tepi arwah di wad. 

Tapi perancangan Allah SWT adalah yang terbaik....arwah pergi meninggalkan kami semua pada tengahari Jumaat. Aku masuk kelas lima minit je bagi tugasan kepada para pelajar dan terus bergegas ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.

Rancangan nak masuk mengajar, settlekan apa-apa yang patut dan habiskan kelas awal.....rancangan nak bacakan surah Yasin kat tepi arwah semasa hayatnya....hanya tinggal perancangan sahaja. Allah Maha Penyayang, Allah Maha Mengetahui.

Sesungguhnya aku rindukan arwah, teman sepermainan aku masa zaman kanak-kanak dulu. Apabila dah dewasa masing-masing dah busy, jarang sangat sangat sangat dapat jumpa. Arwah kerja di Johor dan aku di Kuala Lumpur.

Ajal datang menjemput tanpa mengira usia tua atau muda....arwah baru berusia 29 tahun, muda dua tahun dari aku. Selalu orang baik ni mesti pergi cepat kan. Ya arwah seorang anak yang baik....arwah jalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai anak lelaki, ambil maknya tinggal bersama dan jaga dengan baik. Susah nak jumpa lelaki bujang yang sanggup sewa rumah sendiri, ambil mak tinggal bersama, dan tak pernah tinggalkan maknya sendirian. Kalau busy kena pergi kursus ke apa, arwah akan hantar maknya ke rumah adik beradik yang lain. Sampai kebosanan maknya awal-awal tu sebab dah biasa bekerja, tiba-tiba anak tak bagi kerja suruh berehat je. Ok makcik aku tu ibu tunggal dah lama, gigih bekerja sebelum ni jadi tukang masak nak tanggung anak-anak. 

Al Fatihah semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman...Amin.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails