17 February 2015

Sup Tulang Simple

Assalamualaikum...

Okey nak belanja resepi lagi....kali ni sup tulang plak tapi simple je yang penting sedap hehe. Puji masakan sendiri...ye la nak tunggu korang puji memang tak la kan haha. Simple simple pun jangan plak buat sambil pejam mata...nanti sup ke mana korang plak masuk hospital sebab melecur.

Syhhhhh ini resepi tahun lepas ye...masa ni first time buat sup tulang. Sebenarnya tulang ni bawa dari kampung...so dah masak siap-siap guna pressure cooker sebab rumah kat KL takde. Kalau guna periuk biasa jenuh juga nak tunggu empuk. Senang sampai KL tinggal masak macam masak sup ayam je sebab tulang dah empuk kan. Ok tak payah cakap banyak...jom tengok resepinya...




Bahan-bahan:
- 1kg tulang lembu
- 5 ulas bawang merah (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- 1 bunjut sup tulang (saya guna khas untuk sup tulang...jenama tak ingat dah)
- 1 sudu besar rempah sup 
- 2 biji kentang (dipotong)
- Daun sup (dihiris)
- Bawang goreng
- Sedikit minyak masak
- Garam

Cara Memasak:
1. Di dalam periuk tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air ke dalam periuk, sup bunjut tulang, kentang, dan tulang lembu tadi. Masak sehinnga kentang empuk. Tak perlu tunggu lama sebab tulang awal-awal dah masuk pressure cooker.
3. Masukkan garam secukup rasa dan sedia untuk dihidangkan.
4. Semasa hidang taburkan daun sup dan bawang goreng.


Haaaaa senangkan...korang yang baru nak belajar masak tu boleh cuba ni. Sekian :)

15 comments:

  1. sedapnya... penggemar sup tulang ni. hehe

    ReplyDelete
  2. ni blog kedua yang saya jenguk citer pasal sup tulang.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe nampak sgt rakyat Malaysia ni suka makan...

      Delete
  3. Tunggu raya korban baru best... tulang fresh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tulang fresh memang sedap....

      Delete
  4. perghh!!! sdapnya..hehe

    blogwalking here..

    #klik here plz http://shukranzahari.sharethisstory.net/my-954232-6598
    #Happy blogging
    #shukranzahari.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni musim panas makan sup-sup memang sedaplah..
    Kakak suka sup yg style macam ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sup simple2 je dah sedap...

      Delete
  6. Replies
    1. Bukan setakat nampak tapi memang menyelerakan hehe...

      Delete
  7. uwaa.. sedapnya :) makan sup panas2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuuuu sup panas2 makan time hujan perghhhh :D

      Delete
  8. sedapnyaaaa.. suka juga sup tulang.. tapi kena makan panas2 kan..
    kalo daaaaaak hahaha..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails