23 January 2015

Pisang Cheese Jakarta Fuhhhh Sedap

Assalamualaikum...

Dah lama tak review jalan-jalan cari makan kan. Ni nak clearkan gambar dalam henfon....banyak sangat dah gambar dalam tu sampai jadi slow. Buka tu tengok rupanya gambar misi mencari pisang cheese jakarta belum update lagi.  

Ni pun cerita tahun lepas jugak tapi rasanya belum basi kan haha...basi pun takpe kita update je. Kejadian ni bertarikh 9 September 2014. Macam biasa la kalau hujung minggu tu time suami off memang kitaorang selalu keluar jalan-jalan cari makan plus dating sekali hehe.

Hari tu kitaorang makan kat Ana Ikan Bakar Petai kat Bangi. Lepas balik dari makan seafood tu ingat nak lepak kat Pisang Cheese Jakarta ni tapi kenyang giler so bungkus je la bawa balik rumah...ye la dah makan tak ingat dunia hahaha...mana tak penuh perut tu. Pasal Ana Ikan Bakar tu nant kita cerita kat entri lain ye.

Tu dia Pisang Cheese Jakarta Chocolate....asalnya rupa lain tapi bila sampai rumah jadi macam tu sebab cheese yang ditabur tu jadi cair. Tapi sebagai penggemar cheese memang la aku suka tak kisah la cair ke tak...asalkan ada rasa cheese hehe. 



Waktu perniagaan Pisang Cheese Jakarta ni berbeza....yang kat dalam gambar bawah tu cawangan yang kat Seksyen 9 Bangi...itu yang paling dekat dengan aku. Kalau korang nak makan Pisang Cheese Jakarta ni sila la ke lokasi berdekatan...kalau nak lokasi berjauhan pun takde masalah...suka hati la kan lagipun minyak kereta dah turun harga haha...

1. Restoran Lawangsari, Seksyen 7, Shah Alam (belakang Giant) [4:30pm - 12am]
2. Tam Nasi Ayam, Seksyen 23, Shah Alam (sebelah Aeon Big) [2pm - 10pm]
3. Tam Nasi Ayam, TTDi Jaya, Shah Alam (sebelah Petronas) [2pm - 10pm]
4. Restoran Kelisa, Seksyen 9, Bangi (sebaris Hospital Az-Zahra) [2pm-10pm]
5. D Melaka Cafe, Seksyen 3, Kota Damansara (Uptown) [2pm - 10pm]
6. De Kotani Cafe, Presint 3, Bangunan Wisma Tani, Putrajaya [9:30am - 5:30pm]



Pisang Cheese Jakarta ni ada lima pilihan semuanya...so pilih la mana yang korang suka. Aku kan macam biasa la kalau boleh nak semua jenis tapi tak boleh la kena pilih satu je...lain kali pergi boleh cuba yang lain plak. Ada Original, Chocolate, Coco Caramel, Crunchy Oreo, dan Messy Chocolate. Harga di antara RM7 hingga RM8...kalau nak add on cheese lebih ke coklat lebih ke harga kira lain. Harga setiap satunya semua dah terpapar kat situ...



Kalau nak dapatkan apa saja update berkaitan korang boleh LIKE Fb Page Pisang Cheese Jakarta

Okey macam mana? Jom pergi...aku yang dok update ni pun dah banyak kali telan air liur...tiba-tiba teringin nak makan hehe...ok bye :)

19 comments:

  1. Lama tak pekena pisang cheese ni. Kat area Kajang mcm tak pernah jumpa pulak Pisang Cheese Jakarta ni.
    Dah ada branch ni, tak payah susah susah nak gi Jakarta lagi kalau nak makan pisang Cheese yek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la senang...namanya je jakarta tp ada kt malaysia so takde la masalah klu tiba2 mengidam nak makan kan hehe...

      Delete
  2. Lama dah tak pekena pisang cheese ....
    Nampak sedap tu....rasanya kat Kajang tak pernah jumpa lagi cenggini punya rupa bentuk. Bolehlah nanti try kat Bangi kalau mengidam hihi....

    ReplyDelete
  3. pisang cheese sana ramai yg ckp sedap..blum kesempatan nk mkn lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe ada masa nanti boleh pergi :)

      Delete
  4. saya blm pernah mkn lagi . lokasi plg dekat kat putrajaya . boleh je klu nak cuba buat sendiri ni cuma rajinnya tu belum tentu ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la nak tunggu rajin tu tahun depan baru dapat makan kot...nak cepat start kete gi beli haha...

      Delete
  5. Pisang goreng cheese ni memang kalau beli kena terus ngap Azi. Kalau tak cairlah dia sebab pisang masih panas. Tapi kalau dah cair hmmm.... berjelalah cheesenya sedap juga tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sebab dah kenyang giler time tu tak boleh nak makan...dah sampai rumah baru makan tu yg cair cheese hehe...

      Delete
  6. kenapa takde kat nilai?? sedap tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti2 la mesti ada yg jual lepas ni hehe...

      Delete
  7. dah macam2 style dah hidangan pisang goreng nie...
    kalau dulu pisang goreng cuma cicah sambal ajer... huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman dah moden...pisang goreng pun mengalami kemajuan jugak kikiki :D

      Delete
  8. sedappp nye sdg lapo ni nk kena godek2 lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat jangan tak buat hehe...

      Delete
  9. dekat restoren kelisa ke???puas pusing hari tu ..ingtkn gerai kat luar...last2 beli kat luar2 tu pisang goreng cheese bandung T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kat tepi restoren kelisa tu je....gerai kat luar :)

      Delete
  10. Replies
    1. Aah betul mmg menggiurkan....cuba sekali nak lagi :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails