04 January 2015

Cheezy Wedges Makan Sehingga Menjilat Jari

Assalamualaikum...

Petang semalam tiba-tiba tekak terasa nak makan cheezy wedges...padahal dah kenyang makan nasi sebelum tu. Tapi takpe layankan aje bukannya selalu pun. Kat rumah ni ada cheezy sauce yang aku cerita kat sini hari tu...yang nak beli tapi tiba-tiba orang yang menjualnya bagi percuma.

Aku memang hantu cheezy wedges...kalau pergi KFC wajib la order cheezy wedges tu. Tapi setakat buat rasa rasa je la kan...harganya pun dah RM5.10...tak kan nak beli sampai tiga plak. 

Bila buat sendiri jimat banyakkkk sangat...nama lagi buat sendiri harus la kan. So semalam masa aku rasa teringin nak makan tu aku terus masuk dapur...ambik kentang tiga biji, belah dan kupas. Okey meh nak bagi resepinya senang sikit....aku tau korang pun suka kan.

Bahan-bahan:
~ 3 - 4 biji kentang
~ 3 sudu besar tepung gandum
~ 1 sudu besar tepung jagung
~ 1 sudu besar serbuk perasa all-in-one (aku guna serbuk perasa Knorr)
~ 1 sudu kecil lada sulah
~ 1 biji telur
~ Sedikit garam
~ Sedikit air

Cara-caranya:
1.  Kupas kentang dan belah empat atau lapan. Kemudian dicuci bersih.
2. Rebus kentang sehingga empuk. Semasa merebus tu masukkan sedikit garam. Apabila kentang dah empuk, angkat dan toskan.
3.  Campur semua bahan-bahan adunan untuk celup kentang (tepung gandum, tepung jagung, serbuk perasa, lada sulah, telur, garam dan air). Kacau rata dan air tu agak agak je la jangan terlalu cair.
4. Celupkan kentang yang direbus tadi satu persatu ke dalam adunan dan sedia untuk digoreng sehingga kekuningan.




Haaaaa nampak!!!!!! Kalau buat sendiri ni kau nak makan banyak mana pun takpe. Aku buat penuh satu pinggan...kosnya tak sampai RM5 pun....kenyang dan puas.

12 comments:

  1. saye pon hantu cheezy wedges!
    memang sedapppppppppppppppppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan makan sampai jilat jari hehehe :)

      Delete
  2. nampak terliur sangat tu, nanti boleh syira cuba ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la buat kudapan sedap :)

      Delete
  3. pernah beli serbuk yang instant tu..sedap jugak :) layan petang-petang sambil tengok tv. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tu la tengok2 tak sedar dah habis...syok sangat :)

      Delete
  4. wahhh favorite jugak ni...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Kalau sedap cepat buat hehe :)

      Delete
  6. sedap... nak cuba la nnti.. hehe . tq resepi tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails