29 January 2015

Nasi Sup Pembuka Selera

Assalamualaikum...

Bukan nak share resepi pun...saje nak share idea untuk korang yang tak tau nak makan apa. Ye la kadangkala buntu bosan takde selera. Apa kata korang cuba buat nasi sup...bertambah-tambah okey. Aku buat nasi sup ni tahun lepas...masa tu demam tapi aku tak ingat aku yang demam ke suami yang demam. 

Hahaha boleh plak tak ingat ye...yang aku ingat aku buat nasi sup ni sebab hilang selera makan. Masa demam kan tekak jadi pahit...tengok makanan pun takde perasaan. Kalau tak makan kan lapar plak.




Senang je nak buatnya...korang masak sup macam biasa. Nasi tu masak air lebih sikit bagi lembik...tapi suka hati la ikut selera masing-masing. Kalau aku lebih suka nasi lembik buat nasi sup...semangkuk pun tak cukup hehe.

Okey selamat mencuba :)

23 January 2015

Pisang Cheese Jakarta Fuhhhh Sedap

Assalamualaikum...

Dah lama tak review jalan-jalan cari makan kan. Ni nak clearkan gambar dalam henfon....banyak sangat dah gambar dalam tu sampai jadi slow. Buka tu tengok rupanya gambar misi mencari pisang cheese jakarta belum update lagi.  

Ni pun cerita tahun lepas jugak tapi rasanya belum basi kan haha...basi pun takpe kita update je. Kejadian ni bertarikh 9 September 2014. Macam biasa la kalau hujung minggu tu time suami off memang kitaorang selalu keluar jalan-jalan cari makan plus dating sekali hehe.

Hari tu kitaorang makan kat Ana Ikan Bakar Petai kat Bangi. Lepas balik dari makan seafood tu ingat nak lepak kat Pisang Cheese Jakarta ni tapi kenyang giler so bungkus je la bawa balik rumah...ye la dah makan tak ingat dunia hahaha...mana tak penuh perut tu. Pasal Ana Ikan Bakar tu nant kita cerita kat entri lain ye.

Tu dia Pisang Cheese Jakarta Chocolate....asalnya rupa lain tapi bila sampai rumah jadi macam tu sebab cheese yang ditabur tu jadi cair. Tapi sebagai penggemar cheese memang la aku suka tak kisah la cair ke tak...asalkan ada rasa cheese hehe. 



Waktu perniagaan Pisang Cheese Jakarta ni berbeza....yang kat dalam gambar bawah tu cawangan yang kat Seksyen 9 Bangi...itu yang paling dekat dengan aku. Kalau korang nak makan Pisang Cheese Jakarta ni sila la ke lokasi berdekatan...kalau nak lokasi berjauhan pun takde masalah...suka hati la kan lagipun minyak kereta dah turun harga haha...

1. Restoran Lawangsari, Seksyen 7, Shah Alam (belakang Giant) [4:30pm - 12am]
2. Tam Nasi Ayam, Seksyen 23, Shah Alam (sebelah Aeon Big) [2pm - 10pm]
3. Tam Nasi Ayam, TTDi Jaya, Shah Alam (sebelah Petronas) [2pm - 10pm]
4. Restoran Kelisa, Seksyen 9, Bangi (sebaris Hospital Az-Zahra) [2pm-10pm]
5. D Melaka Cafe, Seksyen 3, Kota Damansara (Uptown) [2pm - 10pm]
6. De Kotani Cafe, Presint 3, Bangunan Wisma Tani, Putrajaya [9:30am - 5:30pm]



Pisang Cheese Jakarta ni ada lima pilihan semuanya...so pilih la mana yang korang suka. Aku kan macam biasa la kalau boleh nak semua jenis tapi tak boleh la kena pilih satu je...lain kali pergi boleh cuba yang lain plak. Ada Original, Chocolate, Coco Caramel, Crunchy Oreo, dan Messy Chocolate. Harga di antara RM7 hingga RM8...kalau nak add on cheese lebih ke coklat lebih ke harga kira lain. Harga setiap satunya semua dah terpapar kat situ...



Kalau nak dapatkan apa saja update berkaitan korang boleh LIKE Fb Page Pisang Cheese Jakarta

Okey macam mana? Jom pergi...aku yang dok update ni pun dah banyak kali telan air liur...tiba-tiba teringin nak makan hehe...ok bye :)

22 January 2015

Sayur Pak Choy Versi Dapur Bujang

Assalamualaikum...

Aku dok godek henfon lepas tu jumpa gambar makanan yang aku pun lupa bila aku masak hehe...tapi tahun lepas la. Mungkin terlupa nak update kot...kalau masih ada dalam henfon sah tak update sebab selalunya lepas update aku terus delete....

Ni la sayur feveret suami aku. Setiap hari makan sayur pak choy pun takpe kot haha. Asal pergi beli barang dapur wajib kena beli sayur pak choy...masak apapun tak kisah. Aku ikutkan aje la sebab suka tengok beliau makan berselera.

Sayur ni sangat la senang nak masak....simple pun dah sedap. Sebelum ni aku pernah update...korang boleh tengok sini ye Sayur Pak Choy Super Simple. Kalau yang tu dah super simple...yang ni lagi simple sampai tak tau nak letak nama apa dah...tak kan super duper double simple kot. Kali ni aku namakan Sayur Pak Choy Versi Dapur Bujang....jangan marah haaaa Fendi Balas saya ni peminat awak tau haha...




Resepi lebih kurang Sayur Pak Choy Super Simple je...korang klik kat link tu ye sama je resepinya. Cuma aku tak tumis bawang...dan memang langsung tak letak bawang. Terus masukkan air...masuk sayur...letak perencah all-in-one seasoning Knorr...sos tiram. Air letak lebih sikit sebab nak kuah...lepas tu dah settleeee...cuma lepas masak dan angkat tu aku tabur bawang goreng.

Okey itu sahaja...tq :)

17 January 2015

Lipstick Collagen Terlajak Laris

Assalamualaikum...

Dah lama beli lipstick collagen De Herbs abam terlajak laris ni tapi baru sekarang nak review hehe. Okey ini la lipstick favorite aku...ada jugak yang lain tapi jarang pakai...yang selalu pakai ini je. Walaupun baru beberapa bulan beli tapi dah tinggal sikit...nampak sangat setiap hari dok tenyeh kan. Ye la sebelum ni aku kalau beli lipstick tak sempat habis dah buang...sebabnya dah lebih setahun dok macam tu je sampai jemu tengok haha...




Walaupun ada sesetengah orang ingat aku ni jenis pakaian, mekap, produk kulit semua nak mahal...high maintenance la apa la mengarut je...disebabkan aku ni jenis cerewet ada orang ingat aku jenis macam tu...No! No! No! Aku tak pernah pakai liptick mahal...kiranya ini la paling mahal haha...

Mahal la sebab harganya RM25...sebelum ni dok beli lipstick Silky Girl je...tak pun kalau Maybelline buat sales aku beli la dari RM20++ dapat la harga belasan ringgit je. Sayang duit la nak beli mahal mahal hehe...insya Allah ada rezeki lebih lepas ni nak jugak merasa pakai mekap mahal kan...doakan aku murah rezeki ye kawan-kawan :)

Lipstick murah murah ni nak tenyeh empat belas kali sehari pun takpe...tak sayang sangat sebab kalau cepat habis takde masalah untuk beli baru. Macam supplement aku makan Shaklee pun murah jugak. Kita ambik contoh Vitamin C ye harga RM92.50 ada 180 biji dalam tu...enam bulan kau tahan...nampak tak penjimatan di situ... 

Produk murah tak semestinya tak berkualiti....pandai pandai la pilih dan jadi pengguna yang bijak. Bagi aku kualiti nombor satu...harga kalau mahal jangan la mahal sangat sampai nampak pun rasa nak meninggal. Jadi kalau yang murah tu berkualiti, maka aku pilih yang murah. Kalau benda yang aku nak tu berkualiti tapi harganya sedikit mahal pun aku beli jugak asalkan dalam bajet....kalau berkenan tapi tak mampu tu telan air je la hehehe...

Apa yang best lipstick ni ialah teskturnya yang ringan dan kandungan pelembap yang ada dalam tu tak menyebabkan bibir kering atau menggelupas dan tak rasa gatal. Apabila pakai tu tak rasa macam pakai lipstick pun...walaupun pakai tebal tak rasa macam tebal. Warna lisptick collagen ni juga berbeza bagi setiap individu...sebab warnanya mengikut suhu badan dan darah kita...




Dalam gambar ni aku pakai gelap sikit...tu tenyeh banyak kali jadi gitu hehe. Ada jugak masa aku pakai tu nampak pinkish...ada kadangkala nampak macam merah lembut, orang kata merah sweet tu aku suka warna tu...tapi malas nak cari gambar sebab banyak sangat...nampak benar suka selfie kikikiki...

Kalau korang suka boleh la dapatkan ye...bukan aku jual tau haha. Cari la kat kedai-kedai produk kosmetik dan kecantikan atau boleh beli terus di website http://www.deherbs.com.my/

Bye :)

15 January 2015

Asal Comel Beli :D

Assalamualaikum...

Sibuk sangat baru sempat nak jenguk blog ni....macam la aku sorang je sibuk kan hehehe. Takde la aku kan selalu balik malam...rehat kejap lepas tu mengadap bisnes...study produk dan update blog ai-inspire.blogspot.com tu.

Tambahan lagi bulan Januari ni bulan yang super duper hectic...biasa la awal tahun banyak deadline tugasan. Tapi takpe la lepas ni rileks sikit....sikit je la....just fokus kelas dan kerja biasa. 

Ingat tak nak update sebab takde benda pun...tapi fikir balik update je la walaupun mulanya dalam hati cakap "eleh setakat benda macam ni pun nak update kat blog jugak ke"...kecelaruan betul haha :D

Tadi lunch aku pergi Menara PKNS bungkus nasi makan kat ofis je....kawan-kawan yang lain semua ada kelas dan ada yang terlibat dengan meeting. Lepas beli nasi ternampak kek comel ni...aku lupa plak apa namanya. Sedap jugak dan harga pun RM1 je. Ingat nak beli sepuluh kotak tu hahaha melampau...tapi cepat cepat ingatkan diri....azam tahun 2015 nak berjimat...berbelanja biar berpada ;P




Tahun lepas, lepas, dan lepas aku rasa aku agak nak kata boros tak juga....cuma tak pandai mengawal perbelanjaan hehe. Aku nak apa-apa aku beli je tanpa fikir panjang....ada yang akhirnya tak terguna pun. Alhamdulillah setakat 15 Januari tahun baru ni perbelanjaan masih okey...harap kekal sampai akhir tahun ye :)

06 January 2015

Jem....Seronoknyaaaa :D

Assalamualaikum...

Selepas bercuti selama dua minggu akhirnya semalam, hari isnin 5 Januari 2015 aku masuk kerja balik....rasa macam nak sambung cuti je haha tapi mana boleh kesian la kat students kan...tapi rasanya diaorang suka kot kalau lecturer cuti ni kikikiki :D

Semalam kelas aku petang je jadi aku masuk lambat sikit la...kiranya tak sempat jumpa dengan encik jem. Hari ni pun sama kelas tengahari...jadi dalam jam sembilan ke aku gerak la pergi ofis. Tapi esok ada kelas pagi jam lapan hehehe...confirm la kena mengadap jem. Takpe la adat la kan kalau kerja kat Kuala Lumpur / Selangor ni. Kalau tak nak jem sila balik kampung tanam sayur kat belakang rumah.




Kadangkala kalau bawa bekal sempat la aku makan sambil layan jem....makan nasi, makan roti canai hahaha. Jadi sampai ofis tak payah la nak makan lagi...jimat masa dan boleh buat kerja lain. Ok tataaa ^_^

05 January 2015

Tahun Baru Pill Box Pun Baru

Assalamualaikum...

Petang semalam saje la keluar lepak sambil dating dengan suami. Kami ke Cheras Sentral je senang dekat dengan rumah...malas kau nak gi jauh jauh. Dah sampai sana tu kedai pertama yang dituju ialah of course Mr. DIY hehe. Suka sangat pergi sana sebab barangnya murah....macam-macam aku beli. Satu plastik besar baru habis RM46.40. Beli barang kelengkapan rumah.... dan barang-barang untuk letak kat ofis. 

Ni la salah satu barang yang aku beli...tahun baru pill box pun harus la baru kan. Kanak-kanak riang sangat pill box pun hahaha....dalam banyak banyak itu yang aku pilih...ada je yang putih plain tapi macam tak ceria la plak. Takpe la dok dalam beg bukannya ada orang nampak pun :D




Harga pill box ni RM2.90 je....yang lagi murah pun ada...yang lagi mahal pun ada. Senang la lepas ni aku nak isi supplement Shaklee aku tu bawa ke ofis atau pergi mana-mana...takde la nak kena sumbat botol botol tu semua kat dalam beg kan. 

Saiz botol Alfalfa Complex la agak gila kuasa sikit...maklum la dalam tu ada 700 biji. Yes sejak consume Alfalfa Complex pada tahun lepas aku terus jatuh hati....kiranya dah jadi supplement wajib plak. Orang macam aku yang malas, degil, keras hati, ego tak nak ambik supplement ni boleh cair wei dengan keberkesanan Alfalfa Complex. Lepas tu terus register jadi ahli...sambil makan sambil jual....sambil berkongsi rahsia dengan orang lain. Wahhhh gitu curlasss kau jah. 

Okey, terima kasih sudi baca...bye :)

04 January 2015

Cheezy Wedges Makan Sehingga Menjilat Jari

Assalamualaikum...

Petang semalam tiba-tiba tekak terasa nak makan cheezy wedges...padahal dah kenyang makan nasi sebelum tu. Tapi takpe layankan aje bukannya selalu pun. Kat rumah ni ada cheezy sauce yang aku cerita kat sini hari tu...yang nak beli tapi tiba-tiba orang yang menjualnya bagi percuma.

Aku memang hantu cheezy wedges...kalau pergi KFC wajib la order cheezy wedges tu. Tapi setakat buat rasa rasa je la kan...harganya pun dah RM5.10...tak kan nak beli sampai tiga plak. 

Bila buat sendiri jimat banyakkkk sangat...nama lagi buat sendiri harus la kan. So semalam masa aku rasa teringin nak makan tu aku terus masuk dapur...ambik kentang tiga biji, belah dan kupas. Okey meh nak bagi resepinya senang sikit....aku tau korang pun suka kan.

Bahan-bahan:
~ 3 - 4 biji kentang
~ 3 sudu besar tepung gandum
~ 1 sudu besar tepung jagung
~ 1 sudu besar serbuk perasa all-in-one (aku guna serbuk perasa Knorr)
~ 1 sudu kecil lada sulah
~ 1 biji telur
~ Sedikit garam
~ Sedikit air

Cara-caranya:
1.  Kupas kentang dan belah empat atau lapan. Kemudian dicuci bersih.
2. Rebus kentang sehingga empuk. Semasa merebus tu masukkan sedikit garam. Apabila kentang dah empuk, angkat dan toskan.
3.  Campur semua bahan-bahan adunan untuk celup kentang (tepung gandum, tepung jagung, serbuk perasa, lada sulah, telur, garam dan air). Kacau rata dan air tu agak agak je la jangan terlalu cair.
4. Celupkan kentang yang direbus tadi satu persatu ke dalam adunan dan sedia untuk digoreng sehingga kekuningan.




Haaaaa nampak!!!!!! Kalau buat sendiri ni kau nak makan banyak mana pun takpe. Aku buat penuh satu pinggan...kosnya tak sampai RM5 pun....kenyang dan puas.

01 January 2015

Blog List Januari 2015

Assalamualaikum...

Hai selamat tahun baru...kejap je pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2015. Rasa macam baru je masuk darjah satu...eh melampau perasan muda hehe.

Okey blog list kat blog aku ni dah bertukar senarainya untuk bulan Januari 2015. Mereka yang terpilih adalah dari senarai top ten komen pada bulan Disember 2014. So uolssss kalau nak blog tersenarai kat blog diarymissnick.blogspot.com pada bulan depan rajin rajin la komen ye....tak payah panjang panjang pun takpe...itu pun kalau sudi hehe....maklum la blog tak berapa hot kan. Takpe la yang penting tuannya hot kikikiki okey perasan lagi.




Okey nak gi blogwalking....bye :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails