12 December 2015

Bagaimana Nak Latih Diri Bangun Tahajjud

Assalamualaikum...

Ni aku copy paste dari facebook Kak Hassanah. Apa yang aku rasa best dan bermanfaat semua aku copy paste letak kat blog sebab senang nak cari kan...ada juga share kat facebook sendiri tapi lama2 nanti nak baca balik dah tak jumpa satu hal plak kan hehe....dah la aku ni hantu update status maklum la buat online bisnes ni facebook kena aktif kang orang ingat aku dah tutup kedai hahaha :D

Tulisan yang aku bold tu yang aku copy paste dari facebook Kak Hassanah...aku suka baca setiap tulisan beliau, rasa sejuk je...


Ada yang bertanya bagaimana nak latih diri bangun tahajjud

1. Perbanyakkan baca Quran pada siang hari

2. Seimbangkan pemakanan dari siang sampai malam

3. Jangan bermaksiat pada Allah. (maksiat mata, telinga, hati etc2.)

4. Qailullah (tidur beberapa minit sebelum zohor)

5. Berniat bangun tahajjud setiap malam.

6. Set alarm. Kalau ada 10 telefon setkan 10 alarm. (Kalau tak bangun juga. Hati tu yang bermasalah)

Anyway, Kalau sahabat semua nak tahu, Airmata yang menitis ketika solat malam adalah air mata yang indah sangat.

Bahagia
Tenang.
Damai.
Tenteram.

Jadikan ia rutin.

Selamat mencuba !
Moga Allah redha :)


Aku juga dalam proses melatih diri untuk istiqamah dengan solat tahajjud. Solat sepertiga malam ni feel dia lain sangatttttt tau...entah la susah nak describe macam mana tapi bab bahagia, tenang, damai, tenteram tu memang betul. Masa doa siap boleh menangis merayu minta Allah SWT tunaikan hajat dan keinginan. Rasa macam dekat sangat dengan Allah masa tu...rasa macam kerdilnya aku kat dunia ni....rasa macam hinanya aku sebab banyak buat dosa. 

Dulu masa zaman jahil kurang pengetahuan agama, aku tak kuat walaupun orang nampak aku kuat secara luarannya....dalaman aku rapuh! Alhamdulillah sekarang sedikit sebanyak dah banyak perubahan yang berlaku walaupun masih jauh lagi perjalanan...aku belajar dari kesilapan lalu. Alhamdulillah Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang...sentiasa ingatkan aku agar tidak tersasar jauh. Aku kini makin kuat sebab aku tahu Allah sedang aturkan kehidupan yang terbaik untuk aku, jadi untuk apa aku mengeluh dan merungut kerana itu sifat orang yang tidak bersyukur. Semoga kita terus dipelihara dari melakukan kejahatan...insya Allah :)

11 December 2015

Makan Macam Ni Pun Sodap

Assalamualaikum...

Selamat bercuti kepada mereka yang kerja di Selangor dan negeri-negeri yang memang cuti jumaat :D

Aku lepak rumah je dari semalam sampai la hari ni....kiranya dah dua hari tak pijak tanah ni. Tak bosan ke???? Aku tak pernah bosan dok kat rumah sebab ada banyak kerja yang boleh dibuat...macam sekarang dok menanda exam paper je...isnin ni nak kena submit result...

Jimat duit weh buat kerja kat rumah ni sebab kalau lapar zapppp masuk dapur...dua hari ni memang aku masak je la. Semalam aku masak spaghetti bolognaise meatball...tiba-tiba hari ni terasa nak makan yang simple giler tapi meletop...kiranya orang lalu kat depan pun kau tak sedar hehe...

Masuk dapur goreng ikan kembung, masak nasi..makan panas-panas gaul dengan kicap. Hajat di hati nak buat sambal totok tapi sebab dah lapar sangat campur tak sabar...takde sambal pun takpe la. Makan macam tu pun sampai dua pinggan...kalau ada sambal totok aku rasa jadi empat pinggan kot haha...

Sebenarnya aku jenis tak kisah pasal makan...asalkan sedap kat tekak aku telan je...tolak batu dengan kayu je sebab yang tu tak boleh makan kan...



Sejak kahwin ni aku dah curang kat kicap Cap Kipas Udang...sebabnya suami suka sangat kat kicap Jalen ni macam ada syer kat situ plak...tak kisah la aku ikutkan je tak kan nak bertekak semata-mata kerana kicap kan haha...

10 December 2015

Alat Pengesan Hujan

Assalamualaikum...

Huiiiii lamanya tak update blog :D :D :D

Okay tadi dok scroll newsfeed facebook, tiba-tiba nampak ini hahaha...maka aku pun copy paste letak kat blog...



Alat pengesan hujan ye haha lawak betul...baca secara bersahaja ye jangan serius sangat..

Kat rumah ni dah lebih tujuh bulan potong astro, jadi sekarang ni hujan turun dulu baru berlari gi tutup tingkap...sebabnya alat pengesan hujan dah tak berfungsi kan hehe :D

Lepas unsubscribe astro tu kami guna skybox je la...murah pun murah dan yang penting boleh tengok semua channel walaupun hujan ribut sekalipun takde gangguan. Lagipun kami suami isteri bekerja mana la ada masa sangat nak melangut depan tv kan...lagi lagi aku ni busy manjang jarang sangat tengok tv...macam rugi plak bayar astro kan tambah lagi dengan siaran yang empat puluh empat juta kali ulang tayang haha

Jadi setelah ditambah tolak darab bahagi kami decide untuk potong astro...langkah penjimatan di zaman kegawatan hehe...ok bye!

19 November 2015

Bergaya dengan NIKE Roshe

Assalamualaikum...

Hey korang apa khabar? Semoga sihat sokmo sokmo ye....tak sihat sila makan ubat maklum la cuaca tak menentu kan sekarang ni. Aku pun baru je sihat dari selesema :)

Kalau dah sihat boleh la gi shopping produk Nike....eh kenapa tiba-tiba nak gi shopping produk Nike ni?




Kalau disebutkan apakah jenama sukan yang paling popular di Malaysia ketika ini pasti ramai yang akan memberikan jawapan bahawa takhta itu adalah milik jenama sukan terkenal Nike Malaysia! Ini kerana tiada siapa dapat menyangkal populariti yang diraih oleh Nike selama ini. 

Aku kenal jenama Nike ni dari sekolah rendah lagi kot, kiranya dah lama aku dok gilakan produk Nike ni. Lagipun dulu aku suka bersukan dan suka tengok sukan jadi jenama ni memang dok bermain depan mata je. Dulu masa sekolah mampu menangis kat bucu katil je bila tengok Nike keluarkan produk baru hahaha...sedih betul. Sekarang dah kerja, jadi Nike itu aku yang punya!

Selepas bertahun-tahun mereka masih mengungguli carta dengan barisan produknya yang diterima ramai bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Dengan berbekalkan pengalaman sejak penubuhannya, Nike terus mengorak langkah dalam dunia sukan. Mereka berjaya memberikan saingan yang cukup sengit buat para pesaingnya dengan barisan produk yang cukup unik, penuh dengan inovasi dan terbaik. Ini sesuai dengan Nike's Corporate Mission Statement: 'To be the world's leading sports and fitness company.' 




Keunggulan jenama ini dalam industri sukan sebagai jenama sukan terbaik sememangnya tidak dapat dinafikan. Apatah lagi koleksi kasutnya menjadi pilihan ramai peminat sukan di seluruh dunia. Koleksi kasut lariannya yang terkini untuk wanita telah mendapat perhatian ramai. Kini koleksi kasut Nike Roshe merupakan antara barisan produknya yang sangat dikenali di seluruh dunia dan menjadi pilihan ramai pencinta fesyen dan sukan. 

Jom la dapatkan koleksi kasut Nike Roshe ni. Kata pencinta fesyen, kata suka sukan, kata up to date dengan fesyen hehe. Cuba la mana tau dengan memakai kasut Nike Roshe ketika bersukan mampu membuatkan lemak korang hilang sekelip mata hahaha...tercapai target korang untuk kurus sebelum masuk 2016. Hummmm kurus sebelum 2016....diri sendiri yang sentap sebab tak kurus lagi ni weh!




Siapa yang dapat menyangka bahawa koleksi kasut Nike online yang dilancarkan ini mendapat permintaan yang cukup tinggi dalam pasaran. Ini semuanya gara-gara rekaan kasut Nike terbaru ini yang sangat moden, segar dan cukup bergaya! Dalam blog post ini anda boleh lihat stail Nike Roshe lookbook yang menampilkan gaya kasut sukan ini dipakai dengan cukup menarik yang boleh menjadi outfit ideas untuk anda semua. 




Kalau dahulu kasut Nike digunakan untuk tujuan bersukan semata-mata namun kini ianya cukup fashionable untuk digayakan pada hari-hari biasa juga. Lihat sahaja gambar di atas ini. Padanan kasut Nike dengan apa sahaja persalinan kegemaran anda pasti akan membuatkan anda kelihatan lebih bergaya dengan gaya yang cukup kasual, santai namun ranggi. 

Bergegar jiwa uolssss bila tengok yang kasut Nike boleh dipakai dalam apa sahaja gaya. Nasib baik aku tak pakai kasut Nike ni datang kerja haha! 

Termenung apa lagi....jom dapatkan koleksi kasut Nike Roshe!

06 November 2015

Back to Nature....Jom Detoks!

Assalamualaikum...

Hari ni pertama kali sediakan air detoks dengan campuran halia....yes memang best untuk buang angin. Dah seminggu aku dok amalkan air detoks dan lagi power apabila aku ambil Alfalfa Complex sekali. Dah lama tak berdetoks yang betul-betul punya....ni apabila dah terasa badan lenguh penat baru teringat ooooooo okey dah lama tak buat detoks rupanya....confirm berlonggok toksin dalam badan ni hehe...

Sebelum ni just guna green tea campur lemon...atau pun green tea campur asam keping. Pagi tadi sebelum pergi kerja siapkan air ni dulu....masa ambil lemon ternampak ada halia tu terus ambil halia sekali hiris halus-halus dan masukkan dalam air bersama hirisan lemon dan green tea. 




Watermark kat gambar tu aku letak ai-inspire.blogspot.com sebab pada mulanya nak update kat blog sana....tiba-tiba ehhhh berubah fikiran so malas la nak ubah balik watermark tu...sama je kan kedua-duanya tetap blog aku.

Jom la korang cuba....seriously best cenggini haaaaa (bayangkan ibu jari ke atas ye haha)...

Khasiat dan Kebaikan Teh Hijau (Green Tea)



02 November 2015

Shawl Jadi Topeng Muka Masa Jerebu

Assalamualaikum....

Alhamdulillah tahap kualiti udara dah berada dalam keadaan baik...dengan kata lain jerebu dah takde. Rasa selesa sikit bila berada di luar...kalau tak hummm mata pun rasa macam pedih...tekak sakit dan yang pastinya kau boleh rasa tengah sedut udara kotor. Kesian lubang hidung haha!

Harap lepas ni takde lagi berlaku kejadian seumpamanya.....please la tolong la jangan dok bakar bakar hutan ni. Masa jerebu hari tu aku memang tak pakai mask kat luar sebab malas hewhewhew....

Nasib baik la aku jenis pakai shawl yang panjang dan lebar....di samping menutup dada dan belakang, ia juga dapat digunakan pada waktu jerebu. Haaaa time berada kat luar aku ambik je juntaian shawl tu dan tutup hidung....kadangkala aku pin kadangkala aku selit je kat tepi. Nampak tak penjimatan di situ...




Tu instant shawl sarung dan siap keluaran MissNick Exclusive....panjangnya 2 meter so boleh ditarik untuk dijadikan penutup hidung tanpa menjejaskan bahagian depan dan belakang shawl...

Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan sampai tak cukup stok. Orang suka bukan sebab boleh dijadikan penutup hidung haha sebab aku keluarkan shawl ni sebelum musim jerebu lagi. Ramai yang suka sebab senang....kau sarung je dah settle tak perlu nak lilit cuma adjust labuh depan belakang je nak macam mana. Lepas tu kainnya yang sangat best....aku guna material heavy chiffon memang elok cantik manis terletak dan yang penting tak bayang. Korang kalau nak beli pun boleh sangat dialu-alukan :)

P/S: Gambar diambil pada 20/10/2015.....masa ni jerebu tengah teruk...kat Petaling Jaya tak silap aku bacaan IPU 200++

01 November 2015

Alhamdulillah Rezeki Dapat Laptop Baru


Assalamualaikum....


Alhamdulillah setelah sekian lama nak beli laptop baru, akhirnya dapat juga beli. Sebenarnya dah ada laptop tapi ye la laptop lama kan...faham faham la kalau barang tua ni slow sikit hehehehe. Aku banyak guna laptop untuk macam-macam kerja...so rasa tak syok dan sakit hati plak bila sikit sikit nak hang, kejap-kejap panas.

Nak bawa keluar ke mana-mana pun susah sebab laptop tu agak berat sikit, bateri pun dah rosak...bukan setakat bateri, keyboard pun dah rosak haha....so aku guna portable keyboard je la kat laptop tu....haaaa tengok betapa uzurnya kan. Dengan condition yang macam tu...memang takde la kan nak bawa keluar haha...

Selepas dok fikir punya fikir punya fikir....hari sabtu lepas aku ajak suami ke Digital Mall, Petaling Jaya. Pusing pusing pusing akhirnya jumpa laptop yang aku nak....pungpangpungpang dengan orang kedai tu "okey saya ambik yang ni!"....dalam banyak banyak kedai yang aku masuk, kedai tu je layanannya super tiptop, tu yang aku decide untuk beli kat situ je. Kalau ikutkan kebanyakan kedai memang ada jual laptop yang sama. Selain beli laptop aku jenis suka perhati orang, so itu aku ambik sebagai pengalaman untuk aku juga dalam bisnes iaitu tentang kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan, macam mana nak tarik pelanggan. Haaaaa nampakkkkk....sambil menyelam minum air kan!

Haaaa ni la dia rupa laptop yang aku baru beli tu....jenama ASUS model X452E. Baru syok nak buat kerja sebab aku boleh angkut ke sana ke mari...tak perlu tunggu balik rumah untuk siapkan kerja. Semangat berkobar-kobar sejak ada laptop baru ni hehe...ye la mana tak semangatnya sebab laju kan...buka banyak browser pun ok tak hang. Nak edit gambar guna photoshop pun ok laju je takde sangkut sangkut. Harap laptop ni dapat bantu aku untuk lebih efektif dan produktif dalam bisnes.

Apapun Alhamdulillah syukur sangat Allah bagi rezeki untuk miliki laptop baru ni. Please well behaved ye...jangan buat hal hehe. Ok bye!

31 October 2015

Rileks Ok! Tak Semestinya Hari Ni Nak, Hari Ni Dapat

Assalamualaikum...

Apa khabar korang....selamat berhujung minggu. Sekejap lagi kena bersiap-siap ke Sime Darby Convention Center, ada majlis konvokesyen kolej untuk students PACE. Bulan April hari tu majlis konvokesyen untuk students yang full time, so hari ni untuk students part time. Aku pun tak faham kenapa mesti dibuat berasingan hehe.

Alhamdulillah sudah empat tahun bergelar pendidik....rasa macam baru je. Tak pernah terfikir pun untuk jadi pendidik tapi perancangan Allah SWT adalah yang terbaik. Tak perlu nak ulang kisahnya macam mana boleh jadi pendidik ni kan....aku dah pernah cerita kat dalam blog ni sebelum ni, jadi malas nak taip benda sama hahaha.

Apa yang aku nampak kat sini ialah Allah dah atur dah buat elok elok perjalanan hidup kita ke mana dan bila kita akan dapat. Kau stress macam nak mati sebab apa yang kau nak tapi belum dapat pun takde guna. Baik rileks dan cool fokus pada kerja, fokus pada apa yang ada depan mata, usaha betul-betul. Tak semestinya kita usaha hari ni esok kita dapat, mungkin tahun depan, mungkin lima tahun lagi....tapi kalau hari ni kau usaha, lepas tu tak dapat dalam tempoh yang kau nak, lepas tu putus asa macam mana Allah nak bagi. Allah menilai pada usaha kita, mungkin kita nak satu je tapi akhirnya dapat sampai tiga empat.

Kadangkala orang hairan tengok aku selalu gelak gelak sengeh sengeh, happy dan positif je kan. Haaaa jawapannya ada kat atas tu. Aku berkahwin masa umur aku 29 tahun, time tu dah ramai kawan-kawan rapat yang dah kahwin dan beranak pinak. Aku rileks! Selepas dah dua tahun lebih kahwin masih takde anak lagi. Aku rileks! Setitik pun air mata aku tak pernah keluar, buat apa aku nak menangis sedangkan orang lain lagi besar ujiannya, ada yang 10 tahun tunggu belum dapat. Apalah sangat aku yang baru dua tahun lebih ni.  

Aku tak pernah persoalkan kenapa aku nak anak tapi tak dapat, kenapa orang lain senang je dapat. Nikmat yang Allah bagi kat aku selama ni dah terlalu banyak, yessss terlalu banyak. Siapa kita nak persoalkan ketentuan Yang Maha Pencipta, kita ni hamba je tau. Aku sangat berpegang kepada sifat-sifat Allah, Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Pemberi

Aku percaya sampai masanya Allah akan bagi anak kat aku....mungkin kembar hehehe...mana tau kan.

Jadi rileks ok, rileks! Kalau asyik dok fikir negatif, nak bersedih, nak stress, nak bad mood memang tak ke mana, rezeki nak dekat pun takut tau hehe. Ok nak bersiap dah kang lambat plak, bye!

30 October 2015

Jangan Tanya Sebab Tak Perlu Tanya Pun!

Assalamualaikum....

Aku nak share satu status menarik yang diambil dari facebook Asma Suardi....aku copy paste letak sini sebagai peringatan bersama. Kalau simpan kat fb susah nak cari dah lepas tu. Aku suka baca status-status fb beliau yang sangat realistik berkaitan dengan kehidupan manusia.

Tak perlu tanya tentang orang lain dan jangan bangga dengan apa yang kita ada kerana itu hanyalah pinjaman dari Allah SWT kepada kita. Kita sendiri pun tak tau bila pinjaman itu akan ditarik balik. Sama juga seperti orang yang ditanya tu, dia sendiri pun takde jawapan terhadap apa yang anda ada dan dia takde.


Bila kita dah kahwin,
Tak perlu nak tanya yang masih bujang, bila nak kahwin. Siapa yang tahu jodoh kita bersama pasangan tak panjang. Kita pula yang akan ditanya bila nak kahwin lagi (Nauzubillah).

Bila kita dah ada anak,
Tak perlu tanya yang belum ada anak, bila nak dapat anak. Siapa tahu, umur anak kita tak panjang. Kita pula yang akan ditanya bila nak dapat anak lagi. (Nauzubillah)

Duduk diam-diam dan tak perlu tanya apa-apa.
Siapa yang tahu, siang malam dia memohon pada Allah dan berusaha sehabis baik agar memiliki pasangan hidup dan zuriat keturunan.

Bumi nie bulat je.
Roda kehidupan sentiasa berputar.
Ada turun dan naik.

Tak sentiasa bahagia,
Tak sentiasa derita.
Moga Allah jaga :)

05 October 2015

Helloooo Oktober!!!

Assalamualaikum....

Hai welcome Oktober :)

Dah masuk 5 Oktober baru nak welcome welcome ye haha lantak!!!

Sekali sekala menjenguk sini rindu la plak kat blog yanggggggg nak sebut sendu pun malu...tapi itu hakikatnya la. Busy uolssss dengan kelas yang agak padat...dengan kena handle event lagi, aku yang jadi kepala harus la busy kan...dengan nak mengadap bisnes lagi. Jadi blog agak terabai sikit hehe....ampunnnnnn.

Alhamdulillah rezeki dalam bisnes agak baik itu yang jadi agak sedikit terkejar-kejar sampai tak sempat nak jenguk blog. Balik kerja mengadap bisnes, balik kerja mengadap bisnes....itu je la rutin harian aku. Bukan senang nak senang ye dan bukan susah nak susah. Nak hidup senang di kemudian hari, kena la hadap segala keperitan pada hari ini.

Dan jangan lupa apa sahaja yang kita buat minta dengan Pencipta kita....minta minta minta siang malam, doa dipermudahkan segala urusan kita. Allah Maha Mendengar...insya Allah lambat atau cepat Dia akan kabulkan permintaan kita.

04 September 2015

Ajal Datang Tanpa Mengira Usia

Assalamualaikum...

Tengahari tadi dikejutkan dengan berita kematian saudara aku di ICU Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang. Ya Allah rasa sedih giler kot sebab aku tak sempat nak melawat arwah semasa hayatnya walaupun dah tak sedarkan diri, walaupun dia dah tak boleh berbual dengan aku....arwah meninggal disebabkan jangkitan kuman yang dah merebak ke otak.

Ya Allah aku rasa ralat sangat sebab aku rancang nak pergi hari ni selepas habis waktu kerja...hari Jumaat aku takde kelas malam, kiranya aku habiskan kelas awal dari biasa la so takde la sampai lewat sangat ke hospital kan. Aku dah niat nak bacakan surah Yasin kat tepi arwah di wad. 

Tapi perancangan Allah SWT adalah yang terbaik....arwah pergi meninggalkan kami semua pada tengahari Jumaat. Aku masuk kelas lima minit je bagi tugasan kepada para pelajar dan terus bergegas ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.

Rancangan nak masuk mengajar, settlekan apa-apa yang patut dan habiskan kelas awal.....rancangan nak bacakan surah Yasin kat tepi arwah semasa hayatnya....hanya tinggal perancangan sahaja. Allah Maha Penyayang, Allah Maha Mengetahui.

Sesungguhnya aku rindukan arwah, teman sepermainan aku masa zaman kanak-kanak dulu. Apabila dah dewasa masing-masing dah busy, jarang sangat sangat sangat dapat jumpa. Arwah kerja di Johor dan aku di Kuala Lumpur.

Ajal datang menjemput tanpa mengira usia tua atau muda....arwah baru berusia 29 tahun, muda dua tahun dari aku. Selalu orang baik ni mesti pergi cepat kan. Ya arwah seorang anak yang baik....arwah jalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai anak lelaki, ambil maknya tinggal bersama dan jaga dengan baik. Susah nak jumpa lelaki bujang yang sanggup sewa rumah sendiri, ambil mak tinggal bersama, dan tak pernah tinggalkan maknya sendirian. Kalau busy kena pergi kursus ke apa, arwah akan hantar maknya ke rumah adik beradik yang lain. Sampai kebosanan maknya awal-awal tu sebab dah biasa bekerja, tiba-tiba anak tak bagi kerja suruh berehat je. Ok makcik aku tu ibu tunggal dah lama, gigih bekerja sebelum ni jadi tukang masak nak tanggung anak-anak. 

Al Fatihah semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman...Amin.


08 August 2015

Aplikasi iQuran Lite Tiada Alasan Tak Sempat Baca Quran

Assalamualaikum...

Dulu aku takde perasaan nak beli handphone baru atau nak memiliki smartphone. Dalam lima enam bulan selepas kahwin baru aku beli hehe iaitu tahun 2013....sampaikan kawan-kawan dok asyik suruh beli katanya senang nak whatsapp. Aku plak jenis tak peduli...smartphone ke stupidphone ke asalkan boleh buat panggilan, terima panggilan, sms....ok dah cukup! 

Tengok sekeliling semua dok mengadap smartphone baru rasa teringin nak beli....lepas beli tu baru sedar owhhhh rupanya banyak kepentingan smartphone ni....haha ampun aku ketinggalan zaman sikit...



Okey salah satu kepentingannya ialah boleh install aplikasi Al Quran...dengan adanya aplikasi iQuran Lite boleh baca Al Quran di mana sahaja setiap hari...kecuali dalam toilet. Tiada alasan lagi untuk tak baca. Semua surah ada termasuk terjemahan setiap ayat. Kalau tak pandai nak baca, atau tak pasti cara nak baca dengan tajwid yang betul...boleh buka audio maka akan keluar la suara....untuk aplikasi Al Quran, selain iQuran Lite, ada lagi aplikasi lain...so pandai-pandai la korang cari ye...

Gunalah teknologi secara maksimum...bukan setakat main game, facebook, instagram je tau hehe...okey bye :)

24 July 2015

Dalam Kereta Pun Bolehhhhh

Assalamulaikum...

Aku sebenarnya jenis sempoi je orangnya...walaupun ada yang tak rapat dengan aku ingatkan aku ni jenis complicated. Kawan-kawan yang rapat kenal sangat aku macam mana...sempoi dan giler giler dulu, kini, dan selamanya kikiki. Tegas tak semestinya tak sempoi betul tak hehe...sebab tu la suami aku suka aku...katanya la :)

Ya ada sesetengah perkara aku memang cerewet...tapi bukan cerewet saje saje tau ada sebabnya. Contohnya lipat baju mesti kemas dan sama tepi kiri kanan...susun barang mesti elok teratur...pantang kalau buat kerja cincai, buat kerja mesti complete dan seumpamanya..

Salah satu perkara yang aku tak kisah adalah pasal makan...di mana-mana saje pun boleh asalkan bukan depan toilet atau depan longkang busuk hahaha. Aku bab makan memang fleksible...dalam kereta pun boleh tak payah nak tempat yang proper nak meja kerusi bagai. Asalkan masuk perut kenyang ok settle :D




Kawan-kawan aku selalu gelak...diaorang cakap "kau ni kan memang la hahaha......."

Selalu kalau on the way pergi kerja pagi, kebetulan bawa bekal confirm aku dah ngap dalam kereta...ye la kan jalan jem kereta gerak slow macam siput, kadangkala tak gerak so sempat la makan. Sampai ofis dah tak payah nak makan...boleh buat kerja lain. Nampak tak penjimatan masa di situ.

Balik kerja pun kalau lapar giler aku makan jugak dalam kereta hehe...tak tahan woooo terutamanya kalau balik lepas jam 6 petang...hazabedah jemnya kat federal highway tu. Selalunya kalau takde makanan kat rumah aku dah siap siap beli kat area ofis. Tak sempat sampai rumah dah habis makanannya. Pergi balik kerja jemnya bukan setengah jam...kadangkala dekat sejam, kadangkala sejam setengah...dua jam pun pernah oiiiiii tapi jarang la..

Kalau tengah laju tak pernah la makan bahaya hehe...time jem takpe la dah gerak memang slow giler kan, tahap slow tak payah tekan minyak, jaga brek je. Kalau time tak bergerak tu kau nak mekap...nak belit tudung pun sempat tau.

Apa yang aku selalu makan dalam kereta???? Haaa macam-macam...pernah makan nasi, bihun goreng, mee goreng, kuih, roti canai, burger, kfc hehe. Makan makanan yang senang dimakan la kan...takde la nak makan sup ke tomyam ke ada jugak bekas terlangkup nanti kan. Tapi aku tak tau la kot korang ada buat hehe.

Motif update? Saje nak share kenapa aku susah nak stress...ini la salah satu jawapannya. Jangan rumitkan benda mudah okey...itu je :)

P/S: Ini entry lama tapi tak la lama sangat....godek-godek blog rupanya ada yang dah siap tapi lupa nak publish....nasib baik tak berkulat kat dalam draft box tu...

22 July 2015

Salam Aidilfitri dan Cerita Hari Raya

Assalamualaikum....

Salam 6 Syawal dan selamat hari raya kepada rakan-rakan yang beragama islam....belum terlambat lagi kan ucapan tu hehe. Sebelum ni tak sempat nak ucap...senang cerita tak sempat nak update kat sini...

Macam mana raya korang? Seronok? Aku seronok giler sebab seminggu aku kat kampung tau spend masa dengan keluarga....seronok sebab tahun ni adalah kali ketiga beraya bersama suami tercinta walaupun masih berdua. Ada rezeki nanti dapat la raya bertiga berempat berlima kan...insya Allah masanya akan tiba cuma tak tau bila. Semua tu rahsia Allah....aku percaya sepenuhnya rezeki kami ada cuma bahagian tu Allah simpan dulu....Dia bagi rezeki lain dulu kat kami....ada hikmahnya...

Alhamdulillah balik raya ni takde sorang pun tanya walaupun jumpa ramai sedara mara dan orang kampung. Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah. Kalau tanya pun kami takde jawapan...korang doakan yang baik-baik je okey...

Sebelum melencong jom kita kembali ke topik hari raya. Aku balik kampung hari Khamis iaitu sehari sebelum raya...Alhamdulillah tak makan jem haha kalau tak jenuh jugak nak sampai. Sebelum ni pun aku selalu balik sehari sebelum raya sebab time tu kan orang dah ramai balik kampung...so aman damai sikit jalan. Sempat la buka puasa kat rumah.

Lepas buka puasa rehat-rehat dan terus masak untuk makan hari raya esoknya. Kami sekeluarga menjamu tetamu dengan roti jala, kari ayam, nasi hujan panas, ayam masak merah, daging masak kurma, dan segala kek serta kuih raya. Puas hati la licin semua makanan...

Ya Allah rasa best sangat dok kat kampung...tenang, segar semua ada. Seminggu juga la kami suami isteri lepak kat kampung. Hari ni baru balik ke tempat mencari rezeki. Sebenarnya nak balik KL semalam tau haha....pakaian semua dah siap kemas dah masuk beg. Lepas tu masing-masing tak nak bersiap, dok lemau, dok bermalas-malasan tak nak bergerak....dok nanti la kejap lagi, nanti la kejap lagi...lastly tak jadi balik sebabnya tak puas dok kampung hahaha. Nasib baik hari ni jadi balik....kalau dok layan malas aku rasa tak balik lagi ni.

Setiap kali nak balik ke KL macam ni la dok bermalas-malasan tak kira la time raya ke tak...tapi tak pernah layan sebab kena kerja kan. Ni sebab masing-masing masih bercuti...isnin depan baru start kerja so sekali sekala layan je la kemalasan tu hehe....bila lagi kan. 

Kenapa tak balik KL hujung minggu ni je???? Sebabnya kami ada tanggungjawab lain yang perlu diuruskan iaitu bisnes. Semoga dimurahkan rezeki dapat buat bisnes secara sepenuh masa lepas ni....Amin :)

15 June 2015

Lamanya Tak Update Blog

Assalamualaikum...

Ya Allah lamanya aku tak update blog personal ni haha...bukan lupa bukan malas. Tapi sibuk dan terlalu asyik dok membelai dan menghadap blog yang masih baby ni iaitu http://ai-inspire.blogspot.com

Hishhhhh memang tak patut betul kan. Pengajaran untuk aku...jangan terlampau fokus kepada satu-satu perkara. sehingga perkara lain diabaikan. Dalam maksudnya tu...aku tak maksudkan pada aktiviti blogging je tapi melibatkan seluruh kehidupan. Tak perlu nak ulas panjang lebar...tapi kalau ada yang tak faham boleh je email kat aku nanti aku explain hehe...serius ni boleh email di missnick84@gmail.com

Kehidupan aku macam biasa la macam sebelumnya cuma nilai kehidupan tu semakin bertambah....tak kan nak berada di takuk lama je kan. Sentiasa berusaha perbaiki diri setiap hari untuk menjadi hamba Allah, isteri, anak, menantu, pekerja, dan businesswoman yang baik dan berjaya.

Alhamdulillah aku bersyukur dengan apa yang dimiliki. Semoga segala usaha diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT....amin :)

Nanti sambung lagi eh....kena cuci otak dulu sebab lama tak update kat sini kan, jadi slow sikit kihkihkih. Jumpa lagi...bye :) 

26 April 2015

Terima Kasih Atas Semua Ucapan

Assalamualaikum...selamat berhujung minggu :)

Alhamdulillah 21 April 2015 yang lepas cukup la umur aku 31 tahun....rasa macam tak caya je macam baru je habis sekolah haha perasan! Syukur Ya Allah kerana masih memberikan aku peluang untuk menikmati hidup ini...

Terima kasih atas semua ucapan dari suami, keluarga, kawan-kawan, dan juga para pelajar....macam-macam ucapan okey dari yang skema maut sampaikan yang lucu pun ada...bila baca tersengeh sorang-sorang hehe....hai korang ni...

Ucapan macam biasa la panjang umur, murah rezeki, bahagia, dan lain-lain....dan yang paling tak boleh blah tu ucapan dari kawan-kawan ofis dan students....semoga kekal cantik la, kekal vogue la, kekal gorgeous la hahaha....apa-apa je la korang yang penting aku happy dan korang pun happy...

SURPRISE???????

Of course la ada surprise dari teman sehidup semati iaitu suami tercinta....tepat jam 12 malam, 21 April beliau call. Kenapa call???? Sebabnya beliau kerja shift petang hari tu...so balik jam 2 pagi. Mungkin tak nak terlewat walau sesaat tu yang call tepat-tepat jam 12 malam...patut la awal-awal lagi dah pesan jangan tidur jam 12 malam tu....ingatkan kenapa...

Lepas dah bagi ucapan ringkas...beliau minta aku buka almari masa tu juga. Nervous okey nervous...bukan apa takut kena prank je. Buka-buka almari tengok ada sesuatu untuk aku...sepasang subang emas dan kad ucapan...dalam kad tu pula ada sekeping gold bar...

Rasa nak lompat bintang je sebab terharu....thanks suami ku...i love u so much...




Kepada mereka yang berkenaan...aku doakan semoga korang semua panjang umur, murah rezeki, sihat, ceria, bahagia, kaya, berjaya dunia dan akhirat....semoga apa yang diimpikan akan tercapai...amin :)

18 April 2015

Jindrisska First Anniversary Giveaway

Assalamualaikum...

Tiba-tiba rasa nak join giveaway....dan aku rasa la selama aku layan blog dari tahun 2010 sampai sekarang, ini kali pertama kot aku join GA ni. Entah macam mana boleh terjebak haha...apa pun layan je la...




"Saya nak menang giveaway ni sebab....okey sebabnya saya nak mengeratkan hubungan yang lebih baik dengan rakan blogger...selain tu saya nak menang fridge magnet yang cantik itu hehehe, maklum la semenjak dua menjak ni makin gemar mengumpul fridge magnet plak....ok tu je la kot"

Haaaa kau siap bagitau awal-awal nak menang fridge magnet hahaha :D

Okey korang jom sama-sama meriahkan GA rakan blogger kita ni....saje untuk suka-suka kan...bye :)

17 April 2015

Berakhirnya Kelas Untuk Semester Ini

Assalamualaikum...

Haiiii lamanya tak update kat sini, maklum la terlebih perhatian kat blog sana...kena fokus lebih sebab masih baru kan. Gigih bekerja nak mantapkan blog sana, nak mantapkan bisnes Shaklee aku tu, dengan workload yang agak padat...macam ni la kehidupan kan. Nak berjaya kena kerja keras...setiap kejayaan memerlukan pengorbanan...biar la susah atau penat sekarang, asalkan senang di kemudian hari.

Today is Friday..selain esok lusa cuti...hari ni juga berakhirnya kelas untuk semester ini. Bulan Januari sibuk dengan kelas dan dokumentasi akademik. Pertengahan bulan Februari sampai akhir Mac rileks sikit sebab kelas makin berkurangan. Jadi dapat la bernafas sikit (habis tu selama ni tak bernafas ke???)...selain mengajar aku ada masa yang lebih untuk fokus pada self development. 

Akhir bulan Mac zappppp jadual kelas kembali padat dengan pelajar yang baru masuk...sampai exceed maximum credit hours uolssss. Nak makan pun terkejar-kejar okey hehe...selalunya aku ni jenis makan slow kononnya menikmati dan untuk kepuasan. Dah busy terpaksa la makan semata-mata untuk isi perut...tak sempat nak menikmati wei. Kalau tak makan nasi kan risau juga takut aku makan students je hahaha....

Selalunya kalau sesi kuliah untuk semester tu berakhir...seminggu pertama tu okey lagi la....kiranya fasa untuk merehatkan otak gitu. Masuk minggu kedua dan seterusnya mesti rindu nak mengajar. Semester akan datang akan bermula hujung Mei nanti. Aku ni jenis cepat bosan duduk kat meja menghadap komputer lama-lama...sebab tu tak boleh kerja pejabat maksudnya kerja bahagian pentadbiran ke. Maklum la jenis tak reti duduk diam...kalau tak bergerak sana sini, mulut tak bercakap memang tak sah la....boleh bengkak muka kot aku kalau tak bercakap haha. Kalau kat rumah takpe la menghadap laptop lama-lama pun...kalau bosan aku rehat kejap tengok tv ke masuk dapur ke guling-guling ke...lepas tu sambung kerja balik.

Ye la lain orang lain kesukaannya...sebab tu la manusia ni unik. Apa pun syukur Alhamdulillah dengan kehidupan kini dan segala rezeki dari Allah s.w.t. 

Okey korang doakan aku rajin update blog ni ye hehe :D 

26 March 2015

Sepandai-pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh ke Tanah Jua

Assalamualaikum...

Hai uolssss apa khabar? Sihat? Hehe lama betul tak update blog ni...tak tau nak update apa, boleh gituuuu...

Dalam hidup kita di kelilingi oleh pelbagai jenis ragam manusia...yang terlampau baik, sederhana baik, baik depan mengata belakang, suka menipu putar belit sana sini, dan macam-macam lagi la...

Kadangkala terfikir juga orang menipu ni apa perasaan dia masa menipu tu eh haha...aku kalau berhadapan dengan orang yang suka menipu ni selalunya senyum je la...dalam hati cakap "sampai bila nak menipu lama-lama kantoi juga"...bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua...belit belit belit akhirnya terbelit leher sendiri...

Lucu juga bila kita kita dah tau dia menipu...tapi dia tak tau yang kita dah tau....kalau dah sampai tahap tu memang aku tak boleh nak tahan, dia menipu je aku terus tersengeh masa tu juga sebab tengah tahan nak gelak haha...tengok keadaan la ada sesetengah tu aku biarkan je, kadangkala ada juga potong tukar tajuk lain, dan kalau jenis tak reti bahasa aku terus cakap "haaaa tak habis-habis menipu"...hahahaha :D

Aku dan kawan-kawan pernah berhadapan dengan seorang makhluk ni...dia ingat dia bijak menipu, tapi akhirnya kantoi bodoh gitu je...kantoi dalam terang tak perlu nak suluh lagi...hebat permainannya tipu semua orang, putar belit sana sini...kami syak dia menipu sebab ceritanya tak pernah konsisten...tapi biar je la malas nak layan lantak la kan...

Tapi tu la kan nak ulang lagi sekali, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua...takde sape gali, takde sape cari bukti...akhirnya kantoi dengan kebodohan sendiri sebabnya orang menipu ni dia tak ingat apa yang dia tipu...maksudnya dengan si A dia cakap apa, dengan si B dia cakap apa...kami senyum aje dan cakap "hummm dah agak dahhhhhh hahaha"....tapi perasaan hormat tu dah makin hilang...

Ceritanya malas nak cerita sebab penat panjang sangat penipuannya...lagipun malas nak ulang nanti macam datang satu aura tak elok plak dalam diri ni...

Pengajarannya JANGAN MENIPU, HIDUP KENA JUJUR....sampai bila nak menipu, Allah kan ada tak takut ke...dan jangan ingat orang tak tau sebab ada sesetengah orang dia boleh tangkap pasal penipuan melalui cara bercakap....kita yang berhadapan dengan orang penipu jangan sesekali gopoh nak ajak dia gaduh, rileks je and be cool okey...kalau rajin sambil tu selidik la sikit-sikit kan :)

Dan lagi tak semua penipuan kita boleh biarkan macam yang aku cerita kat atas ni...kalau penipuan tu melibatkan pengkhianatan, fitnah, songlap duit, membahayakan pihak-pihak tertentu, dan seumpamanya...haaa yang ni mereka yang sepatutnya kena la bertindak takut masalah jadi lebih serius...


Kredit gambar: Google

17 February 2015

Sup Tulang Simple

Assalamualaikum...

Okey nak belanja resepi lagi....kali ni sup tulang plak tapi simple je yang penting sedap hehe. Puji masakan sendiri...ye la nak tunggu korang puji memang tak la kan haha. Simple simple pun jangan plak buat sambil pejam mata...nanti sup ke mana korang plak masuk hospital sebab melecur.

Syhhhhh ini resepi tahun lepas ye...masa ni first time buat sup tulang. Sebenarnya tulang ni bawa dari kampung...so dah masak siap-siap guna pressure cooker sebab rumah kat KL takde. Kalau guna periuk biasa jenuh juga nak tunggu empuk. Senang sampai KL tinggal masak macam masak sup ayam je sebab tulang dah empuk kan. Ok tak payah cakap banyak...jom tengok resepinya...




Bahan-bahan:
- 1kg tulang lembu
- 5 ulas bawang merah (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- 1 bunjut sup tulang (saya guna khas untuk sup tulang...jenama tak ingat dah)
- 1 sudu besar rempah sup 
- 2 biji kentang (dipotong)
- Daun sup (dihiris)
- Bawang goreng
- Sedikit minyak masak
- Garam

Cara Memasak:
1. Di dalam periuk tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air ke dalam periuk, sup bunjut tulang, kentang, dan tulang lembu tadi. Masak sehinnga kentang empuk. Tak perlu tunggu lama sebab tulang awal-awal dah masuk pressure cooker.
3. Masukkan garam secukup rasa dan sedia untuk dihidangkan.
4. Semasa hidang taburkan daun sup dan bawang goreng.


Haaaaa senangkan...korang yang baru nak belajar masak tu boleh cuba ni. Sekian :)

16 February 2015

Roti Canai Dalam Kereta

Assalamualaikum...

Dok godek-godek handphone sebab nak clearkan gambar...kesian handphone tu sampai dah penuh memori hehe. Aku jumpa gambar niiiiiiiiiiiii....haaaa bawah tu...




Mula-mula tu macam tak nak update rasa macam ntah apa-apa...rasa macam ek eleh ini pun nak update kat blog haha. Tapi bila fikir balik arghhh update je la buat kenangan pada hari tua gitu hehe...untuk tatapan suami dan anak-anak (anak belum ada insya Allah ada nanti)...dan juga untuk tatapan diri sendiri...

Selalu kot makan dalam kereta tapi itu first time aku makan roti canai. Selalunya makan kuih, roti, ayam goreng, nasi goreng, dan lain-lain makanan yang senang dimakan. Ye la aku kan superwoman kadangkala tak sempat nak makan kat rumah atau kat kedai sebab kejar masa hehe...

Masa ni aku lapar giler...dalam perjalanan balik kerja dengan hujan yang lebat giler dan jalan pun jem giler kat federal highway. Rancangnya nak balik makan kat rumah tapi lambat lagi nak sampai rumah. Perut ku dah tunjuk perasaan berdondang sayang sambil mencakar dinding usus.

Mula tu dok pandang-pandang jeling-jeling je roti canai kat seat sebelah...sambil pujuk hati supaya bersabar. Tapi hati mana yang mampu menahan sabar weh hehe. Akhirnya ambik, letak atas riba, buka, dan makan. Habis dua keping...satu roti canai, satu lagi roti telur. 

Kenyang perut suka hati...ok bye :)

11 February 2015

Makan di Ana Ikan Bakar Petai, Bangi

Assalamualaikum...

Fuhhhh tiup habuk dulu tapi takde la berhabuk mana pun. Okey nak update cerita tahun lepas hehe ampunkan daku asyik update cerita tahun lepas je...takde cerita baru ke????

Ada tapi tengah queue....sabar itu separuh daripada iman (tiba-tiba) :D

Aku tengah nak clearkan memory handphone ni sebab dah dapat notification tiga empat hari lepas yang memory dah full. Macam mana tak full dah kerjanya asyik nak ambik gambar je...nasib baik tak kena ludah dengan kamera handphone ni. Tapi takde la selfie aje sepanjang masa...ada la macam-macam gambar ambik. Kalau aku transfer ke laptop nanti aku lupa nak update kat blog...so yang mana ada dalam handphone semuanya belum update... lepas update aku terus delete la. Gambar-gambar berkaitan bisnes pun boleh tahan banyak ni...

Owh melalut panjang plak mukadimahnya...tahun lepas aku dan suami berdua je pergi makan kat Ana Ikan Bakar Petai kat Bangi tu...nak gi jauh malas plak. Paling jauh kitaorang pergi makan seafood ialah kat Melaka...maksudnya ke sana semata-mata untuk makan lepas tu terus balik...lepas tu terbongkang hehe. Tapi yang kat Melaka tu tak blah betul la...makan berdua je tapi macam makan berlima. Meja sebelah kiri kanan depan dah bertukar orang...tapi kitaorang masih kat situ tak bangun-bangun...

Bulan lepas pun ada juga pergi makan-makan kat Ana Ikan Bakar Petai tu...bukan berdua la tapi dengan family in law. Selalu makan berdua je...bulan lepas makan ramai ramai memang syok la dan order pun banyak. Makan tak ingat dunia hehe...takpe suami yang belanja. Gambarnya tak ambik sebab masing-masing dah kebulur...makanan sampai je terus ngap. Aku la yang paling kebulur sebab lepas habis kelas malam...balik rumah ambik suami terus ke Bangi. Lapar campur penat campur mengantuk...tapi lepas makan terus hilang semua tu haha...cerah bersinar biji mata... 

Okey jom la jamu mata dengan gambar tahun lepas...makan berdua je so sikit je la...nampak macam sikit tapi termenung juga nak habiskan hehe....


Ikan siakap masak tiga rasa ke sweet sour ntah...lupa dah...asalkan ikan siakap masak apa pun aku bedal sebab favourite ni...

 Sotong goreng celup tepung itu satu kewajipan...

 Tomyam campur saje buat kuah....padahal takde pun takpe...

 Sementara tunggu ikan dan sotong siap dimasak...kita makan keropok lekor dulu...

Haaaa ni menu wajib...kalau makan kat mana-mana tengok menu ada kerabu mangga mesti order...


Alhamdulillah syukur atas nikmat makan ni...kenyang. Harganya dalam RM80 lebih kot kalau tak silap aku la...entah lupa. Tapi seriously memang sedap dan tempat makan pun best. Tapi kan lepas makan kat Ana Ikan Bakar Petai ni aku ada hati lagi nak lepak kat Restoran Kelisa sebab nak makan pisang goreng cheese...

Hummm takdenya sebab dah kenyang giler...tak larat la nak makan lagi kang pecah perut padan muka haha. Singgah jugak la tapi bungkus je bawa balik makan kat rumah....sebabnya aku dah lama teringin nak makan pisang goreng cheese tu. Okey entry pisang goreng cheese ada kat sini...klik SINI ye...

Ada tempat makan best-best nanti aku update lagi...kadang-kadang tu dah habis makan baru teringat pasal gambar. Dah takde gambar nak update macam mana kan...boleh tu boleh tapi tak syok la cerita pasal makan itu makan ini tapi gambarnya takde...

Okey jumpa lagi....tataaaa :)

29 January 2015

Nasi Sup Pembuka Selera

Assalamualaikum...

Bukan nak share resepi pun...saje nak share idea untuk korang yang tak tau nak makan apa. Ye la kadangkala buntu bosan takde selera. Apa kata korang cuba buat nasi sup...bertambah-tambah okey. Aku buat nasi sup ni tahun lepas...masa tu demam tapi aku tak ingat aku yang demam ke suami yang demam. 

Hahaha boleh plak tak ingat ye...yang aku ingat aku buat nasi sup ni sebab hilang selera makan. Masa demam kan tekak jadi pahit...tengok makanan pun takde perasaan. Kalau tak makan kan lapar plak.




Senang je nak buatnya...korang masak sup macam biasa. Nasi tu masak air lebih sikit bagi lembik...tapi suka hati la ikut selera masing-masing. Kalau aku lebih suka nasi lembik buat nasi sup...semangkuk pun tak cukup hehe.

Okey selamat mencuba :)

23 January 2015

Pisang Cheese Jakarta Fuhhhh Sedap

Assalamualaikum...

Dah lama tak review jalan-jalan cari makan kan. Ni nak clearkan gambar dalam henfon....banyak sangat dah gambar dalam tu sampai jadi slow. Buka tu tengok rupanya gambar misi mencari pisang cheese jakarta belum update lagi.  

Ni pun cerita tahun lepas jugak tapi rasanya belum basi kan haha...basi pun takpe kita update je. Kejadian ni bertarikh 9 September 2014. Macam biasa la kalau hujung minggu tu time suami off memang kitaorang selalu keluar jalan-jalan cari makan plus dating sekali hehe.

Hari tu kitaorang makan kat Ana Ikan Bakar Petai kat Bangi. Lepas balik dari makan seafood tu ingat nak lepak kat Pisang Cheese Jakarta ni tapi kenyang giler so bungkus je la bawa balik rumah...ye la dah makan tak ingat dunia hahaha...mana tak penuh perut tu. Pasal Ana Ikan Bakar tu nant kita cerita kat entri lain ye.

Tu dia Pisang Cheese Jakarta Chocolate....asalnya rupa lain tapi bila sampai rumah jadi macam tu sebab cheese yang ditabur tu jadi cair. Tapi sebagai penggemar cheese memang la aku suka tak kisah la cair ke tak...asalkan ada rasa cheese hehe. 



Waktu perniagaan Pisang Cheese Jakarta ni berbeza....yang kat dalam gambar bawah tu cawangan yang kat Seksyen 9 Bangi...itu yang paling dekat dengan aku. Kalau korang nak makan Pisang Cheese Jakarta ni sila la ke lokasi berdekatan...kalau nak lokasi berjauhan pun takde masalah...suka hati la kan lagipun minyak kereta dah turun harga haha...

1. Restoran Lawangsari, Seksyen 7, Shah Alam (belakang Giant) [4:30pm - 12am]
2. Tam Nasi Ayam, Seksyen 23, Shah Alam (sebelah Aeon Big) [2pm - 10pm]
3. Tam Nasi Ayam, TTDi Jaya, Shah Alam (sebelah Petronas) [2pm - 10pm]
4. Restoran Kelisa, Seksyen 9, Bangi (sebaris Hospital Az-Zahra) [2pm-10pm]
5. D Melaka Cafe, Seksyen 3, Kota Damansara (Uptown) [2pm - 10pm]
6. De Kotani Cafe, Presint 3, Bangunan Wisma Tani, Putrajaya [9:30am - 5:30pm]



Pisang Cheese Jakarta ni ada lima pilihan semuanya...so pilih la mana yang korang suka. Aku kan macam biasa la kalau boleh nak semua jenis tapi tak boleh la kena pilih satu je...lain kali pergi boleh cuba yang lain plak. Ada Original, Chocolate, Coco Caramel, Crunchy Oreo, dan Messy Chocolate. Harga di antara RM7 hingga RM8...kalau nak add on cheese lebih ke coklat lebih ke harga kira lain. Harga setiap satunya semua dah terpapar kat situ...



Kalau nak dapatkan apa saja update berkaitan korang boleh LIKE Fb Page Pisang Cheese Jakarta

Okey macam mana? Jom pergi...aku yang dok update ni pun dah banyak kali telan air liur...tiba-tiba teringin nak makan hehe...ok bye :)

22 January 2015

Sayur Pak Choy Versi Dapur Bujang

Assalamualaikum...

Aku dok godek henfon lepas tu jumpa gambar makanan yang aku pun lupa bila aku masak hehe...tapi tahun lepas la. Mungkin terlupa nak update kot...kalau masih ada dalam henfon sah tak update sebab selalunya lepas update aku terus delete....

Ni la sayur feveret suami aku. Setiap hari makan sayur pak choy pun takpe kot haha. Asal pergi beli barang dapur wajib kena beli sayur pak choy...masak apapun tak kisah. Aku ikutkan aje la sebab suka tengok beliau makan berselera.

Sayur ni sangat la senang nak masak....simple pun dah sedap. Sebelum ni aku pernah update...korang boleh tengok sini ye Sayur Pak Choy Super Simple. Kalau yang tu dah super simple...yang ni lagi simple sampai tak tau nak letak nama apa dah...tak kan super duper double simple kot. Kali ni aku namakan Sayur Pak Choy Versi Dapur Bujang....jangan marah haaaa Fendi Balas saya ni peminat awak tau haha...




Resepi lebih kurang Sayur Pak Choy Super Simple je...korang klik kat link tu ye sama je resepinya. Cuma aku tak tumis bawang...dan memang langsung tak letak bawang. Terus masukkan air...masuk sayur...letak perencah all-in-one seasoning Knorr...sos tiram. Air letak lebih sikit sebab nak kuah...lepas tu dah settleeee...cuma lepas masak dan angkat tu aku tabur bawang goreng.

Okey itu sahaja...tq :)

17 January 2015

Lipstick Collagen Terlajak Laris

Assalamualaikum...

Dah lama beli lipstick collagen De Herbs abam terlajak laris ni tapi baru sekarang nak review hehe. Okey ini la lipstick favorite aku...ada jugak yang lain tapi jarang pakai...yang selalu pakai ini je. Walaupun baru beberapa bulan beli tapi dah tinggal sikit...nampak sangat setiap hari dok tenyeh kan. Ye la sebelum ni aku kalau beli lipstick tak sempat habis dah buang...sebabnya dah lebih setahun dok macam tu je sampai jemu tengok haha...




Walaupun ada sesetengah orang ingat aku ni jenis pakaian, mekap, produk kulit semua nak mahal...high maintenance la apa la mengarut je...disebabkan aku ni jenis cerewet ada orang ingat aku jenis macam tu...No! No! No! Aku tak pernah pakai liptick mahal...kiranya ini la paling mahal haha...

Mahal la sebab harganya RM25...sebelum ni dok beli lipstick Silky Girl je...tak pun kalau Maybelline buat sales aku beli la dari RM20++ dapat la harga belasan ringgit je. Sayang duit la nak beli mahal mahal hehe...insya Allah ada rezeki lebih lepas ni nak jugak merasa pakai mekap mahal kan...doakan aku murah rezeki ye kawan-kawan :)

Lipstick murah murah ni nak tenyeh empat belas kali sehari pun takpe...tak sayang sangat sebab kalau cepat habis takde masalah untuk beli baru. Macam supplement aku makan Shaklee pun murah jugak. Kita ambik contoh Vitamin C ye harga RM92.50 ada 180 biji dalam tu...enam bulan kau tahan...nampak tak penjimatan di situ... 

Produk murah tak semestinya tak berkualiti....pandai pandai la pilih dan jadi pengguna yang bijak. Bagi aku kualiti nombor satu...harga kalau mahal jangan la mahal sangat sampai nampak pun rasa nak meninggal. Jadi kalau yang murah tu berkualiti, maka aku pilih yang murah. Kalau benda yang aku nak tu berkualiti tapi harganya sedikit mahal pun aku beli jugak asalkan dalam bajet....kalau berkenan tapi tak mampu tu telan air je la hehehe...

Apa yang best lipstick ni ialah teskturnya yang ringan dan kandungan pelembap yang ada dalam tu tak menyebabkan bibir kering atau menggelupas dan tak rasa gatal. Apabila pakai tu tak rasa macam pakai lipstick pun...walaupun pakai tebal tak rasa macam tebal. Warna lisptick collagen ni juga berbeza bagi setiap individu...sebab warnanya mengikut suhu badan dan darah kita...




Dalam gambar ni aku pakai gelap sikit...tu tenyeh banyak kali jadi gitu hehe. Ada jugak masa aku pakai tu nampak pinkish...ada kadangkala nampak macam merah lembut, orang kata merah sweet tu aku suka warna tu...tapi malas nak cari gambar sebab banyak sangat...nampak benar suka selfie kikikiki...

Kalau korang suka boleh la dapatkan ye...bukan aku jual tau haha. Cari la kat kedai-kedai produk kosmetik dan kecantikan atau boleh beli terus di website http://www.deherbs.com.my/

Bye :)

15 January 2015

Asal Comel Beli :D

Assalamualaikum...

Sibuk sangat baru sempat nak jenguk blog ni....macam la aku sorang je sibuk kan hehehe. Takde la aku kan selalu balik malam...rehat kejap lepas tu mengadap bisnes...study produk dan update blog ai-inspire.blogspot.com tu.

Tambahan lagi bulan Januari ni bulan yang super duper hectic...biasa la awal tahun banyak deadline tugasan. Tapi takpe la lepas ni rileks sikit....sikit je la....just fokus kelas dan kerja biasa. 

Ingat tak nak update sebab takde benda pun...tapi fikir balik update je la walaupun mulanya dalam hati cakap "eleh setakat benda macam ni pun nak update kat blog jugak ke"...kecelaruan betul haha :D

Tadi lunch aku pergi Menara PKNS bungkus nasi makan kat ofis je....kawan-kawan yang lain semua ada kelas dan ada yang terlibat dengan meeting. Lepas beli nasi ternampak kek comel ni...aku lupa plak apa namanya. Sedap jugak dan harga pun RM1 je. Ingat nak beli sepuluh kotak tu hahaha melampau...tapi cepat cepat ingatkan diri....azam tahun 2015 nak berjimat...berbelanja biar berpada ;P




Tahun lepas, lepas, dan lepas aku rasa aku agak nak kata boros tak juga....cuma tak pandai mengawal perbelanjaan hehe. Aku nak apa-apa aku beli je tanpa fikir panjang....ada yang akhirnya tak terguna pun. Alhamdulillah setakat 15 Januari tahun baru ni perbelanjaan masih okey...harap kekal sampai akhir tahun ye :)

06 January 2015

Jem....Seronoknyaaaa :D

Assalamualaikum...

Selepas bercuti selama dua minggu akhirnya semalam, hari isnin 5 Januari 2015 aku masuk kerja balik....rasa macam nak sambung cuti je haha tapi mana boleh kesian la kat students kan...tapi rasanya diaorang suka kot kalau lecturer cuti ni kikikiki :D

Semalam kelas aku petang je jadi aku masuk lambat sikit la...kiranya tak sempat jumpa dengan encik jem. Hari ni pun sama kelas tengahari...jadi dalam jam sembilan ke aku gerak la pergi ofis. Tapi esok ada kelas pagi jam lapan hehehe...confirm la kena mengadap jem. Takpe la adat la kan kalau kerja kat Kuala Lumpur / Selangor ni. Kalau tak nak jem sila balik kampung tanam sayur kat belakang rumah.




Kadangkala kalau bawa bekal sempat la aku makan sambil layan jem....makan nasi, makan roti canai hahaha. Jadi sampai ofis tak payah la nak makan lagi...jimat masa dan boleh buat kerja lain. Ok tataaa ^_^

05 January 2015

Tahun Baru Pill Box Pun Baru

Assalamualaikum...

Petang semalam saje la keluar lepak sambil dating dengan suami. Kami ke Cheras Sentral je senang dekat dengan rumah...malas kau nak gi jauh jauh. Dah sampai sana tu kedai pertama yang dituju ialah of course Mr. DIY hehe. Suka sangat pergi sana sebab barangnya murah....macam-macam aku beli. Satu plastik besar baru habis RM46.40. Beli barang kelengkapan rumah.... dan barang-barang untuk letak kat ofis. 

Ni la salah satu barang yang aku beli...tahun baru pill box pun harus la baru kan. Kanak-kanak riang sangat pill box pun hahaha....dalam banyak banyak itu yang aku pilih...ada je yang putih plain tapi macam tak ceria la plak. Takpe la dok dalam beg bukannya ada orang nampak pun :D




Harga pill box ni RM2.90 je....yang lagi murah pun ada...yang lagi mahal pun ada. Senang la lepas ni aku nak isi supplement Shaklee aku tu bawa ke ofis atau pergi mana-mana...takde la nak kena sumbat botol botol tu semua kat dalam beg kan. 

Saiz botol Alfalfa Complex la agak gila kuasa sikit...maklum la dalam tu ada 700 biji. Yes sejak consume Alfalfa Complex pada tahun lepas aku terus jatuh hati....kiranya dah jadi supplement wajib plak. Orang macam aku yang malas, degil, keras hati, ego tak nak ambik supplement ni boleh cair wei dengan keberkesanan Alfalfa Complex. Lepas tu terus register jadi ahli...sambil makan sambil jual....sambil berkongsi rahsia dengan orang lain. Wahhhh gitu curlasss kau jah. 

Okey, terima kasih sudi baca...bye :)

04 January 2015

Cheezy Wedges Makan Sehingga Menjilat Jari

Assalamualaikum...

Petang semalam tiba-tiba tekak terasa nak makan cheezy wedges...padahal dah kenyang makan nasi sebelum tu. Tapi takpe layankan aje bukannya selalu pun. Kat rumah ni ada cheezy sauce yang aku cerita kat sini hari tu...yang nak beli tapi tiba-tiba orang yang menjualnya bagi percuma.

Aku memang hantu cheezy wedges...kalau pergi KFC wajib la order cheezy wedges tu. Tapi setakat buat rasa rasa je la kan...harganya pun dah RM5.10...tak kan nak beli sampai tiga plak. 

Bila buat sendiri jimat banyakkkk sangat...nama lagi buat sendiri harus la kan. So semalam masa aku rasa teringin nak makan tu aku terus masuk dapur...ambik kentang tiga biji, belah dan kupas. Okey meh nak bagi resepinya senang sikit....aku tau korang pun suka kan.

Bahan-bahan:
~ 3 - 4 biji kentang
~ 3 sudu besar tepung gandum
~ 1 sudu besar tepung jagung
~ 1 sudu besar serbuk perasa all-in-one (aku guna serbuk perasa Knorr)
~ 1 sudu kecil lada sulah
~ 1 biji telur
~ Sedikit garam
~ Sedikit air

Cara-caranya:
1.  Kupas kentang dan belah empat atau lapan. Kemudian dicuci bersih.
2. Rebus kentang sehingga empuk. Semasa merebus tu masukkan sedikit garam. Apabila kentang dah empuk, angkat dan toskan.
3.  Campur semua bahan-bahan adunan untuk celup kentang (tepung gandum, tepung jagung, serbuk perasa, lada sulah, telur, garam dan air). Kacau rata dan air tu agak agak je la jangan terlalu cair.
4. Celupkan kentang yang direbus tadi satu persatu ke dalam adunan dan sedia untuk digoreng sehingga kekuningan.




Haaaaa nampak!!!!!! Kalau buat sendiri ni kau nak makan banyak mana pun takpe. Aku buat penuh satu pinggan...kosnya tak sampai RM5 pun....kenyang dan puas.

01 January 2015

Blog List Januari 2015

Assalamualaikum...

Hai selamat tahun baru...kejap je pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2015. Rasa macam baru je masuk darjah satu...eh melampau perasan muda hehe.

Okey blog list kat blog aku ni dah bertukar senarainya untuk bulan Januari 2015. Mereka yang terpilih adalah dari senarai top ten komen pada bulan Disember 2014. So uolssss kalau nak blog tersenarai kat blog diarymissnick.blogspot.com pada bulan depan rajin rajin la komen ye....tak payah panjang panjang pun takpe...itu pun kalau sudi hehe....maklum la blog tak berapa hot kan. Takpe la yang penting tuannya hot kikikiki okey perasan lagi.




Okey nak gi blogwalking....bye :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails