23 December 2014

Tutorial Cara Letak Top Commentator Bulanan

Assalamualaikum...

Syok weh dah la cuti lepas tu hujan plak memang dok rumah je la...sepatutnya esok balik kampung. Husband pun dah ambik cuti tiga hari...kereta pun dah siap servis semua tapi apakan daya air sungai Kelantan makin naik. Gua Musang pun dah banjir lepas tu jalan tutup tak boleh lalu...nak balik ikut Gerik, Perak boleh je tapi tu la risau nak balik ke Pasir Mas takut air naik tengah jalan huhu.

So far kat kawasan Jeli masih okey. Nak ke Pasir Mas melalui Rantau Panjang sah la tak boleh sebab kawasan tu banjir...nak ikut jalan Tanah Merah pun tak berani sebabnya jalan tu kadangkala naik air juga. Malam tadi call mak cakap lusa nak balik kampung...terus dijawabnya "tak payah balik la air makin naik ni...kang tak pasal pasal sangkut tengah jalan kena patah balik KL...dok rehat kat rumah je la". Sebagai anak yang patuh aku akur hahaha...

Tujuan utama update nak share tutorial cara letak komentator bulanan di blog...tapi panjang plak aku membebel. Permulaan dulu aku guna top commentator secara keseluruhan tu tapi macam tak best plak tak adil untuk yang lain...sebabnya pengomen yang komen awal awal dulu la selalu dok atas kan. Lepas tu aku guna widget top commentator bulanan...lama juga guna tu tapi aku tak tau kiraan tu dari bila ke bila sebabnya dekat coding just letak nama bulan je contoh Disember. Lepas tu hari ni aku godek lagi dan terjumpa tutorial baru...widget commentator bulanan tapi kita boleh masukkan date dari bila ke bila...menarik.

Hoiiiii bila nak bagi tutorial cara letak top commentator bulanan???? Asyik dok potpet potpet dari tadi...okey tengok bawah ye hehe...

1. Log in blogger.com macam biasa.
2. Dari Dashboard ===> Layout ===> Add gadget ===> HTML/Javascript.
3. Okey copy code di bawah ni ye.

<script type="text/javascript">
function getYpipe(feed) {
document.write('<ol>');
var i;
for (i = 0; i < feed.count ; i++)
{
var href = "'" + feed.value.items[i].link + "'";
if(feed.value.items[i].link == "")
var item ="<li>" + feed.value.items[i].title + "</li>";
else
var item = "<li>" + "<a href="+ href + '" target="_blank">' + feed.value.items[i].title + "</a> </li>";
document.write(item);
}
document.write('</ol>');
}
</script>
<script src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?
YourBlogUrl=http://diarymissnick.blogspot.com 
&ExcludedNick1= Nik Azidah
&ExcludedNick2= Anonymous
&ShowHowMany=10
&ExcludeCommentsBefore=01-12-2014
&IncludeCommentsBefore=31-12-2014
&_callback=getYpipe
&_id=50b225c916b74b06779b9489abceef2a
&_render=json"
type="text/javascript"></script>

4. Paste ke dalam kotak HTML/Javascript tadi.
5. Lepas tu pandai pandai la edit ye letak url blog korang, nama admin, bilangan komen yang korang nak paparkan, dan juga tarikh kiraan dari bila ke bila. Tengok yang mana aku dah bold tu. 
6. Then save...settle!

Aku ambik tutorial ni kat blog http://www.azhafizah.com/ .....tq so much tau. Jom blogwalking secara berjemaah ke blog http://www.azhafizah.com/ ....tak rugi sebab blog beliau best okey!

19 comments:

  1. Salam ukhuwah. Jom blogwalk dan follow blog saya juga http://mummyfiras.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhwah juga...thanks sudi datang sini...saya dah jenguk blog akak n dah follow pun :)

      Delete
  2. Wah, thanks for Info. Saya pun dah berjaya buat :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome....okey good hehe senang kan :)

      Delete
    2. Aah memang mudah. Tapi di blog saya tak jalan jika letak tarikh (include comment before) tu lebih besar dari current date. Bila set sama barulah dia ok :-)

      Delete
  3. Lama dah cari..tq share..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome...hehe cepat2 letak :)

      Delete
  4. Saya pun pakai widget ni untuk blog. Mudah nak manage. Boleh tukar tarikh ikut kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la saya pun...ni dah kali ketiga tukar widget top commment hehe...sebab yang ni lebih senang...

      Delete
  5. cara macam nak letak juga *mengada* tp kita bukanlah ramai pengomen pun. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah letak je...kita pun bukannya ramai pengomen...tapi nak letak jugak haha...

      Delete
  6. aha..boleh jadi panduan kpd blogger baru

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails