30 December 2014

Roti Jala Lembut dan Sedap

Assalamualaikum...

Aku dah mula nak update entri tertangguh ni hehe. Mood untuk update blog dah datang balik kan...maklum la musim banjir kat pantai timur...tapi dengan aku yang kat Kuala Lumpur ni banjir sekali dok fikirkan keluarga kat kampung. Ini entri kedua aku selepas banjir dah surut kat rumah...entri sebelum ni panjang lebar aku dok cerita pasal banjir dan juga perasaan aku....boleh baca kat SINI 

Bila cek handphone rupanya ada gambar yang aku belum update...bukannya update gambar semata-mata tapi dengan ceritanya sekali la. Ramai dah pakat dok menanya aku pasal resepi roti jala ni...meh haaaa nak bagitau. Dalam entri ni ada dua gambar tapi pada masa yang berbeza...senang letak sekali terus dalam ni hehe.

Gambar bawah ni aku buat masa potluck kat ofis iaitu pada 17 Disember 2014. Kiranya celebrate la sempena semester dah habis...kerja semua dah siap...paper exam semua dah tanda...so bila makan makan ni boleh la release tension kan. Mana tak sihat sejahtera semua kikikiki....makan aje. Penat kau aku menjala sampai rabak mata...jam empat pagi baru siap....tapi takpe la bukan selalu kan. Lepas tu aku buat kari ayam ada la satu kuali besar hehe.


Gambar bawah ni plak yang aku buat beberapa minggu sebelum yang atas tu....tak ingat bila.



Roti jala ni serius lembut dari pagi sampai ke malam tau. Aku ambik resepi ni kat blog http://aziejaya.blogspot.com/ . Selalu jugak la aku skodeng blog beliau time bosan tak tau nak masak apa. Laku aku berniaga hari tu...roti jala dengan kari ayam semua licin. Kawan-kawan dok ulang ambik sampai ada yang bawa balik rumah hehe. Jom tengok resepinya kat bawah ni.

Resepi Roti Jala Lembut dan Sedap

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak...atau nak letak butter pun boleh
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air / santan / susu segar / susu sejat (aku campur 2 cawan air dan 1 cawan susu sejat...mana-mana la yang korang suka)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Campurkan semua bahan di atas dan pukul hingga sebati. Aku guna blender je malas nak bawa keluar mixer. Masa adunan yang terakhir tu mati kau blender aku haha sebab panas....ye la buat banyak kan sepatutnya guna mixer la. Lepas dah sejuk blender tu hidup balik...dan aku sambung lagi.

Kalau nak tau adunan tu dah ngam dah ok dah boleh dijala...cuba masukkan sikit ke dalam acuan. Kalau keluarnya elok tak putus putus maknanya korang dah boleh siap sedia untuk tebar jala. Kalau pekat sila tambah air....tapi jangan cair sangat tau so agak agak je la. Kalau keluar cantik macam shower dalam bilik air tu maknanya dah boleh dijala la tu.

Aku guna Slant Fry Pan iaitu non-stick pan untuk masak roti jala tu...kejap je dah masak...kalau terlebih masa sikit pun roti jala tu tak hangit atau tak garing berbanding kuali lain yang aku guna sebelum ni. Tak perlu dibalikkan...dah masak terus angkat dan gulung. Slant Fry Pan pun aku ada jual jugak.

Ada orang tanya macam mana aku buat roti jala yang nampak halus jalurannya. Aku guna acuan yang jenis botol tu....kena tebuk sendiri lubang kat muncung dia...so kita boleh control jumlah adunan yang keluar. Nak jalur besar buat lubang besar...aku gunting sikit je muncung so lubang tu jadi kecik tu yang hasilnya roti jala aku jadi macam tu hehe...ok acuan roti jala tu pun aku ada jual harga RM5 je satu. Nanti aku update gambarnya kat blog aku lagi satu tu http://ai-inspire.blogspot.com/

Okey uolsss selamat mencuba.

4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails