29 December 2014

Keadaan Banjir di Kelantan Kini dan Perasaan Aku

Assalamualaikum...

Sebelum tu nak bagitau...ini entri yang super panjang...harap tak jemu baca ye :)

Tengah malam ni baru aku dapat kekuatan untuk update blog...lepas last aku update tu langsung tak buka blog dah...takde mood. Aku banyak tengok facebook dan whatsapp je untuk mengikuti perkembangan banjir di Kelantan.

Risau runsing resah gelisah dalam diri hanya Allah swt yang tahu. Rumah dilanda banjir lepas tu terputus hubungan dengan keluarga di kampung. Bertambah risau sebab ini banjir yang paling buruk selama tiga puluh tahun aku hidup.

Hari Rabu 24 Disember...bandar Pasir Mas dah dinaiki air petang tu. Jarak bandar dengan rumah aku lebih kurang dalam lima kilometer kot...agak agak je la. Lepas tu kampung kampung yang berdekatan dengan bandar dah digenangi air malam tu.

Esoknya Khamis 25 Disember 2014 air makin naik di kawasan bandar dan kampung berdekatan. Air sungai Kelantan hampir melimpahi benteng di bandar....benteng sungai kat bandar Pasir Mas tu agak tinggi jugak la. Tengahari tu kampung sebelah kampung aku dah mula dinaiki air....dalam plak tu. Kawan-kawan aku yang tinggal kat situ bagitau tak pernah sampai dalam macam tu.

Malam tu dekat jam sembilan...aku call rumah kat kampung. Kakak aku bagitau air dah sampai kat kampung kitaorang...dah ada kat depan rumah jiran yang jaraknya dalam enam buah dari rumah aku...ok rumah kat situ dekat dekat. Cakap tu je la sebab semua tengah sibuk mengemas kat dapur...tak sempat nak cakap panjang. Barang-barang yang berat semua dah angkut petang lagi...tinggal yang lain lain je la tak angkut. Rumah aku kat dapur rendah...bahagian ruang tamu tinggi.

Sambil tu ada dok dapatkan update dari kawan-kawan kat facebook. Dalam jam sebelas malam kot aku call balik tu dah tak dapat....call talian tetap rumah...call handphone semua tak dapat dah. Tengok kat facebook kawan-kawan pun sama dah tak dapat hubungi keluarga mereka. Lepas tu dapat tau bekalan elektrik juga dah diputuskan. Oh myyyyyy makin risau!!!!!!!!

Air plak naik dengan mendadak...dalam setengah jam air dari buku lali boleh naik sampai paras lutut. Kami adik beradik sepupu apa semua tak tidur malam tu. Kawan-kawan aku pun sama sibuk dok bertanya khabar dan dapatkan apa-apa update kat facebook. Hilang rasa mengantuk hilang selera makan. Pagi esoknya baru aku tidur...risau memikirkan apa nasib keluarga aku...dah makan ke belum..tidur kat mana...kalau air naik lagi tengah malam tu masuk ke dalam rumah macam mana...sejuk ke mereka...dengan gelapnya takde elektrik.

Jumaat 26 Disember awal pagi tu kakak aku ada sms adik...dia bagitau air dah penuh kat ruang dapur. Lepas tu sepupu aku bagitau keluarga aku dok rumah makcik aku kat sebelah rumah je....sebab rumah makcik tu dua tingkat so dok tingkat atas la. Bahagian bawah air dah paras betis padahal rumah makcik aku tinggi jugak bahagian bawah kena naik tangga. Ya Allah makin risau. Rumah aku plak sikit lagi air nak cecah masuk ke bahagian atas iaitu ruang tamu.

Petang tu kakak aku sms lagi kata air makin naik. SMK (A) Lati yang dekat dengan rumah kami dah lebih kurang tiga ribu mangsa kat sana masa tu....dengan makanan takdenya. Tak boleh bayangkan bagaimana keadaan bayi, kanak-kanak, orang tua, orang sakit yang tinggal kat sana. Lepas tu ada lagi mangsa-mangsa banjir yang terperangkap dalam rumah sendiri....terutamanya rumah yang bahagian kampung belah dalammmm tersorok. Macam rumah aku betul betul tepi jalan utama...so boleh nampak bot dok meronda dan bawa mangsa ke pusat pemindahan.

Hari Jumaat tu la baru dengar khabar berita dari kampung...tu pun melalui sms dapat la dua tiga kali sehari berita...nak sampai pun lambat sms tu...ye la line sangat teruk kan....kira kalau sms masuk tu alhamdulillah syukur dah. At least boleh tau keadaan kat sana macam mana. Ada kawan-kawan aku yang dah tiga empat hari tak dapat berhubung dengan keluarga mereka.

Hari Sabtu 27 Disember...dapat info air naik lagi...hummm perasaan aku tak perlu diulang lagi...sama je macam kat atas. Siang malam dok doa semoga banjir cepat surut. Setiap kali bot lalu mesti penuh dengan mangsa yang nak dihantar ke pusat pemindahan. Keluarga masih kat rumah makcik aku....tapi mereka semua dah bersiap sedia untuk pindah.

Kat rumah pakcik aku yang selang dua buah rumah dari rumah aku plak air dah sampai paras lutut kat ruang tamu...lagi risau. Kat halaman rumah dah melebihi paras kepala...so mereka tak boleh nak keluar ke rumah makcik aku walaupun dekat sangat. Setiap kali bot lalu jerit panggil tapi penuh dah tak muat.

Tengahari tu kakak aku sms bagitau keadaan paras air bertahan...tak naik dah...so mereka masih kat rumah makcik. Serba salah nak pindah sebenarnya dengan sepupu aku isterinya baru habis pantang. Anak tiga kecik lagi umur dekat dekat...dengan pusat pemindahan padat giler hari tu dah sampai lebih kurang lima ribu orang...sampai kena tidur kat kaki lima....dengan makanan tak cukupnya. Tapi kalau keadaan mendesak sangat memang la kena pindah kan....takkan nak duduk rumah lagi huhu. 

Petang tu dapat info dari sepupu banjir dah surut sikit...ok aku pun rasa lega sikit. Surut lebih kurang dalam tiga empat inci gitu la...ok la sikit pun at least ada penurunan.

Hari Ahad 29 Disember...dapat info lagi yang air dah surut banyak. Banyak pun takde la tinggal paras buku lali hehe...depan rumah lebih kurang paras paha ke pinggang gitu la kot...okey la dari sebelum dah lebih kurang paras hidung aku. 

Dapat info dari kawan-kawan pun kebanyakan tempat di sekitar Pasir Mas air dah surut...tinggal sikit je kiranya dah nampak jalan...tapi rumah aku belum lagi...tapi dah syukur sangat sangat. Ada penduduk yang dah balik ke rumah...ada yang dah boleh keluar beli makanan. Bantuan banjir pun dah banyak sampai....alhamdulillah syukur Ya Allah. 

Sebelum ni ramai yang berlapar tak sanggup aku dengar. Kawan aku sendiri nak buat susu anak pun takde air bersih. Kanak-kanak ramai dok menangis sebab lapar. Orang tua yang dah uzur terpaksa tidur berlantaikan simen tanpa alas tanpa selimut....ada yang berpakaian lembap. Kita yang kat rumah pun kalau hujan berselimut kadangkala masih terasa sejuk di kulit. Okey la tak nak hurai panjang lebar pasal tu. Hanya mereka yang mengalami tahu dan faham keadaan yang dilalui.

Hati ni dah meronta nak balik...tapi apakan daya tak boleh balik. Banyak jalan masih tutup. Lagipun kat Pahang dan Terengganu banjir juga...dengan LPT naik airnya...kat Kelantan pun sangkut kat Kuala Krai. Aku yang memiliki kenderaan ringan ni kena la bersabar dulu huhu.

Okey kawan-kawan doakan setiap negeri yang dilanda banjir ni semoga keadaan akan segera pulih seperti biasa. Hummm tak dapat bayangkan keadaan mereka...ada yang kehilangan ahli keluarga, hilang tempat tinggal sebab ada rumah yang hilang terus hanya tinggal tapak je, yang kehilangan harta benda. Ya Allah sangat hebat dugaan untuk mereka. Harap ada sinar yang menanti lepas ni. Setiap ujian dan dugaan adalah tanda Allah sayang pada kita. Tabahlah.



4 comments:

  1. subhanallah...simpati sgt dgn nasib mereka. Akan cuba hulurkan bantuan tenaga bagi membantu membersihkan kawasan rumah mereka di pasir mas kelantan pada hari ahad nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sis JM...semoga Allah membalas budi baik sis...sy doakan sis JM bahagia, panjang umur dan murah rezeki ye :)

      Delete
  2. Semoga Allah permudahkan segala urusan sis. Singgah blog saya : Matrikulasi Kelantan Banjir ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah...sama2 kita doakan ye :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails