11 July 2014

Sesi Mendelete

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu uolssss...hai la bestnya esok lusa cuti...kerja lepas tu cuti lagi satu hari kan....sorry aku terexcited plak...ye la aku kan dah lama tak merasa cuti hujung minggu dua hari...sebab aku mengajar part time weekend...kalau tak Sabtu hari Ahad...kalau tak hari Ahad dapat hari Sabtu...gitu la nasib baik tak dapat dua dua hari kalau tak memang terbongkang la tujuh hari kerja...

Aktiviti aku sekarang ialah dok delete mesej mesej kat inbox facebook...mesej lama plak tu dari tahun 2010 lagi....nasib baik la mesej yang tahun 2009 dah lama delete...aku pun tak tau apa motif aku dok simpan mesej tu sampai jadi banyak...nak masuk muzium tak laku...gigih okey dok mendelete (mendelete?????) ...kalau tak delete sekarang jenuh plak dok mengumpul sampai tahun 2020....aku dulu kan bisnes guna personal account sebelum adanya fanpage....haaa macam macam la ada kat mesej tu...mesej order mesej pertanyaan pasal produk mesej borak dengan kawan facebook...


Okey sambung kerja delete sampai pitam bangun pitam bangun pitam sampai sahur....bye :)

2 comments:

  1. Semoga berjaya :P Saya selalu delete akaun terus.. kekeke

    Khamsi Abdullah

    ReplyDelete
  2. @ Khamsi Abdullah
    Hehe kalau delete akaun nak berfb macam mana huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails