31 July 2014

Quotes of Inspiration #22


 Apabila dapat sesuatu idea lakukannya dengan pantas. Sekiranya tunggu momentum akan hilang.


 
 
 

 
 
P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)
 

30 July 2014

Quotes of Inspiration #21

Be Consistent & Persistence (Istiqomah & Paksa Diri) untuk mencapai impian kita atau matlamat kita. Hidup bukan lama, sebab itu kena beri yang terbaik untuk dapat yang terbaik di dunia dan di sana.
 
 
- Dr Azizan Osman -  
 
 
P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)
 

29 July 2014

Quotes of Inspiration #20

Besarkan impian dan jangan takut kegagalan
 
 
 
 
P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)
 

28 July 2014

Quotes of Inspiration #19

Bila seseorang hamba belajar ilmu untuk mengamalkannya, maka ilmunya bertambah banyak, tetapi bila ia belajar ilmu bukan untuk diamalkan, maka bertambahlah kesombongan. - Malik Bin Dinar
 
 
- Dr Azizan Osman -  
 
 
P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)
 

27 July 2014

Quotes of Inspiration #18

In order to succeed, your desire for success should be greater than your fear of failure.


- Bill Cosby -


P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)

26 July 2014

Quotes of Inspiration #17

"Sesungguhnya Allah s.w.t suka melihat hambaNya berusaha dengan berpenat lelah mencari rezeki yang halal"
 
 
 
 
P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)
 

25 July 2014

Quotes of Inspiration #16

Being an entrepreneur is not a get-rich-quick scheme; it takes strength of character to keep going.
 
 
 
 
P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)
 

24 July 2014

Quotes of Inspiration #15

  Di mana pun kita berada, walau apapun keadaan kita, seteruk mana kita fikir masalah yang kita hadapi, pasti ada sesuatu yang kita boleh syukuri, hargai dan nikmati.
 
 
- Dr Azizan Osman -  
 
 
P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)
 

23 July 2014

Quotes of Inspiration #14

Tanpa ketabahan kita hanya mampu mengerjakan hal-hal kecil dan mudah. Jika kita ingin menyelesaikan hal besar, maka terlebih dahulu kita harus belajar untuk tabah.

Ketabahan membuat anda tetap bahagia, meskipun persekitaran memaksa anda untuk menderita.





P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)

22 July 2014

Quotes of Inspiration #13

Keyakinan diri akan bertambah dengan cara menambahkan ilmu dan pengalaman dalam sesuatu bidang itu




P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)

Orang Lebih Tahu

Assalamualaikum....

Dalam hidup ni kita di kelilingi oleh pelbagai jenis ragam manusia.....ada yang menyenangkan dan sebaliknya....apa pun itu la lumrah hidup...selagi hidup bermasyarakat kita kena hadap juga benda ni semua...

Tapi aku bukan nak cakap pasal buruk baik orang lain sebab aku pun ada kesilapan dan kelemahan juga...manusia memang serba kekurangan mana ada yang sempurna seratus peratus....ni nak cakap pasal orang lain lebih tahu pasal kita...what?????

Kadangkala orang lain lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita lebih dari diri sendiri.....hummm hebat sungguh meramal...atau pun ada yang cuba mengatur hidup kita...."kau mesti macam ni tak boleh macam tu....." .....hover sungguh uolssss ye hehe...



Jaga diri sendiri sudah....tak payah sibuk nak atur hidup orang hehe....menasihati tak salah tapi kalau sampai tahap nak merancang hidup orang lain itu sudah lebih....manusia kalau sudah matang biar la dia corakkan sendiri kehidupan dia...doakan yang terbaik bukannya mengutuk menghina bila orang tak nak ikut...tak semestinya baik dan sesuai untuk kita, baik dan sesuai untuk orang lain...tak semestinya apa yang kita rasa bagus itu mendatangkan kebaikan untuk orang lain...bye :)

21 July 2014

Quotes of Inspiration #12

Tidak mengapa sekiranya belum mencapai kejayaan. Apa yang penting anda tetap mahu mencapainya.




P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)

20 July 2014

Quotes of Inspiration #11

Lakukan perkara yang susah dan payah sekarang supaya masa depan lebih senang

 

 
P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)

Quotes of Inspiration #10

Inginkan sesuatu, Bayangkannya, Impikannya, Tuliskannya, Cari ilmu dan jalan bagaimana mencapainya dan kemudian lakukan tindakan luar biasa untuk mencapainya. Pastikan putus asa tidak ada dalam kamus perjalanan anda.  
 
 
- Dr. Azizan Osman - 
 
 
P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)
 

19 July 2014

Quotes of Inspiration #9

Sekiranya kita tidak perbaiki diri kita, kita akan ketinggalan. Zaman ini, persaingan adalah amat sengit. Tidak kira apa sahaja industri, persaingan semakin tinggi. Zaman ini, kita tidak boleh tunggu dan lihat. Sekiranya kita tidak perbaiki diri, kita akan ketinggalan jauh


- Irfan Khairi -


P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)

18 July 2014

Quotes of Inspiration #8

Orang yang pemaaf itu selalunya mudah tidur, boleh makan apa sahaja dengan berselera dan tinggal di mana sahaja bagaikan istana. Justeru, jika sukar tidur pada waktu malam, asyik mengeluh tidak berselera dan suka merungut tentang rumah yang kecil, mungkin disebabkan oleh sikap kita yang sukar memaafkan

Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri



17 July 2014

Quotes of Inspiration #7

Kau tahu kuat itu apa? Kuat itu apabila kau menerima takdir dan ketentuan. Tanpa kau tanya kenapa dan mengapa. Kau redhakan segalanya. Kerana kau tak tahu rahsia Tuhan.




P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)

16 July 2014

Memekak Sana Sini

Assalamualaikum....

Salam Ramadhan...dah 18 hari kita puasa kan kejap je rasa...kalau dulu masa zaman kanak-kanak rasa lambat sangat masa berjalan...bukan apa sebab tak sabar nak raya huahuahua...

Ok back to the topic...sangat ringkas bebelan aku hari ni...

Kita dikurniakan akal yang sempurna jadi guna la dengan sebaiknya....setiap masalah yang datang ada jalan penyelesaiannya....memekak sana memekak sini dengan harapan masalah akan selesai???? hmmm jangan mimpi la....

Jadilah manusia yang bertanggungjawab dan tahu bersyukur dengan apa yang dimiliki....jangan tahu nk komplen je sampai mati pun tidak akan ada yang elok depan mata...

Fikir fikirkan :)

Quotes of Inspiration #6

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari REZEKI, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah BERKAT dan KEJAYAAN




15 July 2014

Quotes of Inspiration #5

Sekiranya kita percaya kita akan menjadi orang yang berjaya, hebat dan cemerlang, maka, tak kira apa pun terjadi, tiada apa pun yang akan hentikan semangat kita. Tetapi sekiranya kita percaya kejayaan hanyalah sekadar ‘nasib’, maka, dengan mudahnya kita akan putus asa sekiranya terdapat penghalang.



P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)
 

Pre-Honeymoon Cameron Highlands

Assalamualaikum...
 
Again and again cerita basi setahun yang lepas...korang tau kan aku tengah nak habiskan posts kat draft folder tu....dari 50  lebih posts sekarang dah tinggal 18 posts iaitu hasil koleksi selama lebih kurang setahun punya peram....cerita ni bersambung dari sini Kenduri di Pendang....balik dari Pendang....bermalam kat Semanggol....pagi 9 Jun 2013 singgah Cameron Highlands dulu sebelum balik KL....haha pre-honeymoon la sangat kan...

Okey lets the photo do the talking....

Lokasi dua gambar kat bawah ni ialah di Raju Strawberry Farm, Brinchang Town, Cameron Highlands...


 Pancake ni serius sedap....kalau pergi lagi memang ini yang aku cari dulu...


 Terlampau penat sampai naik jerawat besar sebijik kat dahi...nasib baik tumbuh selepas majlis kenduri hehe...


Dan tiga gambar kat bawah ni ialah di BOH Tea Plantation Tea House, Cameron Highlands...


Dating....layan teh...




Kualiti gambar agak kelam sikit sebab pakai kamera henfon cap ayam je time tu...lepas beberapa bulan kahwin baru upgrade...gambar yang ambik guna DSLR ada tapi banyak malas nak pilih hihuuu...dalam kamera henfon ada lima ni je...senang citer ambik terus lima lima...


Kitaorang tak bermalam pun sebab tak plan kan...nanti la lain kali...dapat jalan jalan bersama pun dah cukup...makan makan dan tengok pemandangan.....tataaaa ^_^

14 July 2014

Quotes of Inspiration #4

Biasakan diri dengan hidup yang susah, kerana kesenangan tidak akan kekal selamanya.



13 July 2014

Jodoh Itu Rahsia Allah

Assalamualaikum...

Meh nak membebel sikit...bukannya membebel kosong saje saje ye ada isi ni :)

Some people said "tu la orang suruh kawin macam macam alasan....kalau tak takde la kena kerja penat penat sebab nak cari duit....sibuk sampai terkejar sana terkejar sini....tu la memilih sangat...kau nak cari yang macam mana lagi tak pasal pasal umur dah lanjut...dan blablabla...."

Mereka yang kahwin lambat tu bukannya tak nak kahwin atau pun menolak....jodoh itu kan rahsia Allah....rasanya tak elok la kita asyik dok tanya orang tu tanya orang ni bila nak kahwin...kalau setakat tanya tu takde la pedih sangat....ni siap tambah macam macam rencah lagi....siapa kita nak persoalkan ketentuan-Nya...

Benda yang sama juga jadi pada aku sebelum kahwin dulu....asyik kena tembak je haha....tapi biasanya orang tembak aku sekali dua je la lepas tu taubat dah tak nak tanya....sebab aku dah sedia peluru siap siap...orang tanya sekali okey lagi bagitau la belum ada jodoh....tanya kali kedua haaaa siap kau aku tembak balik....ye la kalau tak tembak kan soalan yang sama dari orang yang sama akan diulang empat belas ratus kali....penat aihhhhh...tapi takde la aku tembak secara membabi buta....tembak sambil bergurau gelak gelak la kihkihkih...

Dekat dekat nak kahwin tu baru orang tau...nak kata aku ni berahsia sangat pasal hal peribadi tak juga....cuma aku malas nak cerita kat orang kalau benda tu tak tau mana hala tuju lagi kan....apa saja boleh berlaku...dah confirm dah siap semua baru aku buka mulut.... 

Tapi kesian la bagi mereka yang jenis pendam dan jenis tak berani bersuara...orang dok tanya pasal jodoh terus sedih, tertekan, rasa marah, dan sebagainya....tu la kita ni kalau nak bertanya apa apa kena tengok kiri kanan atas bawah....tak semua orang memiliki hati yang sama....cuba la ada perasaan empathy sikit...

Okey jaga perasaan orang....hormat orang kalau nak orang hormat kita...bukan susah pun...bye :)

Quotes of Inspiration #3

Untuk berjaya, bukannya mudah. Kalau mudah semua orang sudah berjaya. Semua orang suka melakukan perkara mudah sahaja. Sekiranya apa yang kita lalui setiap hari, adalah perkara-perkara mudah sahaja - ingat... yang mudah tu la orang lain pun buat. So, lakukan perkara-perkara yang susah sekali sekala! 




P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)  

Aktiviti Dalam Lif

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan selamat berpuasa...hari ni hari Ahad tu yang pagi pagi buta dah mengadap blog...lepas solat subuh tadi masukkan baju dalam mesin basuh then terus on laptop...

Okey nak tanya apa aktiviti korang bila masuk dalam lif yang ada cermin????  Lagi lagi time tu tengah keseorangan kan hehe...

Aku????? Apa lagi pintu lif tutup je aku terus tengok cermin hahaha.....jakun maklum la kat rumah takde cermin besar sampai lantai...harus la cermin lif jadi mangsa....boleh tengok penampilan diri dari atas kepala sampai ke kaki...


Tapi time sorang sorang je la aku buat kerja macam ni...kalau ada orang aku diam tak terkata...aku ni pemalu tau ^_^

Selalu yang jadi mangsa lif kat rumah aku la....ada cermin dan jarang sangat ada orang bersama masa guna...sebab aku dok apartment yang low density....empat tingkat aje tapi ada lif....apa lagi ambik peluang la kan...datang mood selfie aku siap ambik gambar lagi haha ngenggggg!!!!

P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)  
 

Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...


http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html


Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu.

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"


Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Credit to MiaLiana.Com

4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini.


PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org.
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen.

12 July 2014

Bergaya Sampai Nampak Tutttttt...

Assalamualaikum...

Sebelum aku teruskan, nak bagitau aku takde niat nak mengutuk atau menjatuhkan sesiapa...sekadar bercerita dan berkongsi pandangan....apa yang aku nampak dalam kehidupan realiti sama ada dari pengalaman sendiri, cerita dari kawan-kawan, dan apa yang dipaparkan di media massa...

Masa taip entri ni teringat plak kat arwah Tn. Haji Azhari....rakan sekerja yang dah dianggap macam bapa...sebab arwah dah dalam golongan veteran...bekas pegawai PDRM...dah bersara masuk jadi pendidik plak....arwah sangat tegas orangnya...sekali bersuara menusuk ke jantung kau huhu...arwah meninggal masa raya tahun lepas....dalam 1 Syawal tak silap aku...sempat la dekat raya tu kitaorang satu department buka puasa sama-sama...ada la kenangan terakhir...sedih :(

Apa yang aku perhatikan la....masih ada yang tidak tahu cara dan etika berpakaian ke tempat kerja....haaa macam mana tu???? Pakai mini skirt yang ketat giler risau aku takut koyak...kalau badan petite tak nampak teruk sangat...tapi ni sebaliknya...

Ada yang berfesyen dress style berkemban ke ofis...haihhh tu pergi dinner or clubbing boleh la...yang pakai bareback...yang pakai dress chiffon tanpa lining sampai nampak bayang corak underwear....hummm macam macam la sampai lelaki takut nak pandang...lepas tu bila kaum lelaki tegur tak elok pakai macam tu...terus salahkan lelaki sebab dok tengok diaorang...

Kalau nak hurai dan cerita satu persatu jenis pakaian tu sampai ke sudah tak habis kan....apa yang boleh aku simpulkan ialah sekali tengok ke sepuluh kali tengok ke sorry to say la eh dah macam pakaian pelacur....sampai orang boleh nampak apa yang tak sepatutnya...ye la pakai mini skirt lepas tu turun tangga...orang yang tengah naik tangga ni sikit lagi nak buta mata...bergaya sehingga nampak spender.....macam macam corak ada...kau ada????

Arwah pernah cakap hal ni masa bagi ceramah untuk minggu orientasi pelajar....arwah kata pelacur pun time dia buat kerja je pakai macam tu....time biasa elok je pakai...so takkan kita nak letak diri setaraf dengan pelacur atau pun nak jadi lebih dari pelacur...

Aku bukan tunjuk baik jauh sekali nak berceramah nak bersyarah atau bagi nasihat....aku pun masih banyak sangattttt kekurangan...sekadar mengingatkan sesama kita tak salah kan....kalau kita sendiri yang tak jaga...sape lagi nak jaga maruah kita kan... 

I don't care kalau kamu tak nak pakai baju ke...tak nak pakai seluar ke...nak bogel terus ke....tapi tolong la jangan buat macam tu kat ofis....semua orang yang pakai elok ikut etika ni maluuuuu tau tak!!!!!! Tolong la simpan pakaian pakaian itu untuk ke kelab malam atau mana mana tempat yang sesuai sahaja okeyyy!!!

P/S: Mungkin aku kolot sebab tidak mengikuti perkembangan fesyen semasa...

Quotes of Inspiration #2

Mulakan tindakan walaupun ada ketakutan kerana tindakan akan menghapuskan ketakutan sedikit demi sedikit, apatah lagi bila disertai dengan ilmu, doa, dan tawakal. 



 
P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)  

11 July 2014

Sesi Mendelete

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu uolssss...hai la bestnya esok lusa cuti...kerja lepas tu cuti lagi satu hari kan....sorry aku terexcited plak...ye la aku kan dah lama tak merasa cuti hujung minggu dua hari...sebab aku mengajar part time weekend...kalau tak Sabtu hari Ahad...kalau tak hari Ahad dapat hari Sabtu...gitu la nasib baik tak dapat dua dua hari kalau tak memang terbongkang la tujuh hari kerja...

Aktiviti aku sekarang ialah dok delete mesej mesej kat inbox facebook...mesej lama plak tu dari tahun 2010 lagi....nasib baik la mesej yang tahun 2009 dah lama delete...aku pun tak tau apa motif aku dok simpan mesej tu sampai jadi banyak...nak masuk muzium tak laku...gigih okey dok mendelete (mendelete?????) ...kalau tak delete sekarang jenuh plak dok mengumpul sampai tahun 2020....aku dulu kan bisnes guna personal account sebelum adanya fanpage....haaa macam macam la ada kat mesej tu...mesej order mesej pertanyaan pasal produk mesej borak dengan kawan facebook...


Okey sambung kerja delete sampai pitam bangun pitam bangun pitam sampai sahur....bye :)

Kenduri di Pendang

Assalamualaikum....

Sorry cerita basi tapi tetap nak cerita jugak...post ni dah lama dok bertenggek dalam draft folder...so hari ni kita bebaskan dia...
 
Okey kenduri belah aku 25 May 2013....kat Johor 2 June 2013....next week tu kenduri kat Kedah...

Kenduri sape? Majlis side husband adik ipar aku plak...

Masa kenduri kat Johor tu dua pasangan serentak huhu....majlis sambut menantu...aku la tu menantuya....dan resepsi adik perempuan husband aku....husband dia orang Kedah....majlis pun beza seminggu je jugak....so next week tu bergerak ke Kedah plak kitaorang haha....

Seriously tiga minggu tu dok berkenduri je kerjanya....jauh jauh plak tu.....penat tak payah cakap la kan....penat kenduri kat Kelantan tak hilang lagi....sambung plak kat Johor.....lepas tu sambung lagi kat Kedah pada 8 June 2013, iaitu hari Sabtu....

Actually hari Jumaat tu aku dengan husband masih kerja....dah la aku kelas dari pagi sampai ke malam....aku balik malam tu terus rehat....husband plak keje shift petang dan habis keje jam 2 pagi Sabtu....so awal pagi Sabtu tu la kitaorang gerak ke Kedah....aku la kena drive sebab dia penat baru balik kerja huhu....lepas dia dah tidur dah cukup rehat apa semua baru tukar...tengahari jugak la sampai sebab dua kali berhenti kat R&R....first berhenti solat subuh....then berhenti untuk breakfast....lapar kot hehe....

Dah sampai Pendang dalam tengahari....rehat kejap kat homestay then siap siap ke tempat kenduri.....orang lain bertolak hari Jumaat lagi so sempat la bermalam hilangkan penat....kitaorang je tertinggal dari rombongan...settle kat majlis pengantin tu....balik homestay rehat kejap kemas kemas then pergi rumah saudara belah husband dekat dekat situ jugak la....lupa dah nama apa tempat tu...sempat la kitaorang ke Alor Star....dalam keadaan tak cukup rehat tak cukup tidur ngantuk....mood ke laut dah time tu haha....


Time ni kat tempat kenduri...masing masing mata dah kecik tapi senyum tetap ada...


Plan asalnya nak bermalam la satu malam kat rumah saudara belah husband tu....nak balik esoknya Ahad....tapi tiba tiba plak mentua ada hal nak kena balik Johor malam tu jugak.....so dengan aku sekali la tak jadi bermalam kat situ....segan sebab takde orang tua haha....adik adik ipar pun ikut balik sekali...lagipun tak biasa kan iolsssss ni pemalu phuiiiiii....husband pun tak kenal sangat saudara dia tu....so kitaorang pun decide nak balik KL malam tu jugak....giler nak balik KL dengan tak cukup rehat tak cukup tidur badan penat.....

Lastly bermalam kat hotel kat R&R haha nasib baik ada bilik kosong...tak sanggup nak teruskan sebab kitaorang punya penat dah tahap kritikal tak nak ambik risiko...esoknya bangun pagi puas giler bantai tidur secukupnya....then siap siap pergi breakfast dan terus ke Cameron Highlands...dah alang alang kat sana singgah la kejap kan...pre-honeymoon uolsssss :D

Quotes of Inspiration #1

Setiap manusia melihat kehidupan mereka dengan persepsi yang mereka pilih dikotak fikiran mereka. Ada orang lihat kehidupan ini indah kerana hotaknya dan hatinya memilih untuk melihat keindahan tersebut. Ada orang lihat kehidupan ini seperti sampah kerana hotak dan hatinya penuh dengan sampah..... :)




P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)

02 July 2014

Settle Sudah Blogwalking

Assalamualaikum....

Ok post pertama pada bulan puasa...tak sempat la uolssss nak mengadap blog iolssss balik kampung awal puasa tu...

25 Jun yang lepas aku ada buat SEGMEN - Jom Blogwalking # 1

27 Jun tamat jam 10.00 malam dan aku terus update senarainya Senarai URL Jom Blogwalking # 1

Sempat la blogwalking sikit malam tu....esoknya 28 Jun aku balik kampung sampai la 30 Jun...dalam tiga hari memang tak tengok blog la hehe...menikmati keindahan kampung katakan...laptop tak bawa balik dan aku malas nak mengadap blog guna henfon tak puas hati kecik secoet...laptop kat kampung ada tapi aku malas nak mengadap lama lama kalau benda bukan aku punya hehe....laptop suami pun aku jarang guna....nak laptop aku jugak walaupun dah buruk tapi banyak jasa okey....

Sampai KL malam 30hb tu confirm la tak sempat apa apa terus zzzzzzzzz esoknya pagi pagi lepas sahur dah kena bersiap nak keluar menoreh...mencari rezeki yang halal kan....harus la tidur cepat cepat...

So 1hb malam lepas solat maghrib sambung balik blogwalking....lepas tu ngantuk zzzzzzzzz lagi...memang bulan puasa ni tidur awal sikit sebab nak bangun awal kan sahur...lepas tu pukul 6.30 pagi dah nak kena gerak ke ofis...

Malam ni sambung lagi dan Alhamdulillah settle semua sesi blogwalking dan tinggalkan komen kat semua senarai blog yang join segmen tu....

Okey uolsssss yang join terima kasih sekali lagi ye :)

P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :) 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails