09 June 2014

Putih Cantik Bersih Suci Tenang

Assalamualaikum....

Apabila tengok wajah seseorang yang licin, cantik, putih dan berseri kita terus rasa teruja....terus tanya pakai kosmetik apa??? share la...mesti yang mahal mahal ni...yesss kosmetik mampu melicinkan dan memutihkan wajah tapi tak mampu menaikkan seri wajah...seri yang sebenar benar seri....

Tengok kat facebook je dah cukup betapa ramainya yang nak muka putih melepak tanpa memikirkan risiko untuk sepuluh atau dua puluh tahun akan datang....yang penting hari ni tahun ni tahun depan sentiasa nampak putih melepak cantik gebu gebas....tak fikir dua puluh tahun akan datang apa yang akan berlaku....

So untuk kelihatan cantik berseri jangan gila nak tepek macam macam kat muka...bersederhana la itu dah cukup....yang penting jaga kesihatan, kebersihan, dan pemakanan...hati dan jiwa kena bersih, fikiran dan minda mesti positif, jangan pandang rendah kat orang lain, apapun yang berlaku dalam hidup kita kena redha sebab semuanya ada hikmah....


ENJOY YOUR LIFE!!!! apabila hidup kita tenang dan bahagia...insya Allah seri tu terpancar kat muka...

Dan lagi satu...kalau rasa jiwa tak tenang masa bercinta asyik serabut je....elok la berkahwin...kalau nak tunggu duit cukup sampai bila tak akan cukup....tapi kalau duit memang dah cukup baik cepat cepat kahwin nak tunggu apa lagi kan hehe....Allah akan membantu mereka yang ingin membina ikatan yang sah kerana agama, rezeki datang mencurah curah tanpa kita sangka....


Kita kahwin bukannya kerana pasangan kita cantik atau handsome, bukannya sebab harta, bukan kerana ikut ikut orang, bukan kerana umur dah banyak, bukan kerana terdesak, bukan kerana takut boyfren girlfren yang kita nak tu dikebas orang, bukan kerana takut orang mengata, dan bermacam macam lagi.....insya Allah selepas akad nikah je automatik hilang segala masalah, beban yang ada di kepala yang kita sendiri tak tau apa puncanya lenyap macam tu je....doa banyak banyak semoga segalanya berjalan lancar dan kehidupan kita dipermudahkan....tapi pastikan niat kahwin kerana Allah SWT :)

Tapi kalau kita serabut sebab perangai boyfren girlfren kita tu macam hantu elok jangan kahwin hehehe....nanti makin stress makin serabut...datang masalah bertimpa timpa nanti uolssss...angkat kaki dan blah selesai masalah okey bye :D

4 comments:

  1. boipren hantu, kawen dengan gelfren hantu...!

    haha

    ReplyDelete
  2. Betul setuju...nk beli produk kne tgk dlu..jgn disebabkan nak cntik klit kite rosak...

    ReplyDelete
  3. @ Nurzakiah Hanum
    Thanks singgah sini :)

    @ uncle gedek
    Tu anak beranak hantu raya ke apa uncle haha...

    @ Mimi Azirah
    Tu la kan bersyukur dengan apa yang ada :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails