10 June 2014

Pengaruh Drama Sangat

Assalamualaikum....

Ramai yang terpengaruh dengan drama kononnya ".....and they live happily ever after...."....ramai juga yang salah tafsir bahawa perkahwinan sebagai tanda tercapai kebahagiaan buat selamanya....hakikatnya selepas ijab kabul adalah bermulanya cabaran dalam alam perkahwinan....

Sebab itu la bila kita berkahwin sebab terdesak...berkahwin kononnya takut jadi anak dara tua....malu sebab semua kawan kawan dah kahwin....didesak oleh keluarga dan kita tak rela....berkahwin sebab harta...berkahwin sebab rupa....takut pasangan dikebas orang....takut kita dah tua tapi anak masih kecil dan seumpamanya....datang masalah sikit kita akan stress sampai hilang pertimbangan....suami mula marahkan isteri....isteri mula menderhaka kepada suami...bahagia yang diharap terus lenyap...

Buka mata lihat sekeliling...kebahagiaan dalam perkahwinan bukan terletak pada umur....bukan pada kata-kata manis setiap masa...bukan terletak pada ramainya anak...bukan terletak pada kekayaan...tapi semuanya bermula dari dalam diri kita....tepuk dada tanya hati...adakah kita dah betul betul bersedia dan cukup ilmu???

So uolssss kat luar sana...tak payah nak stress ok...tak kahwin pun uolsss stress...dah kahwin pun stress jugak sebab takde anak padahal baru beberapa bulan kahwin....atau stress sebab perkahwinan tak seperti dalam drama tv yang selalu nampak sweet gitu hahaha....bila la uolsss tak stress???? Cukup 40 kali stress boleh jadi gila tau haha ok 40 kali tu bukan fakta ye....tapi kalau stress melampau memang boleh jadi...

Please la get some activities....kalau uolsss sibuk dah takde masa untuk stress stress ni....tak kan takde hobi satu pun kan....takde idea??? meh nak bagi idea....blogging pun bolehhhhh...atau buat je la apa apa yang diminati yang disukai...

Berpijak la di bumi yang nyata....dalam perkahwinan ada pahit manisnya yang tersendiri....masam masin semua ada...gaduh sikit sikit tu biasa la tapi takde sampai terbawa bawa ke hari esok....tak caya tanya la pasangan pasangan yang dah lama kahwin....tanya la mak ayah kita yang masih kekal bahagia sampai sekarang....jangan terpengaruh dengan drama Vanilla Coklat ke....atau drama drama yang seumpamanya....semua tu dah ikut skrip dan diatur jalan ceritanya supaya nampak cantik tanpa ada kekurangan....dan di alam realiti kita la pelakon dan kita la yang mencorakkannya....kita yang tentukan dan pilih apa yang kita nak....

3 comments:

  1. Betul stuju...ape yg dlm.drama tuh jgn la duk byg sme mcm realiti...len sgt sgt ok

    ReplyDelete
  2. @ Nurzakiah Hanum
    hehe drama tak habis2 kan..

    @ Mimi Azirah
    yup betul tu kena la berpijak di bumi yang nyata ni hehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails