14 June 2014

Kisah Gigi Lagi

Assalamualaikum....

Ingat tak post aku yang lepas...ehhhh tak ingat hehe ok faham sebab blog aku tak hot pun kikikiki....post ni la uolsssss  Tumbuh Gigi Bongsu ....pasal gigi bongsu aku yang baru tumbuh tu...ye la tak sangka dah masuk umur 30 tahun ni ada lagi gigi baru yang tumbuh ingatkan dah habis...

Okey seperti yang aku maklumkan dalam post tu....kalau aku diam tak update apa apa maknanya dah okey la tu dah hilang sakitnya...tadi lepas habis kelas tengahari tu aku pergi mengadap dentist kat Proheal Dental dekat dengan ofis aku kat Petaling Jaya...cek punya cek buat x-ray bagai....dentist cakap gusi aku dah bengkak sebab tak cukup ruang untuk gigi tu tumbuh....so dia nasihatkan aku untuk buat minor surgery untuk buang gigi tu...okey aku tak kisah la nak buat apa pun asalkan gigi aku tak sakit, jadi baik, selamat sihat sejahtera...

Aku ingat nak tunggu lepas seminggu maksudnya nak pergi klinik hari Isnin ni la...tapi tak tahan dah setiap hari dok sakit...okey then dentist cakap kita tak boleh buat hari ni kena buat appointment dulu la bila bila pun boleh....aku pun tanya la berapa kosnya....dia cakap RM800 okey terbeliak biji mata aku hahaha....terus cakap takpe la nanti saya balik bincang dengan suami dulu hehe...padahal dalam hati aku nak cari tempat yang murah sikit la...kalau kat swasta pun bajet aku dalam RM300 je...kalau takde pilihan aku terpaksa pergi klinik gigi kerajaan walaupun lambat sikit appointment tu...

Aku ada update kat facebook pasal ni tadi...kawan kawan aku cakap ada tempat yang lebih murah dalam RM300 - RM400...okey la tu...kalau klinik tu bagi price range macam tu tadi memang aku dah set appointment hari ni jugak huhu...tapi apakan daya RM800 tu lebih mahal daripada monthly payment kereta aku yang hanya berjumlah RM586...

Sebelum ni pun aku pernah buat treatment gigi kat klinik tu dan dengan dentist yang sama...tu yang ingat nak settlekan gigi bongsu aku pun kat situ jugak la...kalau income aku RM10 riban mungkin takde masalah bagi aku nak bayar RM800 tu...sekarang ni aku dah mula berfikir pasal masa depan....nak bebas hutang dalam usia yang muda dan tingkatkan simpanan....so takde la nak habiskan duit macam tu je kalau ada pilihan lain yang lebih murah....kalau dulu ye aku jenis tak berfikir panjang hahaha ada duit je zapzapzap keluar habis gitu je....okey umur makin meningkat fikiran pun makin matang la kan...

Kalau ada apa apa perkembangan aku update lagi okey...bye :)

2 comments:

  1. Fuh terkejut zumal, sampai RM800 kosnya? Memang cekik darah la...

    ReplyDelete
  2. @ Ahmad Zu Mal Md Rayi
    Tau takpe terbeliak mata kita dengar hehe....dah jumpa pun yang murah sikit..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails