16 June 2014

Hati Bersih Muka Cantik

Assalamualaikum....

Ramai yang sibuk nak mencantikkan diri
Sehingga terlupa apa itu kecantikan yang sebenar

Ramai yang sibuk melabur duit untuk putihkan muka
Ramai yang sanggup buat apa sahaja untuk tegangkan muka
Ramai yang sanggup berkorban untuk jadikan muka licin bak putih telur
Sehingga terlupa untuk mencantikkan jiwa dan rohani

Dalam dunia ni kalau ada duit kau mampu jadikan kulit dari hitam kepada putih melepak
Tetapi duit tak mampu menjadikan hati yang hitam dan kelam kepada putih bersih
Sebab tu jangan hairan kalau tengok muka cantik tapi masih ligat membabikan orang
Sebab tu jangan pelik tengok muka putih melepak tapi masih ligat putar sana sini

Sedih tengok masih ada yang suka melompat girang bila insan lain mengalami kejatuhan
Sedih masih ada yang sebar fitnah sana sini tanpa rasa bersalah
Dan sedih kalau mati tanpa sempat minta maaf dari mereka yang dianiaya

Kita asalnya makhluk yang cantik hebat bersih luar dan dalam
Siapa yang mengubah jadi sebaliknya????
Tepuk dada tanya hati


P/S: Tulisan ini hanya bersifat umum....tiada kaitan dengan sesiapa yang berkenaan...hanya perumpamaan semata-mata....bukan kata semua yang cantik putih licin itu tidak baik...harap jangan salah faham...orait :)

6 comments:

  1. salam ukhwah missnick; ada kebenarannya kecantikan sebenar datang dari hati,nice sharing..

    ReplyDelete
  2. @ Nurzakiah Hanum
    Thanks :)

    @ anajingga
    Salam ukhwah juga untuk anajingga...thanks sudi datang sini :)

    ReplyDelete
  3. suke entry ni...

    blogwalking sini.. :)

    ReplyDelete
  4. @ Chekgu Azrine
    Salam perkenalan juga...tq sudi datang sini :)

    @ Ika Chenta
    Tq dear sudi blogwalking :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails