27 June 2014

Senarai URL Jom Blogwalking # 1

Assalamualaikum....

Alhamdulillah akhirnya tamat sudah segmen Jom Blogwalking # 1 pada jam 10.00 tadi...baru sangat sangat habis...walaupun ada yang bagi link selepas jam 10.00 malam...takpe kita masih terima...bukannya serius pun kan saje suka suka nak blogwalking menambah kenalan...kalau tak bagi memang giler kau ingat dalam kelas ke nak strict tak pasal pasal ni hahaha...

Thanks kepada mereka yang sudi jenguk blog diarymissnick.blogspot.com ye...dan sudi tinggalkan link blog masing-masing....thanks sangat sangat sangat tau ^_^

Okey bawah ni senarai blog yang akan kita blogwalking....harap lepas ni makin bertambah baru la meriah kan....jom kita terjah secara berjemaah....lets go!!!!!

  1. http://cikalna.blogspot.com
  2. http://norulbadridaud.blogspot.com
  3. http://fynazshamz.blogspot.com
  4. http://aniesaahmad.blogspot.com
  5. http://www.syuhadasalleh.my
  6. http://rama-ramapelangicinta.blogspot.com
  7. http://khamsi-abdullah.blogspot.com
  8. http://stanzaku.blogspot.com
  9. http://milikallahsepenuhnya.blogspot.com
10. http://www.irrayyan.com
11. http://hairacookies.blogspot.com
12. http://eirna-nurasikin.blogspot.com
13. http://storymoryluahanku.blogspot.com
14. http://fnorhidayah.blogspot.com
15. http://nurulhidayahdiary.blogspot.com
16. http://www.munirahizzan.com
17. http://www.mycherita.com
18. http://ismiqbal.blogspot.com
19. http://cik-puan-emy.blogspot.com
20. http://theonlygirl98.blogspot.com
21. http://ikachenta.blogspot.com
22. http://www.nazlee.com
23. http://haqmilik.blogspot.com
24. http://hadaasuhaimi.blogspot.com
25. http://jemariasmara.blogspot.com
26. http://exquisitely-aleda.blogspot.com
27. http://checlee.blogspot.com
28. http://amaninavitashop.blogspot.com
29. http://fuzamusa.blogspot.com
30. http://spelljourney.blogspot.com
31. http://veesandy.blogspot.com
32. http://princesshealthybeautyshoppe.blogspot.com
33. http://www.sayeshukepink.com
34. http://faceblogisra.blogspot.com 


P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana :) 

25 June 2014

SEGMEN - Jom Blogwalking # 1

Assalamualaikum...



Lama dah ni nak buat segmen ni tapi tunggu masa yang sesuai je....Alhamdulillah sekarang terdetik rasa di hati...buat apa tunggu tunggu kan buat je la sekarang hehe....lepas tahun depan tahun depan lepas tu tak gerak gerak haha....so meh la kita gerak sekarang sebelum terlambat...

Untuk pertama kalinya kita start dengan segmen yang sangattttttt simple dulu hokey....setiap langkah yang besar bermula dengan langkah kecil haaaa gitu kau ambikkkk.....tujuannya nak berkenalan dengan para blogger sekalian....sambil blogwalking dapat la menambah kenalan ye dok...sebelum ni malu malu hehe...kalau dah berjaya buat segmen lepas ni boleh la buat giveaway plak insya Allah...

Syaratnya sangat la senang uolssss....hanya tinggalkan url blog anda sahaja di ruangan komen ni...senang kan???? Nanti iolssss buat senarai kumpul url blog sambil ajak yang lain blogwalking sekali...

Bilangan url???? Tidak terhad...so tak kisah la berapa banyak url yang ada....tapi ada tapinya ye....segmen ini akan tamat pada jam 10.00 malam, 27 Jun 2014...

So tunggu apa lagi jom laaaaa....bagitau semua supaya meriah sikit okey :)

P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana :)

23 June 2014

Minor Surgery Buang Gigi Bongsu

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan selamat bekerja di hari Isnin...harap semuanya ceria and no monday blues hokeyyyy :D

Okey kita sambung pasal gigi ye para pembaca sekalian...kalau ada yang ketinggalan boleh baca kat SINI....SINI.....SINI....dan ada lagi di SINI hehehehe...sebelum berlakunya kejadian buang gigi sampai empat posts aku update ye...dan mungkin ini yang terakhir...mungkin ye :)

Okey semalam seperti yang tertulis aku ada appointment dengan dental surgeon di Klinik Pergigian Sungai Besi, jam 10 pagi....dalam jam 9.30 aku gerak ke sana sebab dekat je pun...dalam jam 10 lebih kena panggil masuk dalam....okey rilekssss rilekssss rilekssss hahaha...

Aku sebenarnya suka buat treatment gigi tapi tidak untuk itu.....sakit huaaaa huhu...walaupun belum buat apa apa lagi aku dah boleh rasa kesakitannya...sebelum tu dia cek dulu dan sapu gel kat bahagian gusi dan sekitarnya.....time tu dah rasa kebas sikit sikit kat dalam dan bahagian tepi lidah sebelah kiri....dia biar sekejap dan datang lagi kali ni aku nampak ambik jarum suntikan plak...haaaa itu la yang aku takut kena suntik kat gusi....bahagian tu kan mudah rasa sakit...tersalah gosok gigi pun boleh pedih dan terluka gusi tu apa lagi nak disuntik dengan jarum huhu...masa dia suntik ubat bius tu tangan aku seram sejuk sebab menahan sakit nasib baik tak terkeluar air mata...first tu dia suntik dalam tiga port kot...nasib baik la dia sapu gel dulu kalau tak aku tak tau macam mana la sakitnya kan....dah sapu gel pun masih sakit giler...

Lepas tu dia biar kejap dalam lima minit la lebih kurang dan tanya dah kebas belum....aku cakap dah rasa sikit sikit...ambik jarum dan suntik bius lagi...suntikan bius yang kedua aku dah rileks sebab tak sakit hehe cuma terasa la jarum tu menyucuk....lepas tu biarkan lagi nak bagi bius tu betul betul berkesan...sempat la borak dengan assistant dia yang ada kat situ....assistant doktor tu cakap kalau betul betul kebas pipi rasa bengkak....so aku cubit pipi sendiri pakai kuku hahaha masih rasa sakit...tapi dah rasa la muka bengkak sebelah...

Doktor datang lagi dan tanya dah betul betul kebas ke....aku cakap macam tak kebas sepenuhnya lagi....kenapa aku cakap macam tu??? sebab aku mengharapkan suntikan bius yang ketiga hahaha....tak nak langsung rasa sakit punya pasal kan....yesssss dapat suntikan bius yang ketiga dan aku tak rasa pun jarum tu cucuk kat gusi....lepas tu ambik kau aku rasa pipi aku dah kembung macam ikan buntal...padahal tak pun...berapa kali aku dok pegang pegang pipi...

Tak lama lepas tu doktor tanya dah ready belum....aku terus cakap dah ready....ye la bosan kot dok terbaring je kat situ kan....doktor dah mula duduk kat sebelah, dah ready mulut pun dah nganga time tu...tiba tiba dia bagitau aku "Okey I'll start cutting now. Don't move your head. If u have anything to say, just raise your hand" ....aku terus pejam mata kikikiki....memang dah tak rasa apa apa...yang aku dengar bunyi peralatan dia je...dia potong kat mana pun aku tak tau sebab langsung tak rasa...

Masa nak tarik gigi tu punya la susah sampai sorang pegang mulut nak bagi menten nganga....sorang lagi pegang kepala aku sekuat hati sebab aku boleh rasa...ye la tak nak bagi kepala bergerak kan....gigi aku dah sangkut kat tulang doktor kata sebab tu susah nak keluarkan....dalam hati aku owhhh dah nak tarik gigi ke punya la tak rasa kan...dan potong lagi...buat je la apa apa pun sebab aku memang tak rasa apa apa dah...masa gigi dicabut pun aku tak rasa apa apa...tengok tengok dah keluar sebab dia letak dalam plastik dan bagi kat aku...then terus jahit so mendapat la tiga jahitan dan tiga suntikan bius semata mata kerana gigi bongsu...dia suruh baring rehat kejap kat situ lepas tu baru boleh bangun....

Jadi kos hari tu ialah RM390 sekali dengan ubat....okey la kan...dia bagi ubat tahan sakit, antibiotik, ubat untuk gusi, gel untuk sapu kat gusi, gauze a.k.a kain kasa, dan ubat gigi khas untuk penjagaan gusi...terus balik rumah dan singgah KFC beli mash potato...itu je yang mampu dimakan tu pun letak dalam peti ais dulu nak bagi sejuk...nasib baik suami cuti semalam so dilayan bagai puteri la hehehe...ambik tu ambik ni buatkan air la...letak ais kat pipi la...

Dah hilang ubat bius tu haaaaa ambik kau memang sakit la....tapi makan ubat tahan sakit ok la then tidur...gauze tu kena selalu tukar sebab memang bleeding non stop...aku punya stop bleeding dalam pukul 7 lebih gitu...nasib baik la tak membawa ke hari ni...sebab aku pernah baca pasal minor surgery ni ada yang bleeding sampai dua hari...

Dapat MC hari ni dan esok....Rabu masuk kerja...tapi esok kena datang sana lagi ada check up...kesimpulannya aku berpuas hati :)

P/S: Tak sabar nak tunggu betul betul baik....nak makan puas puas hehe..

21 June 2014

Akhirnya Pencarian Ku Berakhir

Assalamualaikum...

Hai uolssss dah tidur ke???? Tak rock ahhh malam minggu pun tidur awal kikikiki....esok cuti kan tapi bagi mereka yang bercuti je la...aku kerja oiiiiiii mencari rezeki yang halal dan mendidik anak bangsa wahhh gitu kau...

Hummm tajuk tak nak kalah macam tajuk novel dah....sape yang pernah baca post aku sebelum ni pasal sakit gigi....ada sedikit drama dari aku mengalahkan orang sakit nak beranak yang pergi hospital tapi katil wad penuh...kalau tak pernah baca boleh jenguk kat SINI ye... SINI pun ada....dan ada lagi di SINI .....jadinya masuk post yang ni kira ada empat cerita pasal gigi je hahaha...nasib baik tak sampai tiga puluh dua cerita uolssss sama banyak dengan jumlah batang gigi...pitam!!!!

Aku pergi Klinik Pergigian Batu 9 hari Selasa kan...so keesokannya hari Rabu aku decide ke Klinik Pergigian Sungai Besi...kiranya aku dah call la sehari sebelum tu tanya harga....plan asalnya nak ke klinik kat Serdang...fikir fikir balik Sungai Besi lagi dekat so pergi sana je la...so lepas habis kelas pukul 11 pagi tu aku terus balik rumah ambik suami...kalau harap aku nak pergi sorang confirm la sesat sesat sebab tak biasa area tu....dengan aku tengah sakit gigi sakit kepala demam bagai...nanti aku stress pusing pusing terus balik rumah kan...

Klinik tu kat Pekan Sungai Besi....klinik buruk je macam klinik zaman penjajah pun ada haha...sebab shop lot tu yang lama punya...okey abaikan kecantikan klinik....yang penting harganya murah dan dental surgeon yang berpengalaman...beliau pun dah macam pakcik pakcik dah iaitu Col (Dr.) Biswajit Das...mula mula tengok nama alamak Colonel army ni takut buat kasar plak...nasib baik lemah lembut je haha...

Ok first dia cek dulu la macam biasa....gusi aku kan dah bernanah dan berdarah...dan dia pun takde nak explain panjang lebar kat aku...sebab aku dah cakap dengan dia yang aku dah jumpa dua doktor sebelum ni....nak tau apa dia buat???? lepas cek tu dia terus ambik alat untuk bersihkan celah celah gigi bongsu yang tumbuh senget tu...cuci nanah dan darah...aku boleh nampak darah merah mengalir melalui alat penyedut yang dimasukkan dalam mulut aku tu huhu...sesekali rasa sakit jugak la sebab ye la kat gusi kan pedih woooo...aku tak tau dia pecahkan bengkak nanah tu ke apa...last sekali gigit kapas...ambik ubat bayar dan balik...

Doktor suruh aku buat minor surgery time tu jugak...aku macam what??? sekarang??? Ohhhhh tidakkkk haha sebenarnya aku tak ready dari segi mental...aku terus cakap boleh tak kita buat hari lain sebab aku nak habiskan silibus minggu ni dulu hehehe...sebab kalau buat tu kan kena MC tiga hari...lagi satu aku tak nak tinggalkan kerja gitu je...so better aku masuk ofis habiskan kerja minggu ni dan arrange apa apa yang patut dulu macam kelas ganti, siapkan soalan, dan nota...baru la boleh cuti dengan senang hati....lain la kalau MC sebab sakit tiba-tiba kan itu tak boleh buat apa la...yang ni benda boleh plan so kita plan elok elok...then set appointment untuk buat minor surgery ni hari Ahad 22 Jun...sebab Sabtu pun aku ada kelas lagi sampai petang...

Aku pun rasa agak seriau sikit ni hehe....menanti dengan penuh debaran walaupun aku nak sangat cabut sebab tak tahan sakit...bukannya takut cabut gigi ke apa cuma takut sebab tak tau sakitnya macam mana....pertama kali jumpa doktor untuk cabut gigi geraham susu masa zaman sekolah rendah dulu tu pun sebatang je...gigi susu yang lain semua aku cabut sendiri bila dah start goyang sikit hari hari aku goyang sampai tercabut...ni kira kali kedua la nak jumpa doktor untuk cabut gigi tetapi bukan cabut biasa tapi minor surgery adoiiii kena belah gusi berjahit bagai...

Takpe iolsssss redha saje la....nanti aku update lagi okey segala drama yang bakal berlaku nanti hahaha...

18 June 2014

Lawatan ke Klinik Pergigian

Assalamualaikum...

Selamat pagi :) ....awal giler aku bangun hari ni sebab tidur awal sangat...kalah budak sekolah okey hehe....tak pasal pasal bangun awal dari ayam...sebenarnya aku demam plus sakit kepala disebabkan sakit gigi tu la tu yang aku tidur awal....ada aku cerita di SINI dan di SINI

Minggu lepas aku tahan je sakitnya....masuk hari Isnin iaitu dua hari lepas aku dah mula demam menggigil sejuk sakit kepala yang tak tertahan dah...gusi dah mula berdarah aku boleh rasa okey hehe...loya tu memang loya rasa nak termuntah....masa gosok gigi lagi la banyak darah yang keluar gosok sikit je habis dah merah berus gigi aku...

Sebab nak murah kan so aku call Klinik Pergigian Batu 9, Cheras...kat kerajaan caj untuk minor surgery RM50 je....klinik tu dekat sangat dengan rumah aku...pemeriksaan gigi untuk orang dewasa pada hari Selasa dan Rabu...semalam aku balik awal dari ofis dalam tengahari gitu....balik rumah dulu baring kejap sebab tak larat giler....makan roti cicah air itu je mampu dan baru ke klinik....nasib baik husband cuti semalam boleh la manja manja hehe...punya la ramai umat manusia kat klinik tu...

Dah masuk bilik doktor tu...cek dan katanya gusi aku dah bengkak dan bernanah...nak kena buang gigi ni baru selesai masalah...okey aku dah excited...memang itu tujuannya kalau boleh nak buang hari tu jugak tau haha memang tak sabar....so aku tanya la bila boleh buat minor surgery untuk buang tu....katanya minggu depan hari Selasa atau Rabu datang lagi untuk cek dan dia akan buat surat untuk rujuk kepada pakar plak....Whatttt???? maksudnya aku kena tunggu lagi seminggu untuk next check up...so aku tanya lagi lepas dah dapat surat rujukan tu dapat buat terus ke....No!!! kena buat appointment lagi untuk minor surgery tu....huhu terus kecewa...

Dalam hati kata berapa lama aku nak tunggu ni....kalau tak sakit takpe la jugak nak tunggu kan...masa on the way balik tu cakap dengan husband tak kira dah nak pergi klinik swasta jugak...berhabis sikit pun takpe la....dari dok tunggu tunggu kerana nak murah sampai menganggu kerja aku...kerja aku menggunakan otak, mulut, dan suara sepenuhnya...aku kan pengajar macam mana nak mengajar dengan baik kalau kepala berdenyut denyut....cakap banyak sikit terus berdarah gusi....semalam pun aku mengajar laju laju sebab tak tahan hahaha...

Ada la jugak ambik pain killer tapi bukan selalu...aku tak nak la bergantung kepada ubat sepenuhnya...cukup la aku telan antibiotik je...aku tak nak macam macam ubat masuk dalam badan setiap masa...lain orang lain caranya dan ini cara aku...lain la kalau terpaksa ambik...ni masih boleh berjalan bawa kereta pergi kerja kira okey la kan hehe...anggap la sakit yang ada ni sebagai ujian...syukur la ada lagi orang lain yang lebih teruk sakitnya...so aku tak payah la nak manja sangat sikit sikit nak makan ubat sikit sikit cari ubat huhu...nanti dok bergantung dengan ubat plak...

Sampai rumah aku google beberapa klinik pergigian swasta yang terdekat dan call tanya berapa kos untuk minor surgery buang gigi bongsu....aku dok survey cari yang harga RM500 ke bawah....Alhamdulillah dipermudahkan aku jumpa tiga klinik yang masih dalam budget aku...tapi tiga tiga tu tutup pukul 6 petang la plak tak sempat dah nak pergi...yang mahal buka sampai ke malam hehe....okey takde rezeki untuk pergi terus semalam...so aku decide nak pergi hari ni lepas habis kelas nanti...

Nanti aku update lagi ye....sekadar perkongsian dengan mereka yang mengalami masalah yang sama...bye :)
 

16 June 2014

Hati Bersih Muka Cantik

Assalamualaikum....

Ramai yang sibuk nak mencantikkan diri
Sehingga terlupa apa itu kecantikan yang sebenar

Ramai yang sibuk melabur duit untuk putihkan muka
Ramai yang sanggup buat apa sahaja untuk tegangkan muka
Ramai yang sanggup berkorban untuk jadikan muka licin bak putih telur
Sehingga terlupa untuk mencantikkan jiwa dan rohani

Dalam dunia ni kalau ada duit kau mampu jadikan kulit dari hitam kepada putih melepak
Tetapi duit tak mampu menjadikan hati yang hitam dan kelam kepada putih bersih
Sebab tu jangan hairan kalau tengok muka cantik tapi masih ligat membabikan orang
Sebab tu jangan pelik tengok muka putih melepak tapi masih ligat putar sana sini

Sedih tengok masih ada yang suka melompat girang bila insan lain mengalami kejatuhan
Sedih masih ada yang sebar fitnah sana sini tanpa rasa bersalah
Dan sedih kalau mati tanpa sempat minta maaf dari mereka yang dianiaya

Kita asalnya makhluk yang cantik hebat bersih luar dan dalam
Siapa yang mengubah jadi sebaliknya????
Tepuk dada tanya hati


P/S: Tulisan ini hanya bersifat umum....tiada kaitan dengan sesiapa yang berkenaan...hanya perumpamaan semata-mata....bukan kata semua yang cantik putih licin itu tidak baik...harap jangan salah faham...orait :)

14 June 2014

Kisah Gigi Lagi

Assalamualaikum....

Ingat tak post aku yang lepas...ehhhh tak ingat hehe ok faham sebab blog aku tak hot pun kikikiki....post ni la uolsssss  Tumbuh Gigi Bongsu ....pasal gigi bongsu aku yang baru tumbuh tu...ye la tak sangka dah masuk umur 30 tahun ni ada lagi gigi baru yang tumbuh ingatkan dah habis...

Okey seperti yang aku maklumkan dalam post tu....kalau aku diam tak update apa apa maknanya dah okey la tu dah hilang sakitnya...tadi lepas habis kelas tengahari tu aku pergi mengadap dentist kat Proheal Dental dekat dengan ofis aku kat Petaling Jaya...cek punya cek buat x-ray bagai....dentist cakap gusi aku dah bengkak sebab tak cukup ruang untuk gigi tu tumbuh....so dia nasihatkan aku untuk buat minor surgery untuk buang gigi tu...okey aku tak kisah la nak buat apa pun asalkan gigi aku tak sakit, jadi baik, selamat sihat sejahtera...

Aku ingat nak tunggu lepas seminggu maksudnya nak pergi klinik hari Isnin ni la...tapi tak tahan dah setiap hari dok sakit...okey then dentist cakap kita tak boleh buat hari ni kena buat appointment dulu la bila bila pun boleh....aku pun tanya la berapa kosnya....dia cakap RM800 okey terbeliak biji mata aku hahaha....terus cakap takpe la nanti saya balik bincang dengan suami dulu hehe...padahal dalam hati aku nak cari tempat yang murah sikit la...kalau kat swasta pun bajet aku dalam RM300 je...kalau takde pilihan aku terpaksa pergi klinik gigi kerajaan walaupun lambat sikit appointment tu...

Aku ada update kat facebook pasal ni tadi...kawan kawan aku cakap ada tempat yang lebih murah dalam RM300 - RM400...okey la tu...kalau klinik tu bagi price range macam tu tadi memang aku dah set appointment hari ni jugak huhu...tapi apakan daya RM800 tu lebih mahal daripada monthly payment kereta aku yang hanya berjumlah RM586...

Sebelum ni pun aku pernah buat treatment gigi kat klinik tu dan dengan dentist yang sama...tu yang ingat nak settlekan gigi bongsu aku pun kat situ jugak la...kalau income aku RM10 riban mungkin takde masalah bagi aku nak bayar RM800 tu...sekarang ni aku dah mula berfikir pasal masa depan....nak bebas hutang dalam usia yang muda dan tingkatkan simpanan....so takde la nak habiskan duit macam tu je kalau ada pilihan lain yang lebih murah....kalau dulu ye aku jenis tak berfikir panjang hahaha ada duit je zapzapzap keluar habis gitu je....okey umur makin meningkat fikiran pun makin matang la kan...

Kalau ada apa apa perkembangan aku update lagi okey...bye :)

12 June 2014

Tumbuh Gigi Bongsu

Assalamualaikum...

Malam ni baru ada masa nak jenguk blog...tengok komen komen yang masih belum publish...nak update cerita...mana mana entry yang keluar dalam minggu ni tu semua auto published...nasib baik la aku prepare awal awal kan masa weekend tu sempat la aku siapkan beberapa entry...kalau tak memang sendu la blog aku minggu ni...dah memang sendu pun...ni gagahkan diri jugak ngadap laptop sebab dah bosan...rindu nak blogwalking la...

Okey aku tak sihat sebenarnya dengan kata lain sakit gigi huhu.....dah besar godang macam ni pun masih nak tumbuh gigi bongsu....start sakit hari Ahad lepas sampai la ke hari ni...sakit gila weh sampai naik ke kepala nak demam serba tak kena macam macam ada haha...aku dok makan ubat tahan sakit je...kalau tak makan ubat tak syok ah nak pergi kerja kan....susah nak buat kerja susah nak makan susah nak gosok gigi...cuma kat rumah je la aku tak ambik ubat sebab okey boleh rehat takde nak buat kerja yang kena berfikir...

Dulu masa gigi bongsu yang belah kanan tumbuh pun sama sakit giler gak....time tu aku umur 24 tahun...dan lagi sekali masa umur 30 tahun ni haaa belah kiri plak...bengkak pipi iolssss okey hehe...masa yang first sakit dulu aku terus pergi jumpa dentist dan bila cek dia kata gigi tumbuh okey...kalau tak okey baru kita cabut...

Kali ni aku tak pergi jumpa dentist lagi...nak tunggu kalau masih tak hilang sakit aku nak pergi klinik la cek...sebab gigi bongsu ni kalau tumbuh tak betul boleh merosakkan gigi lain sekali kiranya berlaku proses penolakan la gitu kau...pakat berebut nak bertapak kat ruang gusi yang secoet tu....dengan kata lainnya dah tak cukup ruang untuk pertumbuhan gigi baru...huhu tak nak la aku tak pasal pasal gigi aku yang elok tersusun ni jadi senget benget plak...walaupun gigi aku tidak la putih suci bersinar tapi sayang kot gigi kan sekali rosak takde dah nak tumbuh tumbuh baru punya....

Orait nanti aku sambung lagi ye kalau ada apa apa perkembangan terbaru....kalau takde sambungan tu maksudnya gigi dah baik la tu hehe ok bye :)

11 June 2014

Telan Bulat Bulat

Assalamualaikum....

Kenapa ada sesetengah manusia taksub dgn sesuatu berita atau cerita hingga mempercayainya tanpa usul periksa....sedangkan hadis pun ada yang palsu...inikan plak perkara lain...mempercayainya bulat bulat menunjukkan anda bukan seorang yang jenis berfikir dan menyelidik...ini statement umum dari pemerhatian aku la.....contohnya kat facebook saje dah cukup...senang senang je tekan butang share tanpa fikir panjang....lawak pun ada kadang kadang tu haha...

Contohnya guna selimut yang ada kesan air mani menyebabkan seseorang tu boleh mengandung....lepas tu guna pad yang dah lama ada telur lipas menyebabkan ada orang mengandung anak lipas....kalau yang dok sebar tu jenis tak sekolah takpe la boleh dimaafkan mungkin dia tak faham.....dan ada lagi ni pasal agama plak...kalau tak sebar hadis ni kepada dua puluh orang akan terjadi perkara buruk dalam hidup kita...maka berlumba lumba la pakat dok hantar mesej takut kena musibah....walaupun para ilmuwan agama dah berkali kali bagitahu benda tu tak benar....masih ada yang tak nak dengar...

Aku bukan kata sebar mesej pasal agama tu salah....tak salah malah dapat pahala sebab ada kebaikan...yang salahnya bila percaya benda bukan bukan...

Belajar tinggi tinggi tapi malas nak berfikir mencari kebenaran....kalau kita perhatikan banyak la contoh contoh penyebaran artikel artikel yang tak logik dari sudut akal apatah lagi dari segi kajian sains dan agama Islam...tapi ada sesetengah orang suka terima bulat bulat...terus percaya tanpa fikir dan cari sumber yang betul...ibarat letak depan mata semua nak telan hehe...ok tatatatata :D 
 

10 June 2014

Pengaruh Drama Sangat

Assalamualaikum....

Ramai yang terpengaruh dengan drama kononnya ".....and they live happily ever after...."....ramai juga yang salah tafsir bahawa perkahwinan sebagai tanda tercapai kebahagiaan buat selamanya....hakikatnya selepas ijab kabul adalah bermulanya cabaran dalam alam perkahwinan....

Sebab itu la bila kita berkahwin sebab terdesak...berkahwin kononnya takut jadi anak dara tua....malu sebab semua kawan kawan dah kahwin....didesak oleh keluarga dan kita tak rela....berkahwin sebab harta...berkahwin sebab rupa....takut pasangan dikebas orang....takut kita dah tua tapi anak masih kecil dan seumpamanya....datang masalah sikit kita akan stress sampai hilang pertimbangan....suami mula marahkan isteri....isteri mula menderhaka kepada suami...bahagia yang diharap terus lenyap...

Buka mata lihat sekeliling...kebahagiaan dalam perkahwinan bukan terletak pada umur....bukan pada kata-kata manis setiap masa...bukan terletak pada ramainya anak...bukan terletak pada kekayaan...tapi semuanya bermula dari dalam diri kita....tepuk dada tanya hati...adakah kita dah betul betul bersedia dan cukup ilmu???

So uolssss kat luar sana...tak payah nak stress ok...tak kahwin pun uolsss stress...dah kahwin pun stress jugak sebab takde anak padahal baru beberapa bulan kahwin....atau stress sebab perkahwinan tak seperti dalam drama tv yang selalu nampak sweet gitu hahaha....bila la uolsss tak stress???? Cukup 40 kali stress boleh jadi gila tau haha ok 40 kali tu bukan fakta ye....tapi kalau stress melampau memang boleh jadi...

Please la get some activities....kalau uolsss sibuk dah takde masa untuk stress stress ni....tak kan takde hobi satu pun kan....takde idea??? meh nak bagi idea....blogging pun bolehhhhh...atau buat je la apa apa yang diminati yang disukai...

Berpijak la di bumi yang nyata....dalam perkahwinan ada pahit manisnya yang tersendiri....masam masin semua ada...gaduh sikit sikit tu biasa la tapi takde sampai terbawa bawa ke hari esok....tak caya tanya la pasangan pasangan yang dah lama kahwin....tanya la mak ayah kita yang masih kekal bahagia sampai sekarang....jangan terpengaruh dengan drama Vanilla Coklat ke....atau drama drama yang seumpamanya....semua tu dah ikut skrip dan diatur jalan ceritanya supaya nampak cantik tanpa ada kekurangan....dan di alam realiti kita la pelakon dan kita la yang mencorakkannya....kita yang tentukan dan pilih apa yang kita nak....

09 June 2014

Putih Cantik Bersih Suci Tenang

Assalamualaikum....

Apabila tengok wajah seseorang yang licin, cantik, putih dan berseri kita terus rasa teruja....terus tanya pakai kosmetik apa??? share la...mesti yang mahal mahal ni...yesss kosmetik mampu melicinkan dan memutihkan wajah tapi tak mampu menaikkan seri wajah...seri yang sebenar benar seri....

Tengok kat facebook je dah cukup betapa ramainya yang nak muka putih melepak tanpa memikirkan risiko untuk sepuluh atau dua puluh tahun akan datang....yang penting hari ni tahun ni tahun depan sentiasa nampak putih melepak cantik gebu gebas....tak fikir dua puluh tahun akan datang apa yang akan berlaku....

So untuk kelihatan cantik berseri jangan gila nak tepek macam macam kat muka...bersederhana la itu dah cukup....yang penting jaga kesihatan, kebersihan, dan pemakanan...hati dan jiwa kena bersih, fikiran dan minda mesti positif, jangan pandang rendah kat orang lain, apapun yang berlaku dalam hidup kita kena redha sebab semuanya ada hikmah....


ENJOY YOUR LIFE!!!! apabila hidup kita tenang dan bahagia...insya Allah seri tu terpancar kat muka...

Dan lagi satu...kalau rasa jiwa tak tenang masa bercinta asyik serabut je....elok la berkahwin...kalau nak tunggu duit cukup sampai bila tak akan cukup....tapi kalau duit memang dah cukup baik cepat cepat kahwin nak tunggu apa lagi kan hehe....Allah akan membantu mereka yang ingin membina ikatan yang sah kerana agama, rezeki datang mencurah curah tanpa kita sangka....


Kita kahwin bukannya kerana pasangan kita cantik atau handsome, bukannya sebab harta, bukan kerana ikut ikut orang, bukan kerana umur dah banyak, bukan kerana terdesak, bukan kerana takut boyfren girlfren yang kita nak tu dikebas orang, bukan kerana takut orang mengata, dan bermacam macam lagi.....insya Allah selepas akad nikah je automatik hilang segala masalah, beban yang ada di kepala yang kita sendiri tak tau apa puncanya lenyap macam tu je....doa banyak banyak semoga segalanya berjalan lancar dan kehidupan kita dipermudahkan....tapi pastikan niat kahwin kerana Allah SWT :)

Tapi kalau kita serabut sebab perangai boyfren girlfren kita tu macam hantu elok jangan kahwin hehehe....nanti makin stress makin serabut...datang masalah bertimpa timpa nanti uolssss...angkat kaki dan blah selesai masalah okey bye :D

08 June 2014

Rasulullah is my Doctor

Assalamualaikum...

Last week aku ada beli buku baru....masih belum baca betul betul lagi...just tengok dan baca gitu gitu je dulu...sebabnya ada lagi buku lain yang belum habis baca...

Buku ni menceritakan tentang jenis-jenis penyakit dan cara rawatannya dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati...tentang kelebihan wuduk, doa...khasiat habbatussauda...khasiat bekam...dan banyak lagi la...nanti ada masa aku cerita lagi....insya Allah doakan aku rajin :D


So sesiapa yang masih belum ada buku ni, jom dapatkannya segera di pasaran...bagus untuk pengetahuan, santapan minda dan jiwa :)

06 June 2014

Langsir Rumah Ku

Assalamualaikum....

Okey nak bagitau ini adalah entri basi....cerita hampir setahun yang lepas hahaha...dah lama sebenarnya dok dalam draft folder tapi sebab malas dan selalu lupa nak ambik gambar so terbiar macam tu je...hari ni operasi mengecek menyemak entri kat draft...terus ambik gambar upload dan publish...
 
Alhamdulillah setelah dekat sebulan takde langsir....akhirnya malam 20 Jun 2013 siap jugak langsir rumah aku ni haaaa....balik kerja menjahit sebelum pegi keje menjahit....satu rumah aku jahit sendiri langsir...first time okey aku jahit langsir sendiri sepenuhnya...sliding door + tingkap bertingkek tingkek ni haaaaa....aku main bantai je belajar kat internet...kata zaman moden kan so google je la hehe...

Masa first masuk rumah ni kitaorang tampal dengan kertas je kat cermin sliding....lepas tu kat tingkap bilik gantung selimut dengan cadar je haha...rail langsir dah pasang awal awal sebelum kahwin lagi....lepas kahwin baru sempat nak settlekan hal langsir...maklum la busy dengan persiapan kahwin tak sempat nak buat sebelum tu...

Lepas kenduri kat Kelantan...balik KL aku terus gi Nagoya kat Jalan TAR beli langsir...dekat 30 meter jugak la sebab tingkap kat rumah ni lebih daripada biasa....itu pun tiga tingkap kat bahagian dapur aku tak letak apa apa....just tampal sticker je kat cermin tingkap dekat sinki tu...dua tingkap lagi biar gitu je bagi masuk cahaya...sebab bahagian tu orang tak nampak pun...biasa la rumah tepi hutan kan ada bahagian bahagian tertentu yang mengadap hutan hehe...kalau boleh skodeng dalam rumah pun hanya tupai dan burung...tu pun skodeng dapur je la kau...

Maka bermula la sesi potong memotong kain...dan jahit menjahit...bila dah siap fuhhhh lega...akhirnya ada langsir jugak rumah aku...dan baru tau aku mampu menjahit langsir rupanya haha...ala bukannya langsir cantik cantik pun...langsir pleat biasa tu je yang aku mampu sebab tu paling senang dan tak pening...kalau buat yang susah nanti tahun depan baru siap...

Ni langsir untuk sliding door

 Ni langsir tingkap

Suami kerja time tu dan aku masih bercuti so aku pergi sorang sorang beli kain...beli kat Nagoya tapi aku parking kereta kat Sogo...nak patah tangan bawa kain yang dekat 30 meter tu hoho...kain langsir berat okey sebab bidang besar dan kain tebal terutamanya langsir untuk sliding tu...actually time tu ada sale untuk kain langsir kat Nagoya....so lama jugak la aku berpusing pusing kat dalam tu sebab rambang mata tak tau nak pilih yang mana...semua cantik cantik dan murah....so total semua harga kain dalam RM100 lebih...lebih berapa aku tak ingat dah maklum la dah lama kan...lebih kurang RM150 kot gitu la agaknya tapi tak lebih...nasib baik jahit free...

Banyak Baring Otak Mati!

Assalamualaikum...

Kalau kita rasa pendapatan sedia ada tak mencukupi....fikir la alternatif lain untuk tambah pendapatan.....kalau otak dan anggota badan sempurna rasanya takde masalah kan....tinggal fikir, usaha, dan laksana je....pilihan terletak di tangan kita...

Kalau nak lebih usaha lebih....tak nak sudah dok diam diam jangan banyak bunyi.....tak guna berangan tinggi tinggi kalau dok 'baring' tak bergerak walau seinci....

Fikirkan!!!

Status Panjang...So????

Assalamualaikum...

Aku memang suka update status facebook panjang panjang....bukan selalu la tengok mood jugak...aku suka menulis dan bila idea tengah mencurah curah tu yang jadi panjang....hummm macam air mengalir kau so tadah la kat wall facebook takut membazir kan...

So jangan nak pelik...jangan nak heran...walaupun ada yang pelik...ada yang heran....tapi ada aku kisah??? Tak tumpang wall sesiapa kan....aku tak mengutuk orang tak mengata orang kan....hewhewhew harap maklong ye...apa yang aku update kat facebook aku akan update jugak kat blog nanti mengikut kesesuaian la...dan mungkin akan jadi lagiiiiiiiiiiiiiiiii panjang haha....kiranya facebook itu hanya singgahan idea sementara...so di sini la yang kekal sampai la blogger tutup....boleh gitu drama sangat aku ni...

Aku banyak update tentang kehidupan....apa yang aku lihat secara realiti...pengalaman...kalau tak suka sila unfriend....senang kan hehe....nape la dok buat susah lagu tu :DDDDD

Ok tataaaaa....nak gi buat karangan kat muka bukuku...

Habiskan Draft Post

Assalamualaikum...

Hai uolsssss salam pagi jumaat...eh hari ni dah jumaat...esok lusa cuti yeayyyyy hehe boleh rehat otak rehat badan sikit...

Seperti yang aku pernah bagitau sebelum ni...aku ada banyakkkkk entri yang masih belum publish...ada dok melepak santai kat draft folder tu....so sekarang misinya nak settlekan dulu yang mana ada tu sebelum aku proceed ke post post yang lain macam review produk ke makanan ke jalan jalan ke....sebab apa tengok lama lama rasa macam semak plak haha...

Pengajarannya jangan suka tangguh tangguh kerja....sebab bila dah melambak kau punya perasaan tu dah lain macam....nak buat yang lain fikir yang lama tak siap...so habuk pun takde jadinya...marilah dengan gigihnya menyiapkan menyudahkan entri entri yang tergantung ittewwww...

05 June 2014

Aku Bukan Anti Poligami

Assalamualaikum...

Lelaki yang kawin lebih dari satu ni....tak kira la kawin dua ke tiga...bila nasihat pandai plak cakap bab bab agama soal jodoh....tapi dari segi nafkah zahir abaikan...tak boleh nak bagi belanja atau nafkah zahir kat isteri dengan alasan isteri gaji besar mampu tanggung diri sendiri....tak nampak plak DOSA bab tu ye...siap menipu lagi....dah tau kita tu kerja biasa biasa gaji kecik sedar la diri tu...kalau isteri gaji besar pun tapi kena tanggung semua dari bayar rumah sampai beli lauk...apa lagi yang tinggal....serius tak suka betul laki macam ni....ok maaf teremosi plak hehehe :D

Jangan setakat pandang nafkah batin je....kalau kau tak mati pucuk memang la kau mampu bagi tu...pergi belajar agama dulu kalau isteri tak redha pasal nafkah zahir apa hukumnya...

Aku bukan anti poligami....diulangi AKU BUKAN ANTI POLIGAMI....kalau mampu dan dah jodoh ditetapkan olehNya nak buat macam mana....siapa kita untuk melawan....tapi aku anti dengan mereka yang nak berpoligami tapi tak cermin kemampuan diri...serius aku simpati dengan wanita yang dapat suami macam ni....

Aku boleh update macam ni sebabnya kawan aku terkena....memang aku marah sebab aku tak sangka dalam diam dia dikhianati ditipu oleh dua orang makhluk yang tak sedar diri tu....ditipu hidup hidup oleh kawan sendiri....dok keluar sama sama tuptup suami kena rampas dalam diam....sebelum dapat bukan main baik...dah dapat dan dah kantoi macam macam dihambur kat kawan aku....sampai kawan aku tu hilang selera makan, tertekan, prestasi kerja jatuh....yang suami boleh buat tak tahu buat macam takde apa apa...langsung takde perasaan bersalah....

Ya Allah jauhkan la benda macam ni jadi dalam hidup kami....panjangkanlah jodoh kami...lindungilah kami dari hasutan syaitan dan kejahatan manusia....aku bukan anti poligami tapi aku anti penipuan...

Aku doakan kau tetap bahagia dunia akhirat :)

P/S: Maaf entry agak emosi...

03 June 2014

Melayu Kutuk Melayu

Assalamualaikum....

Sedih la baca bila orang melayu sendiri kutuk melayu......ni la spesies yang sungguh ketinggalan zaman....patut hidup zaman 13 Mei 1969 je....orang dah masuk zaman moden ni tak main dah isu perkauman....banyak lagi benda penting lain untuk dibincangkan....

Padahal takde benda pun...salah faham je terus nak kata macam macam....kan dah termalu sendiri....berapi api dikutuknya kaum melayu ni.....panjang lebar sampai jadi kecoh sebab seolah olah menghasut dan ingin menjatuhkan....bila bersuara tak pandang kiri kanan....sorang nak lawan dua puluh orang....yang dua puluh orang ni berada di pihak yang benar sebab tak tau apa apa....dia ingat kaum lain nak sokong...tapi kaum lain join melayu ni...semua orang marah kot....

Tuduh tanpa menyiasat....setelah disiasat rupanya hummmmm rupa rupanya adik yang buat hal...si kakak melenting konon nak membela....okey macam ni si adik dari department A...kakak dari department B...yang melayu dikutuknya department C....kakaknya ingatkan si adik dari department C sebab department C ni majoriti melayu....dikatanya department C cuba nak menjatuhkan si adik padahal department C tak tahu apa apa...dan department C tak pernah kisah pasal adik dia sebab takde kaitan pun....korang faham tak???? hehehehe...

Malunyaaaaaa...kalau aku la dah tak tau nak sorok muka kat mana :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails