19 March 2014

Rahsia Orang Kaya

Assalamualaikum....

Hai uolsss morning.....ceria je pagi pagi ni maklum la suami ada kat rumah lepas tu aku plak ada kelas petang je hari ni....so yabebedu masuk ofis lambat sikit la...sape  yang nak jadi kaya???? angkat kaki!!! dan pergi buat kerja la bukan angkat kaki ke atas ye....

Makin meningkat usia ni aku dah mula bijak sikit dalam perbelanjaan...bukan pakar sebab aku tak pandai hal kewangan ni...aku tau kira duit je hehe....maksudnya aku dah mula rancang perbelanjaan secara bijak....tahun ni kena maksimumkan saving.....stop atau kurangkan beli benda benda yang tak perlu...biar nampak 'nothing' asalkan tak sesak...dalam hidup aku tak pernah ada istilah biar papa asal bergaya...nak bergaya time ada duit lebih je haha...kalau takde dok diam diam....

Okey bawah ni ada tips pasal rahsia orang kaya....aku copy paste je dari facebook Datuk Dr Maznah Hamid....selamat membaca :)

--------------------------------------------------------------------------------


APAKAH RAHSIA ‘ORANG KAYA’ YANG PERLU ANDA TAHU

"KAMI ADALAH ORANG YANG KEDEKUT DUIT, DAN BERASA BANGGA BERSIKAP SEBEGITU"


1. “Pandangan saya begini, ; Tidak belanjakan duit seolah-olah seperti menambahkan simpanan saya. Jadi jika saya dapat menjimatkan $2000 dengan tidak melakukan penerbangan kelas pertama ,adalah sama seperti seseorang itu membayar saya $2000. Tidak sanggupkah anda duduk selama 3 jam walaupun di kerusi yang tidak selesa bertujuan menjimatkan $2000?” –Seorang pakar surgeri plastik yang berjaya di US

2. “Apabila kamu membuka akhbar harian/ majalah dan melihat ke arah ruang memaparkan kupon diskaun, ia bagaikan bil dollar merenung wajah anda dan membisik supaya bertindak cepat melakukan sesuatu terhadapnya. Itulah cara bagaimana saya membesar. Mengapa tidak kalau anda buat begitu?" –Hilary Swank, Hos rancangan bual bicara Kelly Ripa, yang membincangkan tentang keratan kupon.

3. “Ramai kawan saya dalam keadaan kehairanan melihat saya tidak memiliki banyak pakaian. Saya akan membeli 3 pakaian, hanya sekali pada setiap 3 tahun atau lebih, dan cuma memiliki 10 pakaian secara keseluruhannya. Itu sahaja yang saya perlukan.” –T.Boone Pickens, jutawan minyak, dalam sebuah temubal bersama majalah Kiplinger pada tahun 2012.

4. “Saya akan pergi ke bank (ATM) hanya sekali dalam seminggu, dan menguruskan segala perbelanjaan dengan tunai tersebut. Dengan berbuat demikian, saya terpaksa hidup dalam bajet yang tiada pemantauan teliti terutamanya aliran keluar wang dan menyimpan resit. Saya hanya dapat menyara kehidupan harian dengan berapa banyak wang yang ada dalam dompet saya. Saya menjadikannya sebagai satu permainan di mana setiap minggu, saya patut mengurangkan jumlah pengeluaran dari bank (ATM) sebanyak $20, untuk menentukan betapa rendahnya saya benar-benar boleh kurangkan.” –Alan Corey, penulis sebuah buku yang bertajuk “A million bucks by 30”.

5.”Kita mempunyai jiran yang kaya raya, tetapi mungkin kita tidak ketahuinya. Mereka yang benar-benar kaya biasanya bukan mereka yang memakai pakaian berharga mahal, mempunyai beg tangan terbaru, atau memandu kereta yang mewah. Di Ladang Anggur Martha, anda dapat lihat ramai orang yang tinggal di rumah berharga $10 million tetapi cuma memandu kereta Toyota berusia 10 tahun.” - Seorang pakar surgeri plastik yang berjaya di US


 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails