29 March 2014

Hilang Boyfriend Hilang Kawan

Assalamualaikum...

Hai uolssss masih ada yang berjaga ke???? Biasa la kan malam minggu....esok cuti yahuuuuu!!! Eh takde maknanya esok cuti untuk aku huhu....ai kerja uolsssss biasa la berkhidmat untuk negara hehe...takde la berkhidmat untuk anak bangsa je :D ....aku kan mengajar part time hujung minggu...Alhamdulillah rezeki...

Okey meh nak cerita sikit....dah lama aku perhatikan benda ni...ingatkan masa aku zaman remaja hingusan je wujud...zaman remaja tak kisah la sebab masa tu mungkin tak matang lagi kan....tapi dah masuk peringkat umur dewasa pun ada lagi mereka yang seusia atau lebih tua dari aku bersikap sedemikian....

BERCINTA SAMPAI TAK INGAT DUNIA!!!!! Kerana cinta sanggup lupakan dan ketepikan segalanya....ketepikan kesenangan hidup sendiri....ketepikan kawan kawan....sikit sikit alasan tak boleh itu tak boleh ini sebab boyfriend tak benarkan....boyfriend tak suka la hummm macam macam....

Tapi tak sempat nak berkelip mata...tak sempat nk ucapkan selamat berbahagia semoga kekal ke jinjang pelamin.....tuptup dah kena tinggal....akhirnya hilang kawan hilang boyfriend...jiwa merana....tanggung malu...bercintan cintun bagai nak rak bukan jaminan  si dia akan jadi pasangan halal kita....THINK!

Apa saja yang kita lakukan dalam hidup....jangan fikir nak seronok je...semua tu sementara....yang datang derita berpanjangan....ada akal guna sebaik mungkin....hidup ini sangat singkat untuk dibazirkan dengan perkara sedemikian :) 

26 March 2014

Doa

Assalamualaikum...

Syahdu betul kan kalau kita dengar dan hayati lagu Doa dari Rahimah Rahim ni....semoga kita semua berada dalam lindunganNya....setiap dari kita akan mati....bila dan bagaimana itu semua rahsia Allah SWT....doakan semua penumpang dan anak kapal MH370....

 
Hanya padaMu aku meminta
Sesungguhnya Kau pemurah
Ampuni segala dosaku

Kesejahteraan, kedamaian
Keimanan, ketaqwaan
Pintaku dariMu Tuhan

Selawat serta salam
Buat Nabi Junjungan
Kepada Muslimin dan juga Muslimat

Ya ALLAH Ya Tuhanku
Aku mendengar seruan
Dan hanya kepadaMu
Ku beriman

Kerana mu aku di sini
KepadaMu aku kembali
Apabila tiba saatnya nanti

Sehingga tiba detik itu,
Ku bermohon hanya dariMu
Engkau peliharailah diriku

Dengan namaMu
Allah Yang Agung
Yang Pengasih, Yang Pengampun
KepadaMu ku berlindung
 

20 March 2014

Khemah Depan Ofis

Assalamualaikum...

Hari ni suka lagi sebab jadual masuk lambat....so boleh la mengadap blog pagi ni kan...yang tak bestnya bila masuk lambat alahai berjanggut nak cari parking kemain susah....kalau sampai sampai terus dapat kat belakang ofis tu kira rezeki yang tidak terhingga la huhu....kalau tak kau kena pusing pusing kalau sambung pusingan tu entah sampai ke mana dah...entri pagi ni takde apa pun...sekadar perbualan kosong dan santai....takde isi takde tips untuk panduan hidup pun hehe...


Kamu : Eh lama tak dengar citer....keje mana sekarang ni? 

Aku : Keje kat Petaling Jaya....

Kamu : Habis tu tinggal mana?

Aku : Tinggal kat Batu 9, Cheras tu je....

Kamu: Jauhnya....nape tak cari rumah area PJ je dekat sikit....kalau aku tak sanggup nak ulang jauh setiap hari...

Aku : Emmmmmm :) :) :) :) :) :)


Hehehe takkan sepuluh kali tukar tempat kerja sepuluh kali nak pindah rumah kan...alang alang nak dekat sangat buat khemah depan ofis la....actually PJ ke Cheras dekat je...aku boleh sampai dalam masa dua puluh minit....kadang-kadang lima belas minit...itu dikira dekat la....kecuali time jem tak leh kata apa la kadang-kadang sejam atau lebih lagi....biasa la lumrah hidup kat KL ni...orang yang dok Klang kerje kat KL lagi jauh....orang yang dok Seremban kerje kat KL pun ada....aku setakat dok Cheras kerja kat PJ tu apa la sangat kan...

Kalau aku dah pasang niat nak kerja kat satu tempat sampai ke tua boleh la cari rumah dekat area ofis kan....dulu masa aku kerja kat Bangsar pun sama....masa tu tinggal kat Ampang belum kahwin lagi..."eh jauhnya nape tak cari rumah area sana je dekat sikit nak gi keje.." ....hahahaha adoiiiii sabar je la...

Kalau semua orang fikir macam tu....pemilik syarikat pindah barang la jadi individu nombor satu kaya kat Malaysia ni....sebabnya hari-hari ada orang pindah kan...satu hari tu entah berapa trip dapat....so hari-hari masyukkkkkk.....hehehe ok bye :D

19 March 2014

Rahsia Orang Kaya

Assalamualaikum....

Hai uolsss morning.....ceria je pagi pagi ni maklum la suami ada kat rumah lepas tu aku plak ada kelas petang je hari ni....so yabebedu masuk ofis lambat sikit la...sape  yang nak jadi kaya???? angkat kaki!!! dan pergi buat kerja la bukan angkat kaki ke atas ye....

Makin meningkat usia ni aku dah mula bijak sikit dalam perbelanjaan...bukan pakar sebab aku tak pandai hal kewangan ni...aku tau kira duit je hehe....maksudnya aku dah mula rancang perbelanjaan secara bijak....tahun ni kena maksimumkan saving.....stop atau kurangkan beli benda benda yang tak perlu...biar nampak 'nothing' asalkan tak sesak...dalam hidup aku tak pernah ada istilah biar papa asal bergaya...nak bergaya time ada duit lebih je haha...kalau takde dok diam diam....

Okey bawah ni ada tips pasal rahsia orang kaya....aku copy paste je dari facebook Datuk Dr Maznah Hamid....selamat membaca :)

--------------------------------------------------------------------------------


APAKAH RAHSIA ‘ORANG KAYA’ YANG PERLU ANDA TAHU

"KAMI ADALAH ORANG YANG KEDEKUT DUIT, DAN BERASA BANGGA BERSIKAP SEBEGITU"


1. “Pandangan saya begini, ; Tidak belanjakan duit seolah-olah seperti menambahkan simpanan saya. Jadi jika saya dapat menjimatkan $2000 dengan tidak melakukan penerbangan kelas pertama ,adalah sama seperti seseorang itu membayar saya $2000. Tidak sanggupkah anda duduk selama 3 jam walaupun di kerusi yang tidak selesa bertujuan menjimatkan $2000?” –Seorang pakar surgeri plastik yang berjaya di US

2. “Apabila kamu membuka akhbar harian/ majalah dan melihat ke arah ruang memaparkan kupon diskaun, ia bagaikan bil dollar merenung wajah anda dan membisik supaya bertindak cepat melakukan sesuatu terhadapnya. Itulah cara bagaimana saya membesar. Mengapa tidak kalau anda buat begitu?" –Hilary Swank, Hos rancangan bual bicara Kelly Ripa, yang membincangkan tentang keratan kupon.

3. “Ramai kawan saya dalam keadaan kehairanan melihat saya tidak memiliki banyak pakaian. Saya akan membeli 3 pakaian, hanya sekali pada setiap 3 tahun atau lebih, dan cuma memiliki 10 pakaian secara keseluruhannya. Itu sahaja yang saya perlukan.” –T.Boone Pickens, jutawan minyak, dalam sebuah temubal bersama majalah Kiplinger pada tahun 2012.

4. “Saya akan pergi ke bank (ATM) hanya sekali dalam seminggu, dan menguruskan segala perbelanjaan dengan tunai tersebut. Dengan berbuat demikian, saya terpaksa hidup dalam bajet yang tiada pemantauan teliti terutamanya aliran keluar wang dan menyimpan resit. Saya hanya dapat menyara kehidupan harian dengan berapa banyak wang yang ada dalam dompet saya. Saya menjadikannya sebagai satu permainan di mana setiap minggu, saya patut mengurangkan jumlah pengeluaran dari bank (ATM) sebanyak $20, untuk menentukan betapa rendahnya saya benar-benar boleh kurangkan.” –Alan Corey, penulis sebuah buku yang bertajuk “A million bucks by 30”.

5.”Kita mempunyai jiran yang kaya raya, tetapi mungkin kita tidak ketahuinya. Mereka yang benar-benar kaya biasanya bukan mereka yang memakai pakaian berharga mahal, mempunyai beg tangan terbaru, atau memandu kereta yang mewah. Di Ladang Anggur Martha, anda dapat lihat ramai orang yang tinggal di rumah berharga $10 million tetapi cuma memandu kereta Toyota berusia 10 tahun.” - Seorang pakar surgeri plastik yang berjaya di US


 

16 March 2014

Keyboard Warriors vs MH370

Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk hari kesembilan hilangnya pesawat Boeing 777 MH370 milik MAS....apa yang berlaku di sebaliknya hanya Allah SWT sahaja yang tahu....aku yang tak kenal mereka pun rasa sedih dan sebak...apatah lagi kaum keluarga mangsa yang terlibat....macam mana la nasib mereka yang berada dalam pesawat....semoga semuanya dalam keadaan baik...

Hentikan la pelbagai spekulasi....kutuk mengutuk kata mengata...saling menyalahkan antara satu sama lain....saling menuduh...biar pihak yang sepatutnya buat siasatan....kita yang bukan pakar ni diam je la...tunggu hasil laporan...tak payah la dok sibuk nak menambah sekali....

Apabila maklumat tak dihebahkan....ramai yang kata pihak kerajaan sedang sembunyikan sesuatu....kata lembap la itu la ini la....apabila disebarkan kepada pengetahuan umum...pun ada yang kata macam-macam....semua tak kena kan....ada sebab maklumat tertentu tak dihebahkan....cuba la fikir guna akal sikit...mungkin maklumat tu terlalu sulit yang akan menganggu siasatan...

Dan ada yang nak jadi reporter tak bertauliah atau reporter segera...."kawan aku cakap blablabla...." ...."kawan kepada kawan aku dia keje kat KLIA dia cakap blablabla....."....."kawan abah aku punya kawan dia pernah keje kat DCA dia cakap blablabla......"....."pakcik kepada sepupu aku punya kawan dia keje tentera udara dia cakap blablabla....."kawan kepada arwah nenek kawan aku dulu dia pernah keje jadi pramugari MAS kawan dia cakap blablabla....."

Dan ada lagi yang tahap kecerdikan berada level negatif seratus empat belas....boleh plak kata ni sebab co-pilot dia orang kelantan la sebab tu jadi macam tu....siap upload gambar dengan kata cacian dan kutukan melampau...kalau benci sangat kat kelantan tak payah la nak kaitkan dengan benda macam ni....sensitif kot....keluarga mangsa bersedih hilang selera makan nak tidur pun tak lena...kamu sedap je dok kata macam tu sambil makan lamb chop...

Okey nak cakap sikit....kalau setakat dok terbaring atas katil ngadap laptop ngadap henfon ngadap tab ipad segala bagai....kalau setakat dok jadi 'keyboard warriors'....mengutuk mengata memfitnah baik diam la buat malu je....langsung tak membantu apa apa....kalau rasa takde benda nak cakap...diam lebih baik...

Dan lagi satu dalam kita berkata-kata....fikirkan la perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat....jangan sebar berita yang kita sendiri tak tahu kesahihannya....jangan buat andaian sendiri....jangan berhenti berdoa....insya Allah mereka selamat...Ya Allah permudahkan segala urusan mereka....amin..

P/S: Maaf aku sedikit emosi...

12 March 2014

Manusia Hipokrit

Assalamualaikum...

Dalam kehidupan memang tak boleh lari dari berdepan dengan manusia hipokrit kan...mereka ada di mana-mana....di sekeliling...
 
HIPOKRIT
Aku benci hipokrit
Untuk apa jadi hipokrit
Apa kebaikannya...apa faedahnya

Untuk kamu manusia hipokrit
Kamu adalah pelakon hebat
Pelakon hebat yang paling jahat
Yang kadangkala bertopengkan syaitan

Di depan kau bermulut manis

Di belakang kau bermulut jahat
Di depan kau bantu
Di belakang kau khianat

Tidak perlu jadi manusia hipokrit
Semata-mata nak tunjuk baik
Semata-mata nak tunjuk diri suci
Di mata orang lain yang melihat mu

Apapun jadilah diri sendiri
Walau siapa pun kita
Terimalah diri seadanya

08 March 2014

Cuba cuba Franch Oil dan Franch Shampoo

Assalamualaikum...

Hari ni aku dah mula guna syampu dan minyak rambut ni.....ni ni mana ni...tu tengok bawah....Franch Herbal Hair Oil dan Franch Herbal Shampoo....



Sebenarnya kan aku dah tak tau nak guna syampu apa...aku rasa macam sama je haha...rambut aku ni jenis kering....bukan kering semulajadi....dulu zaman kanak-kanak yakni zaman belum cukup umur rambut aku ok je....dia mula buat hal jadi kering sebab terlebih guna bahan-bahan kimia kot...biasa la zaman muda remaja dulu....zaman feeling retis dengan rambut hot hahahaha....walaupun dah lama 'insaf' tapi rambut masih kekal kering uolsssss....so dah bermacam macam cara aku cuba...tapi takde la sampai menghabiskan duit ribu riban pun...rambut tetap sama...macam macam cara tu just guna syampu, tonik rambut, minyak rambut, dan vitamin rambut....tu je la...takde la aku nak pergi saloon untuk rawatan rambut secara rutin ke apa kan...

Korang jangan bayangkan rambut kering menggerbang macam hantu kak limah plak....no no no ok...terkejut suami aku tengok isteri dia macam tu...kering tu macam tak bermaya dan tak lembut...tapi aku rasa sekarang dah ok sikit la berbanding masa zaman belajar dulu...cuma strukturnya je masih kasar...maybe campur dengan stress kot...stress dengan exam dengan rambut aku sekali ikut stress hehe...

Sebelum ni aku guna Syampu Safi yang warna hijau tu...ok la aku suka...tapi sebab lama sangat guna lebih kurang dua tahun gitu...tiba-tiba rasa tak best plak maybe sebab bosan kot...rasa nak bertukar so aku try guna syampu Clear...beli pun yang kecik je...ok la juga rasa lembut je rambut...masa dok tengok produk-produk penjagaan rambut kat Giant Cheras last week aku terjatuh hati dengan produk rambut Franch ni...dan kebetulan syampu aku dah habis...harganya murah je dalam RM9 lebih...lebih berapa tu aku lupa dah hehe...



Aku beli ni memang packaging dia sekali macam tu...yang loose pun ada...Franch Herbal Hair Oil ni guna sebagai pre-wash....maksudnya sebelum kita syampu rambut sapu dulu minyak ni pada rambut dan kulit kepala (urut)...kemudian biarkan sekejap lebih kurang dua puluh minit dan baru syampu macam biasa...lepas sapu minyak tu aku wrap rambut so takde la rasa rimas minyak kena leher ke kena dahi ke...

Okey uolssss kita tengok apa kesan dia ye....kita cuba dulu ye mana tau jadi lembut harum sehalus sutera ke hahaha melampau sangat harapan...produk ni kan dari ramuan semulajadi...so harap rambut aku bertambah baik...baik macam mana???? aku tak harap pun jadi lembut giler macam iklan syampu tu....harap jadi sihat dan hilang dia punya kering cukup la...lagipun aku pakai tudung so takde la nak flip rambut bagai hehe....okey bye :)

CLEARANCE SALE di MissNick Collection

Assalamualaikum....

Hai selamat hari Sabtu....selamat hujung minggu...selamat bercuti!!!!!

Sebenarnya dari awal tahun hari tu lagi aku nak buat CLEARANCE SALE untuk item di page bisnes aku tu MissNick Collection.....tapi Ya Allah punya la busy dengan kerja sampai tak sempat nak buat...aku takde masa nak dok lama lama depan laptop mengadap Adobe Photoshop...

Hari ni akhirnya dapat la luangkan masa untuk fikir semua tu...harap boleh settlekan hari ni...sebab esok aku ada kelas lagi huhu....jadi berlari lari la sikit hari ni kan...suami demam so aku la yang kena buat semua kerja rumah hari ni...basuh baju, masak, dan lain-lain...selalunya time cuti memang suami yang akan tolong sebab dia faham isterinya ni sibuk sikit....takpe la kata nak jadi superwoman kan so kena la multitasking hehe...

Okey uolssss aku ada beberapa helai lagi stok yang nak dihabiskan kasi clear terus....harga pun of course la line clear kan....bagi murah sangat murah sangat murah murah murah.....kadangkala orang tak percaya aku ni biar betul selalu bagi harga murah....meh sini nak cerita....aku ni bisnes sebab minat so keuntungan tu jatuh nombor dua...dan aku bukannya hidup bergantung sepenuhnya dari hasil bisnes...buat tambah tambah je....aku dah ada kerjaya tetap yang stabil....so takde la aku nak ambik untung giler giler haha....kalau aku ni bisnes semata-mata nak untung fikir duit je...mesti la aku dah bisnes benda lain kan...jual orang kihkihkih :D....

Kiranya dah jadi darah daging la...resah gelisah kalau tak berniaga haha....aku start berniaga dari zaman sekolah lagi...sampai la masuk universiti...sampai la dah kerja...kiranya aku dah start pegang duit sendiri masa zaman sekolah la walau takde la banyak mana pun...dulu berniaga barang-barang dalam katalog haha maklum la takde modal kan...orang bayar dulu baru aku gi ambik barang...sekarang dah kerja dah ada modal so boleh la borong stok banyak banyak then jual...

"Kalau macam tu bagi free je la....atau jual dengan harga modal je la"......hoiiii aku ni bisnes....berniaga wei berniaga....dah nama lagi berniaga kan mesti la ada urusan jual beli...aku bagi barang kau bagi duit...kau dapat barang yang kau nak...aku dapat duit atau keuntungan...adil kan...aku bukannya buat kerja amal...pasal kerja amal tu part lain takkan aku nak cerita satu satu betul tak...

Panjang plak membebelnya...makcik makcik sangat kan aku ni hehehe....meh nak tunjuk item yang akan di CLEAR murah murah...















Gelombang - Salamiah Hasan

Nasib ku dirundung malang
Sederas gelombang
Menghempas di pantai

Semalam aku ternoda
Dalam sinar cahaya
Di jendela

Tiada esok lagi
Gelap masa depan
Cemar hidup ini
Tiada erti

Hidup ku seperti badai
Tak henti gelora
Musnahlah segalanya
Perasaan dan harapan untuk hari esok
Tiada lagi

Oh Tuhanku
Kepada-Mu ku pohon ampun
Doa restu....lindungilah daku
Yang tidak berdaya di bumi-Mu ini

06 March 2014

Biar Papa Asal Bergaya

Assalamualaikum....

Hai uolsssss....nak tau tak aku sekarang ni tengah berusaha nak siapkan cerita ceritut yang ada kat draft folder tu...ada idea tentang sesuatu isu atau perkara...aku update kat facebook....atau update kat draft folder...yang update kat facebook tu nanti aku masukkan kat draft folder jugak...so aku akan siapkan semua entri tu bila masa mengizinkan dan publish...ye la yang kat draft folder tu aku buat simple je...just macam catatan idea secara ringkas gitu...aku tak hebat untuk menaip dan menyusun ayat dalam keadaan tergesa-gesa...atau dalam keadaan tengah busy buat kerja lain...atau dalam keadaan tengah menunggu seseorang....aku kena duduk diam diam tenang depan laptop...fikir dan taip...

Ok back to the topic....seperti biasa iolssss kalau dah start mukadimah panjang sikit...

Kadang-kadang orang kita ni suka membandingkan jenis kereta dengan taraf kewangan seseorang....mesti korang pun selalu juga hadap benda benda macam ni kan....contohnya bila tengok orang tu pakai kereta biasa biasa "mesti keje gaji kecik ni or keje biasa biasa je"....kalau tengok orang pakai kereta besar "besarnya kete mesti pendapatan pun besar duit banyak ni"....

Tau tak kadang-kadang orang yang nampak kaya tapi tak kaya pun sebenarnya....bukan semua ye...yang aku maksudkan di sini ialah tak kaya tapi berlagak kaya...yang nampak kaya dan memang kaya tu biar la dah memang dia kaya kan...itu tak masuk dalam cerita ni hehe....

Contohnya kan nak pergi mana-mana berkira giler duit minyak berbanding orang yang pakai kereta biasa ni....nak makan sedap-sedap pun kedekut sayang nak keluar duit...dan tengah bulan poket dah kering...lepas tu pinjam duit orang lain...

Kesimpulannya 'biar papa asal bergaya' tak leh pakai tau....jadi la diri sendiri seadanya asal tak menyusahkan orang lain dengan penyakit yang kita sendiri cari....orang lain plak yang terpaksa tanggung akibat dari perangai kita yang berlagak kaya tapi hakikatnya kedana...

Sekian, terima kasih...
Pengguna kereta biasa buatan Malaysia...dan kerja pun biasa biasa je...Alhamdulillah cukup :)


Kereta idaman aku hehehe...buat masa sekarang ni pakai je la ikut kemampuan....asal senang untuk bergerak ke sana ke mari...asal tak perlu berhutang sementara nak tunggu gaji....asal tak perlu terpaksa menahan keinginan nak beli barang yang disukai....asal tak perlu catu makanan bila masuk tengah bulan...kredit gambar dari newcars.com

04 March 2014

Bila Artis dan Hiburan Diagungkan

Assalamualaikum...
 
Kenapa ramai sekarang ni yang lebih mengagumi artis dari para ilmuwan...hiburan diagungkan tetapi perkara perkara yang berunsur ilmiah dan pengetahuan dipandang sepi...ilmu pengetahuan itu penting untuk kelangsungan hidup...buka hati dan terapkan unsur unsur yang membina minda kalau nak maju dan berjaya....

Jangan ada yang salah faham plak ye...kang ada fanatik artis datang serang aku bertubi tubi haha...aku tak kata semua orang...kalau semua orang tu termasuk aku sekali la...ye dok hehe..

Tidak salah nak minat artis....aku pun ada minat artis artis tertentu....selalu sumbat telinga dengar lagu lagu....tengok tv tengok nyanyian segala bagai....sekadar minat je la tak lebih dari tu...

Maksud aku kagum giler dengan seseorang artis dan setiap segala inci berkaitan artis semua nak tiru....artis pakai nampak pusat dia pun ikut sekali....artis pakai nampak lurah dendam dia pun pakai jugak....lepas SPM cita-cita nak jadi artis....sekarang ni nak jadi artis pun kena berilmu tau...yang mana elok ambik dan yang tak elok tu jangan la pandang kan :)

Aku pun bukannya baik sangat...tapi sedih dengan anak bangsa kita sekarang ni...aku kata macam ni dengan melihat dari sudut pandangan aku sebagai seorang pendidik di IPT...

Kalau pasal artis dan hiburan expert....bergaya berfesyen bukan main....tapi benda simple dan pengetahuan am sangat cetek.... "Ms. Nik  apa maksud aplikasi?" .... "Ms. Nik apa maksud advise?" .... "Ms. Nik apa maksud simptom?" .... "Ms. Nik apa maksud cause?" ....itu belum pengetahuan am..

Bukan aku merungut bukan aku merendahkan sesiapa...langsung tiada niat....hanya ingin bercakap tentang artis dan hiburan diagungkan....ilmu pengetahuan dipandang sepi dan dianggap tidak penting....dik oiiii bukannya kalau kau jadi artis automatik kau akan jadi kaya....dan bukan semua artis kaya dan berjaya...ramai jugak yang sendu...hentikan la angan verangan itu...kalau nak sangat jadi la artis yang ada pendidikan yang ada ilmu....

Apapun dalam hidup kita mesti ada keseimbangan kalau nak berjaya....dan mesti realistik....thanks :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails