28 February 2014

Kos Gaya Hidup vs. Kos Sara Hidup

Assalamualaikum...

Kejap je kan pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Mac 2014....rasa macam baru je masuk Januari hehe ok manusia mudah lupa :D

Masih berada di awal tahun...dan masih belum terlambat untuk kita cek dan kaji balik tentang hal kewangan kita....aku ada baca satu artikel dalam Majalah Nur tentang kewangan iaitu kos sara hidup dan kos gaya hidup....lately aku makin banyak belajar tentang pengurusan kewangan...maklum la dah kahwin ni kan kena la pandai uruskan kewangan peribadi...dulu masa bujang takpe la berbelanja sesuka hati hehehe...

Ok jom kita kupas...aku tak masukkan semua apa yang ditulis tau...aku baca, ambik point penting, dan hurai ikut ayat aku sendiri...

Majoriti rakyat di Malaysia ni menanggung kos gaya hidup yang tinggi....kos gaya hidup ye bukan kos sara hidup....dah la kos sara hidup kat bandar tinggi...tambah lagi dengan gaya hidup hurmmm memang kedana la kan...kalau dah terlebih mampu boleh la nak layan gaya hidup ni....contohnya pendapatan RM12 000 dan hutang plus lain-lain komitmen RM2000 boleh la....tapi kalau pendapatan RM5000 dan hutang plus komitmen lain dah RM2500 lupakan je la...tunggu habiskan hutang dulu hehe...rasanya tak payah la nak explain lagi kan...semua dah cukup faham.....okey iolsss terasa sebab dulu pernah terlebih berbelanja...maklum la terkena kejutan budaya dapat pegang duit ribu riban hasil titik peluh sendiri....

Orait lets cekidaut apa yang boleh dilakukan dalam menjaga kewangan peribadi kita....

1. Menabung
Kalau sebut menabung ni budak tadika pun tau kan....meh sini nak share strategi menabung yang selamba, rileks and cool...macam aku la kan aku akan menabung RM1 atau RM10...nilai lain aku tak pernah buat lagi....contohnya kalau menabung RM1 aku akan pastikan aku masukkan RM1 dalam tabung tanpa mengira jumlah yang ada...maknanya aku tak akan biarkan duit RM1 ada dalam purse aku walaupun sekeping...ada RM9 maknanya RM9 la aku masuk tabung....

Atau pun kalau menabung RM10...aku akan pastikan setiap hari aku masukkan RM10 dalam tabung tu...kalau terlupa maknanya kena double or triple la...so korang kira la berapa...aku tak pandai matematik malas nak kira haha...tapi takde la aku amalkan konsep sedikit lama-lama jadi bukit....setiap hujung bulan aku guna la balik duit tu buat makan minum...so jimat duit gaji kan...tapi kalau korang nak biarkan membukit pun boleh...terpulang la tapi lebih elok simpan di bank kan...saving tetap aku pun memang kat bank...

2. Sistem sampul surat
Maksudnya setiap belanja ada satu sampul surat khas...contohnya sampul biru untuk ansuran kereta...sampul merah untuk ansuran rumah...sampul kuning untuk perbelanjaan barangan dapur....supaya kita dapat memastikan perbelanjaan tidak terbabas....peruntukkan bajet yang sesuai mengikut kategori sampul....jangan lebih atau kurang....okey katakan bajet perbelanjaan dapur RM500....so sampai situ je had untuk digunakan...setiap kali beli barang ada duit baki masukkan balik dalam sampul...dan kalau dah cukup hujung bulan masih ada lagi duit lebih dalam sampul...ambil dan simpan dalam akaun simpanan tetap...atau boleh biarkan je dalam sampul tu...nanti just topup je la bajet yang baru mengikut jumlah yang sesuai...

Sistem sampul surat ni hati kena cekal...takde disiplin susah nak berjaya tau huhu....aku belum buat lagi macam ni....buat masa ni aku main keluar je belanja...takde bajet khas....lepas dah settle segala komitmen hutang...bagi mak ayah...simpan ke akaun simpanan tetap...simpan ke akaun bank khas untuk kes emergency...then aku berbelanja la sesuka hati....takde la sesuka hati sangat pun sebab selalunya lepas dah tolak semua tu tinggal seciput je kat aku haha....mungkin sebab hidup berdua je kan...dah ada anak nanti harus la buat bajet sebab banyak belanja yang keluar...

3. Tulis matlamat
Kalau sebelum ni  kita tidak pernah menulis di atas kertas...apa kata mulai sekarang kita tulis segala matlamat di atas kertas dan tampalkan di tempat yang kita boleh nampak setiap hari...contohnya dekat bilik bacaan ke...kat dinding tepi meja solek ke...supaya hati kita teguh untuk mencapai matlamat kewangan yang telah ditetapkan....ye la dok baca setiap hari kan mesti la melekat kat minda...

Antara matlamat kewangan yang kita boleh tetapkan ialah tidak mahu mengambil pinjaman peribadi yang baru....tidak membeli gajet terbaru kecuali terpaksa kerana keperluan kerja yang penting....akan memotong kad kredit dan berbelanja dengan tunai mulai hari ini....bebas daripada hutang dalam masa lima tahun...dan lain-lain matlamat kewangan mengikut kesesuaian individu...


Orait itu sahaja....selepas dah tetapkan matlamat so kena la ikut kan....orang kampung aku cakap praktikkan hehe....dan ubah gaya hidup...kalau tak memang tak menjadi la...ini boleh jadi panduan untuk aku juga...ye la aku pun selalu lupa dan gelap mata time dapat gaji haha....nak itu nak ini....tapi cepat cepat tepuk kepala bagi sedar sikit....insya Allah sama-sama kita ubah diri dan tetapkan matlamat kewangan....

P/S: Apa yang penting juga jadikan sedekah sebagai amalan kehidupan kita....itu jangan lupa walau macam mana pun kita berjimat....

10 comments:

  1. tip y bagus..bila dah pegang duit, macam2 nak beli

    ReplyDelete
  2. @ Mar Mansor...
    hehe sama la...tu yg hati kena cekal..

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg sgt bermanfaat :)

    ReplyDelete
  4. eh bagus gak tips ni.. part yg zam suka sampul surat tu..

    ReplyDelete
  5. @ adzairdawati makdara...
    thanks makdara :)

    @ Zamani Abe...
    jom amalkan :)

    ReplyDelete
  6. amboi.. sistematiknya.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Selalu kita kalau dapat gaji kena terus settlekan segala benda yang nak kena bayar. Nanti takut terguna lebih habis lah hehe..

    http://inimyapunye.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. waa..awesomee..before ni asyik simpan resit ja dalm purse tu..tp bila buat smpul mcm kt ats tu nmpk lbih menarik n praktikal..nti nk tryy la..hehee..

    **kunjung blog saya blek ehh..

    ReplyDelete
  9. huaa..nice sharing. mmg tak boleh klu ada duit di tangan rasa semua benda nak beli.

    ReplyDelete
  10. @ Incik Zarif...
    haha gini la orang yang tak berapa nak ada ni...kena la sistematik..

    @ Amira Amin...
    hehe sama la kita...settlekan smua hutang piutang then baru berbelanja untuk benda lain...

    @ fifa alya...
    ok cuba jangan tak cuba hehe...

    @ Wan Nursyahirah...
    tq :) ...anggap je duit tak brpa nak ada...confirm beringat nak belanja...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails