31 December 2014

Terima Kasih...Semoga Murah Rezeki

Assalamualaikum...

Sesi mengupdate entri basi lagi hehe...tapi takde la basi sangat kan sebab kejadiannya masih dalam bulan ni. Aku suami isteri ada order cheezy sauce ni dari kawan suami aku. Malam 13hb Disember suami keluar la pergi ambik kan dekat area rumah kawan dia tu....sekali kau dia bagi free je. Bukan setakat cheezy sauce powder tu...tapi dapat free mashed potato powder sekali.

Feveret aku kot benda ni...setiap kali pergi KFC pun wajib order cheezy wedges...lagi best bila ada pekerja yang tak kedekut letak cheezy sauce ni banyak banyak kat atas tu. Ada ni senang rasa nak makan cheezy wedges buat je sendiri...potong kentang lepas tu goreng...letak cheezy sauce dah siap boleh ngap. Makan dengan ayam goreng pun sedap...atau apa-apa je la yang korang suka. Tak pernah wujud peraturan cheezy sauce ni mesti makan dengan apa....nak cicah dengan durian pun boleh itu pun kalau korang selera la hahaha.




Berbuatlah kebaikan dalam dunia ni tak kira walau sekecil mana sekalipun. Mungkin kebaikan itu akan menolong kita lima tahun, sepuluh tahun akan datang...atau saat akhir hayat kita. Siapa tahu kan dengan izin Allah swt semua jadi.

Okey untuk Jay dan isteri, kami doakan korang murah rezeki, panjang umur dan bahagia selalu.

Daging Masak Black Pepper

Assalamualaikum...

Aku update resepi lagiiiiiii...sila jangan muntah hahaha. Ini pun entri tertangguh jugak ni...aku lupa dah bila aku masak daging black pepper ni...ini daging korban masa raya haji hari tu...yang pasti raya tahun ni la bukan tahun lepas ye. Tak kisah la yang penting update kan....gitu. Aku punya resepi simple je tak banyak bahan pun...nama lagi resepi campak campak kan.

Okey tak nak cakap banyak....jom tengok bawah.




Resepi Daging Masak Black Pepper a.k.a Daging Masak Lada Hitam

Bahan-bahan A:
-  300 gram daging (dipotong nipis) atau suka hati la nak banyak mana hehe
-  1 labu bawang besar (dipotong gelang)
-  3 sudu makan sos lada hitam
-  1 sudu makan lada hitam (ditumbuk kasar)
-  1 biji kentang (dipotong empat)
-  Garam (sekiranya perlu)

Bahan-bahan B (bagi menumis):
-  3 biji bawang merah (ditumbuk)
-  2 ulas bawang putih (ditumbuk)
-  1 biji cili merah (dihiris)

Cara-cara:
1.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga layu.
2.  Masukkan daging, lada hitam, sos lada hitam dan kentang. 
3.  Kacau rata dan masukkan sedikit air. Biarkan sehingga daging dan kentang empuk. 
4.  Masukkan bawang besar dan kacau seketika sehingga sedikit layu.
5.  Tutupkan api dan sedia untuk dihidangkan. 

Nah nampakkkkk.....senang je kan. Sebenarnya kan kalau korang tak nak letak kentang pun takpe...boleh ganti dengan tomato. Hiasan pun boleh buat macam-macam...tabur hirisan daun bawang ke...hirisan daun celery ke...suka hati la asalkan bukan daun ketum. Bawang besar tu pun letak banyak sebab aku memang suka makan bawang besar gaul dengan nasi.

Jumlah air pun suka hati nak letak banyak mana...satu baldi pun boleh. Aku suka letak lebih sikit sebab nak kuah lebih. Ada sesetengah orang dia suka kuah sikit dan pekat....terpulang kepada citarasa masing-masing. 

Okey selamat mencuba. Jangan letak air satu baldi ye haha nanti jadi daging black pepper banjir plak...tataaaaa ^_^

30 December 2014

Roti Jala Lembut dan Sedap

Assalamualaikum...

Aku dah mula nak update entri tertangguh ni hehe. Mood untuk update blog dah datang balik kan...maklum la musim banjir kat pantai timur...tapi dengan aku yang kat Kuala Lumpur ni banjir sekali dok fikirkan keluarga kat kampung. Ini entri kedua aku selepas banjir dah surut kat rumah...entri sebelum ni panjang lebar aku dok cerita pasal banjir dan juga perasaan aku....boleh baca kat SINI 

Bila cek handphone rupanya ada gambar yang aku belum update...bukannya update gambar semata-mata tapi dengan ceritanya sekali la. Ramai dah pakat dok menanya aku pasal resepi roti jala ni...meh haaaa nak bagitau. Dalam entri ni ada dua gambar tapi pada masa yang berbeza...senang letak sekali terus dalam ni hehe.

Gambar bawah ni aku buat masa potluck kat ofis iaitu pada 17 Disember 2014. Kiranya celebrate la sempena semester dah habis...kerja semua dah siap...paper exam semua dah tanda...so bila makan makan ni boleh la release tension kan. Mana tak sihat sejahtera semua kikikiki....makan aje. Penat kau aku menjala sampai rabak mata...jam empat pagi baru siap....tapi takpe la bukan selalu kan. Lepas tu aku buat kari ayam ada la satu kuali besar hehe.


Gambar bawah ni plak yang aku buat beberapa minggu sebelum yang atas tu....tak ingat bila.



Roti jala ni serius lembut dari pagi sampai ke malam tau. Aku ambik resepi ni kat blog http://aziejaya.blogspot.com/ . Selalu jugak la aku skodeng blog beliau time bosan tak tau nak masak apa. Laku aku berniaga hari tu...roti jala dengan kari ayam semua licin. Kawan-kawan dok ulang ambik sampai ada yang bawa balik rumah hehe. Jom tengok resepinya kat bawah ni.

Resepi Roti Jala Lembut dan Sedap

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak...atau nak letak butter pun boleh
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air / santan / susu segar / susu sejat (aku campur 2 cawan air dan 1 cawan susu sejat...mana-mana la yang korang suka)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Campurkan semua bahan di atas dan pukul hingga sebati. Aku guna blender je malas nak bawa keluar mixer. Masa adunan yang terakhir tu mati kau blender aku haha sebab panas....ye la buat banyak kan sepatutnya guna mixer la. Lepas dah sejuk blender tu hidup balik...dan aku sambung lagi.

Kalau nak tau adunan tu dah ngam dah ok dah boleh dijala...cuba masukkan sikit ke dalam acuan. Kalau keluarnya elok tak putus putus maknanya korang dah boleh siap sedia untuk tebar jala. Kalau pekat sila tambah air....tapi jangan cair sangat tau so agak agak je la. Kalau keluar cantik macam shower dalam bilik air tu maknanya dah boleh dijala la tu.

Aku guna Slant Fry Pan iaitu non-stick pan untuk masak roti jala tu...kejap je dah masak...kalau terlebih masa sikit pun roti jala tu tak hangit atau tak garing berbanding kuali lain yang aku guna sebelum ni. Tak perlu dibalikkan...dah masak terus angkat dan gulung. Slant Fry Pan pun aku ada jual jugak.

Ada orang tanya macam mana aku buat roti jala yang nampak halus jalurannya. Aku guna acuan yang jenis botol tu....kena tebuk sendiri lubang kat muncung dia...so kita boleh control jumlah adunan yang keluar. Nak jalur besar buat lubang besar...aku gunting sikit je muncung so lubang tu jadi kecik tu yang hasilnya roti jala aku jadi macam tu hehe...ok acuan roti jala tu pun aku ada jual harga RM5 je satu. Nanti aku update gambarnya kat blog aku lagi satu tu http://ai-inspire.blogspot.com/

Okey uolsss selamat mencuba.

29 December 2014

Keadaan Banjir di Kelantan Kini dan Perasaan Aku

Assalamualaikum...

Sebelum tu nak bagitau...ini entri yang super panjang...harap tak jemu baca ye :)

Tengah malam ni baru aku dapat kekuatan untuk update blog...lepas last aku update tu langsung tak buka blog dah...takde mood. Aku banyak tengok facebook dan whatsapp je untuk mengikuti perkembangan banjir di Kelantan.

Risau runsing resah gelisah dalam diri hanya Allah swt yang tahu. Rumah dilanda banjir lepas tu terputus hubungan dengan keluarga di kampung. Bertambah risau sebab ini banjir yang paling buruk selama tiga puluh tahun aku hidup.

Hari Rabu 24 Disember...bandar Pasir Mas dah dinaiki air petang tu. Jarak bandar dengan rumah aku lebih kurang dalam lima kilometer kot...agak agak je la. Lepas tu kampung kampung yang berdekatan dengan bandar dah digenangi air malam tu.

Esoknya Khamis 25 Disember 2014 air makin naik di kawasan bandar dan kampung berdekatan. Air sungai Kelantan hampir melimpahi benteng di bandar....benteng sungai kat bandar Pasir Mas tu agak tinggi jugak la. Tengahari tu kampung sebelah kampung aku dah mula dinaiki air....dalam plak tu. Kawan-kawan aku yang tinggal kat situ bagitau tak pernah sampai dalam macam tu.

Malam tu dekat jam sembilan...aku call rumah kat kampung. Kakak aku bagitau air dah sampai kat kampung kitaorang...dah ada kat depan rumah jiran yang jaraknya dalam enam buah dari rumah aku...ok rumah kat situ dekat dekat. Cakap tu je la sebab semua tengah sibuk mengemas kat dapur...tak sempat nak cakap panjang. Barang-barang yang berat semua dah angkut petang lagi...tinggal yang lain lain je la tak angkut. Rumah aku kat dapur rendah...bahagian ruang tamu tinggi.

Sambil tu ada dok dapatkan update dari kawan-kawan kat facebook. Dalam jam sebelas malam kot aku call balik tu dah tak dapat....call talian tetap rumah...call handphone semua tak dapat dah. Tengok kat facebook kawan-kawan pun sama dah tak dapat hubungi keluarga mereka. Lepas tu dapat tau bekalan elektrik juga dah diputuskan. Oh myyyyyy makin risau!!!!!!!!

Air plak naik dengan mendadak...dalam setengah jam air dari buku lali boleh naik sampai paras lutut. Kami adik beradik sepupu apa semua tak tidur malam tu. Kawan-kawan aku pun sama sibuk dok bertanya khabar dan dapatkan apa-apa update kat facebook. Hilang rasa mengantuk hilang selera makan. Pagi esoknya baru aku tidur...risau memikirkan apa nasib keluarga aku...dah makan ke belum..tidur kat mana...kalau air naik lagi tengah malam tu masuk ke dalam rumah macam mana...sejuk ke mereka...dengan gelapnya takde elektrik.

Jumaat 26 Disember awal pagi tu kakak aku ada sms adik...dia bagitau air dah penuh kat ruang dapur. Lepas tu sepupu aku bagitau keluarga aku dok rumah makcik aku kat sebelah rumah je....sebab rumah makcik tu dua tingkat so dok tingkat atas la. Bahagian bawah air dah paras betis padahal rumah makcik aku tinggi jugak bahagian bawah kena naik tangga. Ya Allah makin risau. Rumah aku plak sikit lagi air nak cecah masuk ke bahagian atas iaitu ruang tamu.

Petang tu kakak aku sms lagi kata air makin naik. SMK (A) Lati yang dekat dengan rumah kami dah lebih kurang tiga ribu mangsa kat sana masa tu....dengan makanan takdenya. Tak boleh bayangkan bagaimana keadaan bayi, kanak-kanak, orang tua, orang sakit yang tinggal kat sana. Lepas tu ada lagi mangsa-mangsa banjir yang terperangkap dalam rumah sendiri....terutamanya rumah yang bahagian kampung belah dalammmm tersorok. Macam rumah aku betul betul tepi jalan utama...so boleh nampak bot dok meronda dan bawa mangsa ke pusat pemindahan.

Hari Jumaat tu la baru dengar khabar berita dari kampung...tu pun melalui sms dapat la dua tiga kali sehari berita...nak sampai pun lambat sms tu...ye la line sangat teruk kan....kira kalau sms masuk tu alhamdulillah syukur dah. At least boleh tau keadaan kat sana macam mana. Ada kawan-kawan aku yang dah tiga empat hari tak dapat berhubung dengan keluarga mereka.

Hari Sabtu 27 Disember...dapat info air naik lagi...hummm perasaan aku tak perlu diulang lagi...sama je macam kat atas. Siang malam dok doa semoga banjir cepat surut. Setiap kali bot lalu mesti penuh dengan mangsa yang nak dihantar ke pusat pemindahan. Keluarga masih kat rumah makcik aku....tapi mereka semua dah bersiap sedia untuk pindah.

Kat rumah pakcik aku yang selang dua buah rumah dari rumah aku plak air dah sampai paras lutut kat ruang tamu...lagi risau. Kat halaman rumah dah melebihi paras kepala...so mereka tak boleh nak keluar ke rumah makcik aku walaupun dekat sangat. Setiap kali bot lalu jerit panggil tapi penuh dah tak muat.

Tengahari tu kakak aku sms bagitau keadaan paras air bertahan...tak naik dah...so mereka masih kat rumah makcik. Serba salah nak pindah sebenarnya dengan sepupu aku isterinya baru habis pantang. Anak tiga kecik lagi umur dekat dekat...dengan pusat pemindahan padat giler hari tu dah sampai lebih kurang lima ribu orang...sampai kena tidur kat kaki lima....dengan makanan tak cukupnya. Tapi kalau keadaan mendesak sangat memang la kena pindah kan....takkan nak duduk rumah lagi huhu. 

Petang tu dapat info dari sepupu banjir dah surut sikit...ok aku pun rasa lega sikit. Surut lebih kurang dalam tiga empat inci gitu la...ok la sikit pun at least ada penurunan.

Hari Ahad 29 Disember...dapat info lagi yang air dah surut banyak. Banyak pun takde la tinggal paras buku lali hehe...depan rumah lebih kurang paras paha ke pinggang gitu la kot...okey la dari sebelum dah lebih kurang paras hidung aku. 

Dapat info dari kawan-kawan pun kebanyakan tempat di sekitar Pasir Mas air dah surut...tinggal sikit je kiranya dah nampak jalan...tapi rumah aku belum lagi...tapi dah syukur sangat sangat. Ada penduduk yang dah balik ke rumah...ada yang dah boleh keluar beli makanan. Bantuan banjir pun dah banyak sampai....alhamdulillah syukur Ya Allah. 

Sebelum ni ramai yang berlapar tak sanggup aku dengar. Kawan aku sendiri nak buat susu anak pun takde air bersih. Kanak-kanak ramai dok menangis sebab lapar. Orang tua yang dah uzur terpaksa tidur berlantaikan simen tanpa alas tanpa selimut....ada yang berpakaian lembap. Kita yang kat rumah pun kalau hujan berselimut kadangkala masih terasa sejuk di kulit. Okey la tak nak hurai panjang lebar pasal tu. Hanya mereka yang mengalami tahu dan faham keadaan yang dilalui.

Hati ni dah meronta nak balik...tapi apakan daya tak boleh balik. Banyak jalan masih tutup. Lagipun kat Pahang dan Terengganu banjir juga...dengan LPT naik airnya...kat Kelantan pun sangkut kat Kuala Krai. Aku yang memiliki kenderaan ringan ni kena la bersabar dulu huhu.

Okey kawan-kawan doakan setiap negeri yang dilanda banjir ni semoga keadaan akan segera pulih seperti biasa. Hummm tak dapat bayangkan keadaan mereka...ada yang kehilangan ahli keluarga, hilang tempat tinggal sebab ada rumah yang hilang terus hanya tinggal tapak je, yang kehilangan harta benda. Ya Allah sangat hebat dugaan untuk mereka. Harap ada sinar yang menanti lepas ni. Setiap ujian dan dugaan adalah tanda Allah sayang pada kita. Tabahlah.



24 December 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com

Assalamualaikum...

Salam pagi Rabu...nak balik kampung tak dapat kan so meh la kita join segmen...dah lama kot aku tak join benda benda macam ni....uolssss jom sama sama kita meriahkan Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com ni.

Sebelum tu jom kita sama sama doakan semoga mereka yang sedang dilanda bencana berada dalam lindungan Allah swt. Semoga dipermudahkan juga urusan pihak penyelamat dalam memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat...amin.


Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

23 December 2014

Tutorial Cara Letak Top Commentator Bulanan

Assalamualaikum...

Syok weh dah la cuti lepas tu hujan plak memang dok rumah je la...sepatutnya esok balik kampung. Husband pun dah ambik cuti tiga hari...kereta pun dah siap servis semua tapi apakan daya air sungai Kelantan makin naik. Gua Musang pun dah banjir lepas tu jalan tutup tak boleh lalu...nak balik ikut Gerik, Perak boleh je tapi tu la risau nak balik ke Pasir Mas takut air naik tengah jalan huhu.

So far kat kawasan Jeli masih okey. Nak ke Pasir Mas melalui Rantau Panjang sah la tak boleh sebab kawasan tu banjir...nak ikut jalan Tanah Merah pun tak berani sebabnya jalan tu kadangkala naik air juga. Malam tadi call mak cakap lusa nak balik kampung...terus dijawabnya "tak payah balik la air makin naik ni...kang tak pasal pasal sangkut tengah jalan kena patah balik KL...dok rehat kat rumah je la". Sebagai anak yang patuh aku akur hahaha...

Tujuan utama update nak share tutorial cara letak komentator bulanan di blog...tapi panjang plak aku membebel. Permulaan dulu aku guna top commentator secara keseluruhan tu tapi macam tak best plak tak adil untuk yang lain...sebabnya pengomen yang komen awal awal dulu la selalu dok atas kan. Lepas tu aku guna widget top commentator bulanan...lama juga guna tu tapi aku tak tau kiraan tu dari bila ke bila sebabnya dekat coding just letak nama bulan je contoh Disember. Lepas tu hari ni aku godek lagi dan terjumpa tutorial baru...widget commentator bulanan tapi kita boleh masukkan date dari bila ke bila...menarik.

Hoiiiii bila nak bagi tutorial cara letak top commentator bulanan???? Asyik dok potpet potpet dari tadi...okey tengok bawah ye hehe...

1. Log in blogger.com macam biasa.
2. Dari Dashboard ===> Layout ===> Add gadget ===> HTML/Javascript.
3. Okey copy code di bawah ni ye.

<script type="text/javascript">
function getYpipe(feed) {
document.write('<ol>');
var i;
for (i = 0; i < feed.count ; i++)
{
var href = "'" + feed.value.items[i].link + "'";
if(feed.value.items[i].link == "")
var item ="<li>" + feed.value.items[i].title + "</li>";
else
var item = "<li>" + "<a href="+ href + '" target="_blank">' + feed.value.items[i].title + "</a> </li>";
document.write(item);
}
document.write('</ol>');
}
</script>
<script src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?
YourBlogUrl=http://diarymissnick.blogspot.com 
&ExcludedNick1= Nik Azidah
&ExcludedNick2= Anonymous
&ShowHowMany=10
&ExcludeCommentsBefore=01-12-2014
&IncludeCommentsBefore=31-12-2014
&_callback=getYpipe
&_id=50b225c916b74b06779b9489abceef2a
&_render=json"
type="text/javascript"></script>

4. Paste ke dalam kotak HTML/Javascript tadi.
5. Lepas tu pandai pandai la edit ye letak url blog korang, nama admin, bilangan komen yang korang nak paparkan, dan juga tarikh kiraan dari bila ke bila. Tengok yang mana aku dah bold tu. 
6. Then save...settle!

Aku ambik tutorial ni kat blog http://www.azhafizah.com/ .....tq so much tau. Jom blogwalking secara berjemaah ke blog http://www.azhafizah.com/ ....tak rugi sebab blog beliau best okey!

Holiday Mood ON!

Assalamualaikum...

Hai uolssss apa khabar???? Hehe baru nak update blog kan...busy kat blog lagi satu maklum la baru buat kan so banyak benda nak kena update...tak bermakna aku lupakan yang ni...tempat jatuh lagi dikenang kan blog diarymissnick tetap di hati selamanya...

Alhamdulillah Jumaat lepas iaitu 19 Disember 2014 last bekerja...bukan last untuk selamanya ye...by the way aku tengah cuti semester sekarang ni....students cuti aku pun sibuk nak cuti jugak...harus la kan otak dengan badan nak kena rehat hehe...so masuk kerja balik pada 5 Januari 2015...

Banyak benda nak dibuat masa cuti ni....terutamanya boleh fokus pada bisnes dan juga rumah tangga...heaven uolssss jadi full time housewife ni walaupun hanya untuk dua minggu...ok la kan dari takde langsung hehe Alhamdulillah...kalau dah senang nanti boleh la kot dipertimbangkan untuk jadi full time housewife :)

Bila otak dan jiwa tenang ni nak update blog pun idea mencurah curah...lepas tu aku ada banyak masa untuk mengadap laptop...sebabnya kalau nak update blog aku kena dok sorang tak boleh ada orang lain hehe...pagi ni aku dah update dua post....satu kat blog ni dan lagi satu kat blog ai-inspire.blogspot.com....tengah malam tadi pun ada update...walaupun takde la kena perah otak bagai kan...tapi at least aku ada idea nak update apa.... 

Ok jumpa lagi....bye :)

19 December 2014

"Greatest Love Of All"

Assalamualaikum...

Malam ni saje nak share lagu favourite aku...."Greatest Love Of All" by Whitney Houston....dari dulu lagi dok suka sampai la sekarang...kalau buka Youtube memang dok ulang-ulang entah berapa kali tau haha...

------------------------------------------------------------------------------

I believe the children are our future
Teach them well and let them lead the way
Show them all the beauty they possess inside
Give them a sense of pride to make it easier
Let the children's laughter remind us how we used to be

Everybody's searching for a hero
People need someone to look up to
I never found anyone who fulfilled my needs
A lonely place to be
And so I learned to depend on me

[Chorus:]
I decided long ago, never to walk in anyone's shadows
If I fail, if I succeed
At least I'll live as I believe
No matter what they take from me
They can't take away my dignity
Because the greatest love of all
Is happening to me
I found the greatest love of all
Inside of me
The greatest love of all
Is easy to achieve
Learning to love yourself
It is the greatest love of all

I believe the children are our future
Teach them well and let them lead the way
Show them all the beauty they possess inside
Give them a sense of pride to make it easier
Let the children's laughter remind us how we used to be

[Chorus]

And if, by chance, that special place
That you've been dreaming of
Leads you to a lonely place
Find your strength in love

23 November 2014

Bantal Pun Nak Jenama SEED

Assalamualaikum....

Peringatan ini adalah entri basi hehehe....dah hampir setahun pun kejadiannya....dok belek belek gambar dalam handphone so jumpa gambar bantal yang aku buat pada 20 Disember 2013....2013 uolssss tak lama lagi dah nak masuk tahun 2015 okey...punya la lama aku peram gambar tu dalam handphone....seingat aku ada update kat facebook lepas siap tu...lepas tu lupa nak update kat blog...

Kejadiannya begini.....aku dok kemas kemas baju suami dan terjumpa la satu helai kemeja ni masih baru tapi koyak kat bahagian lengan...macam mana boleh koyak pun aku tak tau la sebab bukan aku yang pakai kan...nak buang sayang kan sebab masih baru....ingat lagi baju kemeja jenama Seed ni beli kat Sogo kot dulu kalau tak silap aku la...

Jadi disebabkan sifat penyayang tu tinggi maka aku dapat satu idea....setelah berfikir dan termenung panjang tinggggg kita buat sarung bantal je la...gunting gunting lepas tu jahit....ambik jenama yang ada kat leher baju dan jahit kat bahagian butang....tadaaaa siap!!!

Aku post kat facebook then ada kawan tanya kat mana beli sarung bantal jenama Seed tu hahaha....dia mati mati ingatkan ada jual...kelas uolssss sarung bantal pun nak jenama ye...setelah hampir setahun berlalu sarung tu masih ada dan masih digunakan sampai bantal pun jadi lembik dah...ada kawan-kawan yang nak tempah tapi diaorang dok tunggu ada baju rosak dulu....aah ye la dah ada nanti bagi je boleh je aku jahitkan....takkan nak guna baju yang masih pakai plak kan....




Kesimpulannya tiada berlaku pembaziran di sini...tata :)

22 November 2014

Akhirnya Settle Masalah

Assalamualaikum...

Mata ni memang dah mengantuk giler tapi nak juga tunaikan niat nak update blog....dah berminggu tertangguh...bukan sebab malas bukan sebab busy tapi sebab blog demam....aku pun tak tau apa masalahnya....takpe asalkan bukan aku yang demam...

Mula mula ada Linkey...aku pun tak tau apa sebenarnya Linkey ni...yang aku tau benda tu sangat la menganggu dan menyakitkan hati haha....sangat la lembab giler bila online....dah godek godek maka dapat la remove hambat halau Linkey ni dari browser internet aku....by the way aku guna Mozilla Firefox masa tu...kalau korang nak tau lebih lanjut tentang Linkey ni sila google ye hehe...aku ada google sikit je just nak tau secara ringkas...

Ingatkan dah selesai masalah....rupanya belum lagi...buka je blog sendiri atau blog orang lain mesti keluar garisan pautan link iklan kat teks blog....sekali lagi sakit hati dibuatnya sebab page jadi slow yang teramat sangat...pantang si tetikus ni terkena link tu maka muncul la iklan yang tidak diingini itu...nak pangkah iklan tu pun punya la lembab...

Aku takde masa nak godek godek laptop macam zaman muda remaja dulu....setakat godek sekejap tu ok la...ni nak godek sampai ke awal pagi takde la kan dok melayan tu bangun lambat plak aku nak pergi kerja esoknya...

Jadi malam ni aku nekad juga apapun aku kena settlekan segala benda yang tidak diingini yang menganggu gugat urusan blogging dan blogwalking aku...sebab aku dah fed-up malas nak layan so aku uninstall je Mozilla Firefox ni hehehe....then install Google Chrome...habis cerita senang kerja aku kihkihkih!!!




Haaaa tengok gambar kat atas tu...macam tu la rupa blog aku dan juga blog-blog orang lain yang aku masuk....tu sebab words sikit so ada dua garisan je la....korang bayangkan la ada update yang panjang berjela tu berapa banyak garisannya...mana tak lembab jadinya...ai is sakit hati u know....ok dah jam 3.15 pagi dah boleh lelapkan mata...nasib baik weekend kan hehe bye..

04 November 2014

Datang Sapu Habuk

Assalamualaikum...

Lamanya aku tak update blog....sebulan lebih okey huhuhu....mana janji janji untuk aktif blogging...di manakah????

Sibuk dok berniaga.....sibuk dengan kerja kerja hakiki dan urusan dunia sampai terlupa kat blog sendiri...buka tengok rupanya satu apa pun takde update masa bulan Oktober....aiyooooo!!!

Ni kira datang sapu habuk la ni :D :D :D

Bulan lepas semester baru start....ada ajar dua subjek dan lagi satu tu subjek baru....plus short semester jadi agak busy sikit....plus lagi aku baru aktif balik berbisnes kan....masa aku banyak fokus kat benda tu je la....kat ofis memang mengadap kerja ofis je la.....balik rumah on laptop sambung urusan bisnes plak...

Masuk bulan November ni baru aku rasa stabil sikit....tu yang boleh fikir benda lain...baru teringat yang aku ada blog rupanya...hehe teruk :D

21 September 2014

Ayam Masak Sambal Kicap

Assalamualaikum...

Ampunkan saya penunggu gua....tiga update berturut-turut semuanya pasal makanan hehe...ini yang semalam punya...sebelum dia basi baik la kita update cepat-cepat ye...

Malas nak cakap banyak, jadi jom kita tengok resepinya...



BAHAN-BAHANNYA:

- 500 gram ayam atau suka hati la nak banyak mana
- 1 biji tomato
- 3 sudu makan kicap manis
- 3 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan cili kisar
- Minyak untuk menggoreng ayam
- 1 cawan air
- 1 labu bawang besar (dihiris)
- 1 biji cili merah atau hijau (dihiris)
- 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 inci halia
- 1 inci kulit kayu manis

CARA MENYEDIAKANNYA:

1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak (jangan biarkan garing).

2. Angkat ayam dan ketepikan. Tinggalkan sedikit minyak dan tumis cili kisar, cili hijau atau merah, bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis sehingga wangi.

3. Masukkan air, kicap manis, dan sos tomato. Biarkan sehingga mendidih.

4. Masukkan ayam, tomato, dan bawang besar. Gaul dan biarkan seketika. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Ayam masak sambal kicap aku tu sebenarnya terlebih minyak sikit tu yang nampak berminyak kat tepi......ini salah satu versi resepinya la...sebenarnya aku ni jenis masak ikut campak je apa yang ada...kiranya sesuka hati je la asalkan jadi ayam masak sambal kicap kan....lebih kurang je sebenarnya cuma tambah atau kurangkan bahan je...sama juga macam masak ini Sayur Pak Choy Super Simple

Kat dapur kena kreatif baru la jadi....okey selamat mencuba :)

Sayur Pak Choy Super Simple

Assalamualaikum....

Salam ahad dan salam hujung minggu....hari ni kita update resepi lagi ye uolssss...ni yang semalam punya ni...sementara ia masih hangat baik kita update cepat-cepat...welllll u know me haha kalau tangguh kan entah bila nak update...

Semalam aku masak sayur pak choy kegemaran kami suami isteri.....tapi kali ni versi sangat simple nak mampuih....versi yang orang tak pandai masak pun boleh buat...aku selalu masak sayur ni tapi kali ni baru nak update....so lain kali aku update versi lain plak ye...versi letak black pepper, letak tepung jagung, letak ayam, dan lain-lain...

"Eleh sayur simple macam tu pun nak share resepi".....peduli la janji dapat makan hahaha...



BAHAN-BAHANNYA:

- Sayur Pak Choy
- 2 ulas bawang merah (tumbuk kasar)
- 2 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar all-in-one seasoning Knorr

CARA MENYEDIAKANNYA:

1. Potong sayur pak choy kepada dua bahagian. Tak nak potong pun boleh tapi ceraikan ia satu satu. Basuh bersih dan toskan. Pastikan bahagian bawah pak choy yang bercantum tu dipotong ye.

2. Di dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 

3. Kemudian masukkan sedikit air, sos tiram, dan all-in-one seasoning Knorr tadi. Masukkan sayur pak choy dan kacau rata sehingga sayur tu lembut.

4. Angkat dan hidangkan dalam pinggan.


Seeeeee!!! Senangkan yang tak pandai masak pun boleh buat....all-in-one seasoning ialah perencah secukup rasa ye....kalau guna tu dah tak payah tambah garam ke apa...kalau korang rasa eeeeee malasnya nak masak, leceh la....apa kata cuba buat ni confirm berkali-kali nak buat...lima minit aje semua siap dah boleh makan...tapi kalau hari-hari bosan juga kan hehe...

Okey lain kali aku update masakan sayur pak choy versi lain plak ye....selamat mencuba :)

20 September 2014

Chocolate French Toast

Assalamualaikum...

Alhamdulillah buat pertama kalinya sepanjang blogging, aku berjaya update resepi pada hari pertama ia disediakan....okey syabas untuk diri sendiri! Kalau aku tak update terus hari ni kan....confirm minggu depan, bulan depan atau pun tahun depan baru aku update tau...penyakit apakah ini???? Tu la orang kata kan bertangguh itu tak baik hehehe...

Hari ni sabtu...hari bersenang lenang berseronok di rumah...kalau sebelum ni aku mengajar part time hari sabtu....sekarang tiada lagi maka hati ku senang tidak perlu fikir tentang tugas ajar mengajar...cukup la mengajar lima kali seminggu je...weekend boleh spend time dengan kesayangan, mengadap blog, dan dapat berikan fokus yang lebih kepada bisnes....itu penting tau sebagai terapi untuk hidup bahagia :)

Pagi tadi aku sediakan roti je untuk breakfast kami suami isteri...dan minum teh blueberry panas panas hoho....roti bukan sebarang roti tau...jom tengok macam mana nak buat Chocolate French Toast ni...


 
 Celupkan roti dalam adunan


 Susun kepingan coklat di atasnya


Tutup dengan sekeping lagi roti dan tuang adunan di atasnya


Lepas tu goreng dan tadaaaa boleh makan


Bahan-bahannya:

6 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
Kepingan coklat
1 sudu besar mentega / marjerin
Sedikit gula (untuk tabur)

Cara menyediakannnya:

1 - Campurkan telur, susu cair, gula, esen vanilla, dan garam dalam satu bekas. Pukul dan tuang sedikit daripada adunan ke dalam bekas lain. Celupkan roti dan susunkan kepingan coklat di atasnya.
2 - Tutup dengan sekeping lagi roti. Kemudian tuang adunan yang satu lagi di atasnya dan pastikan adunan tersebut menyaluti keseluruhan roti.
3 - Panaskan mentega dan goreng roti kedua-dua bahagian hingga kekuningan.
4 - Selepas itu angkat dan taburkan sedikit gula di atasnya.


Roti tu korang nak goreng kekuningan ke kecoklatan ke tak kisah....jangan sampai kehitaman itu dah hangit namanya...lepas tu potong dua bahagian la roti tu baru nampak coklatnya....bayangkan la roti yang kaya dengan coklat dan cair plak tu dalamnya...rasa lemak manis masin semua ada....senang cerita sedap la huhu...

Okey bye....selamat mencuba :)

16 September 2014

Manjakan Diri

Assalamualaikum...

Manjakan diri????? Okey jangan salah faham bukannya nak menggalakkan korang jadi manja menangis meraung berguling guling ye hehe...

Setiap manusia perlu ada masa untuk diri sendiri dalam meredakan tekanan dan juga mengumpulkan kembali tenaga baru...orang kata ambik mood kan haaaa itu la dia....dan setiap orang ada caranya yang tersendiri dalam melegakan tekanan...ye la kadangkala apabila terlalu penat dan sibuk dengan kerja, kita tak boleh berterusan mengadap kerja tu....kena berehat untuk sementara...

Macam aku lebih suka pulun buat sesuatu kerja sampai siap....baru aku berhenti rehat sementara sebelum sambung kerja lain...kita bukannya robot, kita ni manusia perlu dibelai dan dimanja...kalau terlampau mengadap kerja sehingga takde masa rehat...lama lama nanti boleh jadi lemau okey....dengan kata lain hilang produktiviti...

Bagi aku la kan...aku lebih suka lepak dengan kawan-kawan dan juga suami....lepak makan minum bergelak ketawa....kadangkala keluar window shopping....tapi biasanya kalau niat window shopping tu berakhir dengan betul betul shopping haha...



Ada masa free je memang kami suami isteri akan keluar dating...lepak berdua dan bercerita apa sahaja berkaitan diri dan pengalaman...bercerita tentang impian...tentang masalah yang dihadapi...tentang apa yang dibuat sehari hari....suami adalah penyokong tegar aku...yup kami saling support each other...dia ada masalah dia cerita, aku ada masalah aku cerita....pendek kata tiada rahsia antara kami....borak dengan suami dapat meredakan tekanan dan menghilangkan kepenatan...

Selain tu kalau ada masalah aku lebih suka muhasabah diri dan menginsafi diri...waktu ni aku lebih selesa bersendirian tanpa gangguan sesiapa...selalunya aku muhasabah diri waktu dekat dekat nak tidur atau pun lepas solat.....aku pujuk hati apa sahaja dugaan dan ujian, Allah bagi sebab Dia sayangkan kita...untuk menguji sejauh mana keimanan kita dan mengajar kita untuk lebih dekat pada-Nya...aku selalu juga ingatkan diri bahawa ujian yang Allah bagi untuk aku sikit sangat berbanding orang lain lagi hebat dan besar dugaannya...sentiasa ucapkan syukur dengan segala yang ada dalam kehidupan kita...insya Allah hati tenang :)

Okey last ialah baca buku motivasi....aku suka masuk kedai buku dan wajib bawa balik satu atau dua buah buku....ni pun ada lagi yang belum habis baca hehe...

Ye la lain orang lain cara dia kan...ada yang suka pergi bercuti, pergi spa, masuk hutan....tapi itu la cara aku....ada lagi cara lain sebenarnya yang aku buat, nak cerita panjang lebar la plak haha...ni pun aku rasa dah cukup panjang....kena masuk kelas aku dulu la ye kita belajar pasal pengurusan stress :)

15 September 2014

Kelengkapan Dapur Cantik Berkualiti


Assalamualaikum....

Sorry semua aku kurang aktif sikit blogging akhir akhir ni....ada keje sikit nak kena siapkan, so agak sibuk la juga kan....malas nak cakap banyak, korang boleh jenguk jenguk post aku yang sebelum ni....kalau rajin baca la sebab agak panjang....nah link post tu Kembali Berniaga 

Okey pengumuman ye.....seperti yang aku bagitau dalam post tu yang aku nak maklumkan kepada semua bila dah siap kan....hehe ini la bendanya uolsssss....

FANPAGE FACEBOOK.....aku dah kembali berniaga secara aktif dan efektif...boleh LIKE https://www.facebook.com/KelengkapanDapurCantikBerkualiti 

Ada yang tanya aku dah tak jual tudung dan baju ke....untuk sementara ni memang tak sempat lagi...aku pun dalam proses nak ambik mood katanya kan hahaha....sebab aku bermula dengan jual pakaian dan itu memang passion aku....fesyen dan kecantikan tak dapat dipisahkan uolssss!

Aku dah ada perancangan.....sampai masanya i will inform to all of you ok :)

05 September 2014

Menjelang September

Assalamualaikum....

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan September...maknanya dah tak lama lagi la kita nak masuk tahun 2015...kejap je masa berlalu kan...

So macam mana dengan pencapaian tahun ni???? OK ke KO??? aku hehehe okey okey aje la...ada lagi benda yang nak dibuat pada tahun ni tapi masih belum buat buat lagi...

Hari sabtu lepas balik kampung ku di Pasir Mas...seronok tak terkata la kan sebab raya hari tu tak balik...tahun depan turn raya kat kelantan kalau panjang umur aku huhu...okey la dapat balik dua malam...balik kampung pagi sabtu dan balik KL pagi isnin....kalau tak kerana suami kerja petang tu, takdenya nak balik pagi...mesti la balik petang kan...tak pernah pernah gerak pukul lima pagi hehe...kiranya memang pecah rekod la sebab bertolak seperti yang dirancang...kalau tak kitaorang bertolak ikut suka hati je tak pernah nak rancang...

Dari Pasir Mas sampai Gua Musang suami drive....lepas tu aku sambung sampai KL...berenti kat RnR Gua Musang dulu solat subuh dan sarapan...perut pun kena isi kan nak jalan jauh ni baru sedap drift huhu...suami memang tidur je la dalam kereta...boleh plak dia lena dalam keadaan jalan macam tu...kalau aku takde la kecuali kalau mengantuk giler giler...

Zap zap zap potong sana sini....sampai kat rumah manis rumah lebih kurang pukul sebelas pagi...balik rehat kejap lepas tu bangun masak....lepas suami keluar pergi kerja aku terus bantai tidur sampai petang haha...ngantuk wei sebab tak cukup tidur...malam tu dah tidur lewat lepas tu kena bangun awal pagi...lagipun tidur tak nyenyak sangat sebab takut terlajak...

Okey la itu saje....saje nak membebel kosong sebab idea berisi belum datang....update ekpress ni sambil dok berbisnes, dok catit order untuk diselesaikan pagi esok...

SEPTEMBER PLEASE BE NICE TO ME ok!

25 August 2014

Kembali Berniaga

Assalamualaikum...

Perhatian entri ini adalah yang terpanjang dalam sejarah blogging aku hahaha!!!!

Entri ni ada berbaur perasaan sedih dan happy...bagi aku la sebab ini aku yang alami...

Seperti yang diketahui ramai dulu aku memang full time bisnes sebelum aku jumpa kerja yang serasi dengan jiwa aku...after grad ada la lebih kurang tiga tempat dan tiga kali kerja bertukar hahaha...tapi itu la aku kalau tak suka memang aku tak akan buat...dengan kata lain aku tak suka buat kerja kerana terpaksa bukan dengan sepenuh hati...seksa jiwa raga okey!!!! Biasa la dulu zaman muda muda kan :D

Aku jenis kalau aku tak suka kenapa aku perlu ikut???? Ye aku memang degil tapi degil aku tak pernah menyusahkan orang lain....jenis degil yang tak peduli apa cakap cakap orang...

Bukan mudah ye nak buat keputusan tak nak kerja bawah orang dan nak bisnes full time....di Kuala Lumpur, tinggal menyewa di apartment, family semua kat kampung, dan aku tiada kenderaan...dengan aku tak kenal siapa siapa dalam bidang bisnes...memang aku mentah sangat la time tu pasal selok belok bisnes ni...tapi tu la aku ni kan degil...nekad dan redah aje la...aku fikir buat apa aku hidup dalam keadaan yang aku rasa tak senang...hari dapat gaji je happy lepas tu haaa sebaliknya...

Maka berbisnes la aku macam macam kau tapi yang utamanya pakaian la...sebab memang itu minat aku...suka tengok pakaian dan tudung cantik cantik ni...ada yang aku beli tudung kosong dan jahit sendiri batu batu kat tudung tu....Alhamdulillah customer suka sebab aku sangat mementingkan kualiti dan kekemasan...rindu la nak menjahit hiasan kat tudung ni...pernah dulu masa sekolah berangan nak jadi pereka fesyen hahaha tak nak kalah tu...

Jiwa aku tenang dan happy sangat time tu....sebab aku dapat pengalaman baru....segala susah payah, pedih perit, titik peluh, air mata semua ada....tapi semua tu sangat berharga tak terungkap dengan kata kata....pengalaman yang mengajar aku menjadi lebih berani, lebih berdikari, tidak takut dengan risiko, mengajar aku jadi manusia yang kental, penyabar, tidak peduli kata kata negatif yang cuba melemahkan aku...mengajar aku jadi manusia yang positif, tahu bersyukur, percaya akan setiap ketentuan dari Allah SWT....walaupun penat, tak cukup tidur tapi memang sweet moment la yang tak akan dapat di mana mana...

Aku start full time bisnes ni pada tahun 2010...setahun kemudian aku rasa macam ada kekurangan pada diri aku....macam ada minat aku yang masih belum tercapai...actually aku ni suka bercakap dan share ilmu pengetahuan dengan mereka yang nak belajar....

Dan dipendekkan cerita aku dapat jadi pensyarah dalam bidang psikologi di sebuah IPTS pada tahun 2011....tak perlu cerita panjang nanti esok pun tak habis...bertambah tambah syukurnya Ya Allah...perasaan bercampur baur tak terkata sebab aku rasa Allah dah lorongkan jalan yang terbaik untuk aku...walaupun after tiga tahun grad baru dapat tapi Dia tetap bagi yang terbaik untuk aku...

Di sini la bermulanya cabaran....aku gagal dalam pengurusan masa bisnes jadi tak stabil....aku dah mula on off on off on off....segalanya aku urus sendirian cuma bahagian postage kadangkala suami tolong...ambik stok pun kadangkala pergi bersama...lain lain semua aku...aku penat sangat sangat tapi takde la sampai tersungkur....cuma aku jadi slow sikit sebab faktor masa...kalau ada pembantu khas yang dibayar semata mata untuk handle bisnes takpe la kan...

Seriously aku tak pernah lupakan bisnes....sebab tu aku tak stop diam membisu terus....cuma ada masa aku buat dan takde masa aku tak buat....dalam pada tu aku ada buat custom made shawl tu pun untuk kawan kawan je la...tak larat nak open kat online....kiranya aku masih wujud lagi la...tapi sampai bila nak macam ni dok slow motion je...sedih la jugak kan...lama aku ambik masa dan mood untuk aktif balik macam dulu dulu....

Apa yang berlaku jadikan pengajaran sikit pun aku tak menyesal...ada hikmah di sebalik semua ni....aku pun bukannya sempurna ada juga kelemahan...masuk tahun ni la aku banyak muhasabah diri cuba atasi kekurangan yang ada...cuba cari balik mana diri aku yang dulu....cuba buang sikap malas dan suka bertangguh...banyak membaca buku buku tentang bisnes dan motivasi...bukannya malas semua benda cuma bila terlalu banyak kerja aku jadi arghhhhh malasnya lepas tu nanti la buat...lepas tu tak siap hahaha...

Sedikit demi sedikit semangat tu dah datang balik....bisnes pakaian tetap on cuma aku nak clearkan dulu stok stok lama sebelum fikir yang baru....sambil sambil tu aku berjinak jinak dengan bisnes barang barang dapur iaitu periuk kuali pinggan mangkuk semua tu la...maklum la sejak lepas kahwin ni giler plak tengok barang barang tu semua haha...

Semalam aku ada buat facebook page khas untuk kelengkapan dapur tu semua....tapi belum siap sepenuhnya lagi...dalam proses renovate gitu haaaaa...




Aku create semalam iaitu 24 August 2014....tapi kat situ keluar 23 August...apa apa je la kan tak kisah pun...jangan aku buat nama lain tapi keluar nama lain dah la....dah siap sepenuhnya nanti aku bagitau ye...

Orait thanks sudi baca....sebarang salah silap harap dimaafkan...bye :)

Akhirnya Habis Jugakkkk

Assalamualaikum....


Seperti yang aku pernah bagitau dalam post sebelum sebelum sebelum ni....aku ada lima puluh lebih kalau tak silap aku la entri kat draft folder...malas nak cari balik entri lama untuk tengok fakta yang tepat bukan anggaran semata mata...dan selepas berbulan akhirnya siap jugak semua tu dan berjaya published....

Penat tau.....oiiiii mengalahkan orang kerja sawah la plak padahal dok dalam bilik mengadap laptop je pun!!!!

Punya la lama entri tu dok ada dalam draft folder tu sampai aku naik jemu tengok....paksa gak diri untuk siapkan...kalau tak paksa memang tak jalan la kan hehe...

Okey la itu aje nak cakap...bye :D

23 August 2014

Nikmat Kehidupan

Assalamualaikum...
 
Nikmatnya hidup apabila segala usaha dan kesabaran kita terbalas....syukur Alhamdulillah....

Belek belek status facebook yang lama (nampak tak kegigihannya di situ hahaha)....tiba tiba terjumpa satu status ni....bertarikh 29 Jun 2011...

3 tahun aku tak buka buku psikologi....counseling + training & development + organizational development = pening2 lalat = lapar....hope my dreams will come true...

Aku pun tak tau apa motif aku sebenarnya....bukan nak pergi interview...bukan dapat kerja berkaitan pun....tapi boleh plak aku dok study pasal psikologi...nak kata sambung belajar pun tak...memang pelik la kan...gigih aku bawa buku buku masa aku study dulu ke KL...baca semata mata nak baca...takde motif tertentu pun saje nak segarkan minda nak refresh balik apa yang aku dah belajar dulu...

Alhamdulillah siapa sangka dua bulan lebih selepas tu....satu nikmat yang tidak terhingga dapat kerja as pensyarah psikologi....langsung tak pernah terfikir....apply jawatan lain tapi pihak kolej offer jawatan lain....pergi interview dan berjaya....Alhamdulillah....ada hikmah tersembunyi kenapa tiba tiba aku boleh selongkar kotak kotak buku kat kampung dan bawa ke KL....kata hati tidak pernah menipu...Alhamdulillah :)

Setiap perancangan Allah adalah yang terbaik....sebab tu aku tak pernah merungut dan persoalkan tentang kehidupan aku...kalau nak sesuatu tapi tak dapat aku selalu ingatkan diri mungkin belum tiba masanya lagi nanti dapat la tu...atau Allah nak bagi benda lain kat aku ni sebab Dia tau mana yang lebih baik...tugas kita hanya berusaha, berdoa, dan berserah....tak dapat redha je la kalau dapat syukur Alhamdulillah....itu cara bagaimana aku positifkan diri aku...

Jadi apa pun keadaan belajar untuk jadi manusia yang positif ye sebab macam macam nikmat kehidupan yang akan kita dapat nanti...orang yang positif adalah orang yang sihat...ingat tu okey :)
 

Sakit Kepala Kerana Peti Ais

Assalamualaikum....

Aku dok selongkar status status yang lama kat facebook....saje je nak imbas kembali zaman lampau...zaman vongok vongok dulu haha....

Aku kan kalau nak sesuatu benda tu memang aku cari sampai dapat...usaha tanpa peduli penat lelah panas....kadang kadang sampai stress haha...

Ok berbalik pada status tu....sakit kepala gara gara peti ais hahaha....wth??? akhirnya aku jumpa jugak peti ais yang diidamkan...besar...dua pintu...flat, takde pemegang, warna chrome.....hehehe....nak beli peti ais pun sampai macam tu sekali memilih kan....padahal peti ais je pun :D

Motif utama update ni nak jadikan kenangan masa akan datang....kenangan tentang perancangan untuk hidup bersama....start kumpul barang barang rumah....tak nak la dah kahwin masuk rumah kosong...nak beli time lepas kahwin sakit jugak kan....peti ais tu kitaorang beli pada 3 Disember 2011...keluar masuk Giant, Tesco, Aeon, kedai kedai yang menjual barang elektrik...bukan satu tempat tau...merata rata tempat kitaorang pergi semata-mata nak cari ikut kehendak hati haha...pergi Aeon AU2 takde...pergi Aeon Wangsa Maju takde...ke sana ke mari sampai stress....vongok kan haha...

Lastly tengah ronda ronda tu ternampak kedai elektrik Kawanku kat Maluri...terus singgah....ada yang kitaorang nak....terus beli time tu jugak hehe...memang dah standby duit siap siap la...actually kat tempat lain pun ada yang jenis flat takde pemegang tu...tapi ada yang kecik sikit...ada yang jenis freezer kat bawah....kitaorang nak yang size besar sikit....dan freezer kat atas...

Dan sekarang bila pandang peti ais ni rasa sayang plak sebab susah payah nak dapatkannya dulu hehe...dan juga boleh jadi bahan dalam perbualan kitaorang pasal kisah nak beli peti ais ni...tu la kan benda benda macam ni sebenarnya sentimental value tau...sebabnya termasuk dalam preparation sebelum melangkah ke alam perkahwinan...tapi bagi aku la bagi orang lain aku tak tau...kerana pandangan dan perasaan setiap orang adalah berbeza....ok tataaaa :)

22 August 2014

Asal Boleh Share Nak Share

Assalamualaikum...

Okey tak nak cakap banyak kita straight to the point ye...

Kenapa la sekarang ni orang senang sangat share macam macam cerita dan info kat facebook dan juga laman sosial lain tanpa menyelidiki kesahihannya....asal nampak butang share terus tekan....kadangkala ia lebih kepada propaganda, fitnah, tokok tambah atau nak menghangatkan sesuatu isu....bagi yang tak berfikir terus je terima bulat bulat....percaya!!!! Dan pegang benda tu sebagai kebenaran...

Kita manusia ada akal fikiran, ada pendidikan....so guna la sebaik mungkin jangan hanya tahu angguk angguk je....terima dan telan...fikir ye :)

Kan dah cakap pendek je kan update kali ni hehe...bye..

Mesin Jahit Ku

Assalamualaikum...

Hai kita throwback lagi hehe....lately asyik nak imbas masa lalu je kan dan update kat blog...bukan apa aku nak jadikan ni sebagai kenangan 10 atau 20 tahun akan datang atau sampai ke akhir hayat....dan suami anak cucu boleh baca....ada la jugak kenangan yang aku tinggalkan....okey aku punya kenangan tu memang tak nak kalah la kan hahaha...

Gigih scroll status facebook yang lama lama semata mata nak update apa yang aku dah lalui....

28 April 2012.....beli mesin jahit jenama Brother...beli di kedai LSN...macam macam jenis dan jenama mesin jahit ada kat kedai tu...

Yeeee mesin jahit sudah berada dalam genggaman....maka marilah kita menjahit hehehe.....plan asal nak beli yang harga tiga angka....tapi fikir fikir balik ala tambah je la sikit maka terbeli la yang harga empat angka...empat angka tu bukannya sampai dua ribu pun....seribu lebih sikit je.....lamanya tak menjahit baju kurung...bila nak mula entah ni kain dah lama beli...beli kain murah murah je sebab dah lama tak jahit baju aku takut jadi seluar je...

Bukannya langsung tak menjahit....ada la aku dok jahit shawl, jahit langsir rumah sendiri, dan mana mana yang simple je la......yang mana shawl custom made yang aku jual di MissNick Collection tu semua aku jahit sendiri la guna mesin tu....okey la doakan aku rajin menjahit macam macam lepas ni...boleh la ambik upah jahit baju korang plak...


Ni la dia mesin jahit aku....

21 August 2014

Obses Dengan Mudah.my

Assalamualaikum....

Okey ini cerita basi ye harap korang sudi baca haha....dalam dua tiga bulan sebelum kahwin tu kitaorang dah start survey rumah...untuk disewa je tau bukan untuk dibeli...sampai stress hokey sebab tak jumpa rumah idaman....cerewet betul!!!! ngeeeeee :D

Kalau mengadap laptop atau komputer kat ofis boleh katakan lima minit sekali aku dok refresh mudah.my hahaha obses betul time tu....sampai kawan kawan aku dah tau kalau buka mudah je mesti dok survey rumah la tu...

Bukan mudah ye nak cari rumah sewa ni...sebenarnya mudah je tapi sebab cerewet tu yang jadi susah dan pening kepala....ye la nak duduk situ kot siang malam nak tidur nak berehat makan minum semua...so tak nak la main hentam je kan....kata rumah ku syurga ku...

Sebelum dapat rumah yang kitaorang duduk sekarang ni ada la pergi tengok tak silap aku dua rumah kot...lupa...satu kondo kat mana entah lupa plak ikut Jalan Klang Lama tu....satu lagi apartment kat Puchong....yang kondo tu aku tak pergi sebab kerja masa tu...suami aku pergi sorang....dia macam berat hati nak duduk situ walaupun kondo tu agak besar dan bahagian dalam selesa...dan kedua yang kat Puchong dua dua tak suka...ada banyak sebab terutamanya environment dan juga dalam rumah...dan yang ketiga apartment di Ukay Perdana....pun sama jugak kitaorang tak suka....habis tu dah semua tak suka hahaha macam mana??????

Pencarian diteruskan lagi masa tu hari cuti....sebaik saje iklan rumah sekarang muncul...tengok tengok eh macam best je environment dia...dalam rumah pun nampak okey...so suami terus call ejen tu...terus set appointment tak silap aku hari tu jugak kot....maka datang la kami tengok rumah dan terus jatuh cinta jatuh hati segala...lepas tengok terus setuju dan terus bayar deposit....masa tu dalam bulan empat tak ingat berapa haribulan...tapi kira kemasukan untuk bulan lima la...

Hujung bulan empat ke awal bulan lima gitu la settlekan semua payment...settlekan rental agreement...datang cuci rumah...cari lori untuk pindah barang....dan Alhamdulillah semua selamat....hilang stress aku cari rumah hehe....dah stop buka mudah.my dan fokus balik pada preparation kahwin...

Nak cerita kat sini pasal rumah dan ciri ciri rumah idaman macam panjang la plak...bagi sesetengah orang ala setakat rumah sewa je tak kisah la macam mana pun duduk aje la...kalau rumah sendiri boleh la fikir pasal rumah idaman....tapi aku jenis kisah hokey hehe...tak kira la sewa ke beli ke aku tetap inginkan keselesaan...kalau ingat aku sambung lagi cerita pasal rumah akan datang ye...mana tau boleh jadi panduan buat pasangan yang bakal berkahwin dalam mencari rumah yang sesuai :)

16 August 2014

Cek Nuffnang Pertama

Assalamualaikum....

Okey baca tajuk di atas korang pun tau aku nak cakap apa kan....sebelum tu nak bagitau ini adalah cerita basi...tapi lantak la nak share jugak hehe...bukan nak menunjuk tapi sekadar semangat untuk semua...kalau rajin usaha apa saja kita akan dapat...tiada yang mustahil!!!

11 March 2014 - cek pertama dari Nuffnang yang aku dapat selama aku berblog ni....dah lama buat blog tapi sekarang baru dapat hahaha biasa la aku kan lambat sikit...orang dah lama dapat aku baru terhegeh hegeh nak cari...

Aku buat blog ni pada tahun 2010....masa tu saje suka suka nak menulis isi masa lapang...maklum la waktu terluang banyak sangat time tu haha...tak pernah terfikir pun pasal Nuffnang ke apa ke...hanya fikir okey aku buat blog ni nak menulis apa yang aku suka...dan takde la aktif mana pun menulis ikut mood kan...

Lepas tu entah macam mana boleh terpasang iklan Nuffnang....tu pun aku tak ingat bila...ikut ikut orang je la dan aku tak pernah peduli pun pasal income melalui Nuffnang tu...blogging pun gitu gitu je ikut mood tu yang earning nak naik pun segan segan...

Dipendekkan cerita sampai la tahun 2013 aku dah mula terfikir nak serius sikit la dengan blogging ni....dah mula baca baca pasal tips blogging...dah mula ping entri kat group....ye la dalam hidup ni kena ada matlamat, kalau tak sia sia je la apa yang kau buat, buang masa je...maklum la umur dah meningkat kira mencapai tahap kematangan la ni kan hahaha gituwwww kau...apa saja kerja yang dibuat perlu fokus pada matlamat...

Sejak tu la earning kat Nuffnang dah hilang sifat penyegan dia....sampai la tahun 2014...ingat nak kumpul earning tu sampai jadi gunung daik bercabang tiga....tapi tu la aku kan jenis tak sabar maka akhirnya aku cash out juga....so untuk yang akan datang ni aku berhajat nak biar je sampaiiiiiiiii aku hilang sabar, baru aku cash out...duduk la kat situ ye...sekian terpanjang plak ceritanya hehe...



11 August 2014

Raya....Kerja.....Blog

Assalamualaikum....

Macam tak sesuai je tajuk kat atas ni tapi ahhhhh lantak la....rindunya kat blog ni berminggu minggu aku tak berceloteh merapu meraban....idea ada je tapi aku busy yang amat...orang lain lagi busy tapi ada je masa update blog hehe....

Masa sangat mencemburui aku....ok meh nak cerita sikit....lepas cuti raya tu aku busy dok marking paper....orang lain seronok beraya sana sini....aku plak sabtu ahad dok berkerut kerut muka mengadap exam paper oiiiiiii....dan 4 Ogos masuk kerja so faham faham la mood seriously ke laut....dah cuti raya sampai sepuluh hari memang la...mood kerja pun tingtong apatah lagi aku nak mengadap blog...

Awal pagi selasa 5 Ogos atuk belah suami aku meninggal....so lebih kurang jam tiga pagi tu jugak kitaorang terus gerak balik kampung kat Johor...baru sehari masuk kerja aku cuti lagi...selasa rabu tu kira cuti emergency la...nasib baik bos memahami....

Khamis masuk kerja haaaaaa kau bertimbun kerja nak kena buat.....siapkan dokumen dan fail sebab minggu ni ada audit hehehe...maka bersengkang mata la aku dan kawan kawan ofis lengkapkan apa yang kurang, siapkan apa yang tak siap....sebelum tu berseronok seronok raya lepas tu beronok dua ronok dengan segala macam kerja...padan muka hehe...

Itu la kisahnya....dan selamat kembali berblog diucapkan kepada diri sendiri....sekian :)

04 August 2014

Quotes of Inspiration #26

Fokuskan minda emosi dan tenaga kita kepada apa yang positif yang kita mampu lakukan instead of bercerita sepanjang hari tentang apa yang kita tidak mampu lakukan.


- Dr Azizan Osman -


P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)

03 August 2014

Quotes of Inspiration #25

Percayalah pada diri sendiri jangan terlalu bergantung pada orang lain 

Perbaikilah diri sendiri tapi jangan jatuhkan orang lain




P/S: Jom join group ni sekali Sahabat Blogger MissNick....ramai ramai masuk dan lepas ni boleh ping blog kat sana...meriahkan dunia blogging anda :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails