29 December 2013

Cutiiiii Sukanya Aku

Assalamualaikum....

Rasa lain je dah dua hari dok sorang sorang kat rumah...bukannya 24 jam keseorangan tapi time suami kerja je la....sebelum ni suami cuti enam hari...maka enam hari la kami berkepit pergi mana together gether hehe...

Beliau start masuk kerja sabtu...eh semalam la kan...takde teman aku nak bercakap nak membebel hahaha...cuti aku masih berbaki lagi seminggu...so nikmati la puas puas...nanti dah masuk kerja susah la nak cuti lama lama macam ni oiiiiiiiii!!! Sangat rileks sekarang ni.....mana tak rileksnya kan dah jauh dari kerja ofis berminggu minggu hehe...

Apa yang best kerja aku ni ialah....masa student cuti maka kau boleh cuti sepuasnya...sebab masa ada kelas susah nak cuti...bukan susah apa pun tapi macam leceh sikit la sebab nak kena cari masa yang sesuai untuk ganti kelas...tu yang kalau takde benda sangat penting memang aku tak cuti sepanjang sem....

Kalau setakat sakit sikit sikit tu datang je kerja....sepanjang dua tahun lebih aku kat situ baru sekali aku ambik MC tu pun satu hari je....sebabnya masa tu aku demam sampai menggigil dan tak boleh nak bangun...dok dalam selimut je hehe....aku pun pelik dengan tahap kerajinan kerja aku ni haha....kalau dulu kat tempat kerja lama hummm sakit sikit nak MC sakit sikit nak MC...

Apakah yang aku cuba sampaikan ni? Dah macam bercakap kat kedai kopi syok plak ye...kalau biar ni panjang aku taip...sampai cerita masa Darjah 1 pun boleh keluar ni hahaha...nasib baik tersedar dan kembali ke pangkal jalan....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails