31 December 2013

Membina Kecemerlangan Diri

Assalamualaikum....

Hari terakhir di tahun 2013 ni....jom baca sedikit perkongsian untuk membina kecemerlangan diri...semoga melangkah ke tahun 2014 dengan penuh semangat yang positif...tips motivasi ni bukan dari aku ye....ni copy paste je dari facebook kawan...

Cara Membina Motivasi Diri agar mampu bersemangat untuk bekerja. Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda cuba lakukan sedikit perubahan

Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda dengan sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

3. Senyum boleh mengubah segala-galanya.

Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

4. Berfikiran positif

Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

5. Dapatkan tidur yang mencukupi

Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang

Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertas

Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah

Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru

Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. Bertegaslah

Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.



30 December 2013

Bawah Pokok Tepi Jalan

Assalamualaikum....

Tinggal lagi satu hari kita nak melangkah ke tahun 2014.....cepat betul masa berlalu kan....semoga kita semua bertambah baik dan maju dalam kerjaya dan juga kehidupan...amin :)

Hari ni keluar pegi bank kejap ada urusan seri paduka baginda hahaha....lepas keluar dari bank tu terus pegi makan tengahari...lapar siot dari pagi tak makan...

Ke mana destinasi makan hari ni??? Tentunya bukan restoran mewah atau restoran berhawa dingin atau restoran makanan segera.....tapi kita makan kat gerai bawah pokok tepi jalan....dah lama giler tak makan kat area Taman Shamelin tu...sekali sekala pekena best jugak kan...dulu masa dok Pandan Indah selalu jugak la makan kat area situ....

Sambil makan bukan sambil borak....tapi sambil menikmati keindahan makan tepi jalan hehe....kat area rumah aku sekarang takde gerai-gerai macam tu....

Nasib baik kami satu kepala tak kisah makan kat mana-mana pun...takdenya nak eeeee makan tepi jalan errrrr tak nak la panas tak selesa blablabla....padahal kalau kau sorang sorang kau makan jugak kan....saje nak tunjuk diva depan kawan-kawan...

Yaaa Jom Kita Ubah

Assalamualaikum....

Selamat pagi uolssss...sihat? Aku Alhamdulillah sihat...kalau tak sihat takdenya nak update blog kan....harus la mood ke laut.....kejap lagi nak keluar ni nak gi Jalan TAR...tapi sebelum tu jenguk blog la dulu kan....kata nak rajin update kehkehkeh :D


Santapan minda dan hati pagi ni......

Untuk memperbaiki sesuatu perkara....apa yang penting diri sendiri yang perlu diubah terlebih dahulu...kerana diri kita adalah benih....kalau benih baik maka baik la keseluruhannya....

Perlu sentiasa muhasabah diri....kaji apa kekurangan atau kelemahan kita...baiki apa yang sepatutnya....bukannya bila tahu kelemahan diri kita jadi makin negatif...untuk menjadi yang terbaik perlu ada banyak perubahan....

Sekian dan terima kasih sudi baca.....pesanan ini juga untuk diri sendiri terutamanya....bimbang tersasar dari matlamat kehidupan sekiranya tidak disuap dengan perkara positif dan kata-kata motivasi setiap masa....maklum la manusia kadangkala mudah lupa :)


****************************************
 Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini. 
 
Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :) 
 **************************************** 

29 December 2013

Cutiiiii Sukanya Aku

Assalamualaikum....

Rasa lain je dah dua hari dok sorang sorang kat rumah...bukannya 24 jam keseorangan tapi time suami kerja je la....sebelum ni suami cuti enam hari...maka enam hari la kami berkepit pergi mana together gether hehe...

Beliau start masuk kerja sabtu...eh semalam la kan...takde teman aku nak bercakap nak membebel hahaha...cuti aku masih berbaki lagi seminggu...so nikmati la puas puas...nanti dah masuk kerja susah la nak cuti lama lama macam ni oiiiiiiiii!!! Sangat rileks sekarang ni.....mana tak rileksnya kan dah jauh dari kerja ofis berminggu minggu hehe...

Apa yang best kerja aku ni ialah....masa student cuti maka kau boleh cuti sepuasnya...sebab masa ada kelas susah nak cuti...bukan susah apa pun tapi macam leceh sikit la sebab nak kena cari masa yang sesuai untuk ganti kelas...tu yang kalau takde benda sangat penting memang aku tak cuti sepanjang sem....

Kalau setakat sakit sikit sikit tu datang je kerja....sepanjang dua tahun lebih aku kat situ baru sekali aku ambik MC tu pun satu hari je....sebabnya masa tu aku demam sampai menggigil dan tak boleh nak bangun...dok dalam selimut je hehe....aku pun pelik dengan tahap kerajinan kerja aku ni haha....kalau dulu kat tempat kerja lama hummm sakit sikit nak MC sakit sikit nak MC...

Apakah yang aku cuba sampaikan ni? Dah macam bercakap kat kedai kopi syok plak ye...kalau biar ni panjang aku taip...sampai cerita masa Darjah 1 pun boleh keluar ni hahaha...nasib baik tersedar dan kembali ke pangkal jalan....

Self Reminder

Assalamualaikum....

Lamanya tak update blog....bulan ni baru ada tiga post....ok sangat la pemalas hehehe...eh eh bukan malas tapi ada satu alasan kukuh ni...hari tu kan nak cuti awal punya pasal...aku pulun kerja bagai nak giler....dan tidak berkesempatan untuk meluangkan masa pada perkara lain...hanya fokus pada kerja sahaja...sekian!

Walaupun dah lebih seminggu aku cuti....baru hari ni nak update blog...menikmati cuti la katakan hehe...so sebelum masuk tahun 2014...lagi dua hari kan...malam ni aku buat reminder untuk diri sendiri...ambik marker pen tulis atas kertas A4 putih....tampal kat dinding bilik kerja aku ni....dengan lebih tepat lagi kat dinding tepi laptop...senang sebab setiap hari aku tengok kan....dan mengingatkan aku untuk rajin update blog....secara psikologinya gitu la kita akan lebih ingat pada benda yang kita tengok setiap hari...

Bukannya takde benda nak update....ada banyakkkk macam resepi yang aku masak, projek projek DIY, dan lain lain...tapi akibat suka tangguh tangguh terus lupa...bila dah ingat jadi malas nak update sebab benda basi hahahaha...



So lepas ni aku harap bolehla update secara konsisten apa yang berlaku dan apa yang aku buat....doakan aku rajin kikikiki....ok bye ^_^

15 December 2013

Renungan Buat Isteri

Assalamualaikum....

Ini bukan hasil tulisan aku ye....kopi pasta sahaja dari facebook 'Pakar diari hati'....macam best je...dah macam best tu meh la letak kat blog...senang nak baca untuk panduan sebagai isteri hehe...

------------------------------------------------------------------------
Duhai isteri.. Suamimu hanyalah manusia biasa.. Dia mungkin tidak mampu menyediakan mahligai indah buatmu, tiada kereta mewah sebagai hadiah, tiada intan permata sebagai tanda cinta dan tiada harta atau tanah sebagai cagaran masa depan..

Apa yang ada di depan mata, itulah dia.. Tidak lebih dan tidak kurang.. Jangan kerana keterbatasan dirinya membuatkan kasihmu hilang.. Jangan kerana kekurangan dirinya membuatkan rasa hormatmu melayang..

Telah ALLaH tetapkan sebelum kamu lahir, dialah jodohmu dan dialah IMAMmu.. Kamu lihat dia seperti keras hati.. Tapi ketahuilah, dia juga menangis tanpa kamu sedari.. Kekuatan dan kecekalan dirinya ada pada kasihmu..

Ikatlah kuat-kuat.. Jika suamimu redha ke atasmu, maka Syurgalah buatmu.. InsyaALLaH..

****************************************
 Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini. 
Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :) 
 
 ****************************************

14 December 2013

My New Friend

Assalamualaikum....

Hehuuu lamanya tak update new post kat blog ni....nak kata malas tak jugak....nak kata busy memang la busy seminggu dua ni...orang lain lagi super duper busy sempat je update blog....ntah la mood memang ke laut betul la haha....malam ni baru rasa "ok aku ada blog rupanya"...

Yeahaaaa aku dah beli smartphone dua minggu lepas....tiada lagi henfon cap ayam ye uolsss...kalau tak aku dok usung la henfon Nokia kaler pink yang pantang jatuh mesti terpisah nyawa dan badan tu...orang lain dah berzaman guna aku baru terhegeh hegeh nak guna hehe....bukan apa sebelum ni aku rasa macam takde keperluan....

Plan nak beli tahun depan....bunyi macam lambat lagi kan...padahal tinggal tak sampai sebulan nak masuk 2014....tiba tiba entah angin ribut apa yang datang....1 Disember 2013 jugak aku beli...tanpa dirancang okey....aku memang macam ni kalau aku nak something mesti aku dapatkan jugak...jadinya hari tu nak hari tu jugak aku beli henfon Samsung tu hahahaha....giler betul macam duit berkepuk kepuk je...ketepikan soal duit yang penting keinginan....duit boleh cari hehehe boleh gitu??????? sabar je la laki aku dengan perangai bini dia ni kikikiki...

Aku punya takde la canggih mana pun...takde la sehebat Samsung S 3, 4, 5, 6, 7 tu...aku suka sebab skrin besar tapi tak gedabak dan spesifikasi menepati kehendak aku....kira cukup la untuk kegunaan aku...bukannya heavy user pun sebab aku pengguna laptop tegar...

Tak sempat balik KL okey...time tu aku balik Johor sebab ada kenduri kahwin ofismate suami....kat Johor jugak la aku beli menatang tu....so sekarang ni aku dah moden la sikit....dah ada instagram, whatsapp, wechat, line....dah layan facebook guna henfon je sekarang ni....orang lain dah berzaman dok layan tu....aku baru nak merasa haha...ketinggalan zaman sungguh!!!!

Ok bye :)

****************************************
 Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.
 
Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :) 
 
 **************************************** 
 

01 December 2013

Tips Menjadi Pekerja Cemerlang _ 2

Assalamualaikum.....

Seperti dijanjikan nah aku sambung secepat mungkin post ni....klik SINI ......tak payah tunggu minggu depan....tak payah tunggu tahun depan....bulan depan jugak aku update.....betul la kan bulan depan sebab post sebelum ni pada 30 November...ni dah masuk 1 Disember....jangan marah hehe.....orait jomssssss!!!!

5. Terus belajar
Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan diri dan prestasi kerjanya....selain itu, dia akan sentiasa menambah ilmu, sama ada secara teori atau praktikal.....dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai....aku ada sorang kawan macam ni...memang tabik la dengan dia sangat hormat orang dan rajin mencari ilmu....aku tengok hidup dia takde masa untuk lepak borak kosong ni...dia menumpukan usaha pada sesuatu perkara yang benar benar mendatangkan hasil....bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa yang singkat...

Minda lebih senang menangkap dan memahami apa yang dipelajari jika menumpu pada satu perkara dalam satu masa....maka dengan ini rajinkan diri menghadiri kursus atau bengkel.....okey Nik Azidah ingat ye jangan dok nak pergi je tapi tangguh tangguh aiseyyyyy :D

6. Menghormati semua orang
Tak kira siapa rakan sekerja kita, hormati dan cuba ceriakan dia....walaupun dia seorang makcik cleaner dia tetap rakan sekerja...tak rugi pun hormat orang kan.....jangan suka menyakat dan ketawakan kekurangan dan kesilapan orang lain ...sebab tak semua orang boleh menerimanya...

Jangan suka mengata atau bercakap pasal keburukan orang lain.....jangan jadikan ofis kita sebagai gossip corner.....dengar tu okey muahehehehe.....nanti tak pasal pasal dapat dosa kering dan dibenci orang kat ofis tu....pekerja yang cemerlang diukur melalui perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan....jadi diamkan mulut dan rajin buat kerja.....syhhhhhhhh!

7. Penampilan kemas, segak, dan teratur
Okey yang last sekali aku tak nak komen panjang....ingat uolsss, persepsi dan 'first impression' orang lain amat penting dalam suasana kerja....pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual, dan kekemasan di ruang tempat kerjanya....ini hanya kenyataan secara umum ye jangan salah faham....diakui tak semestinya atau itu bukan ukurannnya.....ada je pakaian segak kemain tapi kualiti kerja hancus hehe.....apapun terpulang kepada individu...tapi better jaga la penampilan sedap sikit mata memandang kan hehe....

Okey tadaaa dah habis....terima kasih sudi membaca...sekian terima kasih...bye :)


****************************************
 Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.

Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)
 ****************************************

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails