08 November 2013

Tips Bulan Madu

Assalamualaikum....

Tak lama lagi cuti sekolah kan....tarikh bila tu aku tak pasti sebab dah lama tinggalkan alam budak sekolah kan hehe...kecuali la kalau aku ni cikgu sekolah atau ada anak yang bersekolah atau yang sewaktu dengannya....

Cuti sekolah je mesti ada orang kahwin.....ada orang kahwin je mesti cuti sekolah kan...aku pun kahwin time cuti sekolah jugak hari tu...senang orang kata hehe...kalau dah kahwin tu mesti la nak pergi honeymoon kan...dah halal la katakan huhu...aku sendiri pun tak pergi honeymoon lagi uolssss haha tak sempat....ada la sekadar berjalan time cuti hujung minggu gitu je la....okey ini aku ada Tips Bulan Madu untuk korang yang berniat nak pergi honeymoon lepas kahwin nanti....atau pun yang dah kahwin tapi masih tak honeymoon macam aku ni....honeymoon kat rumah je boleh?????? :D
 

1. Waktu
Ini perkara pertama yang perlu korang fikir....waktu yang tepat untuk bulan madu adalah selepas selesai majlis perkahwinan....so masa dok sibuk merancang majlis tu boleh la rancang pasal bulan madu sekali ye....kiranya lepas dua hari ke tiga hari selepas majlis kahwin boleh la korang blah pergi rehat kat mana mana tempat yang sesuai yang best yang damai dan mengasyikkan....sambil berehat bersantai tu boleh la korang suami isteri berkenalan dengan lebih rapat lagi kan :D 

2. Lokasi bulan madu
Dalam dok merancang bila nak pergi bulan madu tu....kena la jugak tentukan lokasinya kat mana kan...yang ni kena bincang betul betul...kalau tak boleh gaduh korang tau...yang ni nak pergi Paris, sorang lagi nak pergi Maldives...nak pergi situ nak pergi sini......tak ke pening tu...jadi tentukan la tempat berdasarkan keinginan dan kemampuan anda berdua ye....baru la gembira aman damai kan...tak nak la balik honeymoon je tinggal seringgit dalam poket....No No No ye!!!!

3. Buat senarai
Jangan lupa untuk mencatat nombor tiket, alamat, nombor telefon hotel atau apa saja yang berkaitan dengan percutian korang berdua la....ini untuk mengelakkan sebarang perkara yang di luar jangkaan...

4. Barang yang perlu dibawa
Jadi sebelum pergi sila la buat senarai semak atau orang putih cakap checklist ye....tulis la apa apa yang penting untuk dibawa...takde la dah on the way baru teringat itu tinggal ini tinggal....tak kan nak patah balik hehe....bawa barang yang sesuai dengan tempat yang korang nak pergi tu....kalau tempat sejuk bawa la jaket, sarung, dan apa apa la yang boleh melindung korang dari menggigil kesejukan....kalau lokasi tu panas bawa la topi, kaca mata hitam, dan krim pelindung UV...

Kamera jangan lupa tau....sia sia je pergi honeymoon bercuti bagai tapi takde kenangan untuk dirakam...lain lain tu fikir la sendiri...tak kan berus gigi pun nak tinggalkan...pencuci muka, krim pelembap, bedak semua tu bawa la supaya dapat melindungi muka dari sebarang kotoran ....ubat pun sama mana la tau kot ada yang terpening lalat sakit kepala ke tengah tengah honeymoon tu kan...


Bulan madu tidak ada kaitan dengan bulan mahupun madu.....nak tau lokasi bulan madu popular??? Klik SINI.....ok selamat membaca....bye!


****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.

Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails