01 November 2013

Tanpa Isteri Siapalah Suami...Tanpa Suami Siapalah Isteri

Assalamualaikum....

Aku ada terbaca satu status ni kat fb....tentang kepentingan menghargai pasangan.....macam best jadi aku share kat blog ye boleh baca sama sama :)

-------------------------------------------------------------

Kadang-kala akan berlaku bermacam-macam perselisihan faham di dalam rumah tangga. Masalah timbul dari pelbagai sebab dan ujian tapi jangan sesekali berasa terlampau marah dengan si isteri/suami hinggakan langsung tidak ingat dah apa pengorbanan mereka pada kita selama hidup bersama.

Tetapi, pernah tak anda terfikir sekiranya pasangan anda sudah tiada lagi...?

✔ Siapa yang akan menjaga makan minum anda?
✔ Siapa yang akan membebel jika anda tidak menjaga kesihatan diri?
✔ Siapa yang akan suapkan makanan bila anda sakit?
✔ Siapa yang akan membantu ketika anda dilanda masalah?
✔ Siapa yang akan memeluk anda dan membisikkan kata2 cinta di telinga anda?
✔ Siapa yang akan ber-sms atau menelefon untuk bertanyakan khabar?
✔ Siapa yang akan berkongsi kegembiraan dan memberi semangat apabila anda berasa murung?
✔ Siapa yang akan menemani/berbual dengan anda jika anda sunyi?
✔ Siapa yang akan memeluk anda dengan erat jika anda kesejukan di waktu malam?
✔ Siapa yang akan mendengar luahan hati anda?
✔ Siapa yang akan temani anda sewaktu hari tua nanti?

Anda kena mengaku sebenarnya terlalu banyak peranan yang dimainkan oleh pasangan hidup kita. Setiap hari bersama akan meninggalkan kenangan suka duka di dalam kehidupan. Jika hari ini anda berasa marah atau terkilan dengan sikap si dia, esoknya… apa kata anda lupakan saja perasaan amarah itu dan carilah ruang kemaafan di hati anda.

Belajarlah untuk bersabar dengan segala dugaan dan hargailah pasangan anda semasa dia masih ada di samping anda....

Sabarkan adalah separuh daripada IMAN !


 

3 comments:

  1. Nice entry...

    Singgah sini n follow,lets read mine n follow
    http://ciksalihahrambely.blogspot.com/2013/11/big-taste.html

    ReplyDelete
  2. @ Siti Salihah...
    thanks sudi datang...kejap lagi sy masuk jalan2 ye :)

    @ CPTatie...
    kan :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails