15 November 2013

sambungan Kekal Cemerlang Lepas Kahwin

Assalamualaikum....

Dari malam tadi nak sambung tapi tak tersambung sambung jugak....kan aku dah cakap kalau takde idea kau tak payah nak perah tak payah nak paksa la...malam ni baru dapat update sambungan semalam...tu pun lepas dah rileks rileks berguling guling tenangkan minda...

Okey jom kita sambung post semalam Kekal Cemerlang Lepas Kahwin

Mengapa ini terjadi???? bukan sepatutnya makin baik ke sebab perkahwinan dapat memotivasikan seseorang untuk bekerja dengan lebih cemerlang...ada orang baru la katakan iaitu insan tersayang yang akan terus menjadi pendorong untuk kehidupan yang lebih baik...

Sekiranya semangat kerja kita semakin menurun selepas kahwin, cuba kaji balik apa puncanya....setiap yang berlaku mesti bersebab kan...ini penting ye supaya kita dapat kembalikan semangat kita yang asal...semangat yang kita miliki masa zaman bujang dulu....tak nak la kan dulu aktif kemain lagi kiranya kau la harapan syarikat...kau la pekerja terbaik....perkara positif kena kekalkan walaupun status dah berubah...tak gitu kak ton hehe :D

Selain tu, fikir balik apa matlamat kita dalam kehidupan, matlamat dalam pekerjaan....selalu ingatkan diri tentang matlamat akan membantu kita kembali ke landasan asal.....sekali sekala tergelincir itu perkara biasa...tapi jangan plak terus tergolek tak boleh bangun haha...tergelincir terpeleot tu cepat cepat berdiri tegak dan teruskan kehidupan seperti biasa....

Dannnnn ada lagi yang lebih penting....jangan menyalahkan orang lain, tanggungjawab atau persekitaran sekiranya kita tidak sehebat dulu....ok nampak tak??? apa saja yang berlaku dalam kehidupan kita kena lihat dalam diri dan tanya apa sebenarnya yang kita inginkan....audit balik diri kita...kalau ada kelemahan ada kekurangan cuba perbaiki.....

Jangan nak kata "sejak dah kahwin ni susah la hidup nak kena urus tu urus ni...nak buat keje lain pun susah"...atau "sejak kahwin ni keje ofis habis terganggu"....blablablabla seribu satu alasan tau la kreatif kan....tak nak la macam ni....please ok jangan salahkan sesiapa...cuba susun balik kehidupan kita sesuaikan dengan kehidupan baru...kalau niat kita baik insya Allah segalanya akan dipermudahkan....

Apabila kita ada matlamat untuk menjadi pekerja cemerlang...tak kira la kerja dengan orang lain ke...atau kerja sendiri macam bisnes ke....walau apa pun yang datang tak kira gajah harimau ke...masalah akan dapat diatasi dan tidak menjadi penghalang kejayaan....

Sekian pesanan untuk diri sendiri yang kadangkala terleka....dan juga untuk mereka yang sudi membaca....opssss belum habis lagi tau uolssss....kita sambung lain kali plak.....Tips Menjadi Pekerja Cemerlang....byeeeee!!!

Kagum dengan semangat beliau :)


****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.

Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails