30 November 2013

Tips Menjadi Pekerja Cemerlang _ 1

Assalamualaikum....

Okey uolssss seperti dijanjikan....jom kita sambung post yang lepas....klik SINI....tak payah nak mukadimah bagai la kan....kita straight to the point....

1. Niat
Setiap apa yang kita lakukan mesti ada niat yang betul....muhasabah diri dan kaji apa tujuan kita ke tempat kerja setiap hari....adakah semata-mata hanya kerana dibayar gaji? Maksudnya hanya mahukan gaji dan tak kisah apa itu kecemerlangan dalam kerjaya.....atau minat dengan kerja tersebut?....atau kedua-duanya sekali? haaaa fikir fikir :)

Cuba muhasabah diri kalau tiba-tiba kita jadi malas, tak bersemangat, kerja lepas tangan, dan tak ambil kisah asalkan dapat gaji....parah kalau berterusan macam ni....selalu jugak jumpa pekerja macam ni kan....ayoooo pening kepala nak layan! Kalau jadi macam ni sila cepat cepat kembali ke pangkal jalan ye.....pesanan untuk diri sendiri juga....

2. Lakukan lebih dari apa yang patut
Maksudnya jangan nak berkira sangat pasal kerja.....tapi jangan tak berkira langsung kan orang ambik kesempatan plak hehe....kita jugak yang susah...

Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu dilakukan dalam bidang kerja.....contohnya, jika kawan sekerja kita masuk kerja jam 8 pagi hingga 5 petang, kita pula masuk lebih awal iaitu 7.30 pagi dan pulang lebih lewat tanpa mengharapkan elaun lebih masa....timbulkan rasa seronok bekerja sehingga kita tak sedar masa berlalu......sekiranya ada sikap lebih memberi ini...insya Allah akan dapat ganjaran yang setimpal nanti....tak cuba tak tau kan...

Betul kan bila kita suka dengan kerja kita....automatik kita tak akan berkira pasal masa dan lain lain...contohnya aku dulu kan masa kerja yang tak berapa aku nak ngam hehe....kau tau dekat pukul 9 baru sampai ofis....balik plak tepat pukul 6....kiranya dua tiga minit nak pukul 6 tu aku dah get ready haha....dan sekarang Alhamdulillah aku dapat apa yang aku nak...aku sayangkan kerjaya aku....sampai tahap tak kisah balik pukul berapa...kadangkala tak sedar pun masa berlalu...setakat terlebih sejam dua tu dah biasa....terlebih berjam jam pun pernah tapi setahun sekali je la time ada audit hehe...

3. Komited
Tunjukkan komitmen yang tinggi dalam segala tugas yang diamanahkan kepada kita....buat la kerja dengan penuh rasa tanggungjawab dan berikan sepenuh tumpuan....jangan nak buat sambil lewa atau gitu gitu je asalkan siap....hancus kualiti ke laut nanti....dan jangan nak buat sekerat jalan nanti menyusahkan orang plak...dah satu hal orang lain nak tolong siapkan kerja kita tu......ingat kerja itu amanah ye...

Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang kita ni saje nak tunjuk rajin...itu kerjaya kita dan katakan pada diri bukan mereka yang bayar gaji kita....sibuk je kan hehe lantak la...biasa la mulut manusia memang macam tu suka menceceh.....

Untuk menjadi pekerja cemerlang, gemilang dan terbilang wahhh gitu kau perlu komited sepenuhnya kan....mesti rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan....jadilah seorang yang proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikit pun balasan....tapi rajin pun biar kena pada tempatnya kerana takut akan dipergunakan nanti....kan ada yang makan hati nanti hehe....

4. Bijak bawa diri
Sudah menjadi lumrah setiap tempat kerja akan wujud sedikit politik pejabat.....haaa nampak???? dan uolssss kemahiran komunikasi interpersonal amat penting di sini....sebagai pekerja kita kena la bijak menyesuaikan diri dengan keadaan tempat kerja dan juga sikap rakan rakan sekerja...

Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu di mana ruang yang dia boleh 'membawa diri' tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja...pekerja yang cemerlang juga tidak membodek bos untuk cepat naik pangkat.....okeyyyyyy :D

5. ??????

6. ??????

7. ??????

Akan bersambung dalam update yang akan datang....datang bila tu tak pasti....minggu depan atau bulan depan atau tahun depan hehehe....ok selamat membaca...bye :)

****************************************
 Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.

Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)
 **************************************** 

23 November 2013

Janganlah Panggil Saya Bangsat!

Assalamualaikum....

Okey aku nak share satu artikel yang aku ambik dari Sinar Harian......serius lawak hahahaha....jom baca sebagai santapan di malam Sabtu ni....tulisan Muhamad Mat Yakim..


LEPAS tamat sekolah, saya jadi juru jual di Perak. Mula sampai di Kuala Kangsar, saya terasa diperlekehkan. Ini berlaku apabila seorang pakcik berkali-kali kata "awak tak tahu..." kepada saya. Saya menyangka dia merendahkan saya. Rupa-rupanya 'awak' adalah ganti 'saya' bagi orang Perak.

Demikian juga di Parit apabila saya akhirnya terpaksa menjawab "kenai makcik, takkan tak kenai, kipas" setelah seorang makcik tanya sama ada saya 'kenai' kipas angin yang dihalakan kepada saya.

Setelah diberitahu suaminya yang tertawa besar mendengar kata-kata saya, barulah saya sedar rupanya makcik itu bertanya sama ada saya kena atau tidak angin kipas itu. Kena atau 'keney' dalam sebutan orang Parit yang bunyinya seakan 'kenai' mengikut dialek Kedah, mencetuskan salah faham saya.

Itu belum lagi cerita orang Kuala Kangsar masuk kedai lampu dan bertanya "lampu ade idak, ade idak, ade?" Mujur semasa jadi jurujual di Kuala Kangsar, saya tidak ditugaskan menjual lampu. Jika tidak, bergolek berguling pun pasti saya tidak faham pertanyaan itu. Rupa-rupanya pelanggan itu mahu beli lampu lip lap.

Tidak lama dulu, saya bawa seorang kawan dari Kuala Pilah berjumpa seorang ustaz. Kebetulan si ustaz kawan rapat kepada abang saudara saya yang dipanggil Tat. Kata ustaz itu "Tat dulu dok mampuih kut rumah kami la..." Terkebil-kebil kawan saya mendengar kata-katanya.

Keluar dari pejabat ustaz itu, dia langsung bertanya mengenai 'mampuih'. Saya jelaskan, 'mampuih' dalam konteks cerita ustaz itu mengenai hubungan dia dengan abang saudara saya yang sangat mesra. Ini digambarkan melalui kata-katanya 'mampuih' yang bermaksud Tat selalu tidur atau bermalam di rumahnya. Kata kawan saya, dia sangka Tat selalu kena belasah sampai setengah mati oleh ustaz itu!

Ya, memang banyak istilah sama tetapi berlainan maksud mengikut dialek antara negeri kita. Beberapa tahun lepas, saya sendiri terkebil-kebil menonton satu adegan dalam filem Hantu Kak Limah yang berpunca masalah dialek. Apabila dengar Pak Abu menyebut hantu kopek seiring dengan kemunculan suatu objek yang bertali arus daripada seorang wanita, saya tertanya-tanya "penumbuk apa yang banyak sangat ni?"

Rupa-rupanya apa yang saya sangka penumbuk itu buah dada, dan itulah 'kopek' bagi orang Pantai Timur. Kopek di tempat saya bermaksud dompet.

Selain kopek, 'teriak' juga bawa makna yang berbeza mengikut negeri. Sebagai contoh, seseorang bercerita kepada rakannya: "Kami tiap-tiap pagi raya, masa bersalam dengan mak abah kami, kami mesti teriak ..."

Tentulah kawan dari Johor itu naik hairan. Mana tidaknya, teriak dalam bahasa Johor maksudnya menjerit sedangkan bagi orang Kedah, menangis. Apa pasal pula kena menjerit, minta maaf dengan suara perlahan, penuh keinsafan tak bolehkah?

Satu hal lagi, apabila sampai di tempat orang, jangan memandai-mandai buat kesimpulan sendiri mengenai istilah atau dialek di tempat itu. Contohnya, memang banyak istilah dalam dialek utara yang belakangnya huruf 'r' diganti dengan 'q'. Atau jangan pula asal kelapa sembarangan ditukar kepada 'nyoq'. Di utara, kelapa sawit tetap dipanggil kelapa sawit, jangan pula orang negeri lain pergi sana sebut 'nyoq sawit'.

Adapun satu kisah ini boleh dijadikan contoh. Dalam satu majlis kenduri di Kedah, seorang tetamu yang sudah sekian lama teringin nak makan acar limau orang utara, sampai sahaja terus bertanya kepada tuan rumah, 'ayaq acaq ada?"

'Acaq' mengikut dialek utara bukan acar tetapi kumbahan atau air basuhan yang kotor. Acar sebaliknya disebut 'acat'. Begitu juga orang utara yang baru berhijrah ke KL, jangan segera nak jadi orang KL, ajak kawan pergi main 'bole kat Kote Damansare'. Anak KL jati pun sebut 'bola' dan 'Kota Damansara'!

Satu lagi untuk kita jadikan iktibar apa yang berlaku di sebuah surau di Kedah. Setelah beberapa minit masuk waktu, pak bilal atau muazzin tidak juga muncul, yang ada hanya imam dengan seorang musafir, maka si imam pun minta tolong kepada si musafir untuk azan dengan kata-kata "minta tolong bang sat..."
 
Merah padam muka si musafir, "saya tahu saya orang luar tapi janganlah panggil saya bangsat!"

****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.

Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :) 
 
****************************************

22 November 2013

Bila M Datang....

Assalamualaikum....

Kecelakaan apakah ini????? drama sangat la kau ni hahaha...

Seriously minggu ni adalah minggu malas.....nak sambung update pasal tips cemerlang dalam kerjaya tu tak habis habis lagi....bilanya nak siapnya kalau taip satu perenggan aku stop....save...dua hari lepas tu sambung lagi satu perenggan...save....cantik je post tu dok posing kat draft folder...

Padahal banyak benda kot nak update ni....alahai....maybe bercampur dengan aku tak sihat kan....dah tiga hari aku dok batuk sakit tekak sakit kepala ni....macam selsema tapi bukan selsema hehe macam mana tu....tu yang lemau semacam je....selalunya kalau tak sihat pun aku lawan gagahkan diri buat kerja....kali ni tak terlawan plak...tapi takde la sampai aku nak MC kan...ok je boleh drive ke tempat kerja...masih boleh mengajar dengan jayanya walaupun tekak ni perit....

Please M sila main jauh jauh ye....aku banyak kerja nak buat ni :D

****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.

Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)
 
****************************************

15 November 2013

sambungan Kekal Cemerlang Lepas Kahwin

Assalamualaikum....

Dari malam tadi nak sambung tapi tak tersambung sambung jugak....kan aku dah cakap kalau takde idea kau tak payah nak perah tak payah nak paksa la...malam ni baru dapat update sambungan semalam...tu pun lepas dah rileks rileks berguling guling tenangkan minda...

Okey jom kita sambung post semalam Kekal Cemerlang Lepas Kahwin

Mengapa ini terjadi???? bukan sepatutnya makin baik ke sebab perkahwinan dapat memotivasikan seseorang untuk bekerja dengan lebih cemerlang...ada orang baru la katakan iaitu insan tersayang yang akan terus menjadi pendorong untuk kehidupan yang lebih baik...

Sekiranya semangat kerja kita semakin menurun selepas kahwin, cuba kaji balik apa puncanya....setiap yang berlaku mesti bersebab kan...ini penting ye supaya kita dapat kembalikan semangat kita yang asal...semangat yang kita miliki masa zaman bujang dulu....tak nak la kan dulu aktif kemain lagi kiranya kau la harapan syarikat...kau la pekerja terbaik....perkara positif kena kekalkan walaupun status dah berubah...tak gitu kak ton hehe :D

Selain tu, fikir balik apa matlamat kita dalam kehidupan, matlamat dalam pekerjaan....selalu ingatkan diri tentang matlamat akan membantu kita kembali ke landasan asal.....sekali sekala tergelincir itu perkara biasa...tapi jangan plak terus tergolek tak boleh bangun haha...tergelincir terpeleot tu cepat cepat berdiri tegak dan teruskan kehidupan seperti biasa....

Dannnnn ada lagi yang lebih penting....jangan menyalahkan orang lain, tanggungjawab atau persekitaran sekiranya kita tidak sehebat dulu....ok nampak tak??? apa saja yang berlaku dalam kehidupan kita kena lihat dalam diri dan tanya apa sebenarnya yang kita inginkan....audit balik diri kita...kalau ada kelemahan ada kekurangan cuba perbaiki.....

Jangan nak kata "sejak dah kahwin ni susah la hidup nak kena urus tu urus ni...nak buat keje lain pun susah"...atau "sejak kahwin ni keje ofis habis terganggu"....blablablabla seribu satu alasan tau la kreatif kan....tak nak la macam ni....please ok jangan salahkan sesiapa...cuba susun balik kehidupan kita sesuaikan dengan kehidupan baru...kalau niat kita baik insya Allah segalanya akan dipermudahkan....

Apabila kita ada matlamat untuk menjadi pekerja cemerlang...tak kira la kerja dengan orang lain ke...atau kerja sendiri macam bisnes ke....walau apa pun yang datang tak kira gajah harimau ke...masalah akan dapat diatasi dan tidak menjadi penghalang kejayaan....

Sekian pesanan untuk diri sendiri yang kadangkala terleka....dan juga untuk mereka yang sudi membaca....opssss belum habis lagi tau uolssss....kita sambung lain kali plak.....Tips Menjadi Pekerja Cemerlang....byeeeee!!!

Kagum dengan semangat beliau :)


****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.

Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************

Kekal Cemerlang Lepas Kahwin

Assalamualaikum....

Asyik nak cakap pasal kahwin je kan lately haha....takde la saje je aku ni kan menulis ikut mood dan idea....kalau aku terfikir pasal satu benda tu memang mencurah curah la idea....time takde mood??? hummm tak payah dok paksa la memang tak datang....lagipun bila aku tengok keywords kat akaun Nuffnang aku tu selalu je orang dok search maklumat pasal kahwin.....lagi bertambah semangat aku nak share apa yang sepatutnya....

Perkahwinan adalah sesuatu yang sangat manis dalam hidup seseorang...lebih manis dari gula uolsss hehe....ye la kita kan nak kahwin sekali seumur hidup je...lain la kalau korang nak kahwin berkali kali opsssss haha :D

Lepas je "Aku terima nikahnya dot dot dot...." dan "Sah"......Ya Allah aku dah jadi isteri atau dah jadi suami....kiranya tutup buku lama dan buka buku baru la....dan kehidupan selepas kahwin ni macam memberi kita satu semangat baru....dulu bujang sekarang dah ada pasangan yang sah di sisi agama...setiap apa yang kita lakukan mesti pasangan menjadi keutamaan....tak boleh dah nak pentingkan diri sendiri nak ikut kepala sendiri macam dulu hehe....

Okey sangat panjang mukadimahnya...sebenarnya nak cakap pasal cemerlang walaupun selepas kahwin tapi aku masih tak nampak lagi apa kaitannya ni haha...

Adakalanya selepas kahwin prestasi kerja sukar diramal...kalau makin cemerlang makin naik bagus la kan...tapi ada yang semakin jatuh.....kenapa benda macam ni berlaku???????

Ok kita sambung dalam update post yang akan datang hehe....bukan apa kalau nak letak sekaligus kat sini memang panjang giler...penat korang nak baca nanti...tataaaa!!!! :D



****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.

Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************

14 November 2013

Tersentuh Hati Melihatnya

Assalamualaikum.....

Tadi baca kat Sinar Harian pasal berita bayi yang menjadi mangsa dalam kejadian kereta dilarikan oleh seorang remaja di Dungun, Terengganu, Isnin lepas.... 

Ya Allah selamatkan bayi yang tidak berdosa ini Ya Allah....panjangkanlah umurnya....dan permudahkan segala urusan mereka yang berusaha menjaga dan merawatnya Ya Allah....aku benar benar tersentuh melihat keadaan bayi ini....masih kecil tapi terpaksa melalui keperitan dan kesakitan akibat perbuatan orang lain.....semoga yang bersalah terima hukuman yang sepatutnya....

Kat bawah ni aku copy paste berita dari Sinar Harian....semoga menjadi iktibar....manusia sekarang semakin ramai yang sakit otak dan sakit jiwa :(


PETALING JAYA - Bayi lelaki yang menjadi mangsa dalam kejadian kereta dilarikan seorang remaja di Dungun, Terengganu, Isnin lepas menjalani pembedahan mengeluarkan cecair di dalam otaknya.
  
Dr Benedict Marius Selladurai yang merawat Muhammad Ashraf Ikhwan, di Pusat Perubatan Ara Damansara di sini berkata pembedahan bayi sembilan bulan itu dijangka memakan masa sejam.
  
"Pemantauan rapi perlu diberikan terhadap bayi itu selepas pembedahan dilakukan," katanya selepas menerima 'Lawatan Sentuhan Rohani' oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim di hospital itu.
  
Rohani sempat meluangkan masa kira-kira sejam melawat Muhammad Ashraf di Unit Rawatan Rapi hospital itu sebelum bayi itu dibawa masuk ke bilik pembedahan.
  
Isnin lepas, keluarga bayi itu melalui detik cemas apabila seorang remaja melarikan kereta itu bersama bayi mereka di Dungun, Terengganu.

Dalam kejadian pukul 5 petang di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil menyebabkan bapa Ashraf, Pirhat Karim, 34, dan isterinya, Che Mastura, 31, cedera manakala bayi mereka koma setelah tercampak dari kenderaan.  
  
Rohani, pada lawatan itu turut menyerahkan bantuan RM2,000 melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di bawah skim Pemberian Ehsan Kepada Mangsa dan Keluarga (PEKA) yang mana skim itu bertujuan memberi sokongan moral di samping membantu meringankan beban yang dialami keluarga mangsa.
  
Beliau berkata pada tahun ini, sejumlah RM38,500 diberikan kepada 42 penerima manfaat itu.
  
Antara insiden yang menerima bantuan PEKA oleh YKN ialah mangsa nahas bot di Belaga, Sarawak, kemalangan bas di Genting Highlands, tanah runtuh di Hulu Langat dan kepada keluarga jurukamera BernamaTV Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, yang terbunuh di Somalia pada 2011, katanya. - Bernama

Sumber: Sinar Harian _ 14 Nov 2013

****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.

Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************
 

Adakala Hati Berbelah Bagi.....

Assalamualaikum....

Adakala hati kita berbelah bagi memilih satu antara dua. Serba serbi dirasakan tidak kena saat diri perlu membuat keputusan yang tepat. Seboleh-bolehnya kita tidak mahu membuat kesilapan yang akhirnya membawa kepada penyesalan.

Hati juga tersepit di saat kita buntu memikirkan jalan keluar daripada sesuatu perkara yang menghimpit. Tidak tahu arah mana yang hendak dituju, apa yang harus dilakukan, dan bagaimana caranya. Jika semua ini berlegar di dalam diri anda, apa yang harus kita lakukan? Kepada siapa harus kita mengadu selepas diri benar-benar buntu? Ya, kepada Dia, kepada Allah yang sentiasa menanti, menunggu hamba-Nya meminta, berdoa kepada-Nya.

Dirikanlah solat sunat Istikharah pada 2/3 malam bagi memohon petunjuk daripada Allah.

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan.....) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan......) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun, kemudian redhailah aku dengannya".

Post ni aku copy dari sebuah majalah....peringatan untuk diri sendiri dan juga perkongsian untuk mereka yang sudi membacanya...thanks :)


****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.

Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************


11 November 2013

Jangan La Macam Ni

Assalamualaikum....

Okey aku memang jenis kalau orang follow aku...aku akan follow balik orang tu walaupun dia tak minta....just sebagai penghargaan dari aku....kalau ada yang follow aku hari ni....dan tengok esok aku masih belum follow mereka....jangan kata aku tipu hehehe....kadangkala aku tak follow immediately disebabkan kekangan masa.....tapi aku akan follow bila masa mengizinkan aku untuk jenguk semua blog follower....aku kena baca dulu apa yang ditulis baru follow...tak kan la nak masuk tekan butang follow then blah.....NO NO NO ok haha....kalau ada yang tertinggal tolong inform....maklum la aku manusia yang tidak sempurna kadangkala melakukan kesilapan :D

Tapi kalau keluar macam ni....tak dapat den nak nolong eh hehe...


Tengok okey Profile Not Available...so uolsss sila enable...tapi kalai tak sudi tidak la mengapa hehe...


Invited readers only.....huhuhu takpe la nak buat macam mana...

Terima kasih sudi follow.....mana tau ada yang bertuah dapat hadiah ke hehe....bye :)


****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.
 
Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************
 

08 November 2013

Tips Bulan Madu

Assalamualaikum....

Tak lama lagi cuti sekolah kan....tarikh bila tu aku tak pasti sebab dah lama tinggalkan alam budak sekolah kan hehe...kecuali la kalau aku ni cikgu sekolah atau ada anak yang bersekolah atau yang sewaktu dengannya....

Cuti sekolah je mesti ada orang kahwin.....ada orang kahwin je mesti cuti sekolah kan...aku pun kahwin time cuti sekolah jugak hari tu...senang orang kata hehe...kalau dah kahwin tu mesti la nak pergi honeymoon kan...dah halal la katakan huhu...aku sendiri pun tak pergi honeymoon lagi uolssss haha tak sempat....ada la sekadar berjalan time cuti hujung minggu gitu je la....okey ini aku ada Tips Bulan Madu untuk korang yang berniat nak pergi honeymoon lepas kahwin nanti....atau pun yang dah kahwin tapi masih tak honeymoon macam aku ni....honeymoon kat rumah je boleh?????? :D
 

1. Waktu
Ini perkara pertama yang perlu korang fikir....waktu yang tepat untuk bulan madu adalah selepas selesai majlis perkahwinan....so masa dok sibuk merancang majlis tu boleh la rancang pasal bulan madu sekali ye....kiranya lepas dua hari ke tiga hari selepas majlis kahwin boleh la korang blah pergi rehat kat mana mana tempat yang sesuai yang best yang damai dan mengasyikkan....sambil berehat bersantai tu boleh la korang suami isteri berkenalan dengan lebih rapat lagi kan :D 

2. Lokasi bulan madu
Dalam dok merancang bila nak pergi bulan madu tu....kena la jugak tentukan lokasinya kat mana kan...yang ni kena bincang betul betul...kalau tak boleh gaduh korang tau...yang ni nak pergi Paris, sorang lagi nak pergi Maldives...nak pergi situ nak pergi sini......tak ke pening tu...jadi tentukan la tempat berdasarkan keinginan dan kemampuan anda berdua ye....baru la gembira aman damai kan...tak nak la balik honeymoon je tinggal seringgit dalam poket....No No No ye!!!!

3. Buat senarai
Jangan lupa untuk mencatat nombor tiket, alamat, nombor telefon hotel atau apa saja yang berkaitan dengan percutian korang berdua la....ini untuk mengelakkan sebarang perkara yang di luar jangkaan...

4. Barang yang perlu dibawa
Jadi sebelum pergi sila la buat senarai semak atau orang putih cakap checklist ye....tulis la apa apa yang penting untuk dibawa...takde la dah on the way baru teringat itu tinggal ini tinggal....tak kan nak patah balik hehe....bawa barang yang sesuai dengan tempat yang korang nak pergi tu....kalau tempat sejuk bawa la jaket, sarung, dan apa apa la yang boleh melindung korang dari menggigil kesejukan....kalau lokasi tu panas bawa la topi, kaca mata hitam, dan krim pelindung UV...

Kamera jangan lupa tau....sia sia je pergi honeymoon bercuti bagai tapi takde kenangan untuk dirakam...lain lain tu fikir la sendiri...tak kan berus gigi pun nak tinggalkan...pencuci muka, krim pelembap, bedak semua tu bawa la supaya dapat melindungi muka dari sebarang kotoran ....ubat pun sama mana la tau kot ada yang terpening lalat sakit kepala ke tengah tengah honeymoon tu kan...


Bulan madu tidak ada kaitan dengan bulan mahupun madu.....nak tau lokasi bulan madu popular??? Klik SINI.....ok selamat membaca....bye!


****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.

Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************


07 November 2013

Tinggal Tapi Tak Sempat Berhabuk

Assalamualaikum.....

Huaaaa rindunya kat blog......padahal baru dua hari tak update cuma jenguk kejap kejap je....drama sangat aku ni....selalunya tinggal sampai berhabuk....ni tak sempat nak apa-apa aku dah masuk jenguk dan update....eh azam baru kerrrrr???? hehehe....

Busy la uolsss tak sempat nak update post walaupun yang simple pendek dan kemetot.....start hari Ahad lepas sampai la hari ni di saat aku menaip post ni....aku masih busy....busy dengan urusan duniawi hahaha....tengah tengah dok sibuk buat itu ini ke sana ke mari...tengah tengah tak cukup tidur tak sempat makan....dalam kepala masih lagi dok teringat kat blog...cuma nak update je tak sempat...

Untuk pengetahuan korang yang dok tanya bila aku nak start bisnes balik.....dok tanya mana stok baju bajan, tudung kepala tudung saji yang baru, dan macam macam lagi.....ni haaaa aku dah muncul....aku bukannya menghilangkan diri...ada je cuma tak aktif sangat just dok ambik tempahan jahitan shawl sikit sikit...ni aku dah kembali menyerang bergiat aktif macam dulu...menambahkan kemeriahan dunia online bisnes....

Aku malas nak taip panjang panjang.....ampun ya aku copy paste je la status kat facebook sempena sekembalinya aku ke dunia bisnes online secara serius macam dulu hehe....

Heloooooo I'm back to online bisnes......rindunya berbulan2 tinggal kononnya nak cuti sekejap....tapi hampeh...busy persiapan kawin...pindah rumah....barang2 bisnes packing masuk kotak....nak unpack balik satu hal plak....dah cuti lama tu lemau plak rasa haha....just ambik tempahan jahitan shawl secara offline je sikit-sikit....ni baru datang mood biz sepenuhnya....

Jangan lupa buat lawatan kat page MissNick Collection ni ye....ada barang baikkkk untuk uolssss!!! Stock baru dah masuk....dan ada promo BELI 1 PERCUMA 1...kat mana lagi nak dapat macam tu....item yang percuma tu stok sebelum cuti hari tu la....nak kasi clear sehabis bersih....waaa kasi PERCUMA je :D

Sebarang pertanyaan jangan malu jangan segan inbox me ok 

Ini la dia buah tangan pertama selepas bergelar isteri hehehe :D



****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.

Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************

03 November 2013

Terkejut Aku Tengok Blog Ni

Assalamualaikum....

Mentang mentang la esok cuti lagi kan....degil je mata ni tak nak tidur.....salahkan mata plak padahal aku sendiri yang tak nak tidur....malam masih muda la katakan hehe....

Kebetulan aku tengah blogwalking malam ni.....beberapa kali aku dikejutkan dengan blog yang ada MUZIK ada LAGU.....terkejut uolssss sebab memecahkan kesunyian malam....kalau kebetulan aku tengah dengar lagu kat laptop lagi la haru tiba-tiba dengar dua lagu serentak....

Korang kalau nak letak benda tu please la letak yang ada butang pause........dan letak la kat tempat orang senang nampak.....takde la aku menggagau dok cari dari mana datangnya bunyi tu....sebabnya bila pasang tu akan menyebabkan loading blog korang jadi slow sikit tau....dengan loading dah sangkut sangkut....dengan takde butang pause.....atau butang pause ada tapi bila blog dok tersengguk sengguk macam motosikal nak habis minyak.....nak tekan butang pause pun tak dapat.....nak tak nak aku terpaksa tekan butang X dan blah.....bukan tak sudi baca tapi tu la kan hehe.....

Eh blog aku so suka hati la aku nak pasang lagu ke....monyet berjoget ke.....ada aku kisah?????

Tak kisah pun....eh suka hati la....ehhhh esok Ahad....sambung blogwalking sampai pitam....bye :)


02 November 2013

Survey Pelamin Oh Pelamin

Assalamualaikum....

Okey ye aku nak sambung balik update pasal wedding preparation....walaupun hampir setahun berlakunya kejadian ni.... hehehe lantak la tak kira aku nak update jugak...

Sempena cuti chinese new year yang lepas aku balik la kampung...nak settlekan apa apa yang patut...malam 14 Februari tu aku blah dari Kuala Lumpur yang permai ni haha permai ke???? naik bas uolssss sekali sekala best jugak...malas nak drive...nak rileks je sambil diulit bas yang goyang goyang tu...

Pada mulanya aku kan plan nak buat pelamin sendiri....haha giler kau macam hebat sangat kan!!! terpengaruh tengok sesetengah pengantin yang gigih menDIY pelamin masing-masing la ni....tapi bila fikir fikir balik rasa macam tak sempat je dan aku malas nak peningkan kepala...ditambah lagi dengan kakak aku yang tercinta tu tak habis habis dok pujuk aku suruh sewa je pelamin kat butik pengantin hehe...

So 16 Februari dia dok bawak aku pergi survey pelamin kat butik pengantin....aku ikutkan je la...dua tempat je aku pergi...malas nak survey banyak tempat.....korang tau la kan aku jenis tak kisah sangat pasal pelamin...lagipun aku kan tak sanding just nak bagi naik seri rumah je...kata kenduri kahwin kan hehe...

Pergi butik pengantin yang pertama....murah tu murah la tapi aku tak berkenan sebab hummm entah la....design dia aku tak berapa berkenan....tak kena dengan jiwa aku la...then pergi butik pengantin yang kedua...okey banyak jugak design dia yang aku berkenan....ada yang mahal ada yang murah.....aku ambik mini pelamin je...aku bagitau dia nak yang macam mana....then dia cakap harga sekian sekian...so aku bersetuju...bayar deposit time tu jugak lepas tu balik....lupa dah tapi harga sekitar RM500 macam tu la lebih kurang...aku ambik dengan meja makan biadap beradap sekali....total semua????? emmm aku lupa la haha...tapi murah je la sebab kat kampung kan...

Ni la antara gambar pelamin yang aku dok idamkan....orang lain dok idam pelamin grand besar besar meriah.....tapi aku nak simple simple je...lain orang lain citarasa kan....


Pink putih uolssss aku suka!!!! 


Ni pun sweet dan lembut sangat....kuning putih....


Merah putih....terang dalam kelembutan.....putih ni kalau combine dengan apa saje warna memang cantik la...


Dannnnn pelamin aku ialah pink putih.....tak banyak pun gambar yang aku ada....tu pun semua time bergambar dengan kawan-kawan....gambar aku sorang guna kamera sendiri takde....gambar yang official photographer ambik tak siap lagi....


Ni la pelamin aku....simple je kan....ok la tu setakat nak buat bergambar.....dah katanya tak bersanding so takde guna la pelamin besar kan....lampu stand kiri kanan tu berfungsi tau tapi lupa nak on haha excited sangat nak bergambar.....ni kawan aku masa sekolah dulu Wizana namanya.....time ni dia tengah pregnant....jadi aku ambik berkat la ye dok hehehe....



****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.
Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************

Happy Deepavali

Assalamualaikum....

Huargggggghhhhhh hari ni cuti....rasa macam pelik je sebab selalunya pagi sabtu aku dah keluar rumah pergi kerja....

Selamat menyambut hari Deepavali kepada kawan-kawan dan rakyat Malaysia yang beragama Hindu....mintak maruku sikit hehe...selalunya berbalang balang maruku ada kat meja ofis lepas ni diaorang bawa.....yang melayu la sibuk makan dah benda free semua sedap hahaha....dan isnin depan ada jamuan sempena Deepavali kat ofis....aku paling suka kari....okey tak sabar nak makan :D




01 November 2013

Tanpa Isteri Siapalah Suami...Tanpa Suami Siapalah Isteri

Assalamualaikum....

Aku ada terbaca satu status ni kat fb....tentang kepentingan menghargai pasangan.....macam best jadi aku share kat blog ye boleh baca sama sama :)

-------------------------------------------------------------

Kadang-kala akan berlaku bermacam-macam perselisihan faham di dalam rumah tangga. Masalah timbul dari pelbagai sebab dan ujian tapi jangan sesekali berasa terlampau marah dengan si isteri/suami hinggakan langsung tidak ingat dah apa pengorbanan mereka pada kita selama hidup bersama.

Tetapi, pernah tak anda terfikir sekiranya pasangan anda sudah tiada lagi...?

✔ Siapa yang akan menjaga makan minum anda?
✔ Siapa yang akan membebel jika anda tidak menjaga kesihatan diri?
✔ Siapa yang akan suapkan makanan bila anda sakit?
✔ Siapa yang akan membantu ketika anda dilanda masalah?
✔ Siapa yang akan memeluk anda dan membisikkan kata2 cinta di telinga anda?
✔ Siapa yang akan ber-sms atau menelefon untuk bertanyakan khabar?
✔ Siapa yang akan berkongsi kegembiraan dan memberi semangat apabila anda berasa murung?
✔ Siapa yang akan menemani/berbual dengan anda jika anda sunyi?
✔ Siapa yang akan memeluk anda dengan erat jika anda kesejukan di waktu malam?
✔ Siapa yang akan mendengar luahan hati anda?
✔ Siapa yang akan temani anda sewaktu hari tua nanti?

Anda kena mengaku sebenarnya terlalu banyak peranan yang dimainkan oleh pasangan hidup kita. Setiap hari bersama akan meninggalkan kenangan suka duka di dalam kehidupan. Jika hari ini anda berasa marah atau terkilan dengan sikap si dia, esoknya… apa kata anda lupakan saja perasaan amarah itu dan carilah ruang kemaafan di hati anda.

Belajarlah untuk bersabar dengan segala dugaan dan hargailah pasangan anda semasa dia masih ada di samping anda....

Sabarkan adalah separuh daripada IMAN !


 

Terlanggar Pantang

Assalamualaikum....

Sebenarnya kan dah sebulan lebih aku pantang makanan makanan tertentu....stop minum air berkarbonat....stop makan fast food....stop makan maggi....dan lain lain makanan yang kurang berkhasiat...




Aku dah mula makan banyak sayur dan buah....banyak masak sendiri kat rumah....bawak bekal pergi kerja....banyak minum air mineral sampai aku dah beli borong macam nak berniaga haha....

Ingatkan susah nak stop rupanya boleh je...cuma sebelum ni aku tak kuat...tu yang mulut kata tak nak tapi hati kata nak....dalam seminggu tu aku wajib makan kfc hehehe....time bosan malam malam wajib lepak McDonald's.....so kali ni aku memang nekad SAY NO to makanan tersebut...bukan nak berhenti terus maksudnya aku nak kurangkan....sekali sekala makan takpe la....aku pantang lama sikit sebab nak bersihkan badan dulu....kira detoks la lebih kurang...tapi takde la aku ambik produk detoks....




Tapi semalam kan terlanggar pantang huaaaaaaaaa!!!! Tak sengaja....lunch tadi ada informal meeting sambil borak borak dengan bos...dia ajak pergi kfc....lepas tu dia belanja...dah tu tak kan aku nak tolak...tak kan aku tak nak makan dan orang lain makan dengan enaknya....ini tak boleh jadi....apa lagi aku pun bedal sekali la hehe...




Aku minum air coke dan makan ayam tiga ketul....banyak kot order tu pun masih ada lebih walaupun masing masing dah makan banyak....lepas tu macam lembu kenyang....serius kenyang sampai ke malam...mungkin sampai lusa kihkihkih (tipu)...

Aku sebenarnya tengah ajar diri sendiri supaya berdisiplin sikit bab bab makan ni....jangan nak main bantai je...aku ni jenis makan tak menolak....nampak je sedap kena dengan selera semua aku bedal asalkan halal hehe...sebab umur dah meningkat kan jadi banyak benda kena jaga....kesihatan tak boleh dibeli dengan wang ringgit.....jadi cegahlah dari awal...bye :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails