04 October 2013

Tong Sampah vs Mentaliti Sampah

'Tak guna ada tong sampah' _ RANTAU PANJANG - Meskipun tong sampah tersedia, namun sebahagian penduduk yang tidak bertanggungjawab lebih gemar mengambil jalan mudah dengan membuang sampah merata-rata.

Ia bukan sahaja mengundang pencemaran bau, malah menyebabkan binatang ternakan seperti lembu mengerumuni kawasan pembuangan sampah.

Lebih memburukkan keadaan, musim hujan ini menyebabkan sebahagian kecil sampah mengalir sehingga ke jalan raya dan mengotori kediaman, dekat sini.

Penduduk, Che Adnan Che Mat, 52, berkata, masalah itu bertambah parah apabila ada beberapa peniaga turut membuang sampah di kawasan berkenaan.

Menurutnya, mereka mengambil jalan mudah dengan hanya mencampakkan sampah tanpa perlu keluar dari kenderaan yang dinaiki.

Katanya, ada juga meletakkan sampah di atas but kereta sehingga ada di antaranya terjatuh sebelum tiba di kawasan pembuangan.

“Tak guna ada tong sampah, tapi tak dimanfaatkan.

“Terlalu banyak sampah, saya rimas. Kadang-kadang malas nak buang sampah sebab terlalu kotor, terpaksa buang sampah di tempat lain, ” katanya.

Sementara itu, penduduk, Zakaria Husain, 42, berkata, kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan penduduk mengundang masalah pencemaran di sini.

Katanya, bukan hanya melibatkan penduduk malah penternak yang sengaja melepaskan binatang ternakan tanpa pengawasan.

“Mereka sepatutnya menjaga binatang ternakan agar ia tidak memenuhi kawasan pembuangan sampah.

“Kejadian itu memburukkan lagi keadaan kerana bungkusan sampah terbuka sehingga mengundang serangga, tikus dan binatang lain,” katanya.

Sumber: Sinar Harian 

P/S: Manusia ni macam macam perangai...takde tong sampah mintak tong sampah katanya takde tempat nak buang sampah....bila dah bagi macam ni pulak jadinya....makin memburukkan keadaan....dan juga mengundang penyakit berjangkit.....salah siapa???? tepuk dada tanya diri sendiri....


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails