06 October 2013

Tips Penjagaan Tudung Bawal

Assalamualaikum....

Tahun bertukar tahun....zaman bersilih ganti...tapi tudung bawal tetap di hati kan....aku pun sama la dari zaman belajar lagi dok pakai tudung bawal...masuk alam kerja timbul macam macam fesyen tudung...so terpengaruh la jugak kan...tudung awning la, tudung syria la, shawl la macam macam....especially shawl la pantang berkenan terus beli walaupun warna tu dah ada hehe...

Tapi dalam kebanjiran pelbagai fesyen tudung...tudung jenis bawal memang tak dilupakan....hari tu kan macam lupa daratan kejap akibat terpengaruh dengan pelbagai fesyen tudung...ni baru nak berjinak jinak balik dengan tudung bawal...tapi aku tak pernah beli tudung bawal kat tempat lain...mesti beli kat Kelantan...dan sekarang aku dalam proses nak menambah koleksi tudung bawal...tapi lambat sikit la kan sebab faktor jarak...balik kampung pun bukannya selalu...

Panjangnya intro....harus la panjang kan sebab pagi pagi ni banyak idea otak tengah fresh...jom kita tengok tips penjagaan tudung bawal kat bawah ni...

Rendam seketika dengan sdikit serbuk pencuci yang lembut.

Jangan guna peluntur, gosok dengan tangan secara lembut.

Basuh dengan cucian tangan. Jangan gunakan berus atau mesin basuh.

Kalau boleh elak menggunakan pelembut kain kerana ia akan menyebabkan tudung tersebut lembik dan  sukar untuk dibentuk. 

Elakkan direct sunlight supaya ia tahan lebih lama dan warnanya tidak pudar.

Untuk memastikan batu-batu kristal atau manik kekal melekat, gosok daripada sebelah dalam tudung.

Simpan tudung dengan menggantung di tempat gantung tudung atau mengikat di hujung tudung bawal di penyangkut baju.

Semasa memakai tudung, gunakan kerongsang yang mempunyai pin atau jarum yang masih tajam bagi mengelakkan tudung tersebut berlubang-lubang dan rosak akibat tersangkut.

Tudung bawal raya...kelabu uolssss dulu tak suka kaler ni now jatuh hati plak ye :D


****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.

Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails