21 October 2013

Sotong Masak Kunyit Asam

Assalamualaikum

Okey seperti dijanjikan aku nak share resepi....sejak kahwin ni main share resepi kat blog plak ye kikikiki...ye la selain untuk tatapan pembaca (harap ada la ye yang baca)....boleh jugak jadi tempat rujukan aku bila nak masak nanti....senang laki aku nak order tunjuk tunjuk je yang mana zappppp siap sebab dia dah tau rasa macam mana kan....selain dari merujuk blog blog masakan lain yang tahap retis...

Sebenarnya yang ni aku masak minggu lepas...tapi baru nak update resepi sebab mood baru datang...en.husband kata sedap dan ini first time aku masak sotong kunyit pesen ni....sebab lain sikit dari yang aku selalu buat sebelum ni....so aku letak nama Resepi Sotong Masak Kunyit Asam boleh hehe....dah tak tau nak masak apa...google resepi takde bahan plak nak masak makanan yang aku nak....so aku masak je la main campak campak bahan yang dah ada kat dapur tu...
 


BAHAN-BAHAN:
5 - 6 ekor sotong - bersihkan dan dipotong (berapa banyak sotong yang uolsss nak suka hati)
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 biji buah tomato - potong lapan bahagian
5 biji cili padi - dipotong (boleh kurangkan atau tambah ikut kepedasan yang uolsss nak)
Sos tiram
Perahan limau nipis atau limau kasturi 

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam dalam satu bekas. Ketepikan. Kalau nak perap dulu dalam setengah jam pun boleh.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Jadi bila minyak dah panas tu boleh la tumis bawang merah, bawang putih, dan halia yang ditumbuk tadi sampai naik bau.
3. Masukkan sotong dan kacau. Masukkan sos tiram dan kacau lagi. Kalau nak kuah lebih sikit boleh tambah air. Jadi air ni agak agak je la ye nak banyak mana.
4. Masukkan buah tomato yang dipotong tadi, perahan air limau nipis atau limau kasturi, dan juga cili padi.  Tapi cili padi ni pilihan bagi mereka yang nak pedas sikit. Kalau tak nak pedas tak perlu masukkan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kalau tak nak pun takpe.
5. Siap dan hidangkan.

Rasanya????? Sedikit pedas dan masam masam gitu ok....aku makan dengan nasi butter...perghhh memang bertambah tambah la...untuk resepi nasi butter tu nanti share resepi kemudian ye...

Kalau nak ubah tak nak masam ke pandai pandai la ye....tak payah letak limau nipis atau limau kasturi tu....nak tambah hirisan bawang besar pun sedap jugak...

Tunggu apa lagi jom ler kita masuk ke dapur :)


5 comments:

  1. waa. sedapnya. boleh try nnti. :)

    ReplyDelete
  2. @ Kreviewed ricky....
    jom makan hehe...

    @ Busyra Bt Takiyudin...
    hehe cuba jangan tak cuba :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya.. boleh try nie...
    baru follow sini... hope akak follow nurul balik.. thanks :)

    http://eiylaqasandra.blogspot.com/2013/11/meet-greet-bersama-chomel-di-kuala.html

    ReplyDelete
  4. @ nurul saberilla...
    jom tunggu apa lagi hehe...thanks follow blog akak...nanti akak follow balik ye :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails