25 October 2013

Panjang Pendek Ada Aku Kisah

Assalamualaikum.....

Semalam cuti dari update blog....sebabnya kebizian dan keletihan sikit....apa yang diletihkan pun tak tau la haha...tidur awal dan otak pun tepu....tak suka nak paksa paksa kalau takde idea....nanti hasilnya post yang merapu dan aku nak baca pun menyampah....apatah lagi orang lain....

Sebenarnya aku kalau dah datang idea menulis memang mencurah curah.....walaupun dah niat nak update pendek je tapi terpanjang juga aku taip....jadi terlajak perahu boleh diundur, terlajak tulisan kita teruskan je la....

Sebelum aku aktif menulis kat blog macam sekarang ni....aku selalu menulis kat facebook je.....kononnya nak control pembaca haha konon la kan.....update status panjang panjang sampai kena klik see more kalau nak baca hehe....sekarang aku dah tak kisah jadi sesiapa je boleh baca secara bebasnya....

Tapi kan ada je makhluk yang tak senang hati....maksud aku kat facebook la....tiap kali aku update panjang panjang ada je yang nak perli.....

"Wei apa benda yang kau merapu panjang panjang ni malas la aku nak baca" ......aku tak suruh kau baca pun....suka hati la nak update apa pun asalkan takde nak mengumpat. nak menyakitkan hati orang...

"Huiiiiii panjangnya status kau semalam....semput aku nak baca tau....kau tulis pasal apa sebenarnya"......eh tak payah la baca aku mengutuk kau sebenarnya nanti makin semput plak hahahaha ambik kau!!!

Siap kecoh kecoh uolssss....siap angkut geng nak bagitau semua orang bahawa orang yang update status panjang panjang kat facebook ni tak berapa cerdik dan takde keje hehehe....

Status kat facebook aku tu la takde la panjang mana pun....setakat ni takde lagi yang termeninggal dunia atau diserang penyakit kronik sebab baca status aku....sederhana je tak sepanjang apa yang aku update kat blog.....setakat sepuluh hingga lima belas baris je pun.....kalau tau aku ada blog ni dan selalu update kat sini sekarang....hummmm ntah apa la yang nak dikatanya hehe.....aku tak kisah lantak kau la labu....

Ye la bukannya semua benda yang kita buat ada orang suka.....masih ramai yang suka...langau setakat dua tiga orang je....yang like berpuluh puluh ganda dan ada komen komen positif....komen negatif tu delete je la kan buat semak je hehehe....

Jadi kesimpulannya manusia ni berbeza jadi hormatilah minat dan kesukaan mereka.....sebab mereka tak kacau kita pun.....kalau tak nak respect minat orang pun tak payah la sibuk nak ambik tau kan....okey bye :)

P/S: Aku suka menulis....kalau tengok status facebook panjang panjang jangan nak pelik ye...


4 comments:

  1. 10 hingga 15 baris tuh panjang jugak tuh ._.

    ReplyDelete
  2. @ AmyZana....
    baru puas hati habis benda nak citer hehe...

    @ piqa da bajitos...
    biarkan mereka terjun dengan labu2 itu...boleh gitu hehe...

    @ Liza Licha....
    kita tak kisah tapi ramai orang kisah kan :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails