26 October 2013

Majlis Kahwin Paling Pelik Sepanjang Zaman

Assalamualaikum....

Aku tak nak membebel panjang....bermukadimah bagai.....kita straight to the point ye.....walaupun aku tau update ni confirm panjang....

Korang pernah tak pergi majlis kenduri kahwin yang akan korang ingat sampai bila bila????? bukan sebab manis tapi pahit hahaha....kiranya majlis kahwin yang pelik dan tak pernah dibuat orang....

Aku pernah la sekali pergi majlis kahwin.....satu family sombong....dah la takde nak sambut nak jemput duduk ke apa kan seperti kebiasaan yang aku pernah pergi.....tapi tak kisah la mungkin tuan rumah busy melayan tetamu....so kami duduk je la kat meja tetamu....then bila nampak mak ayah pengantin kami bangun la salam....yang perempuan salam dengan maknya...yang laki salam dengan ayahnya....dua dua muka berlagak...langsung tak tegur dan masa salam pun tak pandang apatah lagi nak senyum....adik beradiknya pun tak layan tetamu...

Then kami duduk je la.....semua senyap time tu dan saling berpandangan dengan muka penuh persoalan....bukan kami je makcik makcik pakcik pakcik kat meja sebelah pun dah berbunyi suara tak puas hati....mungkin semua dok fikir "majlis apa yang aku datang ni" hahahaha....dok borak borak je la...nak makan pun makanan takde lagi padahal majlis dah start.....bertambah tambah kepelikan di situ....selalu sampai je makanan dah tersedia....

Dah sampai makanan tu apa lagi terus bangun pergi ambik la....lapar kot hehehe....air anggur ke apa ntah tak ingat disediakan siap siap dalam jug kat setiap meja.....satu jug sahaja....kalau kau jenis minum air banyak ke...tak tahan pedas ke....itu je la air yang ada....habis satu jug tu dah takde orang tambah....nak tambah macam mana pelayan pun tak nampak muka....tuan rumah apatah lagi langsung tak melayan tetamu......

Langsung tak seperti majlis kahwin....nak kata susah nak handle tetamu tak ramai pun lebih kurang 300 orang gitu je...buat kat dewan....aku tak nampak pun tahap grand seperti yang digebang gebang berbulan bulan sebelum majlis....nak pergi pun takut sebab kami bukan orang kaya seperti mereka kot kot la majlis penuh protokol seperti dinyatakan...katanya kena jaga standard tapi nan hado....aku ni selalu pergi kenduri kahwin semuanya best giler balik happy je....

Ada banyak lagi la perkara yang berlaku sepanjang majlis tu....tapi malas la nak cerita.....ada yang pelik tetapi kelakar sampai ke hari ni jadi bahan lawak kami....dan ada yang pelik sampai rasa nak marah hehe....aku tengah taip post ni boleh sengih sorang sorang sebab lucu walaupun dah hampir setahun berlalu....

Dan kami balik awal sebab confuse sama ada datang majlis kahwin ke majlis kenduri tahlil....dalam kad jemputan kata majlis resepsi perkahwinan....tapi kenduri tahlil pun tak macam tu tau hahaha....sampai my chinese friend boleh kata "ini majlis kahwin melayu paling teruk ai pernah pergi"....padahal kawan tu bukan jenis suka mengata orang atau komplen sana sini....dia jenis baik, mudah simpati, dan suka tolong orang....kesayangan kami walaupun lain bangsa....

Okey okey dah....kesimpulannya sebelum kita buat apa apa jangan gebang lebih....berlagak seperti kita ni setaraf para artis dan ahli keluarga VIP atau VVIP......


Gambar ni bukan mewakili kepelikan ye takde kaitan hehe....cuma suka tengok cara mereka yang sangat simple dan sederhana.....sejuk je hati :)


6 comments:

  1. jom blogwalking...
    http://updatenew5.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. tahniah, semoga jodoh berkekalan

    ReplyDelete
  3. eh, ade ea majlis gitu,, ni pengantin pon sekali gitu eh??

    ReplyDelete
  4. ish kalau zaza lah xtau nak cakap apa...setakat ni xpernah jumpa lagi org mcm ni... harap2 xde lah jumpa.. biarlah majlis tu best dgn disambut tuan rumah dgn senyum..baru la kita tetamu pun seronok... ;)

    ReplyDelete
  5. terkejut sebab awak letak gmba fiza elite... hahhaha...

    ReplyDelete
  6. @ Annassul Firdaus bin Rapaiee...
    ok done :)

    @ iu-hazirah...
    tahniah kat sape ni? apa pun terima kasih hehe...

    @ Bee Haa...
    ada la dah jumpa cukup la sekali haha...pengantin??? x tau pun kawan2 datang...kecik hati iolsss tau haha...

    @ zaza zehra...
    yup betul tu...sederhana la dalam melakukan sesuatu...planning biar la elok skit...itu la kenangan majlis kahwin yg x boleh dilupakan hehe...

    @ Anis Najwa...
    haha saje nak tunjuk contoh yg sepatutnya...sejuk mata memandang..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails