01 October 2013

Langsing Cara Sihat dan Pintar

Assalamualaikum...

Hari ni nak share sikit apa yang aku baca dalam Majalah Nur edisi Oktober 2013...iaitu pasal nak melangsingkan badan ni....perempuan mana yang tak suka kalau sebut pasal langsing ni termasuk la aku hehe...berat badan aku naik giler giler lepas kahwin ni tau...kalau ikut BMI aku dah overweight tau haha...nasib baik size baju still sama...aku pun hairan mana lemak lemak tu menyorok sebab tak nampak...cuma nampak kut penimbang je...

Malaysia ni kaya dengan makanan yang best best super lazat.....so no wonder la ramai yang mendapat obesiti....jom kita lihat sedikit statistik yang disediakan...

Berdasarkan kaji selidik Kesihatan dan Mobiditi Negara (NHMS) mendapati 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes pada tahun 2012 dan merupakan jumlah paling ramai di Asia Tenggara. Manakala dengan kadar 15.1 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas mengalami obesiti, bererti Malaysia menjadi negara paling gemuk di Asia Tenggara. Daripada dua rekod yang dicipta oleh rakyat Malaysia, bererti risiko serangan penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, dan serangan jantung sentiasa terdedah kepada mereka. 

Hummm agak menakutkan baca tu...tapi suka atau tidak itu la kenyataannya.

Dalam majalah tu penulis ada kongsikan mengenai sebuah pusat yang mampu membantu kita mengurangkan berat badan sambil mengamalkan diet sihat dan pintar....nama pusat tu ialah My Ideal Weight Centre...iaitu pusat sehenti yang menyediakan bimbingan kepada pelanggan mengenai penurunan berat badan secara sihat dan gaya hidup sihat daripada pakar pengurangan berat badan terlatih... 

Cakap banyak tak guna...apa kata korang masuk je sini http://www.weightlosscoach.com.my/

Jom sihat!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails