10 October 2013

Kan Dah Kena Tembak

Geng samun maut ditembak _ KUALA LUMPUR  – Tiga penjenayah yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam beberapa siri kes samun sekitar Lembah Klang maut dalam kejadian berbalas tembak dengan polis berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar, Lebuhraya Duke arah Gombak, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, sebuah kereta  yang dinaiki suspek dikejar oleh pasukan khas dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor selepas didapati terlibat  menyamun seorang wanita di Klang kira-kira jam 11.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata sejurus tiba di lokasi kejadian, polis bertindak memintas kereta Proton Wira yang dinaiki menyebabkan suspek melepaskan tembakan.

“Buat masa ini polis masih belum dapat mengenalpasti identiti suspek  dipercayai berumur lingkungan 20 hingga 30an.

Katanya, polis turut menemui sebilah parang dan sepucuk pistol yang digunakan suspek bagi tujuan samun.Manakala dua buah kereta yang digunakan didaftarkan atas nama orang lain.

Menurutnya, kumpulan ini menggunakan taktik menghimpit kereta mangsa dari bahagian depan dan belakang sebelum seorang lagi suspek yang menaiki motosikal memecahkan cermin kereta di bahagian pemandu untuk menyamun mangsa.

Sebelum itu, kumpulan itu dilaporkan menggunakan sebuah lagi kereta dan motosikal untuk melakukan samun.

P/S: Syabas PDRM!

 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails