11 October 2013

Jemaah Haji Cedera

Tujuh jemaah haji cedera _ MAKKAH - Tujuh jemaah haji cedera apabila khemah runtuh dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda Mina dan Arafah, kelmarin.

Kesemua mangsa kini dipindah ke hospital di bandar.

Jurucakap pertahanan awam, Kolonel Abdullah Hartini berkata, pihaknya telah menerima amaran daripada jabatan meteorologi dan alam sekitar mengenai ramalan hujan lebat di Makkah dan sedang berusaha menangani masalah itu.

"Kami akan mendapatkan bantuan pihak tentera, menempatkan lebih ramai pasukan penyelamat dan memindahkan jemaah yang terlibat dalam cuaca buruk ini," katanya.

Sementara itu, pegawai keselamatan di pusat pemeriksaan di sepanjang jalan menuju ke Makkah telah menghantar pulang sekurang-kurangnya 1587 jemaah Arab yang tidak mempunyai permit haji kerana cuba memasuki kota itu untuk menunaikan haji.

Komander pasukan keselamatan di Baheeta, Abdullah Al-Obaid mengesahkan pihaknya turut menahan 179 ekspatriat yang memegang permit penduduk tidak sah dan 10 penduduk Arab kerana membawa jemaah secara haram.

"Mereka akan dihantar pulang selepas mengambil cap jari. Kami juga akan menghantar 5,800 kenderaan yang tidak mempunyai lesen memasuki tempat suci ini,"katanya.

Menurutnya, jemaah tanpa permit haji yang ditangkap akan dihantar pulang dan tidak dibenarkan kembali selama 10 tahun. - Arab News

Sumber: Berita Harian

P/S: Semoga semuanya selamat.....bestnya berpeluang dapat jadi tetamu Allah S.W.T....

 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails