10 October 2013

Hantaran Ikut Kemampuan Sudah

Assalamualaikum....
 
Sebenarnya kan wang hantaran tu bukanlah sesuatu yang boleh dibangga banggakan....bukan apa kadangkala wang hantaran yang tinggi boleh menimbulkan rasa riak dan menunjuk nunjuk di kalangan keluarga...

Apalah gunanya hantaran yang tinggi....sehingga ia mendorong bakal suami mencari wang hingga tidak mempedulikan lagi halal haram sumber pendapatannya...

Dah banyak tengok benda benda macam ni sama ada melalui media massa atau depan mata sendiri.....apa yang dipaparkan melalui drama di televisyen kadangkala kisah benar....kisah yang berlaku dalam masyarakat hari ini....kat luar pun aku pernah jumpa di mana seorang lelaki ni kerja sebagai despatch....ye la gaji bukannya besar kan korang pun tau....dalam beberapa bulan nak kahwin dia terpaksa buat part time kerja di kelab malam semata-mata untuk kahwin....

So berbelanja la ikut kemampuan....kalau lima ribu yang kita mampu buat la sekadar lima ribu....jangan mampu lima ribu tapi nak majlis macam lima puluh ribu....sehari je pun bukannya nak buat tiga puluh hari tiga puluh malam....kehidupan selepas kahwin tu yang penting....

Lagipun nak jadi suami korang jugak kan....tak kesian ke dok tekan si dia bagai nak rak.....lain la kalau si dia mampu boleh la mintak berjuta juta kira agak agak boleh makan sampai tujuh keturunan kan....ni dok perah mintak dua puluh tiga puluh ribu....ala sekali pejam celik dah habis kan....okey jangan marah uolsss....bye :)

6 comments:

  1. hmm kan
    buat termampu
    kalau mak ayah pompuan lebih mampu..mak ayah leh tolong2 kan..jgn bebankan menantu
    hehe

    ReplyDelete
  2. @ piqa da bajitos - tu la kan x payah nak pening2 buat je ikut setakat mampu...ukur baju di badan sendiri org kata hehe...klu mampu buat besar2 buat je la asalkan x menyusahkan orang...

    ReplyDelete
  3. betul.... org ckp kita nk kawin nak bina masjid.. jngan susahkan pihak lelaki.. :D

    ReplyDelete
  4. @ Anis Najwa - ye la sama2 bertolak ansur la kan :)

    ReplyDelete
  5. sekarang ni orang pentingkan duit. tu la susah tu. :)

    ReplyDelete
  6. @ Liza Licha - agaknya nak bawak duit masuk kubur kot hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails