08 October 2013

Giler Menyengat Baunya!

Assalamualaikum....

Walaupun dah macam macam kempen pasal rokok.....bahaya bahaya bahaya dan bahaya kepada kesihatan....dengan harga entah dah berapa kali naik....tapi kalau nak merokok orang tetap merokok jugak kan....susah nak hilang tabiat merokok kalau dah dok anggap benda tu sebagai nyawa....

Tapi kan kalau korang nak merokok suka hati la...korang yang sakit lepas tu korang yang meninggal eh hehe.....tapi fikir la orang sekeliling.....jangan pentingkan diri sendiri boleh tak????

Kalau nak merokok pergi la jauh jauh sikit.....pening mereka yang tak bersalah ni tau termasuk la aku....telan asap sesama korang dah la jangan nak libatkan orang lain....kami tak nak tau asap ni sebab kami makan nasi dan makanan halal yang mengenyangkan je uolsss.....

Selain tu kalau area berdekatan korang tu ada baby atau orang tua....tolong la ada perasaan hormat sikit....ni mentang mentang dapat hisap rokok suka suka hati je nak hembus...

Lagi satu pesen suka merokok sambil drive kereta....kalau korang tengah drive sorang sorang tak kisah la...ni tak dengan penumpang penuh kat dalam kereta boleh plak dengan selambanya merokok....memang la buka tingkap tapi asap tu tetap jugak masuk dalam sikit ditambah dengan bau rokok tu lagi...

Dan tambah memeningkan lagi apabila berlaku di tempat tertutup....contohnya di ofis...memang la merokok kat luar ofis...tapi lepas merokok tu terus masuk duduk mengadap kerja...perghhhh bau dia sikit lagi nak pitam....boleh berubah mood tau dari ok terus jadi tak ok....dari tengah syok dok buat kerja terus hilang fokus.....akibat bau rokok bercampur bau peluh yang amat kuat...menusuk terus ke lubang hidung ok...kalau hidung ni boleh bercakap dah lama kena marah....

Sekian luahan dari wakil persatuan benci asap rokok!


2 comments:

  1. hm.. tu la dear. kadang2 geram jgk, diorg macam tak respek

    ReplyDelete
  2. @ Liza Licha - hehe tau takpe....sumbat rokok dlm mulut kang baru tau nak respek orang kot...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails