25 October 2013

Blog Kesukaan Sayaaaaaa

Assalamualaikum.....

Semenjak dua menjak tiga menjak ni aku memang rajin giler blogwalking.....kata nak aktif blogging harus la rajin blogwalking kan....dah la tajuk post ni macam budak budak nak bercerita hehe lantak la kan...aku takde idea nak letak apa...

Aku siap buat senarai lagi untuk blogwalking korang tau tak dan update kat Microsoft Word hahaha tradisional sangat kan.....bukan apa senang aku nak tau kat senarai blog mana aku stop....tanda la apa apa pun warna merah ke bold ke....so the next blogwalking start la kat tempat aku berhenti tu....beratus ratus jugak la senarai blog yang ada dengan aku sekarang ni....mustahil la nak habiskan dalam satu masa atau satu hari sesi blogwalking....

Meh nak share sikit kategori blog yang aku suka baca dan kadangkala boleh jadi pembaca tegar tau....

Blog yang santai dan banyak bercerita tentang kehidupan mereka...bercerita tentang anak anak atau keluarga....kongsi tentang tempat menarik yang mereka pergi....buat review tempat makan yang best....kongsi info.....nasihat.....bercerita sesuatu perkara dengan penuh perasaan...happening....lawak dan giler giler sikit sampai aku ketawa...kandungan blog yang present siapa diri penulis sebenarnya, dan sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan kita....

Seterusnya of course la blog resepi......boleh terbeliak bijik mata masuk blog mereka ni.....secara tiba tiba jadi lapar dan tamak.....kalau boleh time tu jugak nak ajak suami pergi beli bahan nak masak.....aku kagum dengan mereka ni sebab rajin masak dan kreatif....lepas tu rajin ambik gambar dan update resepi kat blog....

Aku rasa itu je la kot yang ketara aku nampak la....dan selalu aku baca hari hari.....blog lain lain ada la jugak baca kan tapi susah nak spesifikkan....

Okey ini blog yang aku tak berapa gemar kira susah nak baca la...bukan tak suka ye....blog yang berterabur tak tersusun...tak kemas....ada macam macam warna yang menyakitkan mata haha....tulisan yang terlampau kecil....lepas tu background dengan tulisan tak matching maksud aku kena Ctrl + A baru boleh baca....contohnya background putih dan warna tulisan yang light...kalau tak kecik besar kecik besar mata aku nak tengok apa yang ditulisnya.....kesimpulannya boleh buat aku pening biji mata....kau ingat kepala je ke boleh pening.....maka kebarangkalian untuk aku masuk kali kedua tu adalah sangat rendah....

Okey lagi satu yang update guna bahasa sms.....walaweiiiiiii kalau yang ni memang confirm aku baca baris pertama je dan scroll sampai bawah sah semua kandungan blognya menggunakan bahasa bahasa sms....buwat / at / an / manew / wet / eak / bley / uma / beco / owg / uh / sowg.....dan banyak lagi la perkataannya tak larat nak taip pening haha....ok tak fikir panjang....reject! kesimpulannya guna la bahasa yang mudah difahami oleh semua peringkat umur....

Ada lagi ni iaitu blog yang mengandungi kata kata kesat atau kutukan.....blog yang ada unsur unsur menghasut....menghina orang lain....mendedahkan aib orang....mengandungi gambar gambar lucah dan menyakitkan mata.....contohnya Gambar Artis A Tidur Bersama Kekasih....Pengakuan Berani Artis B Tentang dot dot dot......dan sebagainya...kiranya kandungan blog sepenuhnya pasal kisah lucah dan 18sx artis atau sesiapa sahaja yang boleh jadi cerita hot....

Ada lagi la tapi setakat tu je la kot.....iye la yang ketara je la kan....nanti taip panjang berjela korang menyampah plak....aku pun tak larat nak taip mampus la nak perah otak hahaha....ok esok keje bye :D


2 comments:

  1. pendapat tentang blog sy maacm mana? ok tak?

    ReplyDelete
  2. @ faried fred...
    x tau kena review keseluruhan dulu...x leh nak komen :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails