08 October 2013

Bawal: Tak Lapuk Dek Zaman

Assalamualaikum...

Ok ni ada lagi perkongsian pasal tudung bawal yang aku baca dari Majalah Nur....jom check it out!

MAKSUD BAWAL
Dipercayai perkataan 'bawal' itu sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis iaitu 'voile' atau disebut 'voil' yang bermaksud fabrik yang ringan, lembut, dan kosong. Ia diperbuat daripada kain kapas, sutera, rayon atau wool. Perkataan ini kemudian dimelayukan sebagai Bawal, mungkin kerana bunyinya hampir sama 'voile'. Jadi sehingga sekarang melekat dengan perkataan 'bawal'.

JENIS FABRIK
Fabrik bawal lebih senang dipanggil bawal satu, bawal dua, dan bawal tiga iaitu mengikut gred kain.

# BAWAL SATU
Ia dikenali sebagai bawal akhbar. Fabrik ini dipanggil Japanese voile. Ia merupakan jenis kain yang paling cantik dan berkualiti. Ia dapat dibezakan daripada segi tekstur dan mudah digayakan dan dibentuk. 

# BAWAL DUA
Bawal dua daripada fabrik Korean voile. Tekstur fabrik ini masih selesa dipakai dan hampir dengan Japanese voile. Apa yang membezakannya adalah daripada segi kelembutan kain, ia sedikit tebal. 

# BAWAL TIGA
Diperbuat daripada fabrik Chinese voile. Kurang berkualiti kerana dari segi fabrik teksturnya agak keras. Lebih sesuai digunakan sebagai tudung harian.

KELEBIHAN TUDUNG BAWAL
# Terletak cantik di atas kepala serta memberi keseimbangan.
# Ia melekap pada rambut.
# Mengalir angin keluar masuk ke kepala.
# Menyerap peluh.
# Selesa dipakai untuk jangka waktu yang panjang.
# Baik untuk kesihatan rambut.
# Bersesuaian dengan cuaca yang panas.
# Boleh digayakan seperti mana anda menggayakan selendang.
# Warna yang menawan.

POLOS
Azalinya tudung bawal dikenali polos dengan rona yang lembut. Cuma kini mengikut peredaran fesyen hijab, tudung bawal semakin memiliki pelbagai rona yang menawan, terang dan pelbagai ilham. Malah pada awal 2011, bawal kembali berada di landasan sendiri apabila diinovasi dengan pelbagai gaya rona dan motif.

MOTIF
Bawal sememangnya dikenali polos sifatnya. Namun sesuai dengan arus fesyen kini, ia divariasikan dengan pelbagai motif seperti abstrak, floral, animal printed, lace, dan sebagainya. Jika dulu bawal didatangkan dengan sulaman, batu, dan diamond yang mana biasanya disulam di hujung tudung.

BAWAL DAN BENTUK MUKA
Istimewanya bawal kerana fabrik dan gayanya 'mesra' dengan pelbagai bentuk muka. Jadi tidak kiralah bentuk muka anda macam mana, bawal adalah pilihan yang tepat untuk anda. Malah dengan pelbagai gaya yang diinovasi, anda juga boleh bergaya persis model.
Antara bentuk muka yang sesuai mengenakan bawal:

# Untuk wajah yang berbentuk bulat pula, tudung bawal sesuai untuk anda. Pakai seperti biasa dapat membantu bentuk wajah menjadi bujur.
# Untuk wajah berbentuk hati memiliki dahi tidak luas, serta anak rambut mudah kelihatan. Jadi anda akan cantik dan manis jika memakai tudung jenis tudung bawal serta shawl.
# Bentuk wajah persegi adalah bentuk yang unik, ini kerana bahagian rahang agak lebar. Untuk wajah sebegini, tudung jenis awning tidak bersesuaian dengan bentuk wajah anda. Jadi pilihan yang tepat adalah tudung bawal.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails