04 October 2013

Apakah Anda 'Korban' Buli di Pejabat?

Assalamualaikum...

Nak share sikit satu artikel yang agak menarik pasal kes buli di pejabat...yang ni aku ambik dari Majalah Nur....ingat zaman sekolah je ke ada kes buli membuli ni...dah masuk alam kerja kiranya dah matang pun ada lagi makhluk pembuli ni uolssss...jangan tak tau....so hati hati ok...

Artikel daripada National Health Service di Britain menyatakan "Dibuli akan membuatkan kehidupan pekerjaan anda menjadi sangat buruk. Anda kehilangan segala rasa keyakinan diri, merasa sakit hati dan tertekan serta sukar memotivasikan diri untuk bekerja."

Tanya diri adakah anda merasa malas untuk ke pejabat setiap hari? Apakah anda perlu memaksa dan menarik kaki anda dengan 'berat' setiap kali hendak pergi bekerja? Atau juga mungkin merasa takut kerana harus menghadapi persekitaran pekerjaan yang tidak menyenangkan. Jika ya, bererti pekerjaan anda sedang membawa kesengsaraan kepada anda. 

Berikut adalah petanda yang akan membantu anda memahami jika anda sebenarnya menjadi 'korban' buli di pejabat.

1. DIEJEK BERTERUSAN

Ini adalah sebahagian daripada ciri membuli di tempat kerja. Rakan-rakan sekerja secara berkumpulan berterusan gemar mengejek dan memperlekehkan anda. Jika anda sering diejek, dihina atau dimalukan di hadapan rakan-rakan anda mungkin adalah mangsa buli.

2. TERUS MENGINGATKAN KEPADA KESALAHAN ANDA

Melakukan kesalahan adalah sifat lumrah manusia. Tetapi tidak begitu di sisi orang yang ingin menganggu dan tidak senang melihat kesenangan dan cara urusan kerja anda. Jika rakan senior terus mengingatkan kesalahan anda dan terus menyalahkan anda tanpa alasan ini juga adalah satu petanda anda sedang dibuli. Berhati-hatilah mereka juga akan tetap meletakkan kesalahan kepada anda walaupun anda sebenarnya tidak melakukan kesalahan.

3. MERASA TERASING

Jika anda terasa disingkir oleh rakan-rakan dan pihak atasan ini juga bermaksud anda sedang ditindas. Kehadiran anda seringkali tidak diharapkan oleh mereka. Akhirnya anda sering merasa terasing meskipun anda sedang berkumpul dengan rakan-rakan kerja anda.

4. KEHILANGAN MOTIVASI

Anda sering berekreasi di waktu terluang untuk menjauhkan diri daripada lingkungan pejabat yang tidak menyenangkan hingga anda sering dihambat igauan dan cemas. Anda juga mungkin merasa lesu, kehilangan motivasi, dan mudah bosan.

5. ANDA SERING DIGAGALKAN

Seorang rakan sekerja yang sering menganggu akan selalu mencari jalan untuk membuatkan pekerjaan anda gagal. Mereka sering menyukarkan urusan anda dalam pekerjaan.

6. ADA DESAS DESUS

Jika ada orang yang tidak suka dengan anda di pejabat, dia akan terus menyebarkan gosip yang tidak baik tentang anda. Bangkitlah dan bina keyakinan diri. Cari jalan penyelesaiannya dan pertahankan hak anda. Berjumpa dengan ketua atau berhadapan dengan mereka yang dengki itu adalah salah satu cara menyelesaikan permasalahan ini. Jangan lupa berdoa untuk dilindungi daripada penganiayaan.

Sumber: Majalah Nur _ Oktober 2013


2 comments:

  1. Saya mangsa buli yg akhirnya tewas dan berhenti kerja. Telah buat aduan tidak diendahkan. Mohon bercuti utk rawatan tidak dibenarkan. Dihina dan dikeji sehingga hampir sakit jantung dan murung. Hampir gila. Cuba bersabar tapi akhirnya tewas. Bila nekad berhenti disisih keluarga yg marah. Dipandang hina tanpa pekerjaan tetap. Tiada siapa yg mengerti apa yg saya rasa. Hanya Allah saja yg tahu. Dituduh anak derhaka. Saya redha dgn takdir Allah mungkin bukan rezeki disitu lagi. Insya Allah moga rezeki saya dibukakan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah uji sebab Dia sayang kita :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails