31 October 2013

Laman Web Interaktif Untuk Para Ibu

Assalamualaikum....

Okey info ni adalah untuk para ibu yang dah ada anak atau ibu yang tengah hamil ke atau yang bakal hamil....hehehe berapa kali aku nak 'atau' ni....sesiapa je la...kalau suami baca pun boleh inform kat isteri uolsss ye...

Kata zaman canggih la....zaman teknologi maklumat la...maka pihak Danone Dumex telah menyediakan laman web interaktif untuk berhubung menerusi alam maya....tugas para ibu zaman sekarang kan penuh dengan cabaran....macam macam la ilmu yang mereka kena belajar....jadi dalam laman web tu para ibu boleh berinteraksi, berkongsi pengalaman, dan petua bersama...

Penasihat Careline Dumex dan pakar professional juga sedia membantu....so uolsss boleh tanya apa saja persoalan mengenai tip sepanjang tempoh kehamilan, kelahiran, dan zaman kanak-kanak....boleh tengok kat bahagian 'Wisdom from the heart' kat bahagian muka depan laman web tu ye...




Aplikasi lain yang praktikal boleh digunakan oleh para ibu ialah seperti laporan berat badan ketika hamil, kalendar kehamilan, 'live chat', dan detik-detik keemasan....

Okey kepada para ibu di luar sana....tak kan baca je jom la kita buat lawatan sambil belajar ke http://www.dumex.com.my/


30 October 2013

Aku Paling Benci Bila dot dot dot

Assalamualaikum....

Aku kan paling tak suka la bila tengah tidur depan tv.....tiba tiba terjaga tengah tengah malam jam dua tiga pagi.....terkeluar iklan atau drama berkaitan dot dot dot....korang tau la kan sekarang banyak betul cerita cerita hantu kat tv tu....

Biasa la sementara nak tidur tu aku tengok tv dulu....sambil sambil tunggu en. husband balik kerja....kadang kadang terus tertidur depan tv....lepas tu tv plak yang tengok aku....

Nak tau apa jadi???? mesti dah susah nak tidur balik tau.....aku pandang kiri kanan kiri kanan hahaha....dan pandang belakang ishhhhh mengong betul rasa....tapi kalau dah ngantuk giler lantak la apa yang nak keluar kat tv tu aku tetap bantai tidur sepuas hati hehe.....

Aku bukannya jenis penakut giler tu....masa zaman bujang dulu selalu jugak dok sorang sorang....rumah dua tingkat plak tu...selalu tengok filem filem seram ni terutama dari Thailand dan Jepun hehe...cuma aku tak boleh terkejut je....sape tak terkejut wei tiba tiba buka mata keluar gambar menakutkan mengerikan haha....muka hancur la, mata tersembul la, takde mata la, rambut menggerbang dan macam macam la hehe....tu yang secara automatik aku terus pandang sekeliling.....hehe mintak jauh...ok bye!


Eh Kak Limah la....glamour uolssss..


Bubuh Arak Dalam Masakan

KUANTAN - Seorang tukang masak sebuah hotel terkenal di Jerantut yang cuba menipu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akhirnya mengaku menggunakan arak selepas disoal siasat.

Tukang masak berkenaan pada mulanya mengaku arak jenis wine itu adalah minumannya dan disimpan bersama bahan masakan lain termasuk sos dan kicap.

Bagaimanapun, selepas melihat tulisan tertera Gourmet Cooking Wine yang ditunjukkan penguatkuasa, dia bersetuju bahawa arak itu digunakan untuk memasak masakan Cina.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua jenis arak yang ditemui itu diimport dari China dan dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.

“Kandungan alkoholnya hanya satu peratus tetapi kita tetap serius dengan perkara ini bagi menangani kemaslahatan pelanggan Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Noridzuan berkata, semua tukang masak di hotel berkenaan bukan Muslim dan hotel itu juga tidak pernah memohon sijil halal tetapi pemantauan dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui status halal masakan yang disajikan.

Menurutnya, pengurusan hotel tidak berminat memohon sijil halal kerana restoran di hadapan dapurnya menghidangkan minuman keras bagi pengunjung bukan Islam.

“Mereka juga tetap mahu meneruskan penggunaan ramuan dan aneka sos yang tidak dapat disahkan status halal yang tidak dapat menepati syarat dan prosedur pensijilan halal,” katanya.

Noridzuan berkata, pemantauan dilaksanakan bersama Pejabat Agama Islam Jerantut dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.

Selepas lebih satu jam membuat pemeriksaan, katanya, kumpulan pemantau itu mendapati amalan kebersihan tidak memuaskan secara keseluruhan terutama di bahagian dapur dan peti sejuk.

“Sarang telur dan telur yang tidak dibasuh dan diletak berhampiran dengan tempat memasak dan semua pekerja di bahagian dapur tidak mendapat suntikan anti typhod serta gagal menghadiri kursus pengendalian makanan.

“Pihak hotel sebenarnya tidak melakukan sebarang pelanggaran Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011) kerana tidak terdapat apa-apa pernyataan halal atau apa-apa perkataan atau objek yang boleh membawa pengertian halal di premis hotel itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan pelanggan Islam tidak mudah terpedaya dengan ajakan individu tertentu supaya mencuba masakan di hotel atau restoran terkenal yang tiada tanda halal.

Jaip juga menggesa premis makanan supaya lebih peka dengan keperluan penyediaan makanan halal bagi pengguna Islam terutama aspek ramuan yang jelas tidak halal.
 
P/S: Tau nak untung je kan.....jadi umat Islam berhati-hati la ketika makan di luar....cari tempat makan yang kita rasa betul betul bersih dan halal....bersih dari segi penyediaan kandungan masakan....tempat atau kawasan dapur yang bersih....jangan asal sedap kita main telan je....pesanan untuk diri sendiri juga...


29 October 2013

Sesi Review Blog Follower

Assalamualaikum....

Dalam dok mengantuk tersengguk sengguk pun nak update jugak hehe...sebab ni cerita hari ni punya...kalau esok cerita lain dah...

Hari ni aku dah start buat operasi follow secara besar besaran di blog sesiapa yang dah follow aku....besar besaran kau tak nak kalah!!! seperti yang aku bagitau sebelum ni iaitu di Blog Kesukaan Sayaaaaaa......rasanya tak perlu dijelaskan lagi...nak tau klik je link tu dan baca la segala bebelan macam mak nenek kat situ hehe....




Hari ni aku spend masa sikit untuk view balik semua ni....aku appreciate sesiapa yang follow blog ni...so itu je la cara aku nak balas....lain lain???? mungkin aku akan buat contest atau apa apa je la untuk mereka...masih dalam perancangan...

Setakat hari ni dah lebih sepuluh blog aku review....ye la tak kan nak masuk just tekan butang follow dan blah macam tu je...aku nak jugak baca apa yang ditulis sekali kan....komen komen ke....sebab tu aku ambik masa nak follow semua tu...

Memang dah ada yang aku follow sebelum ni...tapi tak semua atas beberapa faktor.....faktor gitu kau hahaha.....faktornya ialah suka tangguh apa yang nak dibuat....jangan la contohi aku....kalau ada follower satu atau dua orang sehari pun terus review....jangan dok peram sampai berbulan bulan hehe....

Disebabkan sekarang ni aku dah mula aktif blogging...jadi aku dah mula ambik tau segala yang berkaitan blog secara serius.....thanks untuk semua ok ^_^

P/S: Aku tak dapat nak follow blog yang disable profile review atau yang tak boleh nak klik pada nama dia atau sebab sebab lain yang menjadikan aku tak boleh masuk blog itu....bukan salah aku....harap maaf :D


28 October 2013

Kucing Pun Tau Nak Rehat

Assalamualaikum....

Berkali kali aku taip......lepas tu aku delete....

Taip lagi dah sampai tiga perenggan....then delete lagi....

Aku nak update pasal tu....tapi rasa macam takde idea nak tulis....kalau tulis pun rasa macam tak best....kalau aku tengok pun rasa geli dan menyampah....tak mungkin aku akan tekan butang publish.....nanti ada idea aku tulis pasal tu ye...

Sebab seriously aku tengah penat giler sekarang ni....dekat dekat nak audit macam ni la keadaannya....dah tujuh hari aku masuk ofis pagi dan balik malam...jam 9 malam baru sampai rumah.....sabtu ahad pun masuk ofis sampai malam...haiyaaaa bangla pun cuti ahad tau huahuahua....tapi takpe la setiap kerja ada ganjarannya yang kita tak tahu.....tadi balik kerja terus aku guling guling macam tenggiling kat depan tv...



Gini la muka aku apabila petang dan malam menjelma....rasa nak tidur je atas buku buku dan segala dokumen yang ada tu....



Syok ye cik Meow Meow membuta kat atas laptop.....aku kalau boleh nak gini jugak tapi hanya mampu kat pinggir pinggir laptop je....kalau baring jugak kat atas tu maknanya esok kena beli laptop baru....




Okey ini boleh dikatakan selalu la.....start dari zaman sekolah....sampai masuk universiti.....sammmmmpai la dah masuk alam pekerjaan....buat nota, baca buku akademik atau pun baca artikel / jurnal ilmiah dalam keadaan otak tak fresh atau penat mesti akan berakhir dengan tidur zzzzzzzzz.....



Seperti ingin bercinta zzzzzzzzzz......



Okey jaga jaga hahahaha....

Good nite esok kerja....bye :)


27 October 2013

Survey Art Card Nak DIY Kad Kahwin

Assalamualaikum....

Okey kita sambung update pasal kawin kawin ye...dah lama tak update kan.....seperti yang dirancang dari awal aku nak buat sendiri kad jemputan perkahwinan....nak DIY la kiranya kan....Alhamdulillah berjaya jugak :)

So dalam bulan Februari lepas aku dah start survey materialnya iaitu art card.....sebelum tu ada la jugak survey online tapi rasa macam susah sebab aku tak biasa beli kan....nak tau jugak secara real materialnya tu macam mana kan....jadilah pengguna yang bijak hehe....

Aku survey kat area ofis aku je sebab ada dua tiga buah kedai printing dan stationary.....nasib baik ada....pegang cuit sentuh gosok belek....tengok harga pun ok dengan kualiti....ditambah plak dengan orang kedai tu baik lagi la bersemangat aku nak beli...dia tunjuk satu satu jenis paper yang sesuai untuk buat kad....kualiti layanan penting tau uolsssss....baru la hati terpikat kan...




Ini contoh art card yang aku guna.....Digital Ivory Card....230 gsm....size A4....tak nipis dan tak tebal sangat....aku beli dua paket.....jadi 200 sheets la...

Kad aku memang simple giler la....takdenya nak bermadah pujangga bagai hoho....cukup dengan maklumat majlis....satu keping kertas tu aku bahagi tiga....cetak depan belakang....takde la nak buat kad besar gajah ke kad berlipat ke takde eh....depan tu nama mak ayah...nama pasangan pengantin....tarikh...alamat...dan apa apa yang patut la.....belakang tu map nak ke rumah aku dan aturcara majlis....tapi takde la kosong bodoh gitu je kan...ada la design sikit sikit.....ada warna warna takde la hitam putih je...

Print pun sendiri....potong sendiri....beli sampul dan tadaaaaa siappppp!!! kosnya sangat murah dan menjimatkan....tak sampai 20 sen pun tau....

Nanti lain kali aku cerita proses nak men DIY kad tu ye....dengan menggunakan tulang empat kerat bagaimana aku berjaya menghasilkan kad jemputan kahwin sendiri.....hoiiiii kau tak payah nak drama sangat hahaha bukan susah pun!!!! proses printing iaitu pasang ink kat luar printer untuk penjimatan....tunjuk kad yang aku dah buat...macam macam lagi la....ok byebyebye :D


26 October 2013

Majlis Kahwin Paling Pelik Sepanjang Zaman

Assalamualaikum....

Aku tak nak membebel panjang....bermukadimah bagai.....kita straight to the point ye.....walaupun aku tau update ni confirm panjang....

Korang pernah tak pergi majlis kenduri kahwin yang akan korang ingat sampai bila bila????? bukan sebab manis tapi pahit hahaha....kiranya majlis kahwin yang pelik dan tak pernah dibuat orang....

Aku pernah la sekali pergi majlis kahwin.....satu family sombong....dah la takde nak sambut nak jemput duduk ke apa kan seperti kebiasaan yang aku pernah pergi.....tapi tak kisah la mungkin tuan rumah busy melayan tetamu....so kami duduk je la kat meja tetamu....then bila nampak mak ayah pengantin kami bangun la salam....yang perempuan salam dengan maknya...yang laki salam dengan ayahnya....dua dua muka berlagak...langsung tak tegur dan masa salam pun tak pandang apatah lagi nak senyum....adik beradiknya pun tak layan tetamu...

Then kami duduk je la.....semua senyap time tu dan saling berpandangan dengan muka penuh persoalan....bukan kami je makcik makcik pakcik pakcik kat meja sebelah pun dah berbunyi suara tak puas hati....mungkin semua dok fikir "majlis apa yang aku datang ni" hahahaha....dok borak borak je la...nak makan pun makanan takde lagi padahal majlis dah start.....bertambah tambah kepelikan di situ....selalu sampai je makanan dah tersedia....

Dah sampai makanan tu apa lagi terus bangun pergi ambik la....lapar kot hehehe....air anggur ke apa ntah tak ingat disediakan siap siap dalam jug kat setiap meja.....satu jug sahaja....kalau kau jenis minum air banyak ke...tak tahan pedas ke....itu je la air yang ada....habis satu jug tu dah takde orang tambah....nak tambah macam mana pelayan pun tak nampak muka....tuan rumah apatah lagi langsung tak melayan tetamu......

Langsung tak seperti majlis kahwin....nak kata susah nak handle tetamu tak ramai pun lebih kurang 300 orang gitu je...buat kat dewan....aku tak nampak pun tahap grand seperti yang digebang gebang berbulan bulan sebelum majlis....nak pergi pun takut sebab kami bukan orang kaya seperti mereka kot kot la majlis penuh protokol seperti dinyatakan...katanya kena jaga standard tapi nan hado....aku ni selalu pergi kenduri kahwin semuanya best giler balik happy je....

Ada banyak lagi la perkara yang berlaku sepanjang majlis tu....tapi malas la nak cerita.....ada yang pelik tetapi kelakar sampai ke hari ni jadi bahan lawak kami....dan ada yang pelik sampai rasa nak marah hehe....aku tengah taip post ni boleh sengih sorang sorang sebab lucu walaupun dah hampir setahun berlalu....

Dan kami balik awal sebab confuse sama ada datang majlis kahwin ke majlis kenduri tahlil....dalam kad jemputan kata majlis resepsi perkahwinan....tapi kenduri tahlil pun tak macam tu tau hahaha....sampai my chinese friend boleh kata "ini majlis kahwin melayu paling teruk ai pernah pergi"....padahal kawan tu bukan jenis suka mengata orang atau komplen sana sini....dia jenis baik, mudah simpati, dan suka tolong orang....kesayangan kami walaupun lain bangsa....

Okey okey dah....kesimpulannya sebelum kita buat apa apa jangan gebang lebih....berlagak seperti kita ni setaraf para artis dan ahli keluarga VIP atau VVIP......


Gambar ni bukan mewakili kepelikan ye takde kaitan hehe....cuma suka tengok cara mereka yang sangat simple dan sederhana.....sejuk je hati :)


Diana Amir Sopan Bergaya

Assalamualaikum....

Sape ada beli Majalah Nur edisi November 2013????? Angkat kaki!

Untuk edisi November punya cover depan ialah Diana Amir.....makin cun melecun la dia sekarang kan sejak bertudung ni....dulu aku tak pandang pun dia ni hehe....bila dia dah pakai tudung tu la aku mula respect sebab gayanya nampak sopan menarik untuk dipandang....nampak manis, berseri, dan menawan....

Sape kata bila pakai tudung susah nak dapat rezeki??? Aku rasa makin mencurah curah ada la....makin laku dia sekarang....yang makin buat aku resepct dia sangat istiqamah dengan penghijrahannya....




Dah kahwin pun Diana Amir ni malam tadi (25 Oktober 2013) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya....dengan jejaka pilihannya iaitu seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM)....selamat pengantin baru semoga kekal bahagia ke akhir hayat.....

Okey kalau nak tau lebih lanjut pasal Diana Amir beli la Majalah Nur edisi November 2013....banyak cerita terbaru mengenainya....aku ni pembaca tegar Majalah Nur setiap bulan tak pernah miss....masuk hujung bulan je aku dah start cari majalah ni untuk keluaran bulan berikutnya....bukan apa takut dah masuk bulan tu nanti habis plak hehe... 


Kes Bunuh Pegawai Bank: 3 ditahan

SHAH ALAM - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita, dipercayai isteri pengawal keselamatan yang merompak dan menembak mati pegawai Ambank Rabu lepas, dan menemui semula lebih 20,000 wang rompakan itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu dan lelaki berusia 20-an yang juga anggota keluarga suspek ditahan di sebuah rumah di Klang pada hari kejadian.

Beliau berkata, dua anggota keluarga suspek yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah itu juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat keselamatan yang berlainan.

"Hasil tangkapan itu, polis menemui lebih RM20,000 dalam sebuah gudang perniagaan di Subang Jaya...wang itu disimpan oleh seorang daripada anggota keluarga suspek di tempat dia bekerja," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis percaya pengawal keselamatan yang kini diburu itu masih berada di negara ini dan satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes itu.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal Ambank cawangan Subang Jaya, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Pengawal keselamatan yang mengunakan nama Ardi Hamza itu melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Mohd Shukri berkata, siasatan awal mendapati suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza itu bukan rakyat Malaysia berasal dari Sabah tetapi rakyat negara jiran.

Suspek dan anggota keluarganya dipercayai telah menetap di Malaysia selama dua tahun, katanya.

Beliau berkata, polis juga akan menyiasat bagaimana suspek yang menggunakan kad pengenalan palsu boleh bekerja di sebuah syarikat keselamatan dan mendapat permit menggunakan senjata api.

"Polis sedang giat berusaha untuk menjejaki suspek yang dipercayai masih lagi berada di sini selain mendapatkan kerjasama daripada Interpol," katanya.

Sementara itu, Mohd Shukri mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar mangsa kerana tindakan itu menyalahi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang. - Bernama

Sumber: Sinar Harian

P/S: Sama sama doakan supaya penjenayah ni segera ditangkap......kejam giler dan tak layak dipanggil manusia.....binatang mungkin sesuai....serius aku marah sangat....nak rompak tu rompak je la yang kau gi tembak kat kepala tu kenapa.....semoga arwah tenang di sana.....kesian kat keluarga arwah terutamanya anak anak yang masih kecil....terkejut dengan cara kematian yang sangat tragis......Ya Allah Kau lindungi la kami dari sebarang kecelakaan Ya Allah....amin.


25 October 2013

Blog Kesukaan Sayaaaaaa

Assalamualaikum.....

Semenjak dua menjak tiga menjak ni aku memang rajin giler blogwalking.....kata nak aktif blogging harus la rajin blogwalking kan....dah la tajuk post ni macam budak budak nak bercerita hehe lantak la kan...aku takde idea nak letak apa...

Aku siap buat senarai lagi untuk blogwalking korang tau tak dan update kat Microsoft Word hahaha tradisional sangat kan.....bukan apa senang aku nak tau kat senarai blog mana aku stop....tanda la apa apa pun warna merah ke bold ke....so the next blogwalking start la kat tempat aku berhenti tu....beratus ratus jugak la senarai blog yang ada dengan aku sekarang ni....mustahil la nak habiskan dalam satu masa atau satu hari sesi blogwalking....

Meh nak share sikit kategori blog yang aku suka baca dan kadangkala boleh jadi pembaca tegar tau....

Blog yang santai dan banyak bercerita tentang kehidupan mereka...bercerita tentang anak anak atau keluarga....kongsi tentang tempat menarik yang mereka pergi....buat review tempat makan yang best....kongsi info.....nasihat.....bercerita sesuatu perkara dengan penuh perasaan...happening....lawak dan giler giler sikit sampai aku ketawa...kandungan blog yang present siapa diri penulis sebenarnya, dan sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan kita....

Seterusnya of course la blog resepi......boleh terbeliak bijik mata masuk blog mereka ni.....secara tiba tiba jadi lapar dan tamak.....kalau boleh time tu jugak nak ajak suami pergi beli bahan nak masak.....aku kagum dengan mereka ni sebab rajin masak dan kreatif....lepas tu rajin ambik gambar dan update resepi kat blog....

Aku rasa itu je la kot yang ketara aku nampak la....dan selalu aku baca hari hari.....blog lain lain ada la jugak baca kan tapi susah nak spesifikkan....

Okey ini blog yang aku tak berapa gemar kira susah nak baca la...bukan tak suka ye....blog yang berterabur tak tersusun...tak kemas....ada macam macam warna yang menyakitkan mata haha....tulisan yang terlampau kecil....lepas tu background dengan tulisan tak matching maksud aku kena Ctrl + A baru boleh baca....contohnya background putih dan warna tulisan yang light...kalau tak kecik besar kecik besar mata aku nak tengok apa yang ditulisnya.....kesimpulannya boleh buat aku pening biji mata....kau ingat kepala je ke boleh pening.....maka kebarangkalian untuk aku masuk kali kedua tu adalah sangat rendah....

Okey lagi satu yang update guna bahasa sms.....walaweiiiiiii kalau yang ni memang confirm aku baca baris pertama je dan scroll sampai bawah sah semua kandungan blognya menggunakan bahasa bahasa sms....buwat / at / an / manew / wet / eak / bley / uma / beco / owg / uh / sowg.....dan banyak lagi la perkataannya tak larat nak taip pening haha....ok tak fikir panjang....reject! kesimpulannya guna la bahasa yang mudah difahami oleh semua peringkat umur....

Ada lagi ni iaitu blog yang mengandungi kata kata kesat atau kutukan.....blog yang ada unsur unsur menghasut....menghina orang lain....mendedahkan aib orang....mengandungi gambar gambar lucah dan menyakitkan mata.....contohnya Gambar Artis A Tidur Bersama Kekasih....Pengakuan Berani Artis B Tentang dot dot dot......dan sebagainya...kiranya kandungan blog sepenuhnya pasal kisah lucah dan 18sx artis atau sesiapa sahaja yang boleh jadi cerita hot....

Ada lagi la tapi setakat tu je la kot.....iye la yang ketara je la kan....nanti taip panjang berjela korang menyampah plak....aku pun tak larat nak taip mampus la nak perah otak hahaha....ok esok keje bye :D


Panjang Pendek Ada Aku Kisah

Assalamualaikum.....

Semalam cuti dari update blog....sebabnya kebizian dan keletihan sikit....apa yang diletihkan pun tak tau la haha...tidur awal dan otak pun tepu....tak suka nak paksa paksa kalau takde idea....nanti hasilnya post yang merapu dan aku nak baca pun menyampah....apatah lagi orang lain....

Sebenarnya aku kalau dah datang idea menulis memang mencurah curah.....walaupun dah niat nak update pendek je tapi terpanjang juga aku taip....jadi terlajak perahu boleh diundur, terlajak tulisan kita teruskan je la....

Sebelum aku aktif menulis kat blog macam sekarang ni....aku selalu menulis kat facebook je.....kononnya nak control pembaca haha konon la kan.....update status panjang panjang sampai kena klik see more kalau nak baca hehe....sekarang aku dah tak kisah jadi sesiapa je boleh baca secara bebasnya....

Tapi kan ada je makhluk yang tak senang hati....maksud aku kat facebook la....tiap kali aku update panjang panjang ada je yang nak perli.....

"Wei apa benda yang kau merapu panjang panjang ni malas la aku nak baca" ......aku tak suruh kau baca pun....suka hati la nak update apa pun asalkan takde nak mengumpat. nak menyakitkan hati orang...

"Huiiiiii panjangnya status kau semalam....semput aku nak baca tau....kau tulis pasal apa sebenarnya"......eh tak payah la baca aku mengutuk kau sebenarnya nanti makin semput plak hahahaha ambik kau!!!

Siap kecoh kecoh uolssss....siap angkut geng nak bagitau semua orang bahawa orang yang update status panjang panjang kat facebook ni tak berapa cerdik dan takde keje hehehe....

Status kat facebook aku tu la takde la panjang mana pun....setakat ni takde lagi yang termeninggal dunia atau diserang penyakit kronik sebab baca status aku....sederhana je tak sepanjang apa yang aku update kat blog.....setakat sepuluh hingga lima belas baris je pun.....kalau tau aku ada blog ni dan selalu update kat sini sekarang....hummmm ntah apa la yang nak dikatanya hehe.....aku tak kisah lantak kau la labu....

Ye la bukannya semua benda yang kita buat ada orang suka.....masih ramai yang suka...langau setakat dua tiga orang je....yang like berpuluh puluh ganda dan ada komen komen positif....komen negatif tu delete je la kan buat semak je hehehe....

Jadi kesimpulannya manusia ni berbeza jadi hormatilah minat dan kesukaan mereka.....sebab mereka tak kacau kita pun.....kalau tak nak respect minat orang pun tak payah la sibuk nak ambik tau kan....okey bye :)

P/S: Aku suka menulis....kalau tengok status facebook panjang panjang jangan nak pelik ye...


23 October 2013

Hargai Selagi Ada

Assalamualaikum....

Dalam kehidupan ni kita akan melalui sesuatu masa sekali je seumur hidup.....yang dah berlalu tak boleh diulang kembali walau kita cuba sedaya upaya....masa akan tetap berjalan ke depan...

Bahagiakan la orang yang kita sayang....sekali terlepas saat yang sepatutnya...tak mungkin ia akan berulang kembali....

Sayangilah insan yang banyak berjasa kepada kita.....IBU BAPA....menjaga kita tanpa mengharapkan balasan...membesarkan kita dengan penuh kesabaran....hakikatnya penat tapi tak pernah mengeluh atau merungut....penuhi segala keperluan kita....tunaikan segala kehendak kita.....kepentingannya diletakkan ke tepi....semuanya dilakukan demi kasih sayang.... 

Ketika kecil sehingga berusia 12 tahun....kita seorang anak yang patuh...anak yang baik...anak yang taat kepada kedua ibu bapa.....tapi bila meningkat remaja kita lupa diri....lupa asal kita dari mana....lupa kasih sayang ibu bapa yang menjaga kita.....kita lukakan hati mereka dengan kata kata dan perbuatan kita....

Ya di sudut hati mereka sangat terluka...anak yang dididik dan diharap jadi manusia berguna tetapi sebaliknya yang berlaku.....akibat kalah dengan konflik zaman remaja kita hanyut....terus hanyut hingga sukar untuk berpatah kembali....

Apabila dah menginjak alam dewasa.....kita tersedar seolah olah terjaga dari mimpi ngeri....lihat kembali diri sama ada jadi 'manusia' atau sebaliknya.....kenang kembali zaman sebelum kita hanyut dalam dunia yang 'mengasyikkan'....fikir kembali betapa dalamnya luka hati ibu bapa kita....tiada pelajaran, tiada pekerjaan yang baik, dan tiada apa dalam diri kita yang boleh dibanggakan....yang ada hanya kegagalan hidup....

Adakah kita boleh berpatah balik??? Mustahil. Masa tetap bergerak ke depan....menyesal dah tiada guna...tak mungkin masa lalu menjadi milik kita....mustahil untuk kita kembali ke zaman kanak kanak atau zaman sebelum remaja...apa yang mampu ialah muhasabah diri kembali....perbetulkan segala kesilapan....

Jadi bahagiakan dan hargai insan kesayangan selagi mereka masih hidup....gembirakan hati mereka....dan jadi anak yang baik, taat, dan patuh...tidak lupa sayangi dan hargai diri kita sendiri :)

Kredit gambar blog http://drshafie.blogspot.com/


22 October 2013

Berkenduri di Klang

Assalamualaikum....

Ni cerita dua hari lepas malam ni baru nak update....tak basi lagi kan...hari Ahad lepas 20 Oktober 2013....aku dan peneman setia sehidup semati cehhhhhh haha pergi kenduri kahwin kawan aku kat Taman Botanik, Klang....

Aku kan suka sangat pergi kenduri ni tau....boleh makan free of course la kan haha....aku suka tengok kemeriahan kenduri kahwin tu...dengan kanopi warna warni....lauk pauk yang sedap...tengah makan makan ada lagu....kalau kau pergi makan kedai biasa hari hari mana ada suasana macam tu...wahhhh gituuuu....dan dapat jumpa pengantin yang berseri seri di hari persandingan....dan juga jumpa kawan kawan.....time tu la korang nak bergambar ramai ramai berposing sakan nak lenjan pelamin pengantin tu haha...

Jom la kita tengok gambar ye....

Harus la berposing dengan kawan kawan dulu kan.....kenal sebab pernah sama sama terlibat dalam fashion event.....tu semua adik adik awal 20 an sebab tu la diaorang nampak muda dari aku hehe....aku ni dah akhir 20 an....kang ada yang cakap "eh kenapa kawan kawan kau semua muda, kau je nampak tua"....panggggggg!!!!


Okey giliran aku plak nak berposing....kalau takde gambar sorang sorang itu bukan Nik Azidah la....wajib ok tidak boleh tidak...kecuali time tak sihat baru takde mood nak bergambar....masukkan satu je la kang letak semua ada yang menyampah....


Giliran bergambar dengan pengantin plak....actually kawan aku Emy Milia ni mekap artis (MUA)....kalau korang nak dapatkan khidmat beliau boleh klik sini ye....cantik giler okey berseri seri sungguh pengantin baru ni....dah macam cinderella dengan gaun kembang tu....pink uolsssss....


Ini gambar pengantin berdua....susah benar nak tangkap gambar yang betul betul elok...ye la kat depan kan banyak kamera...sampai pengantin pun confuse dah nak pandang mana satu....

Okey dah cukup tak boleh lebih lebih hehe.....aku kalau dapat kad undangan akan usaha hadir kalau takde aral melintang pukang membujur lalu la....jauh kat negeri lain insya Allah aku cuba datang kalau ada kesempatan....ye la sama sama meraikan pengantin kan.....so sama sama happy...

Akhir sekali....selamat pengantin baru untuk Emy dan suami....semoga kekal bahagia ke akhir hayat....selamat menempuh alam rumah tangga.....bye :)

21 October 2013

Jangan Lupa Follow Saya Ok!

Assalamualaikum....

Aku ingatkan dah pupus budaya follow memfollow blog ni....ok jangan nak kutuk tau la salah tatabahasa muahahaha...

First, aku akan follow sesiapa je yang aku suka....bukan suka kat tuan punya badan okey....maksud aku suka dengan blog dia la dari segi isi kandungan, gaya penulisan, dan lain lain....sebab tuan punya blog kebanyakannya aku tak kenal secara peribadi pun....

Second, aku akan follow sesiapa yang follow aku....iaitu mereka yang tiba-tiba ada di list followers tanpa pengetahuan aku......walaupun mereka tak mintak aku follow tapi aku tetap follow sebagai tanda penghargaan....walaupun aku tak follow immediately sebab kekangan masa....biasanya esok lusa atau malam atau hujung minggu atau time cuti aku akan spend masa cek balik sape yang dah follow...masuk blog mereka baca baca apa yang di post dan tekan butang follow....

Third, bila aku letak link blog kat group ping blog di facebook...then ada yang komen "hai jangan lupa masuk blog saya dan follow ye...awak kena follow blog saya dulu baru saya follow blog awak balik" ....selain di group facebook ada jugak yang tinggalkan ayat macam tu di chatbox kat blog...."hummm awak awak tau tak bila awak kata macam tu kita nak masuk jenguk blog awak pun tak jadi tau"...

Golongan ketiga ni la macam terdesak sangat nak orang follow kan....adik kakak abang pakcik makcik jangan paksa paksa tau....kalau orang suka memang orang akan follow....jangan risau ok....follower berduyun duyun pun kalau dapat dengan cara paksa buat apa kan....biar la orang follow kita dengan kerelaan....

Aku cakap macam ni bukannya sebab berlagak ke apa....aku bukannya sape sape pun dalam dunia blogging ni....tak glamour, follower pun tak ramai tak cecah ribu riban pun, dan bukannya ada ramai pembaca...tapi sekadar luahan rasa....

Menulis la dengan seikhlas hati....bukan semata mata untuk bertanding follower siapa yang paling ramai....dan bukan sebab nak jadi glamour....tak akan ke mana nanti kalau terus macam tu....peace ^_^

P/S: Jadikan mereka yang dah berjaya dalam dunia blogging sebagai contoh....dan rajin rajin la jenguk blog mereka...


Sotong Masak Kunyit Asam

Assalamualaikum

Okey seperti dijanjikan aku nak share resepi....sejak kahwin ni main share resepi kat blog plak ye kikikiki...ye la selain untuk tatapan pembaca (harap ada la ye yang baca)....boleh jugak jadi tempat rujukan aku bila nak masak nanti....senang laki aku nak order tunjuk tunjuk je yang mana zappppp siap sebab dia dah tau rasa macam mana kan....selain dari merujuk blog blog masakan lain yang tahap retis...

Sebenarnya yang ni aku masak minggu lepas...tapi baru nak update resepi sebab mood baru datang...en.husband kata sedap dan ini first time aku masak sotong kunyit pesen ni....sebab lain sikit dari yang aku selalu buat sebelum ni....so aku letak nama Resepi Sotong Masak Kunyit Asam boleh hehe....dah tak tau nak masak apa...google resepi takde bahan plak nak masak makanan yang aku nak....so aku masak je la main campak campak bahan yang dah ada kat dapur tu...
 


BAHAN-BAHAN:
5 - 6 ekor sotong - bersihkan dan dipotong (berapa banyak sotong yang uolsss nak suka hati)
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 biji buah tomato - potong lapan bahagian
5 biji cili padi - dipotong (boleh kurangkan atau tambah ikut kepedasan yang uolsss nak)
Sos tiram
Perahan limau nipis atau limau kasturi 

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam dalam satu bekas. Ketepikan. Kalau nak perap dulu dalam setengah jam pun boleh.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Jadi bila minyak dah panas tu boleh la tumis bawang merah, bawang putih, dan halia yang ditumbuk tadi sampai naik bau.
3. Masukkan sotong dan kacau. Masukkan sos tiram dan kacau lagi. Kalau nak kuah lebih sikit boleh tambah air. Jadi air ni agak agak je la ye nak banyak mana.
4. Masukkan buah tomato yang dipotong tadi, perahan air limau nipis atau limau kasturi, dan juga cili padi.  Tapi cili padi ni pilihan bagi mereka yang nak pedas sikit. Kalau tak nak pedas tak perlu masukkan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kalau tak nak pun takpe.
5. Siap dan hidangkan.

Rasanya????? Sedikit pedas dan masam masam gitu ok....aku makan dengan nasi butter...perghhh memang bertambah tambah la...untuk resepi nasi butter tu nanti share resepi kemudian ye...

Kalau nak ubah tak nak masam ke pandai pandai la ye....tak payah letak limau nipis atau limau kasturi tu....nak tambah hirisan bawang besar pun sedap jugak...

Tunggu apa lagi jom ler kita masuk ke dapur :)


20 October 2013

Rosalinda Ayamor

Assalamualaikum....

Dok tengah godek godek gambar dalam laptop ni terjumpa gambar yang aku ambik pada 3 September yang lepas....cadangnya nak update kat blog time tu jugak tapi boleh plak terlupa hehe..

Tak kisah la dah basi pun nak update jugak.....niat mesti dilaksanakan...gitu kau tak nak kalah...



Dulu masa aku zaman sekolah femes giler kot telenovela Rosalinda ni kat TV3.....now diulang tayang kembali di TV9...pada 2 September yang lepas....bermula jam 11.30 malam, Isnin hingga Jumaat....kira dah sebulan lebih la...

Zaman dah berubah so selera aku pun ikut berubah sekali la....dulu memang kemaruk la aku kat cerita Rosalinda ni....balik sekolah mesti tengok ni...kalau aku tak dapat tengok sebab ada hal penting...aku akan paksa sesiapa kat rumah tu untuk tengok dan cerita balik kat aku hahaha....sampai macam tu sekali...tak pun kawan kawan sekolah akan cerita balik....kira menjadi bualan hangat antara kami la.....

Sekarang ni selera nak tengok dah tak macam dulu....ada la tengok tu pun bila dah bosan tak tau nak tengok cerita apa...tu pun tak pernah tengok penuh...tapi bila tengok teringat plak zaman muda remaja dulu dulu...zaman pakai tudung putih baju putih kain biru muda haha....sekarang dah bekerja dah ada duit sendiri pakaian pun warna warni dah.....cepat betul masa berlalu kan....

Kawan kawan seangkatan seusia....jom ler sekali sekala kita layan Rosalinda ni...segarkan keindahan zaman remaja yang tidak mungkin akan berundur kembali :)

P/S: Nak memiliki pakaian yang berkualiti dan murah? LIKE sahaja Facebook MissNick Collection. Ada beberapa koleksi pakaian untuk CLEARANCE SALE dengan harga murah giler giler tak pernah dibuat orang. Anda pasti teruja.


Blogging dan Nuffnang

Assalamualaikum....

Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti....sesiapa yang tinggal kat negeri yang kerja hari Ahad selamat bekerja okey :D

Dah lama tak dapat banyak Buffered Earning dari Nuffnang.....dah kira banyak la tu bagi aku yang suam suam kuku ni hehe....dalam minggu lepas kot tiba tiba tingggg bertambah jadi lima....sebelum ni ada tiga....so satu dah tamat then tiga yang baru sekali masuk....SONY NEX 5-T, PROJECT DURIAN dan Nestle Drumstick.....
 

Sebelum ni pernah je dapat lima BE dari Nuffnang tapi aku jenis tak kisah...orang kata takde perasaan....lima ke enam ke sepuluh ke ada aku kisah haha....walaupun blog aku ni dah lama dari tahun 2010 lagi...kira lama la kan tapi sebelum ni aku tak aktif....jarang blogwalking....jarang update blog sampai berhabuk...

Walaupun income Nuffnang seciput je tak macam orang lain....tapi aku bersyukur sekurang kurangnya ada la jugak dari takde langsung kan....usaha la sikit sikit lama lama jadi bukit....ni kira sebagai salah satu motivasi untuk aku la....mana la tau boleh jadi side income untuk aku lepas ni....kira lepas untuk bayar kereta aku bulan bulan ke hehehe....sekarang ni sekadar cukup untuk makan nasi goreng USA je....

Now sejak lepas kahwin ni semangat nak blogging ni semakin berkobar kobar.....adakah disebabkan faktor status isteri hidup aku berubah??? rajin blogging, rajin masak, rajin itu rajin ini kihkihkih....dulu pemalas sikit sekarang dah jadi perajin...what perajin???? boleh la muahahaha nangis cikgu bahasa melayu aku baca ni...

Okey...bye :)

****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.

Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)
 
****************************************
 
 

Keluhan Perantau

Angin senja yang membelai
Keheningan desa permai
Ku terkenang kemesraanmu
Di dalam oh rinduku

Ku kembara berkelana
Dan membawa hati luka
Di manakah kan ku temui
Sinaran cinta suci

( korus )
Dari desa ku merantau
Ku memburu cita-cita
Walau apa rintangannya
Ku cuba mencari bahagia

Keluhanku di rantauan
Tak siapa mendengarkan
Mungkin esok kan ku temui
Sinaran cinta suci - See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/09/lirik-lagu-keluhan-perantau-jamal.html#.UmMsaVM1nl1
Angin senja yang membelai
Keheningan desa permai
Ku terkenang kemesraanmu
Di dalam oh rinduku

Ku kembara berkelana
Dan membawa hati luka
Di manakah kan ku temui
Sinaran cinta suci

( korus )
Dari desa ku merantau
Ku memburu cita-cita
Walau apa rintangannya
Ku cuba mencari bahagia

Keluhanku di rantauan
Tak siapa mendengarkan
Mungkin esok kan ku temui
Sinaran cinta suci - See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/09/lirik-lagu-keluhan-perantau-jamal.html#.UmMsaVM1nl1
Angin senja yang membelai
Keheningan desa permai
Ku terkenang kemesraanmu
Di dalam oh rinduku

Ku kembara berkelana
Dan membawa hati luka
Di manakah kan ku temui 
Sinaran cinta suci

(Korus)
Dari desa ku merantau
Ku memburu cita-cita
Walau apa rintangannya
Ku cuba mencari bahagia

Keluhanku di rantauan
Tak siapa mendengarkan
Mungkin esok kan ku temui
Sinaran cinta suci


Angin senja yang membelai
Angin senja yang membelai
Keheningan desa permai
Ku terkenang kemesraanmu
Di dalam oh rinduku - See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/09/lirik-lagu-keluhan-perantau-jamal.html#.UmMsaVM1nl1
Angin senja yang membelai
Keheningan desa permai
Ku terkenang kemesraanmu
Di dalam oh rinduku - See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/09/lirik-lagu-keluhan-perantau-jamal.html#.UmMsaVM1nl1
Angin senja yang membelai
Keheningan desa permai
Ku terkenang kemesraanmu
Di dalam oh rinduku - See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/09/lirik-lagu-keluhan-perantau-jamal.html#.UmMsaVM1nl1
Angin senja yang membelai
Keheningan desa permai
Ku terkenang kemesraanmu
Di dalam oh rinduku

Ku kembara berkelana
Dan membawa hati luka
Di manakah kan ku temui
Sinaran cinta suci

( korus )
Dari desa ku merantau
Ku memburu cita-cita
Walau apa rintangannya
Ku cuba mencari bahagia

Keluhanku di rantauan
Tak siapa mendengarkan
Mungkin esok kan ku temui
Sinaran cinta suci - See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/09/lirik-lagu-keluhan-perantau-jamal.html#.UmMsaVM1nl1
Angin senja yang membelai
Keheningan desa permai
Ku terkenang kemesraanmu
Di dalam oh rinduku

Ku kembara berkelana
Dan membawa hati luka
Di manakah kan ku temui
Sinaran cinta suci

( korus )
Dari desa ku merantau
Ku memburu cita-cita
Walau apa rintangannya
Ku cuba mencari bahagia

Keluhanku di rantauan
Tak siapa mendengarkan
Mungkin esok kan ku temui
Sinaran cinta suci - See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/09/lirik-lagu-keluhan-perantau-jamal.html#.UmMsaVM1nl1
Angin senja yang membelai
Angin senja yang membelai
Keheningan desa permai
Ku terkenang kemesraanmu
Di dalam oh rinduku - See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/09/lirik-lagu-keluhan-perantau-jamal.html#.Um
Angin senja yang membelai
Keheningan desa permai
Ku terkenang kemesraanmu
Di dalam oh rinduku

Ku kembara berkelana
Dan membawa hati luka
Di manakah kan ku temui
Sinaran cinta suci

( korus )
Dari desa ku merantau
Ku memburu cita-cita
Walau apa rintangannya
Ku cuba mencari bahagia

Keluhanku di rantauan
Tak siapa mendengarkan
Mungkin esok kan ku temui
Sinaran cinta suci - See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/09/lirik-lagu-keluhan-perantau-jamal.html#.UmMsaVM1nl1

19 October 2013

Berhari Sabtu Di Rumah

Assalamualaikum....

Salam Sabtu uolssss....wahaaaaa bestnya lama dah tak cuti hari Sabtu....hari ni cuti dari aktiviti ngajar mengajar sebab dua minggu lepas aku dah ganti lecturer lain untuk kelas yang sama sebab dia nak cuti....so hari ni turn dia plak ganti aku so dapat la ai cuti okey....

Alhamdulillah en. husband pun kebetulan cuti jugak hari ni....so dapat la kami spend time together gether....

Sejak lepas kahwin ni semangat nak masak semakin membuak buak....adakah ini normal bagi mereka yang bergelar isteri hehehe.....dan lagi satu aku semakin rajin shopping barang dapur dan bahan bahan masak....kalau boleh nak beli semua apa yang ada haha tamaknya!!! awal awal kahwin hari tu takde la semangat macam ni...sejak akhir akhir ni la ada je idea nak masak....cuba masakan baru la...kalau dulu telur goreng, telur dadar, telur masak sambal, ayam goreng, ayam masak sambal....dok ulang ulang itu je haha....hummmm nasib baik tak berkokok...ada la jugak masak makanan lain kan tapi jarang giler....

Sekarang ni la baru nak kreatif sikit....sabar je la hehe nasib baik suami jenis tak cerewet pasal makan....apa yang aku masak dia makan je....dan apa yang dia masak pun aku makan tanpa banyak songeh....actually my husband suka masak....kalau time dia cuti dan aku kerja balik rumah tu memang dah siap ada makanan....kadang kadang kalau datang angin dia nak masak tengah tengah malam pun dia masuk dapur....itu memang sengaja nak menggemukkan isteri sendiri la tu.....huhu best best i love u la....

So hari ni dok rumah je la saje nak manfaatkan keindahan rumah ni lama lama sikit....selalunya kan tak lekat kat rumah...so aktiviti hari ni masak untuk breakfast.....kemas rumah kemas dapur....bersihkan peti ais.....masak untuk lunch....tiba tiba rasa macam isteri solehah hari ni huahuahua!!! dushhhhh!!!!

Okey aku ada beberapa resepi nak share kat blog ni....tapi tunggu dulu ye...gambar masih dalam kamera belum transfer lagi....kalau aku share resepi ni kira kali pertama la....ok tahniah untuk diri sendiri sebab ada peningkatan hehe....gigih betul lepas masak ambik gambar...sebelum ni lepas masak terus ngap....

Jumpa lagi...bye :)

P/S: Nak memiliki pakaian yang berkualiti dan murah? LIKE sahaja Facebook MissNick Collection. Ada beberapa koleksi pakaian untuk CLEARANCE SALE dengan harga murah giler giler tak pernah dibuat orang. Anda pasti teruja.


18 October 2013

Tidak Salah Suami Bohong Isteri

KEPADA suami-suami, jangan rasa bersalah jika bohongi isteri.  Kata seorang ustaz, bohong isteri tidak salah mengikut hukum.

Tetapi bukan semua bohong dibenarkan! Tidak bolehlah jika keluar dating, balik rumah tengah malam, kata kepada isteri "Lama pulak tok guru tu baca kitab Tarbiyatul Ulum Fiddunniyawi malam ni, sampai tersengguk-sengguk abang..."

"Tarbiyatul Ulum Fiddunniyawi? Tak pernah dengar pun nama kitab tu bang?"

"Awak mana tahu, ke masjid pun setahun sekali. Itu kitab untuk orang yang maqam tinggi macam abang ni, kitab tasawuf!"

Itu bohong yang haram namanya.!  

Walaupun Tarbiyatul Ulum Fiddunniyawi itu maknanya 'mempelajari ilmu-ilmu dunia' dan dari satu segi, anda seolah-olah sudah bercakap benar kepada isteri, hakikatnya anda tetap bohong.

Bukan itu pembohongan yang dibenarkan dalam Islam. Anda semata-mata mahu mengaburi mata isteri dengan jubah dan kopiah yang ditukar di jalanan.

Bohong seperti itu tak boleh!

Dalam satu kuliah baru-baru ini, Ustaz Kazim Elias berkata, bohong yang dibenarkan adalah yang tidak memudaratkan sebaliknya boleh menggembirakan hati isteri sekali gus merapatkan keintiman, meningkatkan kebahagiaan dan memantapkan lagi kasih sayang.

Contohnya, suami sedang tengok rancangan Nona, datang isteri terus henyak punggung di sebelah sampai terlambung si suami (ayat ini adalah untuk menggambarkan saiz dan bentuk isteri).

Si isteri kemudian berkata: "Cantik Neelofa tu kan bang..."

Lalu dijawab oleh suami: "Tidaklah secantik mana pun, cantik awak lagi sebab itu saya pilih awak, tak pilih dia ..."

Walaupun si isteri tentunya sedar bahawa suaminya berbohong namun jauh di lubuk hatinya, dia tetap gembira. Bohong seperti inilah yang dibenarkan dalam Islam. 

Menurut Ustaz Mohamad Surol pula, bohong seperti ini disebut 'kazbul beidh'.  Orang putih sebut white lie. Orang Melayu  sebut bohong sunat walaupun bohong sunat tidak ada dalam hukum.

Nabi SAW tidak pernah bohong. Salah satu sifat Nabi adalah 'siddiq' atau benar. Nabi SAW pernah dihadap kejadian seorang lelaki Islam dikejar seorang lelaki Yahudi yang mahu membunuhnya. Lelaki
Islam itu kemudian bersembunyi.

Datang lelaki Yahudi itu bertanya kepada Rasulullah, "apakah kamu nampak ada seseorang lari di sini, aku mahu membunuhnya!"

Nabi beralih selangkah, kemudian berkata: "Ketika aku berdiri di sini, aku tidak nampak sesiapa selain kamu!"
Nabi tidak berbohong sekadar berhelah kerana tidak mungkin baginda mahu membiarkan seseorang dibunuh oleh orang yang dalam keadaan begitu marah. Dan Rasulullah juga bukan seorang yang lurus bendul tetapi dibekalkan dengan sifat amanah dan 'fathonah'. Amanah untuk melindungi seseorang yang berharap kepadanya untuk tidak membocorkan rahsia dan 'fathonah' adalah kebijaksanaan untuk berhelah.

Rasulullah sememangnya bercakap benar bahawa ketika berdiri di situ (setelah beralih selangkah), baginda tidak melihat sesiapa selain lelaki Yahudi itu!

Berbalik kepada cerita bohong isteri, seseorang suami tidak bolehlah terlalu jujur untuk berkata: "Ya, memang betul sangat Neelofa tu cantik. Nak banding dengan awak, huhuhu! Awak tahu tak, awak duduk di sebelah saya ni saya rasa macam apa? Macam duduk menyandar pada peti surat di pejabat pos tu awak tahu!"

Kalau jujur sangat macam itu pun tak boleh, bang! Kasihan isteri tu!

Jadi, walaupun dibenarkan, tidak ada bohong sunat. Hukumnya sekadar harus. Tetapi mengikut hukum Islam, bercakap benar itu lebih baik.

Apa pun, saya tidaklah bermaksud untuk menggalakkan anda terlalu lurus. Jangan pula dibuat bergurau ketika bersama isteri di dapur, jeling-jeling tong gas kemudian kata: "Saya tengok tong gas ni ada iras-iras awaklah!"

Ataupun kalau isteri terlajak kurus, dipegangnya tangan isteri selari dengan sudip atau senduk. Lebih teruk, bangun dari tidur terus diberitahu, "tadi saya mimpi almari baju kita tu berjalan!"

Walhal sah-sah dia tahu si isteri baru sahaja keluar dari bilik air.

Daripada berbohong jual nama tok guru itu, tok guru ini, kalau nak sangat tambah isteri, bercakap benarlah! Itu pun kalau ada 'berann'! Saya pinjam pantun Ustaz Mohamad Surol:

Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Cakap bohong,
Tahu tahu sudah kahwin lagi

Siakap senohong
Gelama ikan ketutu
Bercakap bohong
Tahu-tahu sudah ada lagi satu.

Sumber: Sinar Harian


17 October 2013

No Mood Update

Assalamualaikum....

Tengok tajuk kat atas tu haha main belasah je No Mood Update.....actually kan aku nak update something yang berfaedah la sikit kan...bukannya update post yang merapu meraban macam ni....

Tapi alahai mood ke laut sekarang ni....kalau mood menulis menaip tengah okey...hummm ambik kau mencurah curah idea laju giler taip....otak nak rehat kot sekarang ni...tengah kena kejutan sebab semester baru buka kan....maknanya aku dah start mengajar....minggu depan ok la kot...

Aku tak nak paksa paksa diri kan....takut nanti hasilnya hidup segan mati tak mau....susun ayat pun tak betul....kang aku sendiri tengok pun tak lalu...apatah lagi orang lain...terus masuk then tobat tak nak masuk lagi sebab menyampah haha....

Ada beberapa perkara aku nak share...tapi tunggu la ye hehe...okey bye bye bye!!!! :D

P/S: Jom makannnnn...lapar giler..


‘Sengat’ Abang Jongang

Kuala Lumpur: Seorang mangsa setiap bulan. Itu purata gadis negara ini yang menjadi mangsa kelicikan seorang kasanova berasal dari Singapura yang setakat ini merogol dan memperdaya 10 mangsa sejak Januari lalu.
Suspek baru berusia 25 tahun dan semua mangsa dipancing melalui Internet dengan memaparkan gambar lelaki berwajah tampan di laman Facebook (FB) sedangkan wajah dia sebenarnya tidak kacak, malah bergigi jongang. 
Sumber polis berkata, lelaki berbangsa Cina itu juga bijak mengumpan mangsanya dengan menjanjikan peluang perniagaan serta kemewahan. 

Menurutnya, semua mangsa lelaki kaki belit itu berusia 18 dan 19 tahun yang turut membabitkan gadis Melayu, Cina serta India.

“Mangsa terbarunya ialah seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berasal dari Johor yang membuat laporan polis 13 Oktober lalu mendakwa dia bukan saja dirogol, malah turut disamun hingga kerugian lebih RM2,000,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Menurut sumber itu, di dalam aduannya mangsa memaklumkan dia mengenali suspek menerusi laman FB pada Ogos lalu dan lelaki itu mengumpannya dengan pelbagai kemewahan termasuk mengajaknya menjadi rakan kongsi untuk membuka perniagaan kafe siber. 

“Selepas dipujuk hampir dua bulan melalui FB, mangsa yang berasal dari Johor kemudiannya datang ke ibu kota pada 4 Oktober lalu untuk bertemu suspek. 

“Mangsa tiba di Pudu Sentral kira-kira jam 8.30 malam dan disambut suspek, namun mangsa terkejut apabila mendapati wajah suspek bukanlah tampan sebagaimana dipaparkan di dalam FB, sebaliknya hodoh dan bergigi jongang,” katanya. 

Sumber itu berkata, mangsa yang tidak mempunyai pilihan kerana tiada kenalan lain di ibu kota memberitahu dia terpaksa mengikuti suspek sebelum dibawa penjenayah itu ke sebuah hotel di ibu kota. 

“Mangsa dikurung dalam hotel itu selama enam hari dan dirogol berulang kali. Pada 10 Oktober barulah mangsa berjaya keluar dari hotel itu selepas suspek menghilangkan diri ketika mangsa menunggunya di lobi hotel berkenaan untuk dihantar ke stesen bas.

“Suspek turut melarikan wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa bernilai RM2,200,” katanya. 

Menurutnya, mangsa kemudian pulang ke kampung di Johor dan menceritakan kejadian kepada keluarga sebelum dinasihatkan membuat laporan polis. 

“Kes berkenaan dirujuk ke Balai Polis Tun HS Lee dan sedang disiasat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,” katanya. 

Harian Metro difahamkan, setakat ini pihak berkuasa belum berjaya menahan lelaki terbabit, namun usaha mengesannya sedang giat dijalankan.



Sumber: Harian Metro


16 October 2013

Pembeli Asing Punca Harga Rumah Naik

RAKYAT Malaysia berpendapat bahawa pembeli hartanah dan pelabur asing adalah penyumbang kepada kenaikan harga hartanah di Malaysia, menurut satu kajian portal hartanah negara, iProperty.com.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Iproperty, Shaun Di Gregorio berkata, Malaysia sangat liberal dari segi pemilikan hartanah oleh rakyat asing berbanding negara jiran.
"Harga hartanah di Malaysia agak rendah.

Dengan skim Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) menarik lebih daripada 12,000 pemohon. Maka tidak hairanlah rakyat merasakan  pembeli hartanah dan pelabur asing penyebab kepada kenaikan harga hartanah di negara ini," katanya.

Menurut kajian itu, lebih 90 peratus responden menyatakan bahawa kerajaan perlu mengenakan duti setem dan cukai yang tinggi ke atas pembeli dan pelabur asing yang bercadang untuk membeli hartanah di negara ini.

Sementara itu, mengulas berhubung dengan khabar angin bahawa kemungkinan kenaikan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) untuk membendung spekulasi, 54 peratus mahu CKHT meningkat.

CKHT meningkat tahun lalu daripada 10 peratus kepada 15 peratus bagi penjualan hartanah dalam tempoh dua tahun. Manakala, penjualan hartanah bagi tempoh dua hingga lima tahun meningkat kepada lima peratus kepada 10 peratus.

"Peningkatan CKHT ini adalah untuk membendung spekulasi dan menggalakkan orang ramai daripada membeli dan menjual rumah untuk keuntungan cepat, tetapi tidak berkesan.

"Menurut beberapa analisis pasaran, dalam tempoh dua tahun lalu sahaja, harga rumah di beberapa kawasan di Lembah Klang meningkat antara 15 peratus dan 30 peratus," katanya.

Sejak kenaikan harga bahan api, 71 peratus responden mengatakan harga akan meningkat sehingga 10 peratus.

Ketika ditanya sejauh mana mereka fikir kerajaan harus menguruskan pasaran hartanah, hampir separuh (44 peratus) menyatakan mereka mahu kerajaan mengekalkan harga hartanah pada purata berpatutan. Manakala 35 peratus mahu melihat langkah memperlahankan menurunkan kadar kenaikan harga.

P/S: Bila la nak beli rumah kalau asyik naik ni....kalau sikit ok la kan ni ya ampun naik banyak sangat....bagi yang mampu takde masalah...tapi yang tak mampu macam aku ni huhu pandang je la.....kena kerja kuat lagi <===== MOTIVASI :)


15 October 2013

Hari Raya Aidiladha Aku

Assalamualaikum....

Eeeeee mesti korang tengah dok makan daging kat kampung ni kan....lepas tu berkumpul dengan family dan saudara mara...makan sedap sedap....aku???? berkumpul dengan husband je depan tv....lepas tu makan nugget, sosej, ayam masak black pepper, dan nasi...ngadap tu je la hari ni.....itu la juadah hari raya kami hahaha...

Aku malas nak masak yang special...so masak je la makanan yang selalu dimasak...lagipun husband kerja shift petang hari ni takkan la aku nak melantak sorang sorang nak habiskan semua tu....takde selera la...

Pagi tadi call mak kat kampung.....huiiiii best uolsssss ada nasi minyak...roti jala...kari ayam...ayam masak merah....kurma daging....dengan rumah riuh rendah dengan family dan saudara mara....aku merasa kemeriahan tu by phone je la huhu....sedih :(

Hummmm takpe la nasib baik raya sehari je kan....esok dah kerja...so lupakan semua tu macam la tak biasa raya jauh hehe.....dulu masa study kat Sabah dua tahun ok raya puasa kat sana....tapi tak sunyi la sebab ramai jugak kawan kawan tak balik sebab cuti yang sangat singkat dan lepas tu ada final exam....so meronda berhari raya kat sana je la.....then lepak kat hostel study and stido....

Ok selamat hari raya.....kepada yang balik kampung tu selamat kembali ke tanah tempat mencari rezeki...hati hati di jalan raya dan take care ye...bye :)


14 October 2013

Salam Aidiladha

Assalamualaikum....

Salam Aidiladha kepada semua umat islam....

Mesti korang semua tengah berseronok dua ronok kat kampung kan.....aku????? ni haaaa tengah mengadap laptop depan tv di rumah yang terletak di Kuala Lumpur....sekian!

Kali ni beraya kat KL je sebab cuti sehari je kan....husband tak dapat cuti so aku pun tak apply cuti ler...tapi kami ada la balik kampung belah husband kat Johor hari sabtu lepas...then ahad malam balik KL....terbalik kan orang tengah dok sibuk nak balik kampung....kami plak sibuk balik KL hehe....tengah malam tadi sampai rumah tengok tv kejap lepas tu tv tengok aku....

Thanks to MIL sebab bekalkan rendang daging untuk kami.....hari ni puasa sunat Arafah so bangun sahur ngadap rendang daging tu...buka puasa pun ngadap rendang tu jugak sampai licin okey....makan dengan nasi himpit...mood raya gitu kan hehe....

Tengah fikir nak masak apa untuk makan pagi esok....memandangkan kami berdua je masak la biasa biasa pun jadi la kan....jom google idea masakan hehe...bye :)


12 October 2013

Murid Mati Terjerut Tali Kabel

KUALA KRAI – “Pagi tadi adik beritahu saya dia baru belajar buat jerat ayam, namun saya tidak menyangka tidak lama selepas itu menemuinya dalam keadaan  tergantung dengan lehernya terjerut.”

Demikian kata Nor Amira Idayu Yusuf, 15, kakak kepada Muhammad Idham, 12, yang ditemui dalam keadaan leher terjerut pada kabel komputer  yang diikat pada tiang bumbung dapur rumah,  kira-kira jam 9.15 pagi hari ini.

Difahamkan  sebelum kejadian berlaku, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bedal itu berhasrat menggunakan tali itu untuk menjerat ayam peliharaan di sekitar rumahnya.

Amira berkata, ketika kejadian dia berada di ruang tamu bersama kakak dan adik bongsunya,  Nor Atikah, 18, dan Muhammad Aidil, 6,  selain neneknya, Imah Mamat, 87,  sementara ibunya  Siah Che Soh, 51, dan bapanya Yusuf Mamat,62, keluar menoreh getah di kebun terletak kira-kira lima kilometer dari rumah mereka.

“Ketika menuju ke dapur saya terkejut mendapati adik dalam keadaan tergantung di tali dan terdapat kerusi di sebelahnya, saya tergamam dan terus memberitahu keluarga yang berada di ruang tamu dan menghubungi pegawai perubatan, mereka mengesahkan adik saya tiada lagi,” katanya yang mempunyai 12 adik-beradik.

Amira berkata, sebelum kejadian, dia sempat bersembang seketika dengan Muhammad Idham yang baru bangun tidur di bahagian hadapan rumah mereka dan mangsa memaklumkan kepadanya dia baru sahaja mempelajari cara menjerat ayam.

Menurutnya, dia tidak mengesyaki  apa-apa walaupun mengetahui adiknya tidak suka melakukan sebarang aktiviti melibatkan haiwan apatah lagi menjerat ayam.

Bagaimanapun katanya, Amira mengakui adiknya menunjukkan beberapa perubahan tetapi dia tidak mengambil kisah di sebalik perangai pelik Muhammad Idham dan hanya menganggap itu perkara biasa.

 “Kebiasaannya adik marah jika ahli keluarga keluar rumah tanpa membawa dia bersama-sama, tetapi akhir-akhir ini dia buat tidak kisah.

“Adik juga berubah menjadi pendiam, dia tidak suka marah-marah, kebiasaannya jika ada perkara yang tidak kena pada dia, pasti adik marah, tetapi dia nampak lebih tenang sejak kebelakangan ini.

“Adik suka menyakat saya, boleh dikatakan selalu dia buat begitu, tetapi kami agak rapat, itu memang sudah menjadi kebiasaannya menyakat saya.

“Selepas ini, tidak ada lagi orang yang akan menyakat saya, yang tinggal hanya kenangan,” katanya yang tidak dapat menahan sebak menceritakan detik-detik dilalui bersama arwah.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Nuruddin Wahab berkata, siasatan awal mendapati mangsa terjerut diri sendiri.

“Kita juga sahkan, mangsa tiada masalah dengan keluarga,” katanya mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Kuala Krai untuk siasatan lanjut dan dituntut keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bedal.


11 October 2013

Jemaah Haji Cedera

Tujuh jemaah haji cedera _ MAKKAH - Tujuh jemaah haji cedera apabila khemah runtuh dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda Mina dan Arafah, kelmarin.

Kesemua mangsa kini dipindah ke hospital di bandar.

Jurucakap pertahanan awam, Kolonel Abdullah Hartini berkata, pihaknya telah menerima amaran daripada jabatan meteorologi dan alam sekitar mengenai ramalan hujan lebat di Makkah dan sedang berusaha menangani masalah itu.

"Kami akan mendapatkan bantuan pihak tentera, menempatkan lebih ramai pasukan penyelamat dan memindahkan jemaah yang terlibat dalam cuaca buruk ini," katanya.

Sementara itu, pegawai keselamatan di pusat pemeriksaan di sepanjang jalan menuju ke Makkah telah menghantar pulang sekurang-kurangnya 1587 jemaah Arab yang tidak mempunyai permit haji kerana cuba memasuki kota itu untuk menunaikan haji.

Komander pasukan keselamatan di Baheeta, Abdullah Al-Obaid mengesahkan pihaknya turut menahan 179 ekspatriat yang memegang permit penduduk tidak sah dan 10 penduduk Arab kerana membawa jemaah secara haram.

"Mereka akan dihantar pulang selepas mengambil cap jari. Kami juga akan menghantar 5,800 kenderaan yang tidak mempunyai lesen memasuki tempat suci ini,"katanya.

Menurutnya, jemaah tanpa permit haji yang ditangkap akan dihantar pulang dan tidak dibenarkan kembali selama 10 tahun. - Arab News

Sumber: Berita Harian

P/S: Semoga semuanya selamat.....bestnya berpeluang dapat jadi tetamu Allah S.W.T....

 

10 October 2013

Hantaran Ikut Kemampuan Sudah

Assalamualaikum....
 
Sebenarnya kan wang hantaran tu bukanlah sesuatu yang boleh dibangga banggakan....bukan apa kadangkala wang hantaran yang tinggi boleh menimbulkan rasa riak dan menunjuk nunjuk di kalangan keluarga...

Apalah gunanya hantaran yang tinggi....sehingga ia mendorong bakal suami mencari wang hingga tidak mempedulikan lagi halal haram sumber pendapatannya...

Dah banyak tengok benda benda macam ni sama ada melalui media massa atau depan mata sendiri.....apa yang dipaparkan melalui drama di televisyen kadangkala kisah benar....kisah yang berlaku dalam masyarakat hari ini....kat luar pun aku pernah jumpa di mana seorang lelaki ni kerja sebagai despatch....ye la gaji bukannya besar kan korang pun tau....dalam beberapa bulan nak kahwin dia terpaksa buat part time kerja di kelab malam semata-mata untuk kahwin....

So berbelanja la ikut kemampuan....kalau lima ribu yang kita mampu buat la sekadar lima ribu....jangan mampu lima ribu tapi nak majlis macam lima puluh ribu....sehari je pun bukannya nak buat tiga puluh hari tiga puluh malam....kehidupan selepas kahwin tu yang penting....

Lagipun nak jadi suami korang jugak kan....tak kesian ke dok tekan si dia bagai nak rak.....lain la kalau si dia mampu boleh la mintak berjuta juta kira agak agak boleh makan sampai tujuh keturunan kan....ni dok perah mintak dua puluh tiga puluh ribu....ala sekali pejam celik dah habis kan....okey jangan marah uolsss....bye :)

Kan Dah Kena Tembak

Geng samun maut ditembak _ KUALA LUMPUR  – Tiga penjenayah yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam beberapa siri kes samun sekitar Lembah Klang maut dalam kejadian berbalas tembak dengan polis berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar, Lebuhraya Duke arah Gombak, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, sebuah kereta  yang dinaiki suspek dikejar oleh pasukan khas dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor selepas didapati terlibat  menyamun seorang wanita di Klang kira-kira jam 11.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata sejurus tiba di lokasi kejadian, polis bertindak memintas kereta Proton Wira yang dinaiki menyebabkan suspek melepaskan tembakan.

“Buat masa ini polis masih belum dapat mengenalpasti identiti suspek  dipercayai berumur lingkungan 20 hingga 30an.

Katanya, polis turut menemui sebilah parang dan sepucuk pistol yang digunakan suspek bagi tujuan samun.Manakala dua buah kereta yang digunakan didaftarkan atas nama orang lain.

Menurutnya, kumpulan ini menggunakan taktik menghimpit kereta mangsa dari bahagian depan dan belakang sebelum seorang lagi suspek yang menaiki motosikal memecahkan cermin kereta di bahagian pemandu untuk menyamun mangsa.

Sebelum itu, kumpulan itu dilaporkan menggunakan sebuah lagi kereta dan motosikal untuk melakukan samun.

P/S: Syabas PDRM!

 

08 October 2013

Giler Menyengat Baunya!

Assalamualaikum....

Walaupun dah macam macam kempen pasal rokok.....bahaya bahaya bahaya dan bahaya kepada kesihatan....dengan harga entah dah berapa kali naik....tapi kalau nak merokok orang tetap merokok jugak kan....susah nak hilang tabiat merokok kalau dah dok anggap benda tu sebagai nyawa....

Tapi kan kalau korang nak merokok suka hati la...korang yang sakit lepas tu korang yang meninggal eh hehe.....tapi fikir la orang sekeliling.....jangan pentingkan diri sendiri boleh tak????

Kalau nak merokok pergi la jauh jauh sikit.....pening mereka yang tak bersalah ni tau termasuk la aku....telan asap sesama korang dah la jangan nak libatkan orang lain....kami tak nak tau asap ni sebab kami makan nasi dan makanan halal yang mengenyangkan je uolsss.....

Selain tu kalau area berdekatan korang tu ada baby atau orang tua....tolong la ada perasaan hormat sikit....ni mentang mentang dapat hisap rokok suka suka hati je nak hembus...

Lagi satu pesen suka merokok sambil drive kereta....kalau korang tengah drive sorang sorang tak kisah la...ni tak dengan penumpang penuh kat dalam kereta boleh plak dengan selambanya merokok....memang la buka tingkap tapi asap tu tetap jugak masuk dalam sikit ditambah dengan bau rokok tu lagi...

Dan tambah memeningkan lagi apabila berlaku di tempat tertutup....contohnya di ofis...memang la merokok kat luar ofis...tapi lepas merokok tu terus masuk duduk mengadap kerja...perghhhh bau dia sikit lagi nak pitam....boleh berubah mood tau dari ok terus jadi tak ok....dari tengah syok dok buat kerja terus hilang fokus.....akibat bau rokok bercampur bau peluh yang amat kuat...menusuk terus ke lubang hidung ok...kalau hidung ni boleh bercakap dah lama kena marah....

Sekian luahan dari wakil persatuan benci asap rokok!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails