25 September 2013

Kenali Empat Sifat Manusia

Assalamualaikum...

Jom baca ni saje suka suka....so boleh tau uolssss atau sape sape yang uolsss kenal dalam kategori mana...


1. SI POPULAR

Memiliki keperibadian yang menarik, gemar berjenaka, suka menghidupkan suasana, sedikit emosional namun bersikap periang dan penuh bersemangat. Dia juga mempunyai sifat rasa ingin tahu yang kuat. Dalam aspek pekerjaan dia adalah seorang yang sangat kreatif, inovatif, sedia membantu, dan menjadi rujukan dan contoh semangat orang lain untuk bekerja. Sebagai rakan dia mudah bergaul, mengasihi orang lain tetapi dalam masa yang sama dia suka dipuji dan sikapnya sangat menyenangkan orang lain. Suka kepada kegiatan spontan dia bagaikan seorang pelawak yang sikapnya boleh meredakan stress rakan-rakannya.

2. SI SEMPURNA

Gemar berfalsafah dan puitis, serius dan tekun, mendalam berperwatakan seorang pemikir. Dia menghargai keindahan dan peka terhadap perasaan orang lain serta bersikap sangat idealis dan juga suka berkorban. Dalam pekerjaan dia berorientasikan pada jadual, mementingkan kesempurnaan serta memiliki taraf piawaian yang tinggi dan rapi. Setiap pekerjaannya tertib dan tersusun dan akan menyelesaikan apa yang dimulakannya. Sebagai seorang rakan si sempurna ini adalah orang yang setia dan sedia mendengar keluhan tetapi dia sangat berhati-hati bila berkawan. Dia juga sangat perasa dan mudah bersimpati dengan rakannya.

3. SI KUAT

Berbakat pemimpin, dinamik dan aktif serta mempunyai kemahuan yang kuat dan tegas. Tidak emosional dalam setiap tindakan dan yang pasti tidak mudah putus asa. Satu sifat yang sangat positif adalah tingkah lakunya memancarkan keyakinan, bebas, dan berdikari. Dalam aspek pekerjaan pula dia sangat berorientasikan matlamat dan gemar melihat gambaran yang menyeluruh dalam setiap tugasan. Pekerjaannya tersusun serta cepat dalam setiap tindakan. Dia juga bijak mendelegasikan pekerjaan dan sangat menekankan kepada hasil pekerjaan. Si Kuat biasanya tidak terlalu bergantung atau memerlukan teman, dia lebih suka memimpin, dan biasanya kepimpinannya unggul walaupun dalam keadaan darurat. 

4. PENCINTA KEDAMAIAN

Individu ini bersikap rendah hati, mudah bergaul, dan sangat santai dalam rutin kehidupannya. Dia tetap tenang, sabar, konsisten walaupun menghadapi kerumitan. Dia juga bijak menyembunyikan emosi serta tetap bahagia menerima kehidupan. Dalam aspek pekerjaan pula, dia memiliki kemampuan menjadi pentadbir yang baik. Seboleh yang mungkin dia mahu mencegah masalah serta berusaha menghindari konflik biar pun berada di bawah tekanan. Dia juga sering menemui kaedah yang mudah dalam pekerjaan. Satu lagi sikapnya yang disenangi adalah mudah diajak bergaul, menyenangkan, pendengar yang baik menyebabkan dirinya mempunyai ramai kawan termasuklah diri anda.

Sumber: Majalah Nur


2 comments:

  1. Setuju..setuju..nice one..

    http://ordinaryahmad.blogspot.com/2013/09/jumpa-syiling.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails